Tentang Sebuah Impian & Cita-cita - Part 2

Aisey...rase lama yang amat la eden tak jenguk blog nie...makanya traffic eden drop. Tapi itu bukan masalahnya...eden quite busy sikit uruskan hal kemasukan u since eden tukar kampus kan. So macam2 kena uruskan plus prepare untuk raya nie...


Hati eden nie terdetik nak update blog nie semata2 nak continue entri eden yang terepisod la pulok. Tak berniat pun nak buang masa korang untuk baca tapi just nak sharing sikit tentang impian dan cita2 eden. Bagi yang tak bace lagi part 1 korang boleh klik SINI.


Jom eden continue cerita eden yang lopas tue...


Memandangkan aq (tergeliat guk la bila dok guna 'eden' sebagai kata ganti nama...hehehe) tak minat aka menyampah giler la dengan subjek sains dan sewaktu dengannya so ia menyebabkan aq terkapai-kapai tanpa mempunyai cita-cita. Kalau dolu2 cikgu suka tanya kat kelas apa cita2 kamu? Betul tak? So kalau cikgu tanya aq, aq mampu senyum je la memandangkan takde cita-citakan. Sadis guk la bila pikir2 balik. Dah macam orang takde wawasan je bila takde cita2...huhuhu


Bila aq masuk form 2 aq tak tahu power ape yang da menguasai diri aq nie sebab tetiba je aq ase aq minat dengan Maths. Walhal time sekolah rendah Maths aq tak la power. Boleh la kan...minat pun cam minat tak minat je. Tapi tue la bila aq minat sesuatu je mesti ader je yang menghalang. The bigger obstacles is CIKGU! Tak tau la apa malang dapat cikgu yang masuk kelas macam keluar masuk hotel je. Memanjang busy dengan kelab dia. Kalau korang tension tak dapat cikgu cam tue? Da lah hati berkobar-kobar nak study Maths. Tup tup cikgu cam hampeh...makanya memang aq pun belajar main-main jela...


Calculator yg banyak berjasa nie!


However, interest aq terhadap Maths masih belum mampu bagi aq idea untuk jadi apa bila besar nanti. Terpikir2 guk aq time tue kalau pandai Maths keje apa yang aq boleh buat? Pasrah dengan cikgu tue aq pun beralih arah. Time form 2 ader subjek akaun yang diselitkan di dalam subjek Kemahiran Hidup. Mula2 belajar memang cam hampeh pening kepala buat T-account...tapi bila lama2 buat ase seronok nak-nak lagi bila semua question yang aq wat suma betul je kan. Mau tak excited? So dari situ lah aq ase aq mula jatuh cinta dengan subjek AKAUN. Dan dari situ guk aq pasang2 cita-cita nak jadi accountant yang berjaya in future. Tapi...macam yang aq katakan tadi...ape yang aq minat bukan senang nak capai...nak tau kenapa? To be continued lagi...hehehe




2

Tentang Sebuah Impian & Cita-cita

Alhamdulillah...pejam celik pejam tak celik2 sebab tiduq mampuih rupa2nya da 25 hari berpuasa...orang sibuk buat persiapan eden pun sibuk guk buat kuih raya and at the same time eden sibuk dok cari rumah sewa. Maklumlah eden dah tukar kampus cawangan dari Shah Alam ke hometown eden balik. Syukur la hari nie da jumpa rumah sewa betul2 dalam kawasan Uitm. Itupun selepas kredit hp eden habis call sana sini. Skang nak uruskan sal Ptptn yang ngah majok ngan eden plak. Adoiii...hope everything going smoothhh je...

Panjang lak mukadimah eden nie...hari nie saja2 rajin nak exercise jari2 comel eden di atas keyboard nie selepas penat blogwalking ke blog orang. Nak habiskan travel to all followers memang tak sempat laa...so will continued by tomorrow perhaps...as usual every time blogwalking eden akan jumpa pelbagai entri yang berkisah tentang pelbagai topik. Ada yang menggembirakan dan ada yang menyedihkan. Entri kali nie just nak sharing ngan korg impian eden ni ha. Tue pun after blogwalking tadi then terjumpa ramai guk la bloggers yang further studies or will going further studies kat oversea nun di sana...

Apa yang eden nak tegaskan di sini ialah eden sangat2 jeles wei! Jeles sungguh tgok orang pi belajar melebihi laut nie (oversea). Sob sob sob...sepupu eden yang sorang tue pun tak lama lagi nak fly pi India nak amik medic. Dak2 sekelas eden kat Shah Alam ader guk dapat further ke oversea pi tak ngat lak kt mne...member2 eden ader yang gi Egypt amik medic guk. Cuma eden jo kek Malaysia nie ha. Sedih2...

Bila pikiaq dan renung2 balik kan...dolu2 time kecik2 aq dan korang semua sure ada impian dan cita2 kan2? Same goes to me mehhh...dolu2 impian eden memang tinggi melangit la...confirm dan confident jo boleh eden capai...bila parent tanya...

Dad: Hang nak jadi apa bila besaq nanti?
Eden: Doktor!
Dad: Pasai pa?
Eden: Boleh rawat daddy kalau sakit (sambil tersengih2 menampakkan gigi rongak...hahaha)

Tapi bila eden melangkau masuk darjah 4...eden asa eden nak tukar cito2 pulak dah. Sebab eden asa eden tak mampu nak jadi doktor seperti yang da eden gembar gemburkan kat bapak eden...sebab

Eden: Nak tukar cita2 la
Omak: Awatnya?
Eden: Subjek sains tue susah la mak. Tak besh langsung! Menci2 (act gedik selama 10seconds)
Omak: Pulok dah...

