Yusof Wean off Akhirnya

 Assalamualaikum,


Harini dah mula keja. Tak sambung cuti pun sebab tak pi mana. Isnin haritu terpaksa cuti sebab taska tutup due hfmd. Bagus jugak wany ambil cuti sebab pakat anak2 dan pak depa tak sihat. Memang cuti duduk rumah je.


Al kisah 31 January 2022. Time tido biasalah for kids yang masih df kalau terjaga malam mak2 akan comfort kan mereka dgn df je la kan. Tapi si Yusof tolak wei. Tapi dok teriak laaa..Risau la mama dia kan. Bila offer susu botoi dia nak and sambung tido sampai pagi. Ade sekali terjaga dia still taknak df. So wany offer botoi pun tak nak. So kita tepuk2 je la kan.


1 February 2022. Wany perasan waktu siang pun Yusof x mai nak df. Kalau dak dia dah mai ke wany tarik2 tangan dah nak ngempeng. But this time takdenya. Saja mai amik bau..pastu blah. Hahahaha.


But malamnya horror la sikit sebab bila dia terjaga tu nak comfort dia kemain yea. Dok tanya nak df ke? Yusof geleng kepala. Nak susu botol? Dok geleng. So wany dodoi la sambil berdiri..dia takmo tepuk2 dia sambil dia baring. Hampehhh. Mama dia dengan antara sedar tak sedar pi dodoikan la dia sambil bukak zikir dengan handphone.


Again dalam kol 2 pagi dia terjaga. Takmo susu botoi. Tapi bagi ayaq masak minum. Sampai dia tolak. Dia pun tak tau nak ape. Masa ni wany macam hilang sabar la..sebab hari kedua dia buat perangai..dok resah. Padahal dia yang decide nak putus susu..so wany bawa dia p ke baba dia. Laki wany bab tidoqkan anak memang hebat. So wany sambung tidoq sorang2 kat bilik..hahahaha


2 February 2022. Husband da warning bagi anak2 tido dengan dia je. Wowww...sis macam best giler sebab sepanjang almost 9 years kawen ni first time nk tido sorang tanpa anak2. Hahahaha..tapi woowww tu kejap je tetiba si Aniq request nak tido dengan wany pulak..hahahaha..tapi lena la wei tido ku..sebab takde orang kejut nk ngempeng dah.


Cuma tu la, rasa sebak la sikit sebab rasa macam Yusof dah besar je sampai dia sendiri decide nak putus susu. Entah dia dapat hidayah ape ntah nak wean off awai ni. Padahal bulan ni baru nak masuk 1 tahun 7 bulan. Sedih mama okkk


Tapi anak-anak wany semua jenis wean off sendiri. Tak payah ko bersusah payah sapu itu dan ini. Macam Kak Mimi putus susu waktu umoq dia 8 bulan. Masa tu wany kena gastrik teruk. Nak pam susu tak boleh nak direct pun tak boleh. So bagi la Kak Mimi susu formula. And dia minum elok je. Takde nak cari wany nak ngempeng. Memahami betul! Hahaha


Abg Aniq pulak wean off masa umoq dia 1 tahun 11 bulan. Geram je rasa sebab lagi sebulan je nakk nak cukup 2 tahun. Hahahaha. Masa ni wany ade operasi so kena stay hotel. Tu fisrt time tinggalkan Abg Aniq. Means tidoq tanpa dia lah. Dia tak mengigau pun nak ngempeng. Cuma masa hari ke-4 wany tdoq hotel dia demam kejap. Mak wany cakap demam rindu. Elok wany balik sihat je aku tengok. Hahahaha..as usual nak offer dia la bagi df sebab dah 4 hari tak dapat. Then dia tolak. Hahahaha. Tapi bagus jugak sebab genap Aniq 2 tahun wany pregnant dak Yusof.


Turn Yusof pulak entah mimpi ape ntah dia refuse nak df dah. Tapi ok je sebab masa umoq dia 1 tahun lebih wany da start campoq susu fm. Cuma rasa sedih sebab dak Yusof dah wean off dah tamatlah journey penyusuan mama ni. Penat tapi worth it!


Alhamdulillah walaupun mereka tak fully breastfeeding till 2 years tapi at least untuk Kak Mimi 6 bulan pertama fully bf. Untuk Abg Aniq paling lama menyusu badan till 1 tahun 11 bulan. Takdak campoq. Untuk dak Yusof fully bf 1 tahun. Alhamdulillah2. Yang penting depa sihat2 je.


So itulah perjalanan penyusuan wany. Next? Masih tak pasti ade ke yg ke-4? Sebab nak kumpul duit pasang implant. After raya kot. Hahahaha


Ok gais..daaa


Love,

Puan Wany


0
Back to Top