1st Time Dalam Ramadhan Tahun Nie

Ramadhan kali nie macam berbeza sikit. Bukan sikit la banyak sebenarnya. Sebabnya tahun ni 1st time sambut sebagai isteri. Sambut pulak di perantauan (la sangat). Then this Ramadhan aku tengah sarat mengandung. Tiga hari lagi da genap 8 bulan. Tapi iolls puasa ok hari ni. Da pesan awal-awal dekat baby suh behave. Ibu dia nak try puasa penuh. Hehehe. Oh ya dan jugak 1st time sambut sebagai status orang yang da bekerja. Before ni masih student lagi. So banyak perubahan yang berlaku. 

Since now aku da dikira sarat, kudrat aku memang da tak macam dulu. Boleh buat macam-macam kerja. Dulu balik keje memang masak. Tak larat pun still ada tenaga. Now jangan harap. Tak larat dia terus buat aku tertido sampai esok paginya. Memang tak masak la jawabnya kan. Nasib laki aku understanding. Now pergi balik kerja dia amik. Risau la kan nak harap aku drive. Kang jadi pape tak ke susah. Then masak pun dah jarang. Dah sarat tu satu hal la. Tapi nak dijadikan cerita awal pregnancy aku memang aku ada alahan nak masak. Ngade tak? Asal masuk dapur aku da start loya-loya. Tapi tak muntah. Aku start masak balik pun time da 5 ke 6 bulan aku preggy. Tu pun weekend sebab asyik penat je manjang. Nak diri lama-lama pun tak larat.

Ko bayangkan la asal abis masak je mesti aku mintak ihsan laki aku urut-urut tapak kaki aku. Sakit gila. Tumit pun da pecah teruk. Mungkin sebab pertambahan berat badan kan. Tu lau masak. Kalau tiap kali balik keje memang malamnya before tido laki aku wajib urut badan aku. Kalau tak memang aku tak boleh tido. Kejap bangun kejap ke kiri kejap ke kanan. Tu belum masuk bab kaki aku cramp lagi. Memang tiap wanita yang pregnant akan alami simptom macam nie. Malam-malam je lau aku gaya nak mengeliat sikit confirm kaki iolls cramp yang maha sakit. Makanya tak kira what time pun aku akan kejut laki aku suh urut-urut sikit kaki yang cramp tu. Alahai kalau ikutkan memang kesian kat laki aku. Terpaksa ikutkan kerenah aku kan. Tapi kalau bukan dia sape lagi aku nak susahkan kan? Hekhekhek. Dalam perut ni pun anak dia jugek. So tak boleh la dia nak komplen lebih :p

Ni actually banyak lagi nak taip ni tapi pinggang aku da sakit-sakit duduk ni ha. Nak meniarap sambil menglappy memang tak boleh la. Senak perut tau. Ok la..nak tunggu waktu buka. Salam Ramadhan dan selamat berbuka suma!!! ;) 
0
Back to Top