Haaa already found the reason kan? Yola dolu2 darjah 4 bawu lah kenal subjek sains tue gapo dia kan? Kalau budak2 sekarang nie kek tadika lagi da belajar dah. Aq ase aq memang tak dilahirkan untuk jadi doktor sebab aq sumpah benci giler dgn sains. Dah tue aq nie takut tengok darah. Confirm2 lah rejected! So dari darjah 4 sampai form 2 aq takde cita2 dan impian. Hehehe...kenapa sampai form 2 je? Apo kah eden nie belajar sampai form 2 jo? Huk huk huk...to be continued...
7

Kalau Namanya Cerita Orang Melayu

Drama Kasih Alia (sekadar nak tempek)

Sejak menjak bulan Ramadhan nie makanya pelbagai lah cerita yang da di tempek dekat setiap channel tv. Jenuh aq nak tengok semua cerita tue kalau timing dy serentak kan...dan semestinya drama Melayu lah paling banyak disiarkan selari dengan bulan Ramadhan nie. 

Tapi kadang2 aq malas nak layan sangat drama Melayu nie. Mesti hangpa cakap aq nie tak nak sokong industri kita kan? Ini bukan bab tak nak sokong ke hape tapi aq ase ape yang aq ase ni turut dirasai oleh hangpa jugak. Setiap jalan cerita dalam drama Melayu nie confirm hangpa boleh agak dah.

Contoh:

  • Klimaks cerita mesti hero/heroin sakit. Dah tue penyakit kronik plak tue. Lagi bape hari dah ke batu dua...sob sob sob. Sadis2...
  • Lor rupa2nya hangpa nie anak angkat je? (perasan dak case cmnie?)
  • Aik accident sudah? Dah tue mati...dah ajal katanya...
  • Tengah best dilamun cinta rupa2nya depa berdua nie adik beradik yang dah lama terpisah. Aiseyman...cmne tue?
  • Aq suka hang tapi hang suka dia pas tue si polan nun di sana suka aq? Ishhhh bersegi2 lak cinta nie. Poning eden.
  • Si minah nie dok la kejar mamat yang sorang nie. Agak dah takdak jantan laen ka nak pi pikat? 
  • Ohhh cinta terhalang ala2 Kassim Selamat. Adehhh wujud lagi no situasi lagu nie. Si miskin tak layak bercinta dengan si kaya. Materialistik2...
Cinta Terhalang

Lagi ape lagi? Korg sendiri boleh pikiaq sendiri. Hehehe...actually this topik pernah dibicarakan oleh Nabil Raja Lawak time show dia dulu. Cuma this time aq tokok tambah sikit2 je. Sekadar untuk hiburan. Hehehe...
14

LOVE Nuffnang Triple Times!

Seminggu sekali aq mesti cek akaun NUFFNANG (padahal tiap2 hari ek? Hahaha)...tapi aq tau seminggu sekali paling afdal sebenarnya nak cek akaun kt depa nie. So as usual hari nie genap seminggu aq tak amik kisah sal akaun Nuffnang aq. Then tadi baru cek tengok2 aq da dapat 3 lagi kempen beb! Walaupun d dlm hati teringin sesangat2 nk rasa BE tapi dapat 3more campaigns nie pun aq da bersyukur da...



Cuma lately penyakit kemalasan nak update blog datang melanda plus dengan kaki aq malas untuk blogwalking menyebabkan traffic aq quite dropped...pape pun thanx berjuta2 million lemon dekat Nuffnang dan pihak advertisers sebab sudi tempekkan iklan hangpa kt blog aq nie...silalah tempek lagi, lagi dan lagi. Lap u banyak2lah guna sabun FAB...hehehe
4

