Dugaan Mengandung

                              Nampak tak perubahan berat aku??? Menurun lagi ade la..aishh

Aku baru balik dari check-up diri aku dan adik Mimi ni. Hari ni genap usia kandungan aku 17 minggu 5 hari. Kalau dulu time pregnant kan Kak Mimi aku mengalami masalah air kencing kotor je. Sampai tiap kali nak check-up aku try minum air sebanyak mungkin untuk elakkan air kencing kotor tapi still bacaan urine tu ade sikit-sikit positifnye. 

Now second pregnancy ni memang aku harap sangat everything is ok and harap bebenar adik Mimi dijauhkan dari jaundice. Siap da beli awai da Gulsan pati delima tu. Nanti da masuk 3rd trimester nak start consume together dengan susu kambing (if time tu tekak aku boleh terima susu la).

Tak silap aku hari ni hari ketiga aku follow-up check-up. Last month check-up alhamdulillah everything ok. Baik dari bacaan HB and urine semuanya ok. Cumanya berat aku just naik 200g je wei. Nurse siap tanye aku diet ke. Aku was like krik krik krik. Ape ke ngeknya aku nak diet time mengandung ni. Tak ponah dibuek orang. Kecuali da nak due tu selalu aku control sikit makan sebab nak control berat baby kan.
Hari ni check-up bacaan HB ok urine pun takde nurse komen ape-ape tapiiiiii dia bising pasai berat aku sebab turun dalam 1.4kg weiiii...Yea aku memang da aware pasai benda tu sebab aku selalu timbang berat dekat opis aku.dari 62.2kg and now boleh jejak 60.8kg. Ko ghase?

Aku pun not sure kenapa. Tapi ape yang aku lihat this time pregnancy alahan aku memang teruk sikit. Selera makan aku takde and semakin menjadi-jadi. Masa minggu ke 5 hingga 10 aku loya and muntah teruk and now da tak loya tapi elok nak start makan kerap even dalam portion yang kecil da masuk bulan puasa. Bila puasa ni faham-faham je la kita makan time sahur dengan maghrib je. Malam selalu aku tertido awai so no snacks at night.

And aku rase faktor lain yang menyumbang ke arah penurunan berat aku ni disebabkan stress sebab keje plus tempat keje jauh. So bila sampai rumah je memang terlepak habis la uolls. Lebih rela tidoq dari makan even lapar. Adoi teruk sungguh perangai. Kesian adik Mimi lapaq no. Tu habis dia serap zat mak dia sampai turun berat mama kot er..hehehe

Kalau ikut advice doktor dia suruh aku puasa selang-selang. Then aku kena mai lagi 2 minggu sebab depa nak monitor berat aku. So aku rasa nak stop puasa untuk kerapkan makan. Then kalau berat ade naik sikit nak try puasa pulak then nak compare kalau tak puase berat naik berapa and if puase berapa berat turun.

Hari ni nurse da suruh start makan obimin da. And alhamdulillah now tekak cam boleh blah sikit la nak telan ubat. Kalau tak before this seksa na aku nak menelan ubat yang besau-besau tabletnye..hehehe.

Oh yea last Saturday pi scan adik Mimi saje nak jenguk. Alhamdulillah berat adik Mimi normal untuk usia kandungan aku la ni. 143g. Tak under or overweight. Pembentukan tulang belakang pun ok, uri pun ok kedudukannya, heartbeat pun ok. So far ok la semuanya. Hope semuanya berjalan lancar sehingga la aku bersalin nanti. Doakan yea...nanti kandungan da 26 minggu nak pi tengok adik Mimi lagi. Boleh la nak usha jantinanye kan. Hehehe

Daaa

Love,

Puan Wany

No comments

Back to Top