Cabaran Sebagai Ibu Bapa




Bila kita dah pegang title sebagai parent, dah ada anak baru terasa perit susah nak membesarkan anak. Bukan mengeluh. Tidak mungkin aku nak mengeluh dengan pinjaman yang Allah bagi.. Amanah dari-Nya. Perit susah yang aku maksudkan bila kita nak membentuk mereka supaya menjadi MANUSIA. Bila anak aku makin membesar disulam pulak dengan berita-berita dekat tv, newspaper, social media tentang perangai anak-anak muda yang masih berumur setahun jagung yang masih bersekolah, aku jadi takut. Macam mana la nak membesarkan anak dengan keadaan dunia yang makin tenat ni???

Berita yang masih hangat, dalang di sebalik kebakaran pusat tahfiz. Tidak ku sangka mereka masih budak-budak lagi. Yang paling otai pun 18 tahun dan paling muda 12 tahun. Tahu tak di usia aku masih 12 tahun aku sibuk duduk rumah sambil tengok cerita Sailormoon dan Dragon Ball yang bersiaran tiap hari Ahad? Itu tak termasuk lagi cerita yang anak pukul emaknya. Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Siapa yang harus dipersalahkan?

Bagi pendapat aku semuanya bermula dari ibu bapa. Kita yang melahirkan mereka dan secara automatik kita yang mencorakkan mereka. Melainkan jika mereka ditakdirkan menjadi anak yatim piatu sejak dilahirkan atau dari kecil. Kemungkinan kekurangan kasih sayang, perhatian dan didikan. Tetapi bagi yang masih mempunyai ibu bapa memang aku rasa ia bermula dari ibu bapanya sendiri.

Aku bukan nak cakap yang aku perfect mother. Anak pun baru nak masuk dua. Yang sulung baru tiga tahun lebih. Memang tidak layak untuk bercerita nanti ade yang cakap aku kuat gebang. Takpelah…aku sekadar nak berikan pendapat.

Bukan mudah nak membentuk akhlak seorang manusia. Jadi aku rasa kita patut membentuk akhlak peribadi anak-anak kita dari seawal usianya sehari. Aku tak nak jadi parent yang tahu buat anak tapi tidak tahu bentuk anak. Semua orang boleh buat anak dengan kehendak-Nya. Tetapi nak menjadikan anak itu seorang MANUSIA tidak semua mampu. Bukan tidak mampu tetapi kita sebagai parent kengkadang leka. Leka dengan mencari duit untuk keluarga sehingga terabai anak-anak kita. Itu tak termasuk lagi bab parent leka dengan smartphones sampai anak-anak tidak diberikan perhatian yang sewajarnya.

Aku pun tidak terlepas jugak dari godaan taksub mencari duit untuk membantu suami dan family. Memang kita penat bila balik kerja tu. Nak pikir balik kerja kena tempuh jammed, kena masak, membasuh baju, main dengan anak etc. Memang sukar nak dapatkan ‘me time’. Kengkadang termakan jugak dengan hasutan setan sehingga kita termarah anak tanpa kita sedar. Walhal jauh di sudut hati anak-anak, mereka cuma perlukan sedikit perhatian dari kita sebab waktu siang mereka sudah dihabiskan di taska/tadika/sekolah. Korang mesti pernah merasainya jugakkan?

Disebabkan itu aku selalu buat wishlist dan mencari panduan sebanyak mungkin dalam membesarkan anak-anak kita. Dekat bawah ni aku listkan apa yang aku tengah praktiskan dan apa yang aku cuba nak buat untuk anak-anak aku. Aku tak cakap korang perlu ikut. Just nak sharing je…

