I'm Back!!!

 Haluuu!


Aku kembali dengan usia pun lagi tiga tahun nak masuk 4 series. 


OMG


By the way, blog ni masih wujud. Sayang nak buang. Tapi post dari zaman bujang semua dah takde. Aku delete. Sebab rasa tak ilmiah. Hahahaha


Aku tak pasti zaman sekarang ni ada lagi ke yang layan blog?


Again...dengan usia mcam ni aku tak layan viewers. Cuma nak jadikan blog ni tempat aku melepaskan gian dalam penulisan.


So apa yang aku nak share dalam blog ni gais??? Banyakkkkk.


Aku cuba untuk aktif dalam dunia penulisan semula. 


Nak memulakan penulisan pun memerlukan mood. Takde mood semua tak menjadi. Seakan penulisan kau tak hidup. 


Ok la..setakat ni je mukadimah pembuka tahun 2026 even dah bulan September. Hahahaha


Love,

Puan Wany

Stain and White Clothes!

 1st day school! Still ok sebab Kak Mimi dah darjah 3. Kalau next year haru sikit sebab Aniq dah masuk darjah 1. So mungkin mama depa jadi singa awal-awal pagi kot hahahaha


Ok bab paling merungsingkan aku bila bebudak sekolah adalah stain on white clothes! Of course this post specially to Kak Mimi. Mimi read this later ok


Kalau ikut suami aku la kan dia suruh je humban dalam washing machine. Kalau da tukar jadi color belacan hitam baru beli baru. Senang kan? Aku da practise dah last year. Tapi still mata ni kenot la tengok kesan2 kat baju sekolah anak. Sakit mata


Dah pelbagai stain remover aku try tapi tak hilang. Maybe sebab stain tu dah lama..kalau baru2 aku rasa ok. Tapi sebab aku ni kan terpaaaaling ‘rajin’ so gitu la jadinya.


So this year aku dah berazam untuk cuci baju sekolah anak manually (cuci tangan kekdahnya). Laki aku pandang sinis sebab dia tak nak aku bebai. Hahaha


But still kena juga sebab next year Aniq dah darjah 1. Lelaki ni pening bila pakai baju berkolar sebab nanti daki2 lekat situ. So kena sental lebih dekat area tu. 


Tiba aku rasa cukuplah anak 3. Sebab tak mampu nak sental baju banyak2. Hahahaha..dasar pemalas kamooo


Jadi aku harap istiqomah itu akan terus jadi milik aku.


Baru pm member aku nak try stain remover dari amway pulak since the brand of stain remover yang aku guna tinggal coet ja.


Ok done bebelan while waiting for washing machine finished its job!



My Time Freedom

 Assalamualaikum


Salam 3 Ramadhan…


Wany target lagi 5 tahun wany dapat time freedom wany. 


Time freedom yang macam mana?


Time freedom hanya untuk family dan business wany.


Now wany tengah pulun untuk business Shaklee. Wany nak kejar untuk bebas dari hutang jahat dan financial pun dah stabil.


Setiap hari dalam doa dalam solat wany selitkan doa lagi 5 tahun wany nak resign dari kerja wany, wany dah rank up sebagai master coordinator dan hits RM20,000 cash bonus.


Amin


Why wany obsess dengan time freedom?


Sebab setiap pagi kita kalut nak hantar anak2 sekolah then pergi keje. Balik keje kalut nak masak and kemas ape yg patut.


Anak2? Sempat layan gitu2..bila selesai keje da sibuk suruh mereka tido. Hmmmm


Pagi tadi Yusof bangun awal time kami sahur.


Pastu dia tengok je wany bersiap nak p keje. Bila nk hantar kt baba dia. Nanges nak mama.


Wany kenot tau tengok cmtu. Ok la malam ni mama luangkan sedikit mase untuk anak2 hugs mama okk


Anak2 semakin hari semakin membesar. Wany taknak terlepas moment mereka waktu kecil.


Fighting wany! U can do thiss ❤️

Back to Top