Braces #2 Perubahan Demi Perubahan

Sejak pakai braces ni senyum ade sikit confident :p

Yuhuuuu eh da dua bulan lebih da uolls iolls pakai braces ni. Hahaha...dalam senyuman dan ketawa aku ni penuh seribu kesengsaraan tahu. Tapi nak cantik punya pasal kita redha je la yeaaa

Ok hari ni nak cerita sikit pengalaman sepanjang 2 bulan pakai braces. Nampak baru 2 bulan aku beriya nak bercerita bagai. Hahahaha

Biasa la bila pakai braces ni paling payah time nak makan je la kan. Banyak makanan yang aku terpaksa puasa kejap tak boleh makan. Antaranya ialah daging (malas nak carik nak paling senang terlekat nak dibandingkan dengan ayam dan ikan), kerepek, buah-buahan yang keras like jambu batu, epal, ermmm macam banyak je tak makan. Hahahha

Actually bila pakai braces ni takde pun istilah nak kena pantang makan. Cuma yang ditakuti bila ko makan ape saje takut bracket ke rubber band tercabut sebab aku dah pernah kena. Hahaha. Benda-benda ni kalau terjadi boleh menimbulkan masalah macam melambatkan proses pergerakan gigi la kot aku rasa. So better berjaga-jaga. Kang elok-elok setahun je pakai kena extend. Taknak aku!

Masa first month pakai, rubber band aku pernah tercabut tapi tak semua la. Jenuh pi klinik mintak pasang balik. Kalau nak tau macam mana tercabut sebab musabab aku gosok gigi kuat sangat kot. Aku pun tak sure. Sedar-sedar tercabut. Hahaha

Second month pulak bracket aku pulak hampir tertanggal. Nasib bracket tu masih bergayut sebab rubber band and dawai besi tu tahan bracket tu. Ni kes petangnya aku makan pisang goreng. Tergigit kerak aku rasa. Hahahaha..hampeh. Sampai ke sudah aku tak nak da makan pisang goreng ke keledek goreng ke selagi tak bukak braces ni tahu!

Gigi ada buat pergerakan tak?

Haruslah ade wei. Kalau tak percuma saja gigi aku ni sakit tapi gigi tak gerak-gerak kan. Hahaha..

                  
                          
Gambar kiri masa baru pakai braces (1st month). Gambar kanan yang terkini. Nampak tak perubahan? I loikeeee. Atas banyak perubahan. Sebab masa last time aku servis Kak Yanz tukar wayar tebal sikit. Tapi gigi belah bawah just tukar rubber band je. Azab dia sakit banyak dari 1st month wei. Tapi bila bangun tido and noticed gigi da bergerak sangat membahagiakan. Hahaha

Ok next month kita da boleh pikir nak pakai rubber band warna ape plak er..kihkihkih

Sekian update yang ringkas dari aku!

Love,

Puan Wany
                                     

          

No comments

Back to Top