1. Sentiasa curi masa untuk bersama anak
  • Khasnya untuk ibu bapa yang berkerjaya. Selalulah try curi masa untuk bermain dengan anak walaupun seketika. Aku selalu pesan dekat suami. Spend la sedikit masa teman Mimi main walaupun seketika. Especially waktu weekdays. Kalau ikutkan hati lepas makan terus nak tido. Tapi sebagai ibu bapa takkan nak biarkan anak terkontang-kanting main sorang-sorang. Perasan tak memang ade ketikanya anak dok kacau kita je. Kadang merengek kadang asyik la dok seru nama kita. Walhal kita sibuk kat dapur ni. Sebab ape guys? Sebab mereka nakkan perhatian dari kita. Budak-budak mana reti nak cakap straight forward. Ape yang mereka nak mereka tafsirkan dari segi perbuatan yang kadang kala sukar kita nak tafsirkan. Betul tak? Tapi percaya la…if kita spend masa sekejap dalam 30 minit or sejam di waktu malam tu for sure anak-anak tak liat bila kita ajak tido. Sebab mereka rasa da puas nak bermanja dengan mak pak dia walaupun seketika.
Sel-sel otak tengah berkembang

2. Sentiasa ajak berborak dengan anak

  • Walaupun Mimi baru 3 tahun tapi aku suka ajak dia bersembang. Suka bertanya dan harapkan untuk dia menjawab walaupun kengkadang jawapan yang diberikan tak menjawab pun soalan aku tu. Hahaha. Tapi takpe aku suka…biar anak-anak rase kita amik berat tentang mereka, tentang aktiviti mereka. Mungkin Mimi tak rase pape since dia masih kecik tapi aku percaya if kita continues buat macam ni, bila dia makin dewasa sure dia rasa betapa sayang dan amik beratnya parent dekat dorang ni. Aku juga punya impian di mana aku mengharap bila kita praktis buat macam ni dekat anak so bila mereka da besar mereka sentiasa mencari kita untuk mengadu atau berkongsi cerita suka duka mereka. Aku nak mereka anggap kita as parent and at the same time as their BFF.
3. No Smartphones or any gadgets!

  • Ok tipu kalau aku langsung tak bagi Mimi tengok smartphones. Hahaha. Tapi bukan 24hours. Aku tak nak anak aku jadi anti-social and automatically dia hilang skill berkomunikasi dan bersosial. Cuma sometimes tengok situasi aku bagi jugak but with certain period. Not all the days babe! Lagi satu mohon WARNING pasangan korang jugak. Ni tak nama je duduk rumah tapi mata dok belek smartphone all the times. Habis anak tu ape? Tunggul? Sama jugak dekat kedai makan. Aku dok perhatikan je parent yang taksub dengan handphone masing-masing. Siap anak pun pakat ade sorang satu. So what is the point duduk semeja??? Nama je satu meja ramai ahli keluarga tapi the environment krik krik krik. Sebab masing-masing focus dekat handphone! Sebab tu aku always remind and tegur suami aku jangan terlalu focus dekat smartphone. Ko ade isteri ko ade anak. Jangan jadikan mereka tunggul. Mereka perlu bonding time with u! Ehhh ni memang luahan hati dekat suami aku ke camne? Hahaha…but everytime aku bagi Mimi layan any video on youtube aku takkan izinkan dia focus 100% on that things. Mesti aku ade interrupt sikit. Contoh: “Eh Mimi siapa nama kawan Dora tu?”, “ Ehhhh dia kena hujan lahhh,” or whatever so at least aku pun ade joint jugak aktiviti dia tu. So takdela Mimi terus bergelumang dengan smartphone tu kan.
Jangan ikut cara laki aku. Muka bapak Mimi protes sebab anak tak nak balik. Hahaha

