Don't Look Up

 Assalamualaikum,


Semalam sempat habiskan movie dekat Netflix yang tajuknya "Don't Look Up" lakonan Leornado Dicaprio. 


Wany kalau si Leonardo ni berlakon Wany suka layan sebab most of his movie memang thumbs up! Korang kalau bosan2 boleh la search kat Netflix nama si Leonardo ni. The most movie yg selalu kami laki bini dok repeat movie "Catch Me If You Can". Based on true story.


Ok this time new movie tajuk "Don't Look Up". Wany bukan nak bagi spoiler ataupun review sangat. Cuma terpanggil sikit nak share pasal movie ni.


Actually movie ni mengenai penemuan comet yang luar biasa oleh dua orang astronomer iaitu si Leonardo ni dengan Jennifer Lawrence. Luar biasa ni sebab besar yang amat dan sedang menuju ke bumi. Kalau hentam bumi ni memang seluruh bumi musnah.


The problem is, si Leornado and the gang da jumpe presiden US tapi depa pandang remeh je isu ni. 1 dunia tak percaya kan dorang wei. Kesian. Siap kena pulau kena kecam semua lah.


Sampai the day si comet ni nak hentam bumi, manusia masih bersuka ria, berparti sana sini. 


Movie ni macam dah nak kiamat wei. Petunjuk dah ade tapi manusia masih lagha. Masih melakukan dosa lagi. Padahal Allah dah tunjuk dah. Wany tengok Wany yang sedih. Sedih tengok manusia yang masih takde kesedaran.


Movie "Don't Look Up" ni just nak cerita pasal kebodohan manusia. Tapi the way comet tu hits bumi macam nak kiamat. Allahuakabar. Sekali langgar terus musnah semuanya. Allahuakabar!


Insaf la kejap. Sebab Wany dok bayang if that thing is REAL macam mana dengan aku nanti? Cukup tak amalan aku ni? Allahuakbar.


Korang try la tengok movie tu. Sakit hati dengan kebodohan dan kelaghaan manusia ni.


Semoga kita sentiasa perbaiki diri kita menjadi hamba yang baik dan on track ke jalan ALLAH.


Salam Jumaat gais!


Love,

Puan OmmaWany

0

Oh Anak-anak Luqman

 Assalamualaikum...


Eh siapa Luqman? Luqman tu laki aku la wei..hahahaha


Actually Wany suka je anak ramai. Sebab rumah meriah. Walaupun kami laki bini silih berganti jadi hulk tapi penat yang ko enjoy. Bila anak2 pi sekolah and ko cuti (let's say) senyap je rumah. Rindu gitu


Tapi, nak anak ramai ni perlu ambil kira banyak faktor jugak. Memang anak-anak2 tu murahkan rezeki kita lagi. Insyallah. Tapi banyak faktor lain jugak yang Wany dengan husband dok berkira-kira ni.


Semua anak2 dari first till third ni depa ni prolonged jaundice. Bila dah nama ade jaundice kekerapan ko berulang p check kuning tu tak tau nak habaq. Sebulan pertama Wany pantang tu memang tak boleh nak enjoy betul. Sebab nak kena jage makan, kejut baby bangun, kena berulang g klinik. Plus husband pun kena asyik half-day or lari kejap2 nak hantar Wany. Nasib dapat bos yg ok. Cuba bayangkan kalau laki Wany tu tukaq keghja? Ermmm


Then dah namanya anak-anak Luqman ni selagi tak masuk 2 tahun memang ko kena ngadap p klinik sebab ape sebab tiap bulan without failed ade je yang batuk la selesema la demam la. 


Masa Kak Mimi dulu dia kerap cirit birit. Sebab perut Kak Mimi ni sensitif sikit macam bapak dia. Kadang bukan sebab food poisoning pun tapi sejenis perut sensitif entah ape yang tersilap makan dah cirit. Padahal mama ko relax je. Haaa gitu


Masa Abg Aniq pulak sejenis ade tonsil. Every month akan demam, batuk and selesema. Yang tau tau la every month memang Wany kena cuti sebab jaga si teruna ni. Nak buat macam mana. Hantar taska pun salah satu faktor yang menyumbang jugak.