Aku & Mamat Korea - Part 12


          Tenangnya suasana pagi-pagi ini di kawasan rumah aku yang tercinta. Rasa seperti sudah lama tidak pulang ke rumahku syurgaku. Kesibukan di kampus menghalang aku untuk pulang selalu. Aku ingat nak pulang ke rumah bila selesainya final exam nanti. Tetapi di saat ini hatiku meronta-ronta hendak segera pulang sebelum exam bermula. Aku tidak sanggup duduk di Shah Alam. Takut terserempak dengan Khai. Hmmm...
       Sejak dia meluahkan perasaannya pada aku beberapa hari yang lepas, aku terus menyepikan diri. Panggilan dan message darinya langsung aku tak endahkan. Aku terus buat keputusan untuk pulang ke JB. Di saat nie aku perlukan ketenangan. Namun aku sendiri tidak pasti sampai bila aku harus melarikan diri darinya. Kasihan pula buat dia begitu. Tetapi aku belum mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan situasi yang sebegini. Sepatutnya aku perlu merasa gembira kerana cinta aku berbalas. Aku cintakan kau Khai! Tetapi aku tak berdaya memiliki kau. Aku redha jika cinta aku tidak berbalas. Tetapi sekarang ini.... Keadaan makin parah bila dia turut mempunyai perasaan terhadap aku. Aku tidak tahu apa yang aku harus lakukan ya ALLAH...
           " Ika...kenapa termenung je nie?" sapaan ibuku mematikan terus lamunanku terhadap Khai. Aku memandang tidak bermaya ke arah ibuku. Nampak sangat muka aku yang seposen nie muka yang bermasalah. Aku menariknafasku dalam-dalam dan lepaskanya dengan berat.
       " Ibu...hmmm Ika takut..." kata-kataku terhenti di situ tanpa ada tanda-tanda untuk meneruskannya. 
             " Kenapa nie?" soal ibuku lembut sambil memegang bahuku. Aku tidak tahu bagaimana untuk meneruskan bicaraku yang seterusnya. Perlukah aku memberitahu ibuku? Sejak kejadian itu, ibuku lah tempat aku berkongsi rasa dan sebagainya. Segala masalah dari sebesar-besarnya sehingga sekecil-kecil zarah pun pasti ibuku tempat pertama yang akan ku kongsikan dahulu.
           " Ika tak mahu pisang berbuah dua kali bu..." kata-kataku terhenti lagi di situ. Begitu payah untuk diluahkan. Air mata mulai bergenang di kelopak mataku ini. Hatiku senang betul tersentuh bila bicara mengenai hati dan perasaan nie.
          " Ika jatuh cinta lagi yea?" ibuku cuba menduga. Sudah! Aku tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan ibuku itu. Perlu ke berterus-terang? Cakap je la...
            " Ika pun tak tahu macamman boleh terjatuh hati bu...Ika cuba ta..." ibuku menepuk-nepuk bahuku lembut. Kata-kataku termati di situ. Mataku hanya memandang ke arah wajah ibuku. Tenang sahaja raut wajahnya. Tidak seperti aku nie. Berserabut memanjang memikirkan tentang Khai dan final exam yang tinggal lagi lima hari. Buku pun masih tidak aku buka sejak aku pulang ke rumahku. Mood hendak study entah ke mana-mana melayang pergi meninggalkan aku.
           " Tak salah jatuh cinta terhadap seseorang kerana perasaan itukan anugerah yang diberi oleh ALLAH. Cuma ibu tak nak Ika tersalah pilih lagi. Ika fahamkan maksud ibu?" ujar ibuku lembut. Aku yang mendengar hanya mendiamkan diri tidak berkata apa-apa. Terharu pun ada. Ibu masih menerima diriku walaupun kesalahan lalu itu sangat sukar untuk diterima oleh sesiapa pun sebenarnya.
        " Tapi apa yang perlu Ika buat. Masing-masing memendam rasa. Ika takut dia tak boleh terima siapa diri Ika," ujarku setelah beberapa minit mendiamkan diri. 
        " Ika...kalau dia ikhlas dengan kita...siapa pun kita pasti dia akan terima. Keikhlasan dan kejujuran itu yang utama. Kalau Ika masih ragu-ragu, Ika pegilah menunaikan solat isthikarah. Mintak petunjuk dari-NYA," ujarku ibuku sedaya upaya untuk mententeramkan hatiku ini.
         " Tapi bu...Fal...ermmm Faliq tue kawan baik dia. Ika takut kalau..."
       " Faliq? Hmmm kalau boleh ibu taknak dia menganggu hidup Ika lagi. Dunia nie kecil sahaja kan. Ika takut si dia tue seperti Faliq? Pergilah minta petunjuk dari-NYA. Kita tidak boleh judge orang sesuka hati," ibuku memotong percakapanku. Aku hanya mengangguk kecil. Ada betul kata ibu. Faliq memang insan tidak berguna tetapi tidak semestinya rakannya yakni Khai pun sebegitu. Hmmm...berikanlah aku petunjuk-MU Ya ALLAH.



