#2 Pengalaman Bersalin

Ok ini sambungan dari cerita pengalaman aku beranakkan Mimi. Boleh lah refer Pengalaman Beranak 1 .

Sakit yang aku rasa tu takdelah datang kerap sangat. Adalah sejam sekali macam tu. Tapi memandangkan ini first time nak beranak, first time nak timang anak so suami aku risau lain macam. Baru rasa acah-acah contraction da sibuk nak pi hospital. Ok la kita layankan sajo.

Sesampai di hospital masa tu pun da pukul berapa. Mula-mula nurse tanya la pasai pa kan. Aku cerita la da terasa sakit contraction tapi tak berapa teruk. And lagi sekali kena seluk la kan. Time tu tak silap baru bukak 1.5cm. Ok punya berejam dari pagi sampai ke malam baru bukak lagi 0.5cm je. Adoiii..Oh lupa time ni suami, abang dan mak aku turut mai sekali teman. Konon ingat aku nak warded kan. Lau ikut procedure, patient boleh warded bila bukaan da 3cm dan ke atas.

Lepas da cek bukaan tu aku kena pi cek ctg pulak. Ctg ni nak tengok kadar deguan jantung baby. Pada masa yang sama kalu ade contraction ctg ni boleh track sekali. Sekali buat ctg ni lama jugak wei. Lepas tu nak tunggu doktor pulak. Sementara nak tunggu datang tu ade sesekali eh beberapa kali jugak perut rasa menggelodak balik. Asyik rasa nak berak je wei. So nak dijadikan cerita settle jalankan prosedur kat hospital dalam pukul 5pagi. So ceritanya bukaan baru 1.5cm. Sekian.

Elok sampai rumah ingat nak sambung tido la kan tetapi....jeng jeng jeng...time ni aku rasa contraction yang lagi sakit dari yang beberapa jam sebelum ni. Tak tau nak describe. Sakit dia datang dalam 30 minit sekali ade. Bila da reda aku tido. Bila datang balik aku kejut suami aku. Peluk dia kuat-kuat. Mohon dia boleh rasa sakit yang aku tengah alami ni. Makin lama aku rasa sekejap2 contraction tu mai. Sampai satu tahap suami aku track waktu contraction nak tengok kekerapan contraction tu. Ok semakin kerap okkkk. And aku memang da tak tahan sangat sangaaaatt sangggattttttttt! Suami panggil mak aku. Mak cakap mungkin masa da sampai. Aku masih berdegil. Cakap dengan mak dan suami malas nak pi hospital nanti kena halau balik rumah. Pastu aku layankan contraction je. 

Nak dekat pukul 7 pagi camtu memang tak tertanggung rasa sakitnye. Suami pun dah mata panda tak dapat tido temankan aku semalaman. At last suami call mak dia pulak tanya pendapat. Bila suami cerita contraction aku sangat kerap terus dia suruh pi hospital. Ok kali ni betul-betul aku nak pi hospital. Nak cecepat beranak wei..Sakit sangattt

Di hospital,

Kena seluk lagi as usual. Time ni nurse bising sebab aku bagitau aku ade minum air selusuh. Dia marah and bebel kat aku sebab minum air tu. Sebab tu sakit aku giler-giler. Aku macam eh da benda nak jadi. Ade je orang minum tapi tak jadi pape kan. Bising pulak. Aku da la kesakitan ni. Seluk punya seluk da bukak 3 cm. Aku macam whatttt punya sakit beriyaaa baru 3cm? Terus nurse suruh aku tukar baju pakai baju hospital tu sebab da boleh masuk wad. Tapi before nak pi wad kena buat ctg lagi. Time ni aku memang tak boleh dok diam da. Sakit dok serang kejap2. Mulut terkumat kamit berzikir. Nurse tengok bacaan graf and bagitau contraction aku tinggi ni. Disebabkan aku dah tak boleh dok diam bacaan graf tak boleh print dengan cantik. So susah nak bace. Nurse bising jap suruh aku bersabar. Aku redha...

Tapi redha aku tu mampu bertahan sekejap je. Hahaha. Sebab sakit contraction ni kaw kaw sangat. Sakit aku sampai lengan nurse aku genggam kuat-kuat. habis da suami tak boleh masuk selagi aku tak ready untuk beranak lagi. So siapa yang ade dekat aku aku layankan je la. Time ni aku merayu kat nurse mintak ubat tahan sakit. Tapi nurse yang jaga aku time buat ctg ni nasib soft sikit. Dia cakap contraction memang sakit dia macam ni. Tapi aku tetap merayu. Nurse tu macam kesian kot terus dia bagitau nanti dia bagitau Ketua Nurse (aku tak sure tapi yang pakai baju biru tu) sebab nurse tu je yang ade kuasa nak inject ubat tahan sakit ni.

Aku rasa ade setengah jam jugak nak tunggu tu. Bila nurse baju biru tu datang dia bagitau awal-awal even inject ubat tahan sakit pun sakitnye tak berkurang. Tapi aku tetap degil. At last nurse tu inject jugak (dekat punggung ke peha aku lupa da). Tapi as her said memang takde bagi kesan pun wei. Sakitnye sama je surut pun tidak. Ok buang masa menunggu tau. Kemudian aku ditinggalkan sendirian di dalam bilik ctg tu. Time tu Allah je yang tau sakit yang aku rasa. Da la handphone semua aku suruh suami aku pegang so memang tak boleh nak communicate dengan dia di saat aku betul-betul perlukan support dari yang tersayang.

