UiTM Segamat...awesome ke?

Ini bukan entri mengarut tetapi entri yang takde arah tuju (takde idea ape pun nak post entri ape). Before aq pulang semula ke kampus (bajet jauh sangat la kan) so aq nak sharing sikit environment and surrounding kat uitm segamat nie. Hari nie la baru sempat nak update. The previous days aq busy with homework la printing bagai la kan...

Actually aq da setahun lebih tinggalkan uitm segamat nie after grade diploma. Now I'm coming back to segamat after puan KP dan sewaktu dengannya meluluskan permohonan aq untuk tukar kampus kan.

Ada banyak perbezaan ke uitm segamat dulu dan sekarang? Maybe rasa kelainan sebab kawan2 kamcing dah takde kan. Tapi harini tak nak story mory pasal kawan...hari nie nak buat gosip. Eh?

Firstly aq nak komen pasal pak dan mak guard yang gua tersanjungi. Owhhhh uniform da tukar macam dekat Shah Alam la jugak. Sekali pandang dah macam pegawai polis la pulok. Tapi kekerekan mereka masih terserlah la...sangat bangga after dapat tulis dan bagi kami surat cinta mereka kan. Seminggu di sana tapi still tak nampak batang hidung miss guard yang aq ase paling cun antara yang lain la. Dulu beliau la yang dok bawa moto besar ala2 polis traffik tue. Cun macam mana pun aq tetap menyampah dengan kekerekan mereka tue. Cehhh

Secondly aq nak share pasal lecturer. Oh my goodness...mostly aq kenal kot. Dan paling best bila dapat PM Norzian! Hahaha...dulu pernah ajar aq tax and sem nie pun dia still ajar aq. Bangga la jugak bila dia masih kenal aq kan. Hope sem nie aq boleh score A la kan untuk paper beliau. Sem nie aq dapat ramai lecturer lelaki. Awesome ke? Hahaha...entah laa...ada yang dari Pakistan kot...speaking dia kebaboom tapi tak berapa paham sebab cakap laju bebenor laa...so terpaksa aq record then after kelas dengar balik. Aq jugak dapat lecturer yang hensem tau tapi kategori India. So bagi pendapat aq dia hensem la kategori bangsa dia dan besttt plus funny! The last one Mr Alba! Owhhhh saya in love sama kamu. Hak hak hak...even dia macam lembut sikit tapi dia tegas tueee...mau terkencing aq bila dia menyoal soalan yang unexpected nie... the rest female lecturers. Nothing to say about them...kira semuanya best la kan!

Thirdly pasal student. Masih dengan perangai mereka yang kalau dah couple satu kampus makanya asyik lah berkepit. Dah macam belangkas kan. Sakit mata plus menyampah tapi tue hakikatnya bila bercinta satu kampus. Nasib aq tak termasuk dalam golongan tue kan...hehehe...pengalaman dapat 'kawan' yang giler kedekut...adoiii muka cantik tapi kedekut...sabar je la...lagi lagi pasal luxury! Yea...mana2 u pergi confirm terserlah kemewahan student kan...masing2 nak show off kereta la handphone la...aishhhh...dunia2...

Then aq nak share about building. Wahhh ada penambahan la especially bangunan kuliah. Dari zaman diploma construct and now da guna tapi jauh nun di atas bukit tue. Semput2 aq beb nak mendaki. Yang tak boleh blah da sampai kelas then dapat message kelas cancelled. Perghhh...sabar je la. Then ada cafe speciall untuk NR tapi semua kategori boleh masuk. Yang awesome tue sebab ada aircond! Tapi yang tak bestnya harga mahal kot. Ok aq consider la sebab harga barang dah naik. So alternative yang ada aq terpaksa ikat perut dan masak sendiri. Saving betul nie...

Lastly aq nak komen pasal staff uitm. Ok ada certain department yang ok and ada yang certain macam harem. Nie yang menyampah dengan staff government. Bajet jawatan korg power sangat la. Aq tanya sikit da kena marah. Alasan dowg busy? Eh? Habis aq nak tanya sape? Takkan pengarah pulak kan. Ingat2 la sikit student nie stakeholder uitm tue ok. Kitaorang ada share jugak. Setakat kerani pun nak kerek. Sabar je la...tapi KP aq ok...sangat friendly plus sporting...tue aq suka la...

p/s: So conclusion dia uitm segamat nie awesome ke? Awesome untuk study la...sebab lecturer di semua ok! About facility tue  sometime tak puas aty la...but overall aq suka dapat study sini balik...sayonara UiTM Shah Alam!