          " Sayang...macam mana nie? Da lambat sangat nak balik hostel. Mesti guard tahan Ika tau," aku bersuara setelah perut kekenyangan selepas di isi dengan KFC Snake Plate. 
          " Ika janganlah risau. Nanti kita check in hotel je la kalau tak sempat balik. Boleh sayang?" Faliq membalas sambil mengusap-usap tanganku. Aku tersenyum manja dibelai sebegitu.
        " Hotel? Mana Ika ada duit nak check in," ujarku pendek sambil berfikir sejenak. Faliq lah nie beriya-iya ajak aku keluar pergi shopping, tengok wayang dan lastly lepak KFC. Sedar-sedar hampir pukul 12 tengah malam.
      " Soal duit sayang tak perlu risau. Selama nie kan semuanya Fal support. Takkan nak bermalam semalam dekat hotel Fal tak boleh tolongkan sayang?" jawab Fal pula. Aku hanya tersengih-sengih seperti kerang busuk. Ini yang best nie pasal Faliq. Sejak bergelar kekasih hatinya yang baru menjejaki usia sebulan lebih aku begitu bahagia. Semua keperluan aku dibantu oleh Faliq. Aku beruntung mempunyai kekasih sepertinya kerana selain dari kasih sayang yang diberikan, dia juga anak kepada usahawan yang berjaya. No wonder lah kalau setiap kali keluar dia mampu untuk support aku serba serbikan. Jimatlah duit PTPTN aku sepanjang bersama dia. Hehehe.
         " Tapi Fal macammana pula?" aku menyoal lagi. Faliq nak pulang ke rumah sewa atau tidur di hotel? Erkkk jangan minta tidur satu bilik sudah lah.
          " Sayang...dekat hotel tue ada bilik lebih dari satu. Nanti Fal check in dua bilik. Ok?" ujar Faliq. Aku yang mendengar tersenyum lega. Aku tahu dia tidak akan mengambil kesempatan terhadap diriku.
         Aku masih menunggu Faliq di lobi hotel sementara dia pergi menguruskan hal pendaftaran dan sebagainya. Lama juga prosedurnya. Mata aku kian layu disebabkan mengantuk yang amat. Nasib baik esok hari Ahad so tak perlu rushing nak balik awal sebab tiada kelas.
         " Sayang..." Faliq menyapaku lembut. Aku memandangnya sambil tersenyum.
     " Dah ke Fal?" soalku pendek walhal perasaan excited nak terjun kat katil nie. Rasa mengantuk kian menguasai.
          " Ada masalah sikit nie..." ujar Faliq pendek. Aku memandangnya pelik.
          " Kenapa nie sayang?" aku menyoalnya pula. Tidak sabar menanti jawapannya. Masalah apa pula yang datang nie? Aku dah mengantuk tahap dewa nie.
         " Hmmm...bilik semua da fully booked. Tinggal satu bilik je lagi," jelas Faliq. Terkejut aku mendengar. Habis semua di booking? Alamakkk...macammana nie. Takkan nak bagi dia tidur sebilik pulak. Kalau nak suruh dia balik rumah sewa pun, agak jauh pula. Kesian kot. Ishhhh...serabut laa nak fikir bila dah mengantuk dan penat nie.
         " No solution la nie? Hmmm...so what to do now sayang?" aku menyoalnya lagi. Kepala otak aku dah selamat tidur agaknya sebab langsung tak boleh fikir di saat ini. Kami berdua terdiam seketika.
       " Kalau no choice Fal balik lah...esok pagi-pagi Fal amik Ika ok?" Faliq memberikan cadangan. Aku yang mendengar pula rasa serba salah. Dah larut malam nie. Rumah sewa dia pula agak jauh.
           " Hmmm terpaksa lah kita berkongsi bilik..." ujarku pendek dalam keadaan terpaksalah juga. Di dalam hati timbul perasaan antara tidak rela dan tidak sampai hati.

Di dalam bilik hotel...

          " Ika jangan risau tau. Fal tidur dekat bawah and Ika di atas katil ok? Lagipun masing-masing dah mengantukkan?" Faliq membelai rambutku. Aku hanya mengangguk lemah. Di saat ini bantal dan katil yang menghiasi mata dan bukannya Faliq. Aku memang betul-betul mengantuk dan letih.
          " Sebelum tidur Ika minumlah air coke nie. Nak bagi susu pun dah malam sangat nak pergi beli," Faliq menghulurkan segelas air coke yang siap berisi ais. Agak terliur melihat dan kebetulan aku memang tengah dahaga sangat-sangat nie. Lantas aku menyambut hulurannya dan meneguk sehingga habis. Baru selesa hendak tidur kan. Sementara hendak menunggu mata terlelap aku berbual-bual sebentar dengan Faliq sehingga aku merasakan kepala aku makin berat dan seperti berpusing-pusing......


               Aku membuka mataku sedikit demi sedikit. Rasa puas tidur walaupun terasa sakit satu badan. Aku bangun dari pembaringanku. Kenapa terasa lain macam nie? Aku mencari-cari kelibat Faliq. Dia tiada di sofa. Tiba-tiba hatiku berdegup kencang tatkala melihat diriku. Ya ALLAH! Aku baru tersedar yang sehelai benang pun tiada menutupi badanku. Aku melihat ke kiri dan kananku. Faliq sedang enak dibuai mimpi di sebelah kiriku. Apa yang sudah terjadi???
          " Faliq!!!" aku menjerit memanggil namanya dan di saat ini aku sudah teresak-esak menangis. Tidak ku sangka aku akan hadapi situasi sebegini di dalam hidup aku.
               " Kenapa nie sayang?" Faliq bangun sambil menggosok-gosok matanya.
        " Fal! You tell me? What happens to us last night???" aku menyoalnya. Faliq hanya tersenyum. Arghhh...benci melihat senyumannya. Aku tengah risau sebegini dia boleh pula tersengih-sengih seperti kerang busuk!
             " Alaa sayang...Ika juga yang beriya nak bermanja-manja dengan Fal kan. Sekarang nak marah-marah nie kenapa?" ujar Faliq sambil mengusap-ngusap tangan aku. Aku segera tepis. Aku yang nak? Maksudnya???
           " Apa maksud Fal? Jangan kata yang kita dah terlanjur?" air mataku menitis lagi. Itukah yang dimaksudkan oleh Faliq?
        " Ika janganlah risau. Benda-benda tue normal lah untuk orang yang sedang bercinta macam kita kan?" balas Faliq. Mahu gugur jantungku mendengar. Aku seakan tidak percaya yang aku sudah melakukan perbuatan jijik itu. Di saat ini kepercayaan ku pada Faliq hancur musnah! Aku tak mengerti bagaimana ia boleh berlaku. Seingat aku semalam selepas minum kepala aku berat kemudian...arghhhh aku tak ingat lagi apa yang terjadi.
       " Fal...Fal kena bertanggungjawab di atas semua nie!" itu sahaja yang mampu aku ungkapkan. Mahkota yang aku pelihara selama ini akhirnya hilang sebegitu sahaja. Kata-kataku hanya di balas dengan senyuman Faliq. Di saat ini aku mula terbayangkan wajah-wajah keluargaku. Satu persatu wajah mereka menghiasi mataku. Ibu abah...Ika minta maaf!


