My Wedding 3rd Anniversary

Time ni Mimi pun sanding sekali dalam perut mama. Hahahha. Maklumlah nikah gantung gini la :p

-Entri dari draft-

Pejam celik pejam celik rupanya da 3 tahun da aku bergelar isteri dan 2 tahun lebih bergelar ibu. Pelbagai pengalaman yang aku harungi baik buruk semuanya adalah. Pengalaman tu la yang banyak mematangkan aku.

Aku dan suami selamat diijabkabulkan pada 2 November 2013. Dari start berkenalan, bercinta hinggalah kahwin aku memang tak pernah missed wish dekat suami our anniversary termasuklah anniversary kitaorang jumpa, declare couple, bertunang, nikah dan sanding. Tapi sejak-sejak da jadi mak orang ni ingatan aku mudah sangat lupa wei. Aku kena beli kismis banyak-banyak ni. Sampai kenkadang aku rasa suami aku lagi kuat ingatan dia. Kekekeke

Nak dijadikan cerita tahun ni serius lah aku totally lupa tarikh anniversary kami. Actually aku ingat je bila tarikh-tarikh kami yang bersejarah ni just kalau ko tanya hari ni berapa haribulan esok berapa haribulan memang fail banyak la. Mungkin sejak jadi auditor ni banyak na na nak pikir sampai aku terlupa tarikh wei.

Jadi nak dijadikan cerita lagi pada pagi 2 November 2016 yang lepas aku pergi kerja macam biasa. Kejut suami salam peluk cium semua la. Lepastu sayang peluk cium Mimi pulak as usual la kan. Bila sampai opis aku sibuk buat air, siapkan surat la report bagai sampai terlupa sangat nak bagitau suami yang aku da sampai opis. Sebab da jadi rutin aku lapor dekat suami. Suami tak suruh tapi dah jadi tabiat kan.Bila aku pergi breakfast and belek handphone whatsapp suami aku masuk. Terkejut beruk bila suami wish anniversary kitaorang. Ko ghase apa yang aku ghase time tu? Muahahaha

Lepas terkejut beruk terus aku belek kalendar kat phone. Memang gelak besar aku bila tengok hari ni 2 November 2016. Oh my oh my. How come boleh lupa? Hahahaha

Tu baru satu suami aku buat surprised wish. Ade lagi...

Tadaaaaaaaaaa

Nampak takkk...padan la laki aku balik lambat sikit. Ghupenye dia singgah Secret Recipe beli kek pulok dah. Adoidoidoi...terasa suwit sawit pulak kat situ. Mohon encik suami terbaca la entri aku ni. Hahahha. Ko tak tau senyum aku time tu sampai ke telinga bak anggg...

Mungkin nampak biasa-biasa je bagi korang. Ape la sangat takat wish dan a piece of cake? Tapi bagi aku ia sangat sangat dan sangattttt suatu moment yang indah and sweet. Bila the one yang kau sayang really appreciated the memorable day. Buat macam ni pun da buat aku suka gila. Kalau dia buat surprise yang lagi bombastic aku rasa meroyan kot time tu. Hahaha

Ok tu je nak update. Yang indah-indah yang best-best haruslah update. Benda-benda ni kalau baca balik by aku or suami or anak-anak sure korang akan throwback and tersenyum sendiri. Benda baik kita share benda sebaliknya kita hide.

Daaaa

Love,

Puan Wany

Semoga hubungan ni kekal ke jannah dan family kecil ini sentiasa dirahmati dan diberi kebahagiaan selamanya. Amin

No comments

Back to Top