4. Sentiasa luangkan masa dengan aktiviti anak di sekolah

  • FYI, taska Mimi ni memang full of activities. Ada je la aktiviti yang dorang buat yang memang akan curi hari cuti korang. Tapi since aku pregnant aku da pasang niat apa jua aktiviti anak dekat sekolah aku nak join selagi aku mampu. Sebab aku nak mereka rasa yang parent dorang sangat supportive. As I said just now, sekarang maybe Mimi tak rase, tapi bila da semakin menganjak umur sure dia akan rasa how much her parent love and support her! Lets’s say dekat sekolah anak ada Hari Sukan and korang tau anak just masuk kawad je. Takpe wei…datang je la bagi support. Kawad tu bukan sesuatu perkara yang memalukan. U should know tak semua orang boleh berkawad so if ur kids good in that particular thing so support la wei! Anak pun happy kot. Lagi satu, bukan setakat aktiviti di sekolah je. Dalam sebulan sekali or dua bulan sekali bawa anak-anak bersiar. Kalau tak mampu jauh-jauh cukup sekadar every weekend bawa anak pergi taman rekreasi. Why??? Sebab aku nak create satu moment what we called as ‘BONDING TIME WITH LOVE’. Biar bila mereka da dewasa pun mereka still utamakan family dorang. Bagi aku family is my priority. Masa aku bujang dulu memang family aku pergi memana aku suka ikut. Hahaha. Tak sure la aku tak ramai kawan ke ape tapi aku rasa selamat bila bersama mereka. So u got what I’m trying to say?
5. Always say ‘NO’

  • Ada banyak je artikel aku baca di mana kita jangan sentiasa ‘menghalang’ any aktiviti yang anak sedang lakukan sebab sel-sel otak mereka tengah berkembang. Ok itu betul tapi aku tak apply dekat semua tempat. Contoh dulu masa Mimi umur almost 2 years, time tu baba dia tengah solat. Dia join jugak tapi bukan solat sekali. Ko rasa dia buat ape??? Conteng dinding weiii…mengucap panjang aku tengok hasil tangan beliau. Hahahaha. Aku tak marah tapi aku explain dekat dia kalau nak tulis nak lukis buku kan ada. Mama da siapkan everything kenapa kena conteng dinding? So tiap kali dia pegang pen or pencil aku remind suruh tulis dekat buku. Bukan apa, kalau tak tegah sekarang aku takut dekat mana-mana yang bukan area rumah kita pun dia akan menconteng. Da jadi vandalisme pulak kan. Tapi lepas kes Mimi conteng dinding tu memang dia dah tak buat tapi dia pi conteng tv aku T_T
6. Ajar Anak Buat Kerja Rumah
  • Part ni aku tak sabar nak praktikkan dekat anak-anak aku. Tak kisah anak perempuan ke lelaki ke semua kena pandai buat kerja rumah atau ayat yang lebih tepat aku nak mereka ringan tulang. Sekarang ni pun Mimi dah boleh harap sikit-sikit kalau nak mintak tolong. Dia pun sangat rajin tolong aku sidai baju walaupun tak kemas. Lantak sana. Kang kalau aku tegah tak kasi buat sampai ke besar tak nak buat. Baru padan ke muka aku kan. Hahaha. Sama jugak kalau anak lelaki. Aku tak nak sebab KERJA RUMAH so semua kena transfer dekat anak perempuan. Habis yang lelaki buat ape? Goyang kaki sambil main games??? Ohhh mama memang tak boleh tengok orang sesenang macam tu. Bagi aku kita satu family kena buat kerja rumah bersama-sama. Apa yang penting? KERJASAMA! Bagi pendapat aku bila kita train anak dari kecik untuk buat kerja rumah, at least kita dah berjaya membentuk sikap yang bertanggungjawab, rajin dan boleh membawa diri. Especially bila mereka dah kahwin. Yang lelaki boleh tolong si isteri di rumah dan yang perempuan tak kekok buat kerja rumah sebab sudah di ajar dari kecik. Nampak jauh aku pikir wei untuk anak-anak aku. Hahahaha

Actually banyak je lagi yang boleh kita praktiskan. Kita kena rajin menggali ilmu. Tak rugi pun. Yang penting kita kena didik anak-anak kita menjadi MANUSIA bukan menjadi TUAN kita. Aku dan suami pun sentiasa cuba untuk memperbaiki cara didikan kami dalam mendidik anak-anak. Kalau korang ada cara-cara lain boleh share dengan aku wokey!

Sekadar hiasan. Hahaha

Love,
Puan Wany

No comments

Back to Top