Ujian Banjir Penutup Tahun 2021? Allahuakbar!

 Assalamualaikum…

 

Sumpah takde mood minggu ni pergi keje. Satu jabatan sedang sibuk menolong mangsa-mangsa banjir yang terkesan di Pulau Indah. Area rumah Wany Alhamdulillah tidak terkesan. Cuma ade beberapa lorong yang terkesan teruk.

 

Takziah Wany ucapkan kepada mereka yang terkesan di atas ujian ini.

 

Kadang Wany terdetik dalam hati,

 

“Kenapa aku tak kaya?”

“Kenapa aku takde 4x4?”

“Kenapa aku takde bot?”

 

Rasa useless sangat bila macam tak boleh buat pape.

 

Tapi Wany lupa. Bantuan atau pertolongan tu boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk.

 

Allahuakbar!

 

Takdelah banyak pun Wany menyumbang tapi Insyallah sumbangan Wany tu ikhlas untuk mereka yang terkesan dek banjir.

 

Kadang nak bukak Instagram ke FB ke takut. TAKUT tak kuat nak baca berita2 dan video2 yang netizen share.

 

Macam manalah keadaan mereka yang total lost? Hilang rumah sekelip mata? Hilang orang2 yang tersayang?

 

Allahuakbar! Sesungguhnya mereka sangat KUAT dan terpilih untuk diuji oleh Allah SWT.

 

Kita yang tidak terkesan ni pun sebenarnya Allah uji. Allah nak tengok iman kita. Allah nak tengok keihklasan kita nak menolong orang.


Semoga Allah permudahkan urusan kawan-kawan dan mereka yang terkesan disebabkan banjir.

 

Semoga Allah murahkan rezeki aku lagi supaya aku dapat menolong mereka yang berada di dalam kesusahan tanpa ragu-ragu, tanpa bercatu-catu!

 

Stay Safe gaisss

No comments

Back to Top