#1 :My Breastfeeding Journey ~ Aniq Mikael

Lagi 8 hari Aniq nak masuk 10 bulan. Last wednesday Check up berat Aniq 9kg. Berat dah tak berapa nak naik mencanak sebab Aniq da merangkak. Da aktif bergerak la melompat la. Tapi alhamdulillah. Makan banyak. Susu pun banyak tapi tak sebanyak macam usia dia masih bawah 6 bulan. Sebab sekarang dah boleh makankan. So aku akan make sure dia makan lebih. Kalau tak payah nak kejar demand susu si Aniq ni. 

Perjalananan penyusuan badan aku pun alhamdulillah masi mencukupi untuk Aniq. Aku bukan la seorang yang sekali pam susu terus dapat 12-14oz yea. Paling tinggi pam susu aku dapat 9oz. Tu pun jarang. Hahahaha. 

Sehari aku pam dalam 4-5 kali. Aku try hard jugak untuk cukupkan 5 kali sehari. Sesi yang paling meriah adalah sesi yang kedua. Di mana aku boleh dapat 7-8oz. Sesi2 lain biasa2 je. Sebab tu aku kena rajin pam untuk capai demand anak aku. Demand anak tau. Bukan aku kejar sekali pam dapat 12-14oz. Sebab bagi aku if sehari ko boleh kejar demand anak should be ok. Kalau boleh dapat lebih dari demand tu namanya bonus. 

Masa awal2 start keje setelah habis cuti bersalin 3 bulan aku rajin buat power pumping di sesi akhir iaitu waktu malam. So every night sejam aku kena pam. Tapi time tu Aniq pun kecik lagi. Tak banyak ragam macam sekarang 😒. So bapak dia boleh jaga. La ni dia pandai da buat bunyik kalau dia nak mama dia. Hahaha. Lagipun bila da mula busy dengan keje malam aku penat. Sometimes memang skip je sesi last. Tapi bila tengok susu pun tak semeriah dulu so aku rajin2 kan diri untuk pam jugak supaya sehari boleh capai demand anak aku. 

Aniq pulak now da boleh makan. Dia memang makan bersungguh-sungguh wei. Susu biasa2 je. Sometimes dia buat perangai bukan nak susu tapi nak makan. So now mama da paham da body language dia. Nak susu macam mana. Nak makan pulak macam mana. Kalau tak bagi makan dia jadi resah. Dan disebabkan itunaku kena rajin sikit mengepam sebab kekerapan Aniq menyusu tak macam dulu. Kalau aku buat perangai malas aku memang drop terus susu. 

Kalau hari keje usually memang aku consistent pam 4-5kali. Tapi kalau hari cuti tu yang risau. Kadang 1-2kali je sempat. Jadi kalau tak ke mana2 aku try jugak pam at least 3-4kali. 

Untuk Aniq ni mama tak terkejar dan tak tension macam Kak Mimi sebab masa pantang aku dah pulun simpan stok. Aniq usia sebulan aku da start simpan stok. Asal dia lepas nyusu aku kosongkan miss B. Tapi that time still takde jadual pam lagi. Atas usaha aku dan la aku kumpul sebulan punye stok. Kalau awal lagi buat jadual aku ase makin meriah wei. Sebab kadang sehari lau malas 2-3 kali je pam. Hahaha. Ok untuk anak no 3 kita try lagi er. Bila usah ditanya. Kita relax2 dulu. 

Walaupun ade frozen stok still aku taknak leka sangat. Aku tak ajar diri aku untuk sentiasa amik stok frozen untuk hantar ke taska. Sebab tu sehari aku target untuk kejar demand anak aku. Macam la ni sepanjng Aniq dekat taska dia akan minum dalam 21.5oz. Jadi aku akan make sure sehari aku boleh pam dapatkan total susu sebanyak 21.5oz jugak. Jadi the time nak hantar pengasuh, aku akan bawak stok frozen plus stok fresh sikit. The balance aku bedak lagi untuk dibekukan dan untuk letak dalam chiller for emergency use. 

Now aku tengah counting nak dapatkan degree dalam penyusuan pulak. Lebih kurang 2 bulan lebih lagi Aniq nak masuk setahun wei. Then berbaki lagi setahun perjalanan penyusuan aku bersama Aniq. Doakan aku dapat susukan Aniq sehingga 2tahun. Sebab Kak Mimi sempat sampai 8 bulan je kalau tak silap. Masa Kak Mimi aku mengais wei. Stok harini untuk esok. Ok la kalau ada masa dan ingat aku update penyusuan dengan Kak Mimi pulak. Maklum la aku ni tak berapa istiwamah nak hupdate entri. Hahaha

No comments

Back to Top