4

Matlamat Aku Untuk Sem Baru

Tinggal lagi beberapa hari sahaja before aq tinggalkan rumah untuk continue new sem setelah cuti yang sangat2 panjang sampai aq da terlupa basic accounting (melampau bukan?)...aq kecoh2 tak nak balik u walhal bukan jauh mana pun. Hehehe...walaupun tak jauh tapi mau menapak plus tersemput2 jugak la aq kalau ulang-alik naik Bas No 11.

New sem, new environment, new friends and everything gonna be new! So aq perlu ada matlamat untuk sem baru nie! Hmmm...sambil packing2 barang tadi aq ada terpikiaq beberapa strategi sambil tengok movie dekat HBO. Amazing tak? 3 tasks in the same time? Packing, watching and thinking! Truly sakit kepala!


change, happy, nane, question, separate with comma
Ade kena ngena? Peduli ape eden. Hehehe

Matlamat 1
Masuk sahaja gate Uitm aq terus sapa pokcik dan mokcik guard. " Hye Pokcik, Mokcik Guard! I'm newbie here!". Puiiiii...padahal ex-student situ jugak kan. Tapi aq perlu amik hati dorg supaya sem baru nie aq takkan terima surat cinta dari mereka lagi. Arghhhh...tau nak saman je kerja! Suka membazir kertas laaa (alasan).

Matlamat 2
Next sem aq amik 7 subjek so ketujuh-tujuh lecturer yang bakal ajar aq tue aq nak bodek kawww2 punyer. Biar senang sikit dapat A dalam paper tue nanti yea dak? Ok aq tak seteruk tue. Actually aq da praktikkan benda alah ni sejak diploma lagi. Ia bukan bodek but something to get closed dengan lecturer je. Bila lecturer kenal kita so senang sikit dorg nak valued setiap hasil kerja kita. Tak percaya? Try la buat...tak tau cara? Aiseyyyy tak guna jadi student mehhh kalau tak tau. Tapi tak tau la depa kenal aq lagi ke tak. Dah setahun lebih aq tinggalkan Uitm Kampus Segamat nie.

Matlamat 3
Tambahkan stok kawan2 baru. Ok mostly kawan baik aq tercampak kat Melaka and some dekat Shah Alam. Tapi kawan2 di sini bukan bermaksud kawan baik gila kamcing tido satu katil ok. Tiada istilah kawan sejati dalam hidup aq sebab selalu kawan makan kawan. So sem baru nie nak cari kawan untuk tujuan akademik je. Boleh? Hmmm masih dalam perbincangan.

Matlamat 4
Aq akan kurangkan pengambilan kafein. Kalau tak makin migrain aq nanti. Sejak dari diploma aq akan amik nescafe before start study. Nak cegah mengantuk katanya. Yes its work and kafein nie bagus untuk cerdaskan kepala hotak yang kadang2 lembap nie kan. Tapi still ada kesan sampingan dia yea dak? Aq da sedia tinggalkannya tapi tak tau apa penggantinya? Erk takkan nak guna kacip fatimah pulok? Bukan satu company ke? Hahaha

Matlamat 5
No more scandals! Ohhhh statement bahaya nie kalau dibace oleh en Buah Aty. Hikhikhik...zaman berskandal nie da tamat dalam hidup aq sejak aq tamatkan diploma aq. Aq jugak da cipta rekod baru di mana sejak bergelar pelajar degree hampir setahun lebih aq takde skandallll. Amazing bukan? Cukup la...sekarang aq nak fokus dengan studies. Cukuplah ad en Buah Aty yang seorang tue walaupn nanti dia jauh bebenor dengan aq. Sorang kutub Selatan sorg lagi kutub Utara. Sob sob sob...