To be Continued......

3

Sampai Hati Depa

alive, birth, crying, graph, quote
Ada kena mengena ke? Entah laa...aq sekadar nak tempek wt tempe je ;p

Hari ini bagai jatuh ditimpa lift. Malang sungguh nasib aq. Kecomelan aq terus hilang disebabkan masalah yang menimpa2 aq nie. Sudahlah duit study bakal2 terminate (dalam hati berdoa la jangan terminate)...pas tue after berbuka tadi blog pinky aq nie kena hackkkkk! Arghhhh geram...tiba2 eden dah bertukar jadi hulk color pink ok!

Nasib baik hati ini tetiba tergerak nak bukak blog. Key in password nak dekat 5 kali tapi error! Waa sudah suspek ini belog sulah kena hack maaa...jangkaan wa begitu tepat seperti menggunakan jangka lukis untuk lukis bulatan...after tak boleh key in password aq terus view je blog aq nie. Hamikkk ko! Berterabur sana sini. Si Hacker siap tempek banner depa dekat entri aq. Masa tue tak tau nak rasa nanges or gembira or what sebab satu hari nie aq bengang dengan problem ptptn then now comes out with dis one!

Ok tak mo cerita banyak...finally Hero aq datang menyelamatkan blog nie. Hopefully jgn la kena ceroboh lagi. Kepada para hackers d luar...aq tak kaco hangpa so hangpa janganlah kaco aq. Aq baru nak berjinak ternak dalam bidang blogging nie. Jangan buli eden ok...Harap Maklum...

p/s: Tak mampu nak tempek image blog aq after d hacked. So those yang visit tadi maybe ada yang perasan and maybe ader yang tidak. Marilah beramai2 tingkatkan security anda. Sekian...
4

Hangpa ingat Hangpa Hebat La?

clouds, fantasy, fly, i wish too, pink, postcards from far away
Sekadar Nak Tempek
Tatkala hati riang hendak blogwalking dekat blog2 followers dan juga blog2 yg bakal jd followers aq (bajet mcm femes)...satu2 blog aq terjah sambil bace entri2 mereka. Dushhhhhh...tiba2 hatiku terasa disiat diketuk ditumbuk buat sambal belacan...geramnyer tengok blog hangpa semua nie!


Hangpa ingat hangpa hebat sangat ka? Ayat tue la yang aq dok replay, rewind, dan re-tumbuk2 dekat keyboard aq nie (ok aq tipu)...




HANGPA INGAT HANGPA HEBAT LA BILA......

  • Hangpa dok tayang kamera DSLR hangpa tue...siap buat header bagai...sana sini pi dok usung kamera...choiii
  • Hangpa dok tayang gambaq hangpa dengan bf hangpa...satu screen laptop aq nie penuh gambaq hangpa berdua...baek tak payah buat entri semata2 nak tempek gambaq2 tue...
  • Hangpa update blog hangpa guna smartphone hangpa tue...aq berbulu ja tengokkkk
  • Hangpa cerita semua tempat yang hangpa pi untuk buka posa...amboi macam2 noh makanan hangpa snap tempek kat entri bagai.
  • Hangpa letak entri pasai Buffered Earnings yang hangpa dapat dari Nuffnang plus letak amountnyer lagi...awat? Nak sedekah kah?
AQ ASE AQ TAK HEBAT MACAM HANGPA SEBAB
  • Aq takdak kamera DSLR...wuargghhhhh (nanges)...jeles ok tengok hangpa usung pastu snap self picture guna kamera gedabak tue...aq makan hati banyak sangat2 tau sebab hangpa...tak kesian kat aq ka?
  • Aq pun ada bf tapi aq takdak la letak semua gambaq kami bersama kat entri2 aq kalau setiap kali pi keluaq dating pun...tak pasai2 followers aq berkurang sebab menyampah...tue tak berani nak letak...hahaha
  • Wei aq pakai hp cokia ja...takdak la nak smart2 comel2 mantap2 phone nie...nak bukak blog guna hp aq pun tak lepas tau. Ok aq jeles sebenarnya tengok hangpa guna smartphone untuk update blog...hohoho
  • Aq tengah dalam mood pantang hang tau dak? Bukan pantang bersalin tapi pantang sebab operation hari tue...jenuh aq telan dan tadah ayaq liuq aq tengok gambaq2 makanan yang hangpa tempek dekat entri hangpa tue...sabaq ja laaa
  • Nak nanges seribu tahun lagi sebab NUFFNANG tak bagi BE kat aq lagi. Sadisnyaaa...aq da buat semua petua yang hangpa bagi tapi satu pun belum dapat. Jeles menguasai diriku yang comel nie bila tengok hangpa buat entri pasai BE yang hangpa dapat. Sob sob sob...sabar lagi...
p/s: Aq jelesssss yang amat kat hangpa sebab hangpa ingat hangpa hebat...yaaa memang hangpa hebat sebab menghancurkan jiwa dan raga aq...Hohoho...just for fun...jgn amik hati...amik organ yang lain tak pa kot?
20

Pahala Puasa vs Iklan TV

Sebenarnya kalau ikut mataku yang ala-ala macam Angelina Jolie sambil mulut pun buat2 seksa cm beliau guk yang konon2 sangat mengancam nie memang da nak tidur. Maklumlah hari ini aq busy giler dengan laptop aq. Laptop nie asyik merayu-rayu suruh jangan tinggalkan dia keseorangan. Jadi aq kesian dan disebabkan itu aq online je la gamaknya walhal mak kat dapur sibuk memasak. Memang aq seorang anak yang baikkan sebab tak ganggu mak aq masak? Aq nak bagi sikit ruang privacy untuk mak aq. 

