Jumpa Pakar HTAR

Scan di private clinic. Doktor Azlini yang detect air ketuban aku terlebih. AFI = 256mm

Berikutan masalah aku iaitu mempunyai air ketuban terlebih seperti yang dah aku bebel di entri sebelum ni di mana korang boleh rujuk SINI. Jadi kali ni nak cerita pulak pengalaman pergi jumpa pakar. Aku dapat tarikh appointment dengan pakar bahagian O & G hari Jumaat pada 20 Oktober 2017 di mana nurse di Klinik Desa yang call dan buatkan appointment. Urgent appointment yea sebab aku tinggal a few weeks nak deliver. Sewaktu aku menaip entri ni pun usia kandungan aku dah 38 minggu 4 hari. Minggu depan hari Khamis bersamaan 9 November 2017 EDD aku yea..hahaha. Nervous makcik nok. Jadi tarikh kena jumpa pakar ialah pada 25 Oktober 2017 pukul 8 pagi.

25 Oktober 2017
Hari kejadian aku dan suami masing-masing memang ambil cuti. Aku tak larat dah nak drive sendiri sebab aku tahu HTAR sure penuh dengan manusia kalau time weekdays. Masalah parking yang malas nak hadap. Jadi aku minta ihsan suami tersayang temankan. Ala bukan selalu pun. Selama check-up dekat Klinik Desa pun aku pergi sendiri je kecuali hari first buka buku pink saje mintak suami temankan. Hehehe.

Disebabkan appointment pukul 8 pagi jadi kami pakat bangun awal sebab nak anta Kak Mimi pergi taska awal. Anak dagha tu tengok mama dia tak keje nanti macam-macam kerenah dia tau. Seperti yang aku agak dia tak nak pergi sekolah. Tapi aku berjaya pujuk beliau siap packing kan biskut suruh share dengan kawan-kawan plus bagi botol air cantik dia yang baru beli tu (nak attract bagi minum air masak punyak pasai). So sewaktu hantar pergi sekolah dia tak menangis. Dia behave je siap bye kat aku lagi. Dah besar anak mama kan. Hehehe. Ohhh settle hantar dia pun da pukul 7:10pagi. Jadi kami suami isteri decide nak sarapan dekat je dengan area sekolah Mimi. Makan buat alas perut. Kalau tak mahu meroyan aku. Hahaha

Aku sampai hospital bahagian Klinik Pakar pukul 8pagi lebih sikit je. Itu pun suami aku drop sebab parking tersangat la full. So suami taknak aku berjalan jauh dari tempat parking then dia drop je dekat-dekat Klinik Pakar sementara dia pergi mencari parking.

Sebelum pergi bahagian O & G, kita kena mendaftar dekat kaunter pendaftaran di mana dekat situ tersangat ramai orang yang nak ambil nombor untuk berjumpa dengan pelbagai jenis doktor pakar di pelbagai bahagian la. Dekat sini jugak kena buat bayaran yea. Prosedur nak jumpa pakar di hospital kerajaan memang macam nie. Sebab tu appointment pukul 8 tapi orang da berebut beratur maybe aku ase dari pukul 7:30 pagi lagi. Aku tunggu giliran almost 45 minit yea. Sebab HTAR kaunter tak banyak dan hanya 1 kaunter je untuk pendaftaran bahagian O & G.

Walaupun appointment pukul 8 tapi doktor pakar start menjalankan tugas rawatan dan pemeriksaan pukul 9 pagi. Nasib aku just nak scan perut je so lepas daftar dekat kaunter di O & G terus pergi bilik ultrasound. 

Kalau ikut doktor yang in charge aku tu, aku cuma perlu tunggu 4 orang je sebelum tiba giliran aku. Tapi doktor-doktor pakar lain pun ade nak menggunakan bilik ultrasound yang sama sebab dalam bilik tu mesin dia untuk cek kandungan yang more details. So dari pukul 9 pagi tunggu settle nak dekat pukul 12 tengahari. Ulang pi tandas toksah habaq la wei. 3-4 kali ade sebab sejuk bebenor.

Sesampainya giliran aku, tak silap dalam 15-20 minit jugak doktor pakar tu ambil masa nak check baby. Aku macam biasa soal siasat doktor untuk mendapatkan kepastian dan menjawab segala persoalan yang merisaukan aku sejak beberapa minggu yang lalu.

So far, doktor cek kepala baby da start engage di laluan tapi tak fully masuk lagi. Ok sedap sikit dengar. Balik nanti buat exercise. Then doktor said my baby is a boy! Alhamdulillah memang dari first scan dulu doktor bagitau baby boy. Volume air ketuban aku pulak dah surut menjadi 19.51 cm berbanding bacaan haritu 25.6cm. Da surut. Jadi kes aku tak diklasifikasikan sebagai polyhydramnion. Doktor tu bagitau kes air ketuban banyak akan jatuh menjadi polyhydramnion kalau bacaan air ketuban lebih 25cm. Tapi aku baca dekat Pak Cik Google kalau lebih 20cm ke atas. Entah la yang penting bacaan air aku tak lebih dari 20cm. Dan aku harap masa nak deliver nanti air ketuban surut sikit lagi.

Latest scan kat pakar. AFI da jadi 195.1mm

Jadi aku tak perlu buat follow-up checkup dah sebab lagi 2 weeks je nak beranak. So doktor highlight dekat buku pink aku seperti berikut :-

  1. Kalau ade leaking atau turun tanda kena pergi hospital.
  2. Kalau pada tarikh EDD aku iaitu 9 November still takde tanda nak beranak, jangan serah diri dekat PAC dulu but kena jumpa pakar balik as last follow up session before beranak.
  3. Aku lupa point ni pasai ape. Nanti aku check balik buku pink aku er..hehehe
Jadi para readers sekalian, doakan baby aku engaged dan cepat-cepat la aku beranak. Aku taknak overdue. Masa Kak Mimi aku bersalin pada 40 minggu 1 hari. Huhuhu. Hope adik dia awai sikit. Sekian, doakan urusan aku dipermudahkan. Semoga aku dapat bersalin normal lagi seperti akaknya tanpa induce dan takmo jahittttt. AMIN

Love,

Puan Wany





No comments

Back to Top