Matlamat 6
Aq akan jadi seorang yang lagi nerd. Eh? Actually aq ader bace satu entri oleh a guy nie. Tak ingat pulok namanya. Sori yea bro but ur entry is very attractive! Nak berjaya? Camne nak dapatkan Dean List? Well ramai orang cakap aq nie bila masuk u makin skema, nerd and bla bla bla. Do I care? Masing2 punya cara la kan nak study. If dengan jadi skema and nerd boleh bantu aq score so why not yea dak? Aq da praktikkan benda alah nie sejak diploma. Alhamdulillah berhasil. Yang penting usaha beb! (skema sangat ke? Ulat buku je kot...hohoho)


p/s: Tau Bas No 11 tue hape? Hahaha berjalan kaki la syg oiii (adik aq ajar)...terkono eden hari tue ;p










10

Cerita Budak U

depressed, frustrated, girl, moody, sad, sleep
Nak tidooooo

Dak Diploma: Wahhh nak final! Excited nie! Lepas nie cuti sem pulok (sambil tangan packing baju, buku bagai letak dalam kotak. Padahal final exam belum start lagi)

Dak Degree: Wuarghhhh! Da nak dekat dengan tarikh keramat. 12 September da start kelas...lambatnya nak cuti semmmmm (sambil tangan kanan packing baju, buku, makanan bagai. Tangan kiri sibuk dok kesat ayaq mata)

Dak Diploma: Lepas nie boleh la tido awal bangun lambat...cuti katanya...

Dak Degree: Lepas nie kena la tido awal bangun pun awal. Kelas pagi pulak kesemuanya. Hampeh!

Dak Diploma: Boleh la makan masakan ibuku...rinduuuu

Dak Degree: Terpaksa makan masakan ibu orang lain. Tue pun kalau ibu orang yang masak. Kalau bapak orang kakak orang abang orang lain? Terima la dengan terpaksa...sob sob sob

Dak Diploma: Lepas nie boleh la...

Dak Degree: BOLEHLAH aq sepak kau laju2 sampai terlekat kat pintu gate uitm tue. Bising je. Final belum da berangan! ( mood: jeles sebenarnya...sighhh)

p/s: Adakah anda sebagai pelajar degree berperasaan sebegini? Aq? Yeaaaaa mempunyai perasaan sebegini!



6

Tentang Sebuah Impian & Cita-cita - Part 3

AMARAN!!! Sila Baca Part 1 & Part 2 Before Continued...

Semput2 aq nak teruskan entri yang berepisod nie. Maklumlah even aq tak excited beraya macam orang lain tapi before aq balik u aq nak guk habiskan entri nie. Nie pun terasa nak continued lepas on call dengan en Buah Aty. Konon2 idea datang. Puiii...

Last entri aq ader story tentang minat aq yang sedang berputik, berbuah, dan masak terhadap dunia perakaunan. Yesszaaa! Memang aq in love in accounting! Tapi rintangan banyak beb untuk aq hadapi untuk amik subjek tue. Jom aq start story...

Aq tak tau apa nasib aq kan...seboleh2nya aq cuba lari sejauh2nya dan kalau lumba lari dengan kura2 pun memang aq tetap menang beb. Aq try lari dari sains tapi bidang tue makin menghantui diri aku. Oleh kerana result PMR aq konon2 macam bagus sebab sains dan maths dapat A so aq dicampak dengan segala hormatnya di dalam kelas sains tulen. First class pulok tue! Best? Giler waa derita ok! Aq terseksa sebab terpaksa amik subjek Fizik, Kimia dan Bio. WTF? Aq try rayu kat cikgu nak masuk kelas bodoh2 je janji tak de kena mengena dengan pure science. Kalau setakat sains asas tue aq ase aq boleh adapt la tapi nie giler pure? Tapi cikgu tak kasi. Konon2 aq nie pelajar Melayu harapan. Cehhhh...

Oleh disebabkan itu aq gagahi amik subjek elektif yakni Perakaunan. Seboleh2nya nak juga amik. Sempatlah belajar bab pengenalan tentang Bapa Perakaunan. Lepas tue.................................................................................................................................................................................................bapak aq paksa masuk sekolah teknik! Ok aq terima lagi dengan syarat kos aq pilih tapi hampeh! Bapak aq paksa aq amik civil engineering. Adoiiii...sabar je la. Bila aq usulkan niat di hati yang murni nak amik accounting dia betul2 tentang kot. Dah macam cinta terlarang la pulok...

