Ke Cameron Highlands La Kita (06/01 - 08/01/2017)

 Tetiba suka bunga. Motif? 

AMARAN! ENTRI INI PENUH DENGAN GAMBAR. HARAP MAKLUM!

Ni namanya da kemaruk nak pi berjalan. Tak kisah la ke mana janji tak terperuk kat rumah or pi shopping mall. So boring! Jadi kata sepakat laki bini kita pi la ke Cameron Highlands. Lagipun kami tak pernah bawa Mimi pi bercuti lagi. So kini tiba masanya. Hahahaha. Aku pi sana tiga hari dua malam ja. Jumaat petang gerak sampai malam sebab si Mimi boleh pulak cirit birit. Ok tu nanti next entry kita cerita.

Tempat Penginapan
Tempat tido memang aku serahkan sebulat-bulatnya kat suami untuk cari hotel yang ok and selesa. Suami aku booking guna agoda.com. Hotel yang menjadi pilihan suami ialah Snooze Too Hotel. Lokasi hotel ni betul-betul dekat tengah-tengah Brinchang tu ha. Satu malam charge RM150 tapi kalau korang walk in or book direct call hotel ni boleh dapat murah lagi. So ktaorang menyesal booking guna agoda. Hahaha.



Bilik takdela besar mana. Ada sebuah katil size King, then meja comel letak gelas, Perabot lain non-hado. Oh yea hotel ni just provide towel dua helai dan sabun mandi. Berus gigi dan ubat gigi sila bawak sendiri. Yang jenis perembat barang hotel sure korang nyesal kalau check-in hotel ni. Hahaha. Ubat nyamuk boleh request dekat receptionist. Dorang bagi free.

   Budak blur baru bangun lepas tu berak pulak. Baba dia tengah pujuk. Hahaha

Oh yea area hotel ni sangat best sebab dekat dengan 7-Eleven, kedai makan, pasar Brinchang yang famous tu dll. So tak payah risau kalau lapar ke ape ok. Jalan kaki je dah cukup.

Tempat Yang Dilawati

Actually masa decide nak pi Cameron ni semuanya last minute. Jumaat pagi mai office baru sibuk pikir and google nak pi mana. So kat bawah ni tempat-tempat yang kitaorang singgah:-

   1) Agro-Technology Park MARDI
  • Disebabkan aku suka dengan bunga so aku ajak la suami dengan anak mai sini. Dalam ni MARDI categorised by part. Contoh ada taman bunga, taman orkid, kebun teh pun ada tapi tak besar la dll.
  • Aku tak ingat tiket berapa sorang. Nanti aku update dengan encik suami dulu. Hahaha






    Mimi is geram tengok bunga tu. Tangan tu tangan tu. Hahaha

Mak Mimi pun nak jugekkk

Anak dagha ni behave kejap bila dapat tengok rabbit

   2) Cameron Lavender


  • Second place aku gi Cameron Lavender pulak. Motif sangat pi tengok bunga lagi. Pedulikan. Hahaha. Suami aku layankan je ha. Korang boleh waze je nak ke sini. Tak silap tempat ni area Tringkap. 
  • Tiket masuk RM8.00 sorang untuk dewasa. Kanak-kanak tak silap 6 tahun and above baru kena beli tiket tapi tak ingat berapa.
 Cantiknyaaaaaa lavenderrrr. Gerammm


 Mimi yang susah nak pandang camera -_-

 Takde mood sebab nak tengok ikan tapi mama tak layan 

Hidup Mimi ceria dapat jugak tengok ikan. Sesuatu sangat!

 Love!

 Candid! Kbai!

Potret keluarga yang tak berapa nak jadi. Hahaha

    3) Ladang Teh BOH, Sungei Palas

  • Terlanjur da keluar kitaorang terus pergi Ladang Teh BOH. Motif nak tengok view je. Aku bukan nak beli sangat teh sebab bukan penggemar tegar dengan kafein. Bak kata suami aku pi sebab nak amik gambar je. Hahaha
  • Sesiapa memang nak pi semata-mata nak tangkap gambar so nasihat aku tak payah la panjat sampai ke cafe dorang. Jenuh jugak wei nak panjat. Kesian dekat orang tua and budak. Amik gambar dekat bawah or tepi jalan pun da cun.
 Tak boleh nak adjust kasi center sebab Mimi takmo bagi kerjasama. K fine!




Jangan kecam Mimi. Dia tengah buat peace tu. Hahaha

    4) Cameron Valley by Bharat Group


  •  Aku pergi sini masa on the way nak balik dah. Tu pun ternampak signboard tepi jalan tak silap dekat dengan Kg Raja ke apa. Korang waze je la. Sebab singgah teringat kakak ipaq kirim teh pelbagai flavor last minute kan.
  • Bagi pendapat aku view dekat sini lagi cantik and kebun teh dia nampak terjaga and luas sikit nak ke sana sini compare dengan ladang teh BOH. 

  •  Nampak tak ruang nak berjalan sangat luas? Mimi sangat suka mai sini. Ke sana ke sini budak ni tau. Hahaha
    5) Gua Tempurung
  • Eh da kenapa boleh sesat ke sini? Hahaha. Actually time balik aku ikut Simpang Pulai. So dah terlanjur suami ajak la menyinggah. Aku pun tak pernah pergi so layankan je la kan.
  • Tiket untuk dewasa tak silap aku RM8.00 sorang. Mimi free sajo. Hahaha

  • Bayaran tiket yang mentioned tadi just untuk pi tinjau-tinjau certain tempat je di mana sesuai la untuk bawa budak-budak. Kalau nak aktiviti challenging or wet activity ke ape namanye tu kena bayar dalam berapa puluh. Tapi korang kena form group minimum 10 orang kot then korang akan di guide oleh orang yang terlatih or ranger untuk bawa korang masuk gua bermain air bagai selama hampir dua jam. Seronok kan dengar? Tapi since ada anak kecik ni tak dapat la nak join. Suami aku pernah la join time dia bujang. 

  • Package yang aku amik supposedly amik masa 40 minit untuk tinjau-tinjau dalam gua ni. Tapi korang nampak tak tangga kat gambar atas ni? Tinggi nunnnnn. Tak larat pulak nak panjat dengan bawa si kecik ni. Da la anak dagha ni takut bila masuk gua sebab gelap kan. Maka kami masuk sekejap tangkap gambar bagai then keluar. Tak puas wokeyyy
Mimi keje nak berkepit je tak mo jalan. Sabau je la

So overall lima tempat la aku pergi sepanjang tiga hari dua malam tu. Jadila bagi refresh balik kepala otak yang penuh dengan keserabutan dek keje yang bertimbun pada tahun 2016. So konon dengan bercuti sat ni boleh la lapangkan kepala dan tenangkan jiwa buat seketika sempena masuk tahun 2017 ni. Hihihi

So nak ke mana pula kitak lepas ni? Jeng jeng jeng

Daaaa

Love,

Puan Wany


2 comments

  1. Replies
    1. Ni pun kali kedua pi..pertama kali pi tahun 2001..hamek lama giler xmai..hahah..sekali sekala gi sbb nak bawa ank jln kan..

      Delete

Back to Top