Si dak Yusof lagi lah. Awal tahun haritu kena warded sebab pneumonia. Almost 10-12 days berkampung di hospital pakej demam, selesema, batuk dan nafas laju. Time tu Yusof baru 6 bulan lebih. 2 kali doktor tukar antibiotik. And Yusof lama jugak bergantung dengan bantuan oksigen. Yang lama2 dekat hospital tu sebab oksigen dia tak berapa cantik. Itu baru kisah hospital. Tak masuk kisah HB dia low entah kenapa. Tapi last time Wany check Alhamdulillah HB dia dah above 11. Before this 7 something je wei. Siap naik ambulans ok pergi emergency. 


Tapi dak Yusof ni jarang demam. Selalu selesema and batuk je. And now tengah update entri ni pun Abg Aniq and dak Yusof batuk and selesema. Begitulah yea selagi anak2 tak besar. Selagi antibodi dorang tak betul2 kuat.


Cuma itulah, kalau dapat bos yang memahami ok la..yang tak memahami? Ko berdoa je la pada Allah banyak. Hahahaha..serious weii


So bukan isu nak anak ke taknak anak ke. Kos tu toksah cerita lah. Aku anta depa 3 ni pun bulanan da almost hits RM1,000. Tak termasuk duit poket Kak Mimi lagi setiap bulan dalam RM120 if dia pi sekolah lah. Aku percaya setiap kehadiran anak yang Allah izinkan tu Insyallah ade rezeki terselit supaya kita dapat membesarkan anak2 kita.


For the time being if korang nak tanye bila nak tambah? Aku takde jawapan. Cuma kalau ade rezeki harap ade yang ke-4 and dapat gegirl. Haaaahahaha...bila? Entahlah. Sekarang baru nak bernafas sedikit. Itupun hari2 dok memetir suara kami laki bini. Hyper bebenor anak2 teruna 2 orang tu. Kalau si kakak ko kena guna soft approach untuk menegur. Kalau tak..seperti air jatuh di daun keladi je


Lagi satu saja nak share sini. Kita tak boleh compare Wany yang ade 3 orang anak dengan si polan yang juga ade 3 orang anak. Kenapa tak boleh even bilangan anak sama?


Bilangan anak sama tapi situasi tak sama. Ujian kita lain2. Sebab tu kalau kita perasan ade je ibu yang baru sorang anak pun tapi hidup dia macam ape kan. So kita jagalah mulut kalau tak tau struggle yang si ibu2 hadapi.


Berdoa yang baik2. Stop dari judge orang.


Ok gais have a nice day ok.


Love,

Mama kepada 1 princess and 2 ketoi prince

0

Cara Banyakkan Susu Badan

 Assalamualaikum...


Salam Jumaat gais. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam. Jangan lupa amalkan perkara2 sunat yang boleh kita lakukan pada hari Jumaat ni.


So basically this entri ni tercetus sebab semalam ade one of my friend tanye product untuk banyakkan susu badan. Dia kekurangan susu badan and anak nampak tak kenyang. If pam pun dapat 1 oz je.


I feel u sis! Masa zaman menyusukan Kak Mimi 6 tahun lepas Wany rase struggle sangat penyusuan ni laa. I ingat selak and sumbat kat baby. And pam terus keluar melimpah seperti susu lembu tu. Hahahaha


So first gais there is a few basic thing yang korang kena tahu. Jommm bace without skip


1) Ilmu

As i said previously, menyusukan baby bukan takat selak and sumbat kt mulut anak. Bukan takat on pam dan boleh pam macam tu je.


Korang pernah rasekan "Why i pam tapi susu ciput kuaq? Bila anak direct elok ja kenyang." Siapa pernah rasa???


Macam ni, the moment u found out that u're pregnant sambil2 dok bersembang dengan baby sambil2 usha barang2 baby, please cari ilmu sebanyak mungkin pasal penyusuan ni or breastfeeding mat salleh kata.


Breastfeeding ni berkait rapat dengan lifestyle like pemakanan, emosi, your nipple condition and etc.


