Dugaan Sebelum Bersalin: Air Ketuban Terlebih

Di saat entri ini dibuat usia kandungan aku dah mencecah 36 minggu 6 hari. Jadi lebih kurang 3 minggu sebelum aku bersalinkan adik Mimi. Kali kedua mengandung aku diuji dengan pelbagai dugaan. Totally tak sama dengan sewaktu mengandungkan Mimi. Masa 1st pregnancy semuanya ok. Sepanjang mengandung ok kecuali aku takde selera makan dan setiap kali check up baby urine aku problem. Macam kencing kotor je la. Lain-lain masalah takde seingat aku la.

My 2nd pregnancy ni pulak lain pulak ceritanya. Di awal mengandung aku mabuk teruk sampai muntah-muntah, pening kepala dan as usual takde selera makan. Bila da masuk 2nd trimester, HB aku pulak on off. End up 3 kali pi check up makin turun bacaan HB aku. Tak memasal dari sticker putih terus tukaq ke sticker hijau. Tapi selepas aku consume VCO time dah masuk 3rd trimester HB dah cantik balik.

Semasa era 3rd trimester pulak aku diuji ketika usia kandungan dalam 32 or 33 weeks di mana aku ada buasir la pulak. Adoiii tak pernah seumur hidup ada buasir sebab aku bukan jenis kaki sembelit. Sistem pembuangan aku memang sangat lancar sebab aku memang jenis minum air banyak plus suka makan buah. So bila bagitau nurse pun dia pelik. Tapi aku faham, ni sure sebab pregnant la ni. Benda yang tak pernah kena terjadi ketika ko mengandung kan.

Kemudian Sabtu lepas pulak aku pergi scan dekat private sebab Selasa nanti aku ada check-up dan doktor nak tengok scan baby yang paling latest. Time scan semuanya ok. Baby takde masalah tapi...doktor detect air ketuban aku banyak. Aku macam blur. Banyak? SO WHAT? Yang aku tahu kalau air ketuban sikit memang bermasalah. So doktor tu pun explain. Usually dia cakap mommies yang air ketuban banyak ni sebab dia ade kencing manis time pregnant. Hok alohhh. Aku ade kencing manis ke? Memang pregnant kali ni aku belum minum air gula lagi sebab aku takde family background yang ade kencing manis, berat aku pun tak lebih dari 2kg. Aku mula risau. Aku tanya ade risiko ke kalau air ketuban banyak? Doktor just bagitau kalau betul ade kencing manis then time aku deliver nanti memang pakar akan masuk then right after baby lahir mereka akan monitor lebih sikit. Something like that laaa..aku dan suami just angguk-angguk je la.

Sampai je rumah aku terus google nak tau lebih details pasal kes air ketuban banyak ni. Ok bacaan normal air ketuban adalah dari 8 - 20cm. Tapi masa aku scan bacaan air ketuban aku 25.6 cm. Okkkk itu memang da jadi abnormal okkkk. Ni antara kesan dan risiko yang aku baca sewaktu aku mengGOOGLE dan aku olah ikut kefahaman aku:-

  1) Baby floating sebab air da banyak sangat so taku jadi songsang dan kepala baby susah nak engaged. Macam semalam time check-up nurse check memang dia bagitau bila tekan perut aku ase air je. Doktor cek pulak bagitau baby tak engage lagi tapi kepala baby memang ke bawah.

   2) Perut jadi besar dan berat dari biasa. Contoh ko baru 28 minggu tapi perut da macam 36 minggu.

   3) Risiko untuk melahirkan baby pramatang. Aku alhamdulillah dah nak masuk 37 minggu dah.

   4) Tali pusat terbelit pada leher baby so kena emergency operate. Hmmmm minta sangat dijauhkan.

Risiko yang aku senaraikan aku terbaca dekat SINI.

Sewaktu aku pergi check-up semalam doktor-doktor bagi banyak kata positif. Mereka bagitau la most of the case bila scan air ketuban banyak tapi bila repeat scan and jumpa pakar bacaan dah jadi normal balik. So aku harap ada la miracle di situ.

Esok aku kena minum air gula. Kelakar tak da penghujung pregnancy kena minum air gula? Actually doktor nak terus refer kat pakar je tapi dorang taknak time aku da jumpa pakar, nanti pakar tanya ade kencing manis tak? Aku nak jawab ape sebab tak pernah minum air gula kan. So better buat siap-siap then terus jumpa pakar ASAP sebab doktor risau aku beranak awal ke camne. Yela a few weeks to go babe!

Risau memang aku risau. Aku risau kalau effect kat baby dan aku risau kalau kena beranak ikut tingkap. Aku berharap ade miracle. Kalau boleh memang aku nak bersalin normal macam aku bersalinkan Mimi. Lagi pulak this time aku berpantang sendiri. So aku memang berharap sangat segalanya dipermudahkan. Tetapi...kalau ditakdirkan kena bersalin ikut tingkap demi nyawa si kecil aku redha. Cuma buat masa sekarang aku mampu berdoa sahaja. 

Doakan aku dipermudahkan segala urusan untuk bersalin dan doakan ibu dan anak sihat-sihat sejahtera.

Love, 

Puan Wany




No comments

Back to Top