Kutu Oh Kutu


Bila hantar anak pi nursery ni memang macam-macam dugaan dapat. Yang paling ketara is penyakit,virus dan seangkatan dengannya. Sepanjang hantar Mimi dari umur dia tiga bulan, Mimi selalu dapatjangkitan dari budak-budak yang mak pak dia kedekut nak cuti jaga anak mungkin. Antaranya selesema, batuk, sakit mata dan yang paling terkini kutu. WHATTT KUTU??? OMGGGG

Kejadian berlaku bila cikgu dia yang bagitau. Katanya time sikat-sikat rambut Mimi dia perasan ada telur kutu. Lepas cikgu dia bagitau terus aku belek rambut Mimi. Ok bai memang ade wei... eeeeewwwww..padahal beberapa hari lepas aku belek-belek rambut dia takde pun. Ade la ni berjangkit dengan sesiapa. Sabar je la...

Lepas tu apa lagi terus aku ajak suami pi cari ubat nak buang kutu ni jauh-jauh. Aku sempat google. jugak la. Mula-mula nak beli shampoo tapi orang cakap lambat sikit kesan. Google dan google lagiii

Tadaaaaa

Lice Clear ni sejenis minyak tau. Tapi minyak dia sangat la pekat dan likat. Dalam tu ade sekali sikat so no need nak beli sikat kutu lagi. Cara dia ko sapu satu kepala Mimi. Biarkan sebati seketika. Lepas tu apa lagi guna sikat as provided dan sikat keseluruhan rambut dia. Berkesan minyak ni sebab time aku nak basuh sikat ni aku nampak jelas telur-telur kutu tu weii..meremang bulu roma nok. Hahaha..aku buat tiga hari berturut-turut dan Alhamdulillah da tak jumpa da telur kutu lagi. Tapi tula tak memasal rambut Mimi da pendek..hmmmm..

So sesiapa yang ade masalah kutu dan telur-telurnya boleh la try produk ni.

Kutu? Siapa takuttt..hahahaha

K bai

Love,

Puan Wany

P/s: Lice Clear boleh la d beli dekat mana-mana farmasi yang berdekatan. Harga boleh tengok gambar. Tapi lain tempat maybe lain sikit harga.

No comments

Back to Top