Dugaan Sebelum Bersalin: Suami & Kak Mimi Demam La Pulok

Budak kena cucuk amik darah. Nie first time amik darah ni..Yang second time amik meraung kawan kalah lagu Newboyz - Meraung. Hahahaha

Khamis ni kandungan aku cukup 40 minggu. Tapi aku still takde tanda yang 3 tu la iaitu contraction, turun darah ataupun pecah air ketuban. Mild contraction? Entah…kadang macam rasa tapi kadang macam ehh perasaan aku je ni kot. Sebab aku cuma yakin kalau yang real contraction je..hahahaha

Kali ni mengandung aku ambil cuti hampir dua minggu awal dari EDD aku. Kalau Kak Mimi dulu lagi seminggu nak beranak baru aku cuti. Kali ni macam tak larat sangat nak menempuh hari-hari sebelum EDD tu. Mungkin sebab faktor aku travel dan drive sendiri. Dengan keadaan jalan dan jam tak tentu pasal buat aku lagi rasa penat sangat. Lagikan pulak aku da siapkan semua keje aku yang aku dah target untuk tahun ni. Jadi kalau pergi office pun takde ape nak buat. Jadinya kita bercuti awal la yea.

Minggu lepas kira sangat merdeka sebab duduk rumah rasa macam heaven gilos. Kak Mimi memang laki aku hantar ke taska la. So duduk rumah berlagak macam bujang kejap. Hahahaha. Kemas la rumah sikit-sikit. Tetapi ke ‘heaven’ an tu tak berkekal lama sebab hari Rabu lepas boleh pulak la si Mimi ni demam weiii. Jadinya kehidupan aku la jadi huru hara kejap sebab kena berjaga malam nak monitor suhu badan anak nak lap badan semua. Disebabkan Mimi tak sihat laki aku pun straight 3 hari bermula Rabu half-day. Sebab anak tak sihat. Aku pulak da di penghujung hari ni memang tak larat nak handle semua benda plus tido pun tak cukup jaga anak demamkan. Stress la jugak tapi bersabar la dengan dugaan sebelum beranak ni.

Hari Khamis lepas aku bawa Mimi pergi KK. Tapi si Mimi ni memang sejenis demam malam. Bila malam je suhu badan dia naik mencanak-canak. Tu yang kita risau. Sebab tu mama ko tak cukup tido. ‘Takpe praktis wei sebab a few days nak beranak kena jaga malam jugak kan,’ ujar mama Mimi cuba mempositifkan diri. Hahaha

Hari Sabtunya aku pergi KK lagi sekali sebab demam Mimi on off. So kalau ikut prosedur memang demam melebihi tiga hari kena datang balik sebab nak ambil darah nak tengok punca awat demam tak surut-surut. Nasib tak lama. Tapi Mimi trauma kejap sebab kena cucuk ambil darah. Hehehe. Maklum la kawan dah lama tak kena dengan jarum sejak dah habis amik vaksin yang wajib tu. Jadi doctor provide antibiotik dekat Mimi.

Alkisah bila dah amik antibiotic aku macam happy sikit sebab selalunya bila Mimi start makan antibiotic dalam sehari dua dia dah fully recover. Demam da totally kebah. Tapi kali ni tengok demam still on off. Yang lagi menyedihkan muka Mimi start keluar macam ruam. Aku macam syak Mimi alergik dengan antibiotic tu. Tapi aku still bagi makan sebab dari Mimi awal demam badan dia memang da keluar ruam sikit maybe sebab terlalu panas. Aku masih bersangka baik la. Tapi Ahadnye aku perasan Mimi start kena cirit birit. Memang kalau Mimi makan antibiotic dia akan berak cair tau tapi tak kerap. Dalam 2-3 kali pastu dah ok then demam dia pun hilang. Tapi kali ni ade la 5-6 kali berak then suhu badan kejap ok kejap tak. Ok kali ni memang aku confident Mimi alergik dengan antibiotic tu. Nak dijadikan cerita Ahad malam tu jugak laki aku pun demam wei. Tinggi tak hengat pulak tu suhu badan dia. Aku macam stress la sebab lagi empat hari EDD aku tapi kesayangan tak sihat. Aku nak focus untuk beranak pun tak tenang tahu. Tetapi aku cepat-cepat beristighfar. Bersabarlah dengan dugaan yang Allah bagi menjelang saat-saat aku nak beranak ni. Semoga dipermudahkan lah urusan aku nak bersalin nantikan. Terus aku pujuk adik Mimi jangan keluar dulu. Bagi baba dan kak Mimi sihat baru keluar. Kalau tak siapa pulak nak hantar aku gi hospital bila da sakit nak bersalin. Mau jugak aku panggil uber. Ok gurau bodoh je tu.

Isninnya kami pergi lagi ke KK. Laki aku sebab demam dia. Mimi pulak sebab antibiotic dia. Tapi demam macam ok la skit. Cuma cirit birit la. Suami dan Mimi kena ambil darah. Mimi menjerit menangis ok. Sebab baru sangat ambil darah dah kena ambil lagi. Aku berdoa la result darah both kesayangan ok dan takde ape yang perlu dirisaukan.

Alhamdulillah result darah both kesayangan ok. Laki aku demam tinggi sebab bacaan darah putih dia tinggi (Mimi pun masa start demam sama kes jugak) dan kencing kotor. Mimi pulak Alhamdulillah bacaan darah putih dia tinggi sikit je. Tak teruk. So Mimi disarankan stop ambil antibiotic tu and kena pantang sikit la sebab cirit then doctor bagi ubat sapu untuk ruam-ruam kat muka dia. Balik rumah memang aku kerah dua beranak tu makan ubat ikut masa. Memang aku berdoa dan berharap dorang sihat before aku beranak.

Alhamdulillah…hari ni Mimi pun aku da boleh kata da lega dari demam. Tinggai batuk skit dengan selesema. Laki aku pun baru tadi suhu badan dia turun di paras yang normal. Tu elok pulak keluar pergi keje kejap. Yela sebab Khamisnya dia kena cuti nak hantar aku pergi hospital sebab Khamis ni EDD aku yea kawan-kawan tapi masih takde tanda-tanda nak beranak lagi. Last time check-up baby da start engaged tapi tak fully lagi kepala dia masuk. Sekarang pulak aku rasa macam da kosong dah kat bawah dada ni. Jadi aku harap budak ni dah fully engaged. Kalau before Khamis ni or Khamis ni aku takde tanda-tanda nak beranak lagi aku kena pi jumpa pakar dulu bukan direct pergi PAC sebab pakar nak repeat scan before aku ready nak deliver. Then tengok condition aku camne. Aku harap wei Khamis ni da terbukak 3-4cm. Hahaha. Nampak tak sabar nak beranak walaupun takut. Pedulikan. Kawan-kawan aku yang EDD lambat sikit dari aku da selamat wei beranak. Nak buat macam mana dah aku sejenis beranak cukup 40 minggu. Aku harap kali ni pun cukup 40 minggu da beranak. Amin
Doakan aku beranak normal without induce dengan jahit korang!

Love,
Puan Wany





No comments

Back to Top