Oleh kerana tidak mahu jadi anak derhaka, aq ikutkan aja la since rumah dekat je kot dengan sekolah tue. Sebab tue sampai sekarang aq blacklist technical school! Walhal sekolah tue tak bersalah pun. Well best guk la study kos tue sebab banyak turun padang ukur jalan, tanah bagai. Tapi aq ader kelemahan yakni aq ngok gila dalam Fizik. Aq tak tau la sama ada aq yang tak berapa pandai atau cikgu yang tak cerdik. Disebabkan tue aq da dapat agak aq takkan jadi engineer even minat guk dalam bidang yang aq amik kat teknik dulu. Kalau lah aq kenal en Buah Aty dari sekolah dulu confirm Fizik aq score and now aq teruskan dalam bidang civil sebab...hehehe dia terror subjek tue. Aq terror tiru je. Hohoho

Tapi takpe...apa yang terjadi ada hikmahnya. Aq sedar yang aq bukan dalam dunia kejuruteraan so aq tak pernah curang dengan perakaunan. Aq da cakap dengan bapak aq awal2 yang aq akan amik kos akaun time mohon universiti nanti. Alhamdulillah...bapak aq bagi green light. Maybe sebab dia tengok kebangangan aq dalam certain subjek kot. Hehehe

After SPM...aq continue amik Diploma Perakaunan dekat UiTM and now da masuk alam degree iaitu Bachelor of Accountancy. Aq bangga bila dapat pelajari apa yang aq minat. Aq betul2 bebas dari dunia sains! Syukur gila! Tapi aq admit...accounting nie pun giler tough kot kalau tak takde la kita panggil professional course yea dak? Oleh kerana minat yang mendalam aq berjaya grade dalam Diploma Perakaunan with CGPA 3.6 above....dan skang misi untuk dapat first class degree pulok. Doakan aq kawan2...tak sabar nak habiskan studies!


Tak sabar nak grade degree!!!
p/s: No more episode kot sebab after dis aq sendiri tak tau pe yang terjadi. Will be continued if da masuk dalam alam pekerjaan. Hope amik accounting keje pun accountant la. Jangan amik accounting tapi keje tukang masak. Eh? Siapa tau kan? Maybe ader yang tak tau yang aq still student dan sedang mengambil Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dalam tahun ke-3. Bijak jugak la awok kan? Hahaha...
2

''Paris Hilton [M] Mencari BFF 2011"

Nie bukan contest ke gapo ke pe ke...tapi sekadar hiburan setelah Cik Paris Hilton ajak join kan. Aq pun tak pandai nak terang lebih2. Seumur hidup berapa kali je buat entri in purpose nak join contest bagai. Pendekkan cerita meh aq royak sikit "Kenapa Saya Mahu Join Blog Ini?"....check it out!

Kenapa Saya Mahu Join Blog Ini?
Aq pun tak tau apesal nak join. Untuk suka2 la. Lagipun opportunity yang beliau bagi nie boleh la promote blog aq yang tak bape comel nie bila terpilih untuk ditempekkan link aq kat blog beliau. Blog beliau kan pengaruh banyak (bodek).

Kalau aq terpilih untung2 aq dapat merasa duduk sebulan dua ke dekat Hotel Hilton tue...syook guk pe...hehehe. Ok ngarut. Alaaa senang cerita aq da nak balik u sudah. Before balik u aq join la mana2 contest ke hape ke kan. Eden tak reti nak royak lebih. Nanti jadi mak karut plak...so dekat bawah nie banner beliau yang aq da tempek guna gam gajah;



p/s: Cukup syarat tak ek? Maaflah jika ada kekurangan. Hehehe

1

Tak Sayang Kepala Ke?

Apalah nak jadi. Makin moden makin tak berjenis pulak perangai. Apalah nak jadi. Ishhh3...aq tak cakap aq hebat. Aq pun banyak kelemahan pe. Tapi ALLAH da bagi akal korg guna la sebaik2nya. Jangan jadi benak ulu! Kan dah teremo sudah!

Aq cukup bengang dengan mereka2 yang naek motor nie. Bukan memandang serong ke senget ke...tapi bengang dengan attitude depa. Ada ke patut naek motor tak pakai helmet? Perghhhh gila keras ke hape kepala korg tue ek? Dari remaja pai la yang tua2 termasuk tok imam nak gi masjid. Amboiii ceramah kat orang boleh tapi hangpa sendiri tak mau ingat!

