Alhamdulillah..Mimi Nak Jadi Kakak Daaaa

                                                         Time ni baru 5 weeks

Alhamdulillah. Di kala aku menaip entri ni usia kandungan aku da mencecah 12 minggu 5 hari dah. Tadi baru pi check up dekat klinik (monthly check up). Actually nak update sini since aku disahkan pregnant lagi. Time tu usia kandungan baru 5 minggu tapi kali ni punya penangan dia Allahuakbar lagi dasyat dari pregnantkan Kak Mimi (da dapat pangkat kakak da Mimi. Ko hado? Hahaha)

Actually aku pun tak sangka aku pregnant. Memang dari awalnya aku dan suami nak bagi Mimi adik bila Mimi genap umur 2 tahun. Tapi cuba punya cuba takde rezeki lagi. So sekarang umur Mimi dah 2 tahun 8 bulan 2 hari dan Alhamdulillah lah aku pregnant lagi. Syukur sangat sebab Allah bagi peluang lagi untuk aku merasai nikmat mengandung.

Masa baru disahkan pregnant period aku baru lewat 4 hari kalau tak silap and that time aku takde instinct pun yang aku mengandung sebab since a few months back aku makan makjun period aku jadi huru hara. Setiap bulan lambat sampaikan setiap bulan aku ingat aku pregnant. Choiii..Ade sekali tu period lewat dekat 6 hari so aku pun tak sabar nak test UPT tapi esoknya period. Sesuatu sangat ok! Tapi kali ni aku redha je sesaje nak test air kencing kan kot la menjadi. Da lepas titik urine tu aku belek-belek packaging UPT sambil menjeling dekat UPT test andddddd the result was double line! Aku siap gosok mata lagi. Betui ka? Terus aku menjerit bukak pintu toilet menjerit panggil laki. Laki aku terpinga-pinga. Apehal bini aku ni kan? Hahaha. Aku pun before tu tak bagitau pun nak test UPT sebab takut laki aku kecewa. Terus peluk suami and tunjuk UPT test. Laki den tersengih-sengih la. Hahaha

Masa 5 minggu takde rasa pape lagi tapi elok masuk 6 - 9 minggu hamekkkkk ko. Dia punya penangan dia aku terus jadi lembik. Tempat keje aku ni ulang alik mau jejak 60km. Bila sampai opis nak masuk tegah hari aku mesti pening sakit kepala plus loya. Lepas tu aku mula tak boleh minum air masak. Paling tidak air suam aku minum tapi sikit-sikit la. Masak pulak memang tak la. Bukan sebab pening masuk dapur tapi aku jadi terlalu tak larat. Beberapa kali dah elok balik keje aku boleh tertido sampai malam. Sampai laki aku kejut paksa makan pape untuk alas perut. Susu mula-mula aku boleh telan tapi dalam 7-9 minggu aku senang muntah. Dekat opis muntah-muntah. Dekat rumah pun sama. Bukan muntah isi tapi macam muntah angin je.

Now da masuk 11 minggu hingga sekarang much better. Loya tu for certain bau je. Makan pulak kalau kena ok dengan tekak memang aku bantai sungguh. And this time pregnancy mudah mengidam. Tapi syukur dikelilingi rakan-rakan dan suami yang memahami yang pulun cari ape yang aku teringin. Antaranya petai, buah, roti canai yang orang Melayu tebar tau, coconut shake etc.

Mimi pulak makin lama makin manje na na na. Setiap kali aku nak gi keje kalau boleh kena kejut dia dulu. Kena bagitau yang mama nak gi keje ni. Kalau tak buat camtu nanti dia bangun tido dia punya meraung tu macam kena dera tau. Tapi bila kita kejut dia bangun lain pulak halnya. Tetiba ngadu sakit kaki la sakit perut la nak dukung la. Nak tengok tv la. Macam baba dia tak boleh tolong kan -_-

Bila da mengandung lagi ni aku cuba untuk tidak menjadi lemau dan manja sangat. Yela ko kena ingat dulu mengandungkan Mimi kehidupan kami berdua je. Now Mimi da ade. So kena fokus dekat Mimi. Nak layan dia lagi. Nak settle hal rumah lagi. Kira komitmen da banyak la. La ni pulak tengah sibuk nak packing pindah pi rumah kami. Hmmm super tired but super excited!

Ok ok nanti kita sambung lagi. Mama kengkonon da promise nak journal kan perjalanan mengandungkan adik Mimi and at the same time nak throwback sekali perjalanan time mama mengandungkan Kak Mimi so fair and square kan?

Oh yeaa lupa nak share EDD aku Insyallah 9 November 2017. Doakan Mama dan adik Mimi sihat yea...Amin



No comments

Back to Top