Aku dah tak mampu nak layan contraction ni lagi sebab aku rasa kekerapan contraction tu datang memang da tak mampu dibedung lagi. Mulut ni sampai satu tahap dah tak larat nak terkumat kamit berzikir dan berdoa sebab contraction datang menyerang.

Entah berapa lama aku menahan contraction ni then aku da tekad nak cabut wayar yang berselirat dekat perut ni. Aku tekad nak cari sesiapa je lalu lalang. Nak suruh cek bukaan aku. Sakit teramat ni. Takkan tak bukak-bukak lagi kan. Aku turun slow-slow dari katil meuju ke pintu. Nasib baik aku nampak seorang doktor cina lelaki lalu. Terus aku panggil dia.

" Doktor...tolong cek bukaan saya doktor. Sakit sangat dah ni," rayu aku. Lantak la lelaki ke perempuan aku dah tak pikir dah masa tu. Nasib doktor tu sudi melayan karenah aku. Dia pun masuk bilik yang aku cek CTG tadi.

" Eh puan. Awak da turun darah ni," ujar doktor sambil menunjuk ke arah katil yang aku baring tadi. Aku pun tengok. Aah laaa..Banyak wei. Apesal aku tak perasan time turun katil tadi er? So lepas doktor tu tengok darah dah penuh dekat cadar katil terus dia suruh aku baring nak cek bukaan aku.

" Puan. Bukaan dah 7cm ni," muka doktor tu dah panik. Aku pun ehhh da besar da bukaan tu. Doktor tu terus cecepat keluar dari bilik. Kedengaran dia menjerit panggil nurse suruh ambil wheel chair. Patient air selusuh ni dah ready nak deliver. Aku yang dengar...what patient air selusuh??? SIOT!

Nurse datang bersama wheel chair. Minta aku turun slow-slow dari katil.

" Saya nak beranak dah ke?" aku terus tanya nurse yang menolak aku tu.

" Yea puan. Saya hantar puan ke labour room sekarang. Dah tak lama dah ni," balas nurse tu. Masa nurse balas macam tu aku punya la suka sampai terlupa kejap dengan sakit contraction aku tu.

Aku diusung masuk labour room. Baring. Nurse pulak sibuk prepare ape ntah aku pun tak pasti. Yang pasti sementara dorang dok prepare peralatan semua tu contraction datang balik. Adoiii sabar sabar kejap je lagi baby keluar yea. Aku bermonolog sendirian nak bagi diri tenang.

" Nurse bila suami saya boleh masuk?" aku sempat tanya nurse sebab dah kata aku nak bersalin tapi batang hidung suami tak nampak lagi.

" Sabar yea puan. Kejap lagi saya panggilkan."

Aku rasa suasana jadi memang kelam kabut. Setiap perbuatan nurse terhadap aku takde pulak dorang explain. Memang nampak kelam kabutnye. Sedar-sedar aku tengok nurse macam masukkan satu tube kat bawah then aku rasa macam air kencing mengalir. Ohhh dorang nak kosongkan pundi kencing aku. Yang last tu nurse sempat bagitau dia nak pecahkan air ketuban aku. Kalau aku rase nak terberak cepat-cepat panggil nurse. Aku pun angguk je la. Tapi tak sampai beberapa minit nurse keluar aku memang terasa nak terberak sangat-sangat. Aku confused kejap. Ni nak berak ke nak beranak??? Menjerit-jerit aku panggil nurse.

Terpinga-terpinga nurse masuk wei.

" Nurse saya tak tau nak berak ke beranak ni. Tak tahannnnn sangat!" ujar aku. Kemudian aku sedar aku dah terbuang aka yeyak. Hahahah. Malu sendiri. Nak berak rupanye. Sorry nurse. Hahaha

Lepas tu aku tak ingat ape tetiba nurse baju biru masuk. Dia bagitau doktor tak masuk sebab aku takde any risiko so dia yang akan mengetuai sesi aku nak beranak ni. Lepastu dia dah bagi green light untuk aku teran (tak sure la time tu dia cek bukaan kot maybe da fully terbukak sebab tu dia suruh teran).

" Tapi saya nak suami saya," kemain drama iolls tau. Taknak teran selagi tak nampak batang hidung laki aku. Hahaha. Kelam kabut nurse keluar pi cari laki aku. Tak sampai seminit dua laki aku masuk dengan muka blur. Hahahaha.

Perlu ke nak sambung story? Well mula-mula teran kena marah sebab aku keluarkan suara. Then nurse ajar la cara nak teran dengan betul dan tak kasi aku angkat punggung. Alhamdulillah. Proses teran meneran tak ambil masa yang lama. Rasa kejap je si budak kecik tu da berdesup meluncur keluar dengan posisi bersujud. Perghhh lega mak nokk. Rasa macam baru lepas membuang. Hahaha

Oh yea aku kena gunting yea. So settle part pengalaman bersalin. Actually ade banyak je nak story lagi pasal pengalaman Mimi kena prolonged jaundice yang menyebabkan aku da keluar wad tak memasal kena warded again selama seminggu. Pengalaman menyusukan Mimi untuk pertama kali. Ohoiii banyaknye memori nak kena share dekat sini. Tapi masa mencemburui kita. Slow-slow la er. Time aku buat entri ni aku tengah mengandungkan adik Mimi dan dah overdue 5 hari. Esok aku kena serah diri dekat hospital sebab takde tanda-tanda nak beranak lagi. Jadi tak tau la entri-entri yang tertangguh ni akan disiapkan. Hahaha

Love,

Puan Wany

No comments

Back to Top