Cara Banyakkan Susu Badan

 Assalamualaikum...


Salam Jumaat gais. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam. Jangan lupa amalkan perkara2 sunat yang boleh kita lakukan pada hari Jumaat ni.


So basically this entri ni tercetus sebab semalam ade one of my friend tanye product untuk banyakkan susu badan. Dia kekurangan susu badan and anak nampak tak kenyang. If pam pun dapat 1 oz je.


I feel u sis! Masa zaman menyusukan Kak Mimi 6 tahun lepas Wany rase struggle sangat penyusuan ni laa. I ingat selak and sumbat kat baby. And pam terus keluar melimpah seperti susu lembu tu. Hahahaha


So first gais there is a few basic thing yang korang kena tahu. Jommm bace without skip


1) Ilmu

As i said previously, menyusukan baby bukan takat selak and sumbat kt mulut anak. Bukan takat on pam dan boleh pam macam tu je.


Korang pernah rasekan "Why i pam tapi susu ciput kuaq? Bila anak direct elok ja kenyang." Siapa pernah rasa???


Macam ni, the moment u found out that u're pregnant sambil2 dok bersembang dengan baby sambil2 usha barang2 baby, please cari ilmu sebanyak mungkin pasal penyusuan ni or breastfeeding mat salleh kata.


Breastfeeding ni berkait rapat dengan lifestyle like pemakanan, emosi, your nipple condition and etc.


Read as much as u can gais! If u're really nak commit untuk menyusukan anak dengan your milk so baca and baca and baca. Especially for first time mommies!


2) First thing first right after your deliver your baby...

After baby kuaq if u beranak dekat hospital yang memang mesra ibu dan anak and support breastfeeding ni memang u kena bagi susu u! If not u kena hadap la dengaq nurse ka doctor ka bising. Gituuu..so acamne nak buat ni?


Ade baby yang memang bila u offer ur ms B  terus pandai bukak mulut and latching dengan baik. But ade baby yang tak reti and u kena ajar.


Mase Mimi dan Aniq depa dua ni kena ajaq. Masa Kak Mimi paling horror sebab Wany tak reti latch! Then Kak Mimi asyik nanges habis 1 wad dengaq suara dia ja. If that case happened, memang nurse datang ajar and amik baby p bagi minum susu dulu sementara mak baby nak pandai.


Disebabkan sis ni pun slow betoi la nak ajaq Kak Mimi tak memasai kuning dia tinggi before discharged tu weiii. Dah baby kena warded letak bawah lampu biru tu. Halah2..rase failed betul that time.


So make sure time siang tu uolls practice ajaq anak nak latching. Kang malam takdak sapa nak tolong. Hahahah.


P google how..sis malas nak copy. Yang pasti if position tu betoi u takkan rasa sakit pn time menyusukan baby. Nipple cracked tu normal sebab awai2 baby dok menyusu seperti tiada hari esok kan. But don't worry just keep breasfeeding anak sambil ayaq mata meleleh. Sapu la dengan krim for nipple tu.


3) Awal2 bersalin susu takdak

Siapa cakap? Sebab tu Wany suh gali ilmu sampai menara cina. Jangan dok dengaq orang tua2 cakap ang tak dak susu. Tu anak asyik lapaq tu. Halah2


Actually awal2 kelahiran baby tak kira prem ke idok susu tu dah ade. Susu awai2 tu memang cayaq habis macam air kosong ja wei. Sebab tu hampa kena keep susukan anak to stimulate ur milk! And mindset ampa pun kena main peranan. Time susukan anak cakap dalam hati "Alhamdulillah Ya Allah, anak aku cukup susu. Tq Ya Allah murahkan rezeki anak aku dengan susu aku." 


Kalau dalam hati dah dok pikir negatif tak dak susu tak dak susu seolah2 u doa takdak susu tau. Cuba positif sikit.


Ingat konsep ni...semakin kerap susukan anak semakin banyak susu akan terhasil!


FYI...susu yg awai tu sgt berkhasiat. Kita panggil kolostrum. Kolostrum ni tinggi antibodi for ur baby. Kalau susu direct memang ampa tak perasan. Color dia kuning2 cmtu.


And korang kena ingat..awai2 beranak susu bukan takdak tapi susu terhasil ikut demand baby sayang2ku. Perit anak ampa sebesaq kacang peas je. Depa minum sikit tapi kerap. Tu yang 1-2 jam sekali dok nganga nak lagi tu. Sebab susu ibu jugak senang dihadam dengan baik.


4) How to know ur baby cukup susu ke tak?

First if ur baby latching dengan baik there will be no issue.


If ur baby kencing banyak berak pn banyak so that's mean baby memang cukup susu.


If berat baby makin naik pun a good sign.


Baby nanges nak susu kerap sometimes bukan sebab susu tak ckup tapi memang awal2 ni baby tersangat kerap menyusu. Dak Yusof tu 20-30 minit sekali okkk.. ko ghase?


If during breasfeeding anak menangis meronta maybe tu salah 1 tanda dia tak dapat latching dengan baik. And perhatikan takut2 your baby ade tongue tie! Google sis google! 


5) Bila kena mula pam susu. Berapa kekerapan? Berapa oz nak bagi?

Kalau Wany, suka set up jadual pam a month before my confinement leave end. If u bukan EP mom then boleh set up jadual 5 kali pam sehari.


"Banyaknya Wany?"


Laa memang la wei. Ampa ingat senang ka menyusu ni woi. Why kerap? Sebab nak stimulate susu. The more u stimulate the more u get!


Nanti dah masuk kerja jangan culas jadual pam er. Contoh jadual pam Wany:-


07:00 pagi

11:00 pagi

3:00 petang

8:00 malam

11:00 malam


So if u da susun jadual nak pam time tu so jangan la skip. Nanti badan pun confused nak hasilkan susu time bila. Kalau takat lambat dalam 20-30 minit ok la jugak. But don't untill kena bengkak susu. Sure susu akan drop kaw kaw.


Macam wany cuti bersalin 3 bulan. So masa hantar taska wany bagi dalm 2 -2.5 oz. And wany assume setiap 2 jam baby minum. So wany estimeate antaq koi 8am till 7pm. So dalam 5-6 packet of 2 oz korang kena prepare bawak pengasuh or taska. Paham???


Jangan ajar anak minum banyak2. Kerap takpe tapi jangan sekli minum dah 4oz. Korang yang terkejar kang.


6) Emosi

Menyusu badan ni memang berkait rapat dengan emosi. If u stress susu drop. If u happy tetiba susu lebih banyak dari biasa. Tak percaya? Try dulu!


Makan benda yang buat u happy pun susu boleh banyak tau.


Sebab tu dalam my breastfeeding journey Wany tak consume any supplement untuk boost susu badan. Korang kena tau basic je. Then u will enjoy the journey


Masa Kak Mimi dah macam2 Wany makan and beli supplement tapi sama je sebab ape?


Sebab wany stress, wany penat and wany tak happy!


So time pam jangan sibuk nak tengok berapa oz u dapat. Nanti u stress. So enjpy je pam sambil tengok gambaq anak ka layan netflix ka.. ha gituuu


Ok la takat sini je share. Wany bukan pakar. Tapi itu sedikit sebanyak yang wany buat and baca.


Untuk menyusu dengan berjaya korang kena berkorban. Baru korang dapat hasilnya. If malas and banyak alasan better bagi je susu formula. Tak salah pn. Janji anak sihat and graf tumbesaran cantik.


Ok gais! Thanks for reading.


Love,

Puan Wany







No comments

Back to Top