Potty Training Kak Mimi

Sambil tengah mengepam nak update entri kejap pasal potty training Kak Mimi. Actually 28 Ogos yang lalu genap la umur Kak Mimi 4 tahun. Mama dia ni sejenis malas nak mengajar anak tak pakai pampers. Bukan malas la tapi more kepada kepenatan bekerja kot. Hahaha (alasan) 🤪

Awal tahun hari tu kalau tak silap ke hujung tahun lepas cikgu Mimi minta izin nak ajar Mimi membuang kat toilet. Means no diapers la. Aku ok je sebab aku takde masa. Plus adik dia da keluar so terkejar-kejar. Awal2 tu Mimi  memang sejenis kat sekolah je tak pakai pampers. Balik rumah cepat2 cari pampers. Kadang baru sampai pintu rumah (tak masuk lagi) dia dah terkencing. Hahaha. Nasib kencing. Lau memerut? 🤦🏻‍♀️

Dekat rumah pun even cuti Mimi still pakai pampers sebab dia memang tak secure kot bila tak pakai. Aku pulak malas nak memaksa aku onz je la. Malas nak dengar pujuk rayu Mimi. Banyak lagi keje mama nak buat. Nanti sampai masa dia sendiri akan paham kenapa tak perlu pakai pampers dah. Senang betul jadi mama kan. Bergantung kepada fitrah kehidupan je. Adoiii

Tapi sejak atok dia duduk sekali ni dia macam takut2 sebab atok dia bising la umur nak masuk 4 tahun tapi still pakai pampers. So kita orang start train waktu siang. Setiap 30minit sekali aku akan tanye dia nak kencing ke tidak.  So far dia ok. Bila dia terasa nak kencing dia akan bagitau. Cuma sepanjang proses tak pakai pampers ni dia tak pernah berak. Tak tau la kalau dia tahan ke camne. Hahaha. 

Masa merdeka hari tu kitaorang balik kampung. So memang siang kalau kat rumah tak bagi dia pakai pampers. Ade sekali tu dia terberak wei dalam spender. Tu pun bila da berak baru dia bagitau. Memang tepuk dahi la aku dengan baba dia 🤦🏻‍♀️ Haruslah bapak dia yang cuci semua. Hahaha. 

So bila balik rumah kitaorang aku dah pesan kat mimi kalau nak berak terus bagitau nanti aku terus bawak gi toilet. Tak sampai 10minit aku bagi nasihat dia menjerit. “Mamaaaaaa! Cepat mimi nak berak!!!” Time tu aku tengah makan wei. Laki aku pulak gi outstation. Da la mangkuk jamban dia aku tak beli pagi 🤦🏻‍♀️😅 Aku cepat2 tarik tangan dia bawak masuk toilet. Aku suruh dia cangkung. Aku suruh je dia membuang kat lantai. Nanti aku bersihkan. Jadi start dari haritu mimi dah pandai tahan kencing atau berak selagi tak gi toilet. Pintu bilik air aku biarkan bukak dan lampu aku da on siap2 (bila malam). Aku da pesan dah. Kalau nak kencing ke berak terus pergi toilet. Sekarang pergi taska pun tak pakai pampers dah. Dia willing tak pakai. Dia akan pakai time nak tido atau keluar jalan je. Lepas ni nak train time tido pulak. Tunggu la aku beli alas yang kalis air dulu. Hahaha

Jadi itu lah cerita potty training mimi. Hahahaha.  

Sekian, terima kasih. 

No comments

Back to Top