Ok panjang plak intro dia nie. Kalau tulis karangan SPM intro takde markah kan? So buang dakwat pen je la. Tadi sambil tunggu waktu berbuka sambil tengok cerita Kasih Alia. Terpesona jap tengok shawl yang Rafidah pakai. Hahaha. Sedap2 tengok citer tiba2 iklan plak menyibuk nak guk tempek kat tv kan. Tau iklan apa? Iklan losyen Nivea tak silap aq. Mak ai putih gebu siot badan model tue da macam tepung gandum mak aq buat cekodok dah. Tiba-tiba abang botak aq bersuara...

Abang: Abis la hilang pahala tengok badan dia. Perghhhh (sambil tangan menutup sebelah mata. Lagi sebelah mata dibiarkan aje. Apa kes?)

Aq yang mendengar terfikir sejenak sambil baby fingerku ini mengetuk2 kepala. Aah ek...boleh kurang pahala kalau sehari berjam2 tengok tv kemudian model2 yang pakai baju tak cukup kain dok kehulu kehilir berjalan kt dlm tv tue. What to do?

art, beautiful, eyes, fashion, fun
Gorgeousnyer! Eh pahala aq cmne?

p/s: Tak payah tengok tv sepanjang bulan Ramadhan. Ok tak?

24

My Heart is......

angry, colors, day, emoticons, emotions, feeling

Maafkan saya...ini bukan ruangan untuk melepaskan amarah yang membeku di hati aq! Sekiranya aq buat macam tue...makanya aq da langgar undang2 blog kepunyaan Wany Azmy yang termaktub di bawah Sekyen 6 (3)...pergilah cari dekat buku undang2. Memang kalau ader pun takde kena mengena dengan aq ok!

Aq bukan macam certain blogger. Marah sikit terus nak post entri siap buat dalam CAPS LOCK lagi. Zaman aq yang sebegitu dah berlalu. Kalau dulu yea la...marah sikit nanti keluar la status dekat FB...tapi skang aq sudah amalkan kehidupan yang sihat. Hehehe...bagi aq cara yang sebegitu langsung tak menunjukkan kematangan korg dalam berfikir. 

Orait...tak mo membebel panjang2...entri hari ini bukan hendak memaki hamun orang tetapi sekadar hendak berkongsi dengan para pembaca yang disayangi. Apa yang perlu aq dan kamu dan semua org perlu buat jika tengah sakit hati?

Sakit hati sama dengan marah tak? Well pada firasat aq yang tak arif tetapi mempunyai pendapat yang tersendiri...sakit hati tak sama dengan marah. Sakit hati hanya dirasa dan dipendam di dalam hati. Manakala marah tue seconfirm2nyer akan diluahkan atau pun habislah korg kena maki hamun sumpah serapah nanti. Tapi kadang kala sakit hati yang tak tertahan lagi boleh juga terluah dengan perasaan marah yang meluap2 (apalah yang aq mengarutkan nie...layan je laaa)...so macam mana nak di atasi ek?

Sebelum tue aq nak bagitau korg...sakit hati nie boleh di kategorikan dalam tiga bentuk. Firstly, korg sakit hati sebab mereka yang menyakitkan hati korg. Secondly, korg sakit hati sebab korg yang cari penyakit tue sendiri. Maksudnya da tau benda tue akan menyakitkan hati korg tapi korg degil dan gedik nak buat. Last2 sakit hati sendiri. And thirdly sakit hati tanpa sebab. Yang last one nie aq tak pernah plak kena. Korg pernah ke?

So hari nie aq sakit hati disebabkan kategori nombor dua. Padan muka eden! Cari penyakit namanya. So kenalah rawat sendirikan. Yea dak? Selalunya tidak kiralah korg sakit hati jenis kategori yang mana pun tetapi cara yang aq gunakan untuk atasinya sama je...scroll kt bawah yea...