Read as much as u can gais! If u're really nak commit untuk menyusukan anak dengan your milk so baca and baca and baca. Especially for first time mommies!


2) First thing first right after your deliver your baby...

After baby kuaq if u beranak dekat hospital yang memang mesra ibu dan anak and support breastfeeding ni memang u kena bagi susu u! If not u kena hadap la dengaq nurse ka doctor ka bising. Gituuu..so acamne nak buat ni?


Ade baby yang memang bila u offer ur ms B  terus pandai bukak mulut and latching dengan baik. But ade baby yang tak reti and u kena ajar.


Mase Mimi dan Aniq depa dua ni kena ajaq. Masa Kak Mimi paling horror sebab Wany tak reti latch! Then Kak Mimi asyik nanges habis 1 wad dengaq suara dia ja. If that case happened, memang nurse datang ajar and amik baby p bagi minum susu dulu sementara mak baby nak pandai.


Disebabkan sis ni pun slow betoi la nak ajaq Kak Mimi tak memasai kuning dia tinggi before discharged tu weiii. Dah baby kena warded letak bawah lampu biru tu. Halah2..rase failed betul that time.


So make sure time siang tu uolls practice ajaq anak nak latching. Kang malam takdak sapa nak tolong. Hahahah.


P google how..sis malas nak copy. Yang pasti if position tu betoi u takkan rasa sakit pn time menyusukan baby. Nipple cracked tu normal sebab awai2 baby dok menyusu seperti tiada hari esok kan. But don't worry just keep breasfeeding anak sambil ayaq mata meleleh. Sapu la dengan krim for nipple tu.


3) Awal2 bersalin susu takdak

Siapa cakap? Sebab tu Wany suh gali ilmu sampai menara cina. Jangan dok dengaq orang tua2 cakap ang tak dak susu. Tu anak asyik lapaq tu. Halah2


Actually awal2 kelahiran baby tak kira prem ke idok susu tu dah ade. Susu awai2 tu memang cayaq habis macam air kosong ja wei. Sebab tu hampa kena keep susukan anak to stimulate ur milk! And mindset ampa pun kena main peranan. Time susukan anak cakap dalam hati "Alhamdulillah Ya Allah, anak aku cukup susu. Tq Ya Allah murahkan rezeki anak aku dengan susu aku." 


Kalau dalam hati dah dok pikir negatif tak dak susu tak dak susu seolah2 u doa takdak susu tau. Cuba positif sikit.


Ingat konsep ni...semakin kerap susukan anak semakin banyak susu akan terhasil!


FYI...susu yg awai tu sgt berkhasiat. Kita panggil kolostrum. Kolostrum ni tinggi antibodi for ur baby. Kalau susu direct memang ampa tak perasan. Color dia kuning2 cmtu.


And korang kena ingat..awai2 beranak susu bukan takdak tapi susu terhasil ikut demand baby sayang2ku. Perit anak ampa sebesaq kacang peas je. Depa minum sikit tapi kerap. Tu yang 1-2 jam sekali dok nganga nak lagi tu. Sebab susu ibu jugak senang dihadam dengan baik.


4) How to know ur baby cukup susu ke tak?

First if ur baby latching dengan baik there will be no issue.


If ur baby kencing banyak berak pn banyak so that's mean baby memang cukup susu.


If berat baby makin naik pun a good sign.


Baby nanges nak susu kerap sometimes bukan sebab susu tak ckup tapi memang awal2 ni baby tersangat kerap menyusu. Dak Yusof tu 20-30 minit sekali okkk.. ko ghase?


If during breasfeeding anak menangis meronta maybe tu salah 1 tanda dia tak dapat latching dengan baik. And perhatikan takut2 your baby ade tongue tie! Google sis google! 


5) Bila kena mula pam susu. Berapa kekerapan? Berapa oz nak bagi?

Kalau Wany, suka set up jadual pam a month before my confinement leave end. If u bukan EP mom then boleh set up jadual 5 kali pam sehari.


"Banyaknya Wany?"