Even nak pergi kedai tiga empat kangkang beruk je pun reti2 la jaga keselamatan wei. Aq tau la masjid tue tak sampai setengah kilometer tapi safety first la. Susah sangat ke nak pakai? Atau takut helmet kena curi? Alasan!

Kalau korg diberi gold helmet baru nak pakai ek? Hehehe

Dan aq sangat2 la marah dan bertambah lagi marah sehingga gunung berapi pun kalah bila meletus bila tengok mereka2 dah la tak pakai helmet pas tue takde lesen pulak tue. Nie aq tujukan khas untuk pelajar sekolah tak kira lah menengah ke rendah ke ketot ke. Dah la kaki pendek aka tak bape nak jejak dekat bumi yang nyata lepas tue bawa motor macam orang gila buat up tengah2 jalan. Cari nahas ek? Taman aq nie dekat je dengan balai polis tapi aq tak tau la budak2 nie guna ilmu ape sampai pihak polis tak cekup2 dorg lagi. Walhal ada je polis bantuan sana sini. Sabar je laaa


4

Ehhh Kenapa Macam Lebih Kurang Je?

Syok tak sambut merdeka raya? Yang mana ade duit syok la...yang mana tak de duit tue buat2 la pergi jelajah semua open house kat area rumah korg er...dapat makan free yea dak? Aq tahun nie pun duduk rumah abiskan masa tengok tv je.

Azalikan...ehhh actually kan...the best part time raya if tak balik kampung (macam aq) adalah duduk depan tv layan citer2 raya sampai tak ingat dunia. Maklumlah bila da sampai tahap kematangan dalam usia nie...memang malas nak pergi beraya apatah lagi nak suh orang beraya. Kalau dapat duit raya takpe guk kan.

Tapi hari ini eden nak share sikit pasal cerita2 yang depa tayangkan  dekat tv untuk merdeka raya kali ini. Agak menghampakan bagi aq selaku pembuang masa yang terhormat nie bila cerita2 yang ditayangkan banyak kali dah ulang. Tak kira la channel apa pun...channel ASTRO yang berlambak2 tue pun dok tayang cerita yang sama. Gila boring dan gila membazirkan duit mak bapak aq bayar bulan2.

Walaupun banyak cerita ulang, tapi ada guk la cerita yang tak berulang (fresh dari ladang). But mostly tak bape best dan banyak versi sedih. Adehhh eden nie da tak bape gomar dongan citer yang sedih2 nie. Tapi ade guk cerita yang kelakar yang mampu buat perut aq senak bila overdose gelak. Korg sendiri perasan kan? 

Antara Babak dlm Telemovie 'Nak Balik Raya'

Sedar ataupun tidak...banyak cerita2 lawak khas untuk raya jalan ceritanya sama je. Sebijik cuma cara penyampaian je lain. Antaranya NAK BALIK RAYA lakonan Johan & Zizan, BALIK KAMPUNG lakonan Azlee & Wahid, DARI KEDAH KE KL lakonan Jepp Sepah & Ah Chong dan NAK BALIK RAYA ( Channel 130) lakonan Zul Huzaimi, Bell & Zul Yahya.

Semua cerita2 di atas yang aq senaraikan tue semuanya berkenaan dengan perjalanan nak balik kampung. Di tengah2 perjalanan nak balik ada je halangan yang melanda. Tiket habis lah, kena rompak la dan sebagainya. Nasib baik setiap telemovie tue berlainan waktu dan hari so takde la aq muak nak tengok.

Aq tak cakap tak best...suma cerita best nak2 lagi lawak Jozan yang bodoh2 cerdik plus lawak Jepp yang lawak spontan. Thumb upppp! Apa yang aq nak mention just nak korg berpikir je. Macam dorg da takde idea nak buat cerita. Kalau setiap cerita lain2 tahun takpe tapi semuanya ditayangkan serentak time merdeka raya. So aq pun hampir da boleh agak jalan ceritanya. 

Kesimpulannya...merdeka raya kali nie tak bape best sangat movie yang ditayangkan. Yang peliknya...cerita merdeka macam ada takde je ke aq yang tak pasan? Apa2 pun korg try la tengok telemovie raya yang aq senaraikan. Memang tak rugi even jalan cerita hampir sama...SALAM LEBARAN

p/s: Jangan lupa tengok telemovie Drogba & Rooney lakonan Johan & Zizan. Besttttt!


0
Back to Top