Mimi Naik LRT

Dalam LRT. Mimi so excited tapi takmo dok atas kerusi. Takuttt katanya -__-

Family kecik aku ni memang kaki berjalan. Maklumla sementara anak masih sorang memang rancak berjalan. Hari ni tetiba kitaorang buat planning gilos nak bawa Mimi naik LRT untuk kedua kalinya. Pertama kalinya time Mimi umur dalam 3 bulan tak silap. Tapi time tu dia bukan tau pape kan. So sekarang dia da bijak da banyak cakap, meh kita bawa dia kenali LRT. Hihihi


Actually ada tujuan jugak naik LRT ni sebab cadangnya nak pi Malaysian Furniture and Furnishings Fair (MF3) dekat KLCC. Tapi tengah berkira-kira nak pi naik kereta or public transport? So memandangkan nak challenging memang naik LRT dari Alam Megah shoot terus pi KL. Dekat sejam lebih jugak. Mau kematu bontot aku ni. Hahaha


Tapi bila da sampai kat MF3 macam krik krik krik pulak sebab expectation aku tinggi. Aku dengan suami nak usha kitchen cabinet untuk dapur rumah kami. Tapi kat situ more focus on katil, sofa etc. Haissshhh aku is tak berminat sangat. Sebab kami nak mencari idea untuk kitchen cabinet. So masing-masing is hampa. Dan berlalu la keluar dari MF3 tanpa hala tuju gitew.

Tapi tak mungkin kitaorang nak balik gitu je kan. Kemain lama aku dalam LRT nak sampai KL lepastu takdan berapa jam da nak balik. Sesuatu sangat. So datang la idea kami nak pi Aquaria. Sebab last time datang time Mimi 3 bulan camtu. La ni bawak mungkin berbaloi sebab everyday is learning process for Mimi. Tak gitewwww.

Nampak tak wei betapa bezanya antara tahun 2014 & 2016 -__-

Memang gelak besar aku tengok gambar ni. Background gambar still sama. Yang berbeza orangnya...kbai..hahahaha

Tak ada apa nak diceritakan sangat time pi Aquaria. Tengok ikan je la..cuma la ni kat Aquaria ada satu bahagian dorang panggil Station Aquarius Workshop. Kat station ni kira ada educational zone. Sesuai untuk kanak-kanak. Best juga aktiviti yang dorang buat. Alaaa kalau korang tengok Lara Oh Lara mesti korang tau. Tapi aku tak join pun sebab da penat and time tu ramai orang. Nak details lanjut pi sini je Station Aquarius Workshop .

Budak takut tengok ikan lalu atas kepala. Hahaha


Ok tu je nak bagitau. And rasa tobat pi KL naik LRT..sebab dari Alam Megah nak ke sana jauh na na...hahaha..k daaa

Love,

Puan Wany

No comments

Back to Top