Mama Ngedate Dengan Mimi

Macam tak demam kan 🙄

Hari Jumaat lepas iaitu 5hb Julai aku memang da plan nak bawa Mimi pi klinik gigi nak check gigi dia. Aku perasan gigi Mimi da start rosak dan berlubang. Perangai nak gosok sendiri tanpa bantuan orang itu lah hasilnye 😒. Maybe salah aku jugak tak tunjuk teladan yang betul. Sorry Mimi. Tapi takpe kita pi la klinik tengok ape doktor boleh buat. 

Kalau ikut planning asal after bawa Mimi tampal gigi nak ngedate tengok movie tapi alih-alih malam sebelum tu dia boleh demam pulak. Suhu terus cecah 38 wei. Ape lag amik ubat cucuk tot la yang sememangnya mama akan sentiasa standby di rumah. So esoknya before gi klinik gigi aku check suhu ok baru boleh proceed nak tampal gigi tapi kalau demam alamat kena tangguh dulu la. 

Nasib baik pi klinik kesihatan je. Sebab tingkat atas klinik gigi tingkat bawah tu klinik kesihatan. Aku pukul 7 bertolak da dari rumah. Sebab nak pam susu amik mase 30min. Sampai klinik dalam 7:20 pagi lepak jap bagi pam susu cukup 30 minit. Lepastu bancuh susu Mimi siap-siap baru keluar. Sambil tunggu turn daftar sampai la nombor nak kena panggil Mimi asyik la tanya “Bila nak jumpa doktor ni mama. Mimi tak sabar ni.” Dok ulang banyak kali wei. Budak ni excited sangat kang da jumpa doktor jangan melalak dah la. Tapi as i said, naluri seorang mama kan selalu betul. Doktor baru suh bukak mula da cuak kebebeh. Meraung pastu nak bangun nak cabut lari. Hahaha. Aku ape lagi. Terpaksa peluk la wei. Doktor pun tampal pakai tangan je. Sebab Mimi nak meronta. Oh lupa nak cakap 8 batang gigi wei kena tampal. Halaahhh anak aku oii. Doktor nak buat 2 batang dulu. So berbaki 3x perjumpaan lagi lah untuk tampal gigi yang balances tu. so aku take turn dengan baba dia la bawa pi jumpa doktor. 

Settle tampal dalam 8:40 pagi. Sebab rase awal pi je la klinik kesihatan amik ubat dia. Tunggu turn kira settle 10:15 pagi. Terus aku pi Aeon nak bawa tengok wayang cerita Toy Story 4. Mimi excited la sebab seumur hidup ni first time dating berdua je. Jadi boleh la fokus dekat dia lebih sikit. Bagi ruang dia memanja kan. Maklum la sejak ade Aniq dia banyak beralah. Good job Mimi walaupun bab mainan tengok tv dan banyak lagi dia berkira. Muahahaha. 

Before wayang start ❤️

Settle tengok wayang dalam pukul 1 camtu. Tu pun aku tengok muka Mimi letih giler. Mungkin sebab dia pun tak berapa sihat. Lepas belanja big apple sebijik balik rumah bagi Mimi makan ubat siap-siap. Pukul 2 camtu Mimi tertido sampai la dalam pukul 6 kot. Tapi before dia tido asyik dok cakap “Best la mama tengok citer. Nanti kita tengok lagi tau.” Mau tak best sebab adik tak ikut. Lau tak mana boleh fokus nak oi. Hahaha..tapi walau apa pun bila kita tengok anak happy kita pun happy. Mama cuba yea jadi yang terbaik untuk anak-anak mama. Nak Mimi tau sayang mama dengan baba sama je untuk setiap anak-anak gitchu. 

So the end kisah ngedate kami dua beranak. Oh sepanjang tempoh ngedate dan minum susu coklat, biskut, nugget dan pringles yang beli dekat tgv. Bapak mahaiii. Hahaharemm. Tak dan makan sebab nak kejar tengok wayang paling awal. Tiket paling awal is 10:50 pagi. Kalau terlepas pukul 2 baru ade. Memang tak kuasa nak tunggu. Ok la. Nanti kita sambung mengupdate blog lagi yea. Daaa

Love, 
Puan Wany

No comments

Back to Top