  1. Beristighfar - Selalunya aq akn mengucap banyak2. Bukan apa kalau korg sakit hati dan tak boleh nak control takut jadi marah. Time nie la setan lagi galak hasut kita suruh marah kan...aq nie plak jenis malas nak marah2...taknak timbulkn konflik dengan sesiapa. So before it getting worst aq mengucap banyak2, berzikir ke supaya hati kita tenang dan sentiasa ingat pada ALLAH S.W.T.
  2. Berwudhuk - Nie mesti semua biasa buatkan. Selalunya kalau kita tengah mengalami emosi yang kurang menyenangkan nanti mesti org suruh g amik wudhuk. Yuppp aq pun akn buat macam tue. Lagipun berwudhuk nie banyak kelebihannya. Antaranya dapat menghapuskan dosa2 dan membuka ikatan setan. More details? Korg g la google2 tw...nak lagi berkesan? Tunaikan la solat sekali kan alang2 da ada wudhuk tue ;p
  3. Tidur - This is the best bro! (ala2 Nabil tak?). Kalau dah parah sangat sakit hati tue so aq tido sudah! Hopefully pas bgun tdo sakit hati pun hilang. Hehehe...
  4. Merayap aka Hangout - Ase2 nie mampu hilangkan sakit hati dak? Entah...tapi aq selalu je buat especially time kat kampus. Waktu kat Shah Alam tempat paling powerfull untuk membawa hati yang lara adalah McD Seksyen 2...hahaha. Padahal takde apapun yang best. Just port untuk melayan perasaan je kot ;p
  5. Meluahkan pada org yg korg sakit hati tue - Ada bran mau cakap sama olang yang lu manyak cakit ati tue??? Hehehe...aq sometimes je la. Kalau tak boleh tahan aq terus luahkan la kat mereka yang aq sgt2 sakit ati tue. Tapi kalau those yang jenis tak boleh terima luahan kita...hangpa sila bersiap sedia dengan tentera korg untuk berperang. Hahaha. Tak pasai2 bergaduh.
  6. Think positive! - Bak kata en Buah Aty aq...erkkk busyukkk ader ckp ke? Hehehe...pikiaq positif sudahlah...jgn dilayankan sangat emosi yang terlebih emo 2...hahaha. Kalau ada yang memang jenis suka menyakitkan hati korg better bersabar je la. Sesungguhnya ALLAH akan bagi ganjaran pada mereka yang bersabar (opsss tertazkirah plak...hehehe). Tapi pada yang jenis sakit hati sebab cari penyakit sendiri aka macam aq nie so pikiaq positive ok? Jgn emosi pd tanah... 
epic, heartbroken, ilabphea, patrick, patrick star, screencap
AMARAN!!! Jangan tiru aksi Patrick!

Ok sampai di sini sahaja tazkirah aq pada hari ini. Idea di atas di ambil 100% dari akal ku yang cerdik. Hahaha. Selamat membuang masa dgn membaca entri aq nie...


8

Ihsan Dari Nuffnang

Klik Pd Image Untuk Pembesaran

OMG! Nape ihsan lak nie? Hahaha...btw...saje2 cek NUFFNANG td...campaign aq da bertambah...dari 1 campaign and now da jadi empat...Alhamdulillah and thanx la kat nuffnang dan para advertisers yg sudi memilih blog aq nie untuk tempek iklan2 korg...Kalau tengok kat pic atas 2...memang la amountnyer tak banyak pun p bangga jap sebab da ader 4 campaign. Kira ok what kan? (dlm aty masih menunggu BE...muahahahaha)...

So after this aq try my best la nak dapatkan Buffered Earning lak...mana tau boleh pakai raya nanti...hehehe...thnx again nuffnang and those advertisers involved. Hope korg tempek la banyak2 lagi iklan2 korg kt blog aq nie tw...ngehhh3...love u tight2...huhuhuhu
14

Wani Ada Baby Baru!

baby, happy, love, mother
Sekadar Hiasan

Wahhh aq ada baby baru? Erkkk...abg aq tak kawen lagi...takkan aq pulak yang beranak??? Huhuhu...actually aq nak umumkan yang aq sudah melahirkan my 2nd blog...ala saje nak gedik2...what? Tak percaya? Jom terjah blog baru aq...dekat situ korg boleh bace lagi the reasons nape aq gatai nk wat blog baru...huhuhu...klik MY BABY untuk visit blog baru aq...but blog aq yang sedia ada nie is the official one tw...



4

Seronok ke Ada Secret Admire???

alone, girl, rain, street
Sekadar Nak Tempek Je

Wahhhh...secret admire gtu...siapa dekat sini masih dihantui dengan secret admire yang ntah datang dari planet mane pun aq tak tau...korg suka ataupun tidak mempunyai secret admire nie??? Sedar ataupun tidak kehadiran secret admire nie kadang2 boleh mengundang perkara ke arah positif dan negatif...tak percaya? Mari sama2 bace apa yang aq asekan d kala ini tentang secret admire nie...huhuhu...

Kalau zaman dulu2 time2 single mingle ni aq pun suka guk kalau ader secret admire nie...terasa guk la diri ini ader market dan juge terasa diri ini comel kan bila ader org minat. Hehehe. Time zaman sekolah dulu...aq tengok je bawah meja mesti ader punye la surat layang dari pelajar yang entah dtg dari planet mana ntah...bila bace surat 2 hati riang dan berbunga2 je kan...xpun bila ada org kirim salam kat kita ke...wahhhh...terus tdo x lena...tapi itu zaman sekolah punyer citer la..konon2 baru2 nak belajar mengenali apa itu cinta la sangat kan...

Tapi zaman2 aq sekolah budak2 tak jahat sangat cam sekarang nie...kalau secret admire 2 tibe2 muncul untuk meluahkn perasaannyer kat aq (konon2 da ase confident untuk menunjukkan diri dia) but aq reject so takdela effect sangat...cikai2 pun dia majuk dan terus hilangkan diri dari pandangan aq kan? Aq pun tak ralat sangat dengan keadaan macam tue...tetapi budak2 zaman sekarang nie dashat tau...kalau kena reject confirm la abis girl 2...kena simbah asid la...rogol la...bunuh la...ishhh gerun aq dengar...sape suh jadi secret admire kan...kalau da suke terus la straight to the point express feeling 2...dan terima la kenyataannya kalau org tak sudi...

