Monday Blues As Usual

 Assalamualaikum...


Hari Isnin dengan Monday Blues berpisah tiada yea. Nak2 lagi semalam petang baru smpai Klang. Penat! Mau tak penat. Laki aku buat giler balik Johor Sabtu pagi yang tak berapa pagi. Ahad tengah hari da gerak balik Klang.


This time kali ke-2 Yusof travel duduk more than 2 hours dalam kereta. Dia ok je as long as bukan duduk atas carseat. Hampeh..hahahaha. Next time dah menabung nak beli booster untuk Kak Mimi dengan Abg Aniq dia la. Hat lama dah tak elok. Maybe bila dia tengok kakak dengan abg pakat kena ikat baru dia nak dok ataih carseat.


Masa 1st travel balik Johor haritu Yusok cirit tapi tak kerap. This time dia batuk dan selesema pulak. Pastu petang Sabtu tiba2 demam yea..suhu kemain cecah 38.4. Mama is seram okk.


Bila ade anak2 kecik memang pi jalan jauh standby emergency kit. Ade ape dalam emergency kit tu?


Antara yang wajib wany bawak:-


1) Minyak baby (amway)

2) Eo RC (dilute) ~ best for flu and cough

3) Eo digize (dilute) ~ best for kembung perut or sembelit

4) Smecta ~ cirit birit

5) Air garam ~ to avoid dehydrate

6) Thermometer

7) Tempat sedut hingu (malas nak google nama betul)

8) Ubt demam (jenis minum dan boh kot tot sekali)

9) Oximeter (cek bacaan oxygen) ~ learnt from the experience. Yusof pernah admitted due oxygen dropped. So bila anak batuk 2 Wany rajin cek. Paranoid la skit. Padahal boleh tgok dada dorang tu..hahaha


Boleh jugak add on minyak gamat dan eo copaiba. Sebab anak2 Wany especially hero2 Malaya tu rajin buat lagak stunt man. Benjol bengkak sama sini. Sapu copaiba Alhamdulillah kecut..hahaha.


So far perjalanan ok je..Smooth. Dak Yusof tu kalau tido make sure bangun tido ko kena get ready heavy meals..nasi ke bihun ke..dia cekedis ni kureng. Tapi kakak dan abg juara..Juara perabihkan duit Wany bila masuk stesen minyak. Hahahaha


Sampai rumah moyang pun dia tak akward. Eh anak2 aku ni cepat friendly dengan orang yang dia tak pernah jumpa. So kena selalu berpesan don't talk to stranger! Don't follow stranger! Scream if necessary! Gituuu


Kalau Kak depa sebab da masuk sekolah rendah ni Wany dah ajar dari tadika yg private part tak boleh tunjuk, tak boleh sentuh. If ade malaun macam tu ko jerit je kuat2 and lari ke tempat yang selamat atau ramai orang. Kena keep pesan setiap hari.


Zaman sekarang dah tak macam zaman dulu. Ramai orang makin jahat. Ramai orang salah gunakan teknologi. Jadi kita la sebagai parent kena mainkan peranan. 


Kalau ade kemampuan hantar la anak2 pergi kelas seni mempertahankan diri. Wany pun tengah usha jugak ni.


Ok la takat tu je la nak bebel beda hilangkan rasa Monday Blues ni..hahaha.


Ok gaisss..Thanks for reading!


Lots of Love,

Puan Wany


0
Back to Top