Don't Look Up

 Assalamualaikum,


Semalam sempat habiskan movie dekat Netflix yang tajuknya "Don't Look Up" lakonan Leornado Dicaprio. 


Wany kalau si Leonardo ni berlakon Wany suka layan sebab most of his movie memang thumbs up! Korang kalau bosan2 boleh la search kat Netflix nama si Leonardo ni. The most movie yg selalu kami laki bini dok repeat movie "Catch Me If You Can". Based on true story.


Ok this time new movie tajuk "Don't Look Up". Wany bukan nak bagi spoiler ataupun review sangat. Cuma terpanggil sikit nak share pasal movie ni.


Actually movie ni mengenai penemuan comet yang luar biasa oleh dua orang astronomer iaitu si Leonardo ni dengan Jennifer Lawrence. Luar biasa ni sebab besar yang amat dan sedang menuju ke bumi. Kalau hentam bumi ni memang seluruh bumi musnah.


The problem is, si Leornado and the gang da jumpe presiden US tapi depa pandang remeh je isu ni. 1 dunia tak percaya kan dorang wei. Kesian. Siap kena pulau kena kecam semua lah.


Sampai the day si comet ni nak hentam bumi, manusia masih bersuka ria, berparti sana sini. 


Movie ni macam dah nak kiamat wei. Petunjuk dah ade tapi manusia masih lagha. Masih melakukan dosa lagi. Padahal Allah dah tunjuk dah. Wany tengok Wany yang sedih. Sedih tengok manusia yang masih takde kesedaran.


Movie "Don't Look Up" ni just nak cerita pasal kebodohan manusia. Tapi the way comet tu hits bumi macam nak kiamat. Allahuakabar. Sekali langgar terus musnah semuanya. Allahuakabar!


Insaf la kejap. Sebab Wany dok bayang if that thing is REAL macam mana dengan aku nanti? Cukup tak amalan aku ni? Allahuakbar.


Korang try la tengok movie tu. Sakit hati dengan kebodohan dan kelaghaan manusia ni.


Semoga kita sentiasa perbaiki diri kita menjadi hamba yang baik dan on track ke jalan ALLAH.


Salam Jumaat gais!


Love,

Puan OmmaWany

No comments

Back to Top