Laa memang la wei. Ampa ingat senang ka menyusu ni woi. Why kerap? Sebab nak stimulate susu. The more u stimulate the more u get!


Nanti dah masuk kerja jangan culas jadual pam er. Contoh jadual pam Wany:-


07:00 pagi

11:00 pagi

3:00 petang

8:00 malam

11:00 malam


So if u da susun jadual nak pam time tu so jangan la skip. Nanti badan pun confused nak hasilkan susu time bila. Kalau takat lambat dalam 20-30 minit ok la jugak. But don't untill kena bengkak susu. Sure susu akan drop kaw kaw.


Macam wany cuti bersalin 3 bulan. So masa hantar taska wany bagi dalm 2 -2.5 oz. And wany assume setiap 2 jam baby minum. So wany estimeate antaq koi 8am till 7pm. So dalam 5-6 packet of 2 oz korang kena prepare bawak pengasuh or taska. Paham???


Jangan ajar anak minum banyak2. Kerap takpe tapi jangan sekli minum dah 4oz. Korang yang terkejar kang.


6) Emosi

Menyusu badan ni memang berkait rapat dengan emosi. If u stress susu drop. If u happy tetiba susu lebih banyak dari biasa. Tak percaya? Try dulu!


Makan benda yang buat u happy pun susu boleh banyak tau.


Sebab tu dalam my breastfeeding journey Wany tak consume any supplement untuk boost susu badan. Korang kena tau basic je. Then u will enjoy the journey


Masa Kak Mimi dah macam2 Wany makan and beli supplement tapi sama je sebab ape?


Sebab wany stress, wany penat and wany tak happy!


So time pam jangan sibuk nak tengok berapa oz u dapat. Nanti u stress. So enjpy je pam sambil tengok gambaq anak ka layan netflix ka.. ha gituuu


Ok la takat sini je share. Wany bukan pakar. Tapi itu sedikit sebanyak yang wany buat and baca.


Untuk menyusu dengan berjaya korang kena berkorban. Baru korang dapat hasilnya. If malas and banyak alasan better bagi je susu formula. Tak salah pn. Janji anak sihat and graf tumbesaran cantik.


Ok gais! Thanks for reading.


Love,

Puan Wany







0

Ujian Banjir Penutup Tahun 2021? Allahuakbar!

 Assalamualaikum…

 

Sumpah takde mood minggu ni pergi keje. Satu jabatan sedang sibuk menolong mangsa-mangsa banjir yang terkesan di Pulau Indah. Area rumah Wany Alhamdulillah tidak terkesan. Cuma ade beberapa lorong yang terkesan teruk.

 

Takziah Wany ucapkan kepada mereka yang terkesan di atas ujian ini.

 

Kadang Wany terdetik dalam hati,

 

“Kenapa aku tak kaya?”

“Kenapa aku takde 4x4?”

“Kenapa aku takde bot?”

 

Rasa useless sangat bila macam tak boleh buat pape.

 

Tapi Wany lupa. Bantuan atau pertolongan tu boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk.

 

Allahuakbar!

 

Takdelah banyak pun Wany menyumbang tapi Insyallah sumbangan Wany tu ikhlas untuk mereka yang terkesan dek banjir.

 

Kadang nak bukak Instagram ke FB ke takut. TAKUT tak kuat nak baca berita2 dan video2 yang netizen share.

 

Macam manalah keadaan mereka yang total lost? Hilang rumah sekelip mata? Hilang orang2 yang tersayang?

 

Allahuakbar! Sesungguhnya mereka sangat KUAT dan terpilih untuk diuji oleh Allah SWT.

 

Kita yang tidak terkesan ni pun sebenarnya Allah uji. Allah nak tengok iman kita. Allah nak tengok keihklasan kita nak menolong orang.


Semoga Allah permudahkan urusan kawan-kawan dan mereka yang terkesan disebabkan banjir.

 

Semoga Allah murahkan rezeki aku lagi supaya aku dapat menolong mereka yang berada di dalam kesusahan tanpa ragu-ragu, tanpa bercatu-catu!

 

Stay Safe gaisss

0
Back to Top