Aniq dan Tonsil


Hari ni aku EL sebab Aniq demam. Actually Mimi baru je recover dari demam. Then semalam masa aku baru sampai ofis laki aku bagitau Aniq demam. Alahai. Korang ni pass baton ke hape. Tapi Aniq aku dapat agak dia tonsil sebab malam Isnin lepas dia macam batuk-batuk. Aku perhati je la. Dalam hati jangan ko demam nak. Alih-alih semalam ko demam. Halah-halahhh. 

Jadi tanpa berlengah laki aku terus amik ubat demam yang cucuk kat tot tu. memang ubat tu kami senantiasa standby di rumah untuk kes-kes emergency macam ni. After that laki aku bawa Aniq pi klinik. As i said, naluri seorang mama ni selalu betul. Aniq demam sebab tonsil bengkak sikit. So doktor terus bagi antibiotik la. Tak payah nak tunggu-tunggu demam lebih 3 hari then kena cucuk darah and bla bla sebab sah-sah sebab tonsil tu 🙄. Aniq kalau demam sebab tonsil bengkak memang temperature tinggi sebab tu hari ni aku EL nak monitor si kecik ni ha. Semalam dia melepek sikit tapi after 3 kali makan antibiotik nampak dia da makin ok. Da tak demam dan makin aktif 🤦🏻‍♀️ 

Semalam sebab pagi baru on antibiotik so tak nampak sangat perubahan. Petang aku balik dia melepek nak tido. Tapi badan panas wei. Padahal baru bagi makan ubat demam. Tapi hari ni alhamdulillah. Last bagi ubat demam pukul 8 pagi tado and till now badan tak panas. So aku gap la masa makan ubat demam. Instead of 6 jam kita jadikan 8 jam. And before Aniq demam, Aniq kena selesema. Then aku terus sapukan minyak baby oil tropical herb. Bagus wei. Aku tak kata 100% recover tapi nampak anak kita selesa. Aku beli pun dari ig. Korang boleh check it out ig eja_confinementhelper. Akak ni suka share benda yang ilmiah untuk para ibu bapa, pregnancy, post-natal etc. 

Ni la minyaknye. Baby Oil Topical Herbs 

Ok la since Aniq nampak ok esok mama boleh resume work as usual kot. Keje banyak sayang oi. Hehehe. Jom layan netflix sat sementara anak teghuna ni tidoq. 

Daaa

Love,
Puan Wany

No comments

Back to Top