Ini laen plak cerita kalau secret admire terlampau taksub dengan kita...korg faham? Taksub yang siap amik gambar kita senyap2 then tampal kat dinding2 bilik dia...macam puja plak...agak2 korg seram tak dapat secret admire yang macam tue? Uishhhh mintak simpang la kan...org2 macam nie bahaya tau...takut kita kena gangguan seksual plak nanti...takut d jadikan stok untuk depa lepaskan nafsu serakah dowg...subhanallah...

Dan mempunyai secret admire sangat tak best jika di saat nie kita sudah berpunya...mau berantakan hubungan kite kalau si secret admire tue hari2 bagi bunga...pas 2 send message yang bisa mencairkan kita...mau tak jeles pasangan kita 2? Aq ase si secret admire tue pun tau kita da berpunya tapi dia tetap berusaha nak memiliki kita...parah la kalau macam tue kan...

So last but not least...jikalau si secret admire tue jenis memahami its ok la...contoh dia tau kita dah berpunya...so dia redha walaupun dalam hati tetap menyukai kita...so takpe la kan cam tue? Tapi kalau jenis yang tak paham bahasa tu la yang boleh menyebabkan hidup kita haru biru...jadi sebaik2nya...mereka2 di luar sana yang menyimpan perasaan terhadap seseorang...plz jangan jd secret admire...baek berterus terang je tentang perasaan korg...barulah gentleman kan? But make sure si dia single mingle tau...

p/s: Kiranyer aq x berapa suka la kalau ader secret admire. Anda bagaimana? Lain org lain pendapatnyer kan...apa2 pun majulah sukan untuk negara...hohoho

10

Wani Kena Operate Akhirnye

beauty, bird, birds, color, cute and fun, favorites
Sekadar Hiasan

Seronok sangat sebab malam nie kt Segamat hujan. Sejuk sikit malam nie dan bertambah khusyuk la para umat Islam mengerjakan terawih kan? Ok back to the story. Korg ingat tak entri aq dulu tentng 12 Ogos yakni pada hari ini? Maybe korg tak berapa nak amik kisah sebab time tue aq baru lagi dalam dunia blogger nie so sape la yang sudi bace entri aq kan? Sob sob sob. Hehehe. Ok2 those yang tak bace lagi boleh klik SINI.

Back to the story...hari nie aq kena operate setelah buat appointment ngan doktor pakar. Kira time aq taip entri nie aq baru pas operate la. Actually tak berapa nak larat tapi aku gagahi jua la. So those yang da follow aq tapi aku lambat follow blk aq mintak mf la sbb hari nie aq busy kat hospital. Lagi satu hari ni aq xdpt nak aktif blogwalking sangat sebab keadaan aq pun tak berapa nak mengizinkan.

Appointment di buat pada 12 Ogos dan masa yang dijanjikan adalah pukul 9 pagi. So orang Melayu tak pernah punctual kan...makanya aq sampai hospital pukul 9 lebih sikit lah. After daftar dan bayar aq di bawa terus ke bilik pembedahan. Ingatkan sampai2 terus boleh operate tapi aq kena tunggu turn. Time tue ada dalam 4 patients termasuk aq. Kalau korg nak tau aq start operate pukul 1. Perghhh lama kan aq kena tunggu? Tapi nurse da bgtau aq awl2 aq paling last akn di operate sbb amik masa lama compared to other patient. Tapi aq pasrah je. Yang penting aq nak benda alah ni dibuang cepat2.

Seramai 4orang doktor yang terlibat tetapi 2 orang je yang akan ditugaskan untuk operate aq. The rest hanya memerhatikan. Nurse aq tak ingat bpe orang tapi adalah dalam 3 orang kot. B4 operate macam biasa kena bius dulu. Then...mula operasi membelah di bahagian itu...aq terasa kot saat2 kena belah tue. Ngeri je bila diingatkan kembali. Nasib baik da di bius. So xla ase sakit. Tapi time sakit dirasakan bila doktor mencari ketumbuhan tue...sakit siot bila kejap2 doktor push pas 2 pull. Da macam maen tarik tolak pintu plak. Hehehe... Tapi yang paling sakit bila nak dijahit balik. Makkkkk...nak meraung je ase. Nasib baik ade nurse comel kat sebelah aq. So bila sakit aq genggam tangan dy kuat2. Gaya macam org nak beranakkan. Ngeh3...

Operation 2 mengambil mse 1 jam 45 minit. Perasaan gemuruh 2 takde sangat sebab doktor2 kat situ lawak2 gile. Siap sambil operate sambil pasang lagu raya pas 2 ada yang bagi teka teki kat staff dia. Ada guk yang interview aq. So gemuruh 2 hilang la kan. Cuma kalau ase sakit aq menjerit la. Hehehe...so far servis yang dowg bagi tip top laa cuma pas operation 2 for sure kena amik ubat kan. Dah la farmasi jauh pas 2 nurse takde lak nak offer suh aq naik wheel chair. Sakit tau jalan jauh2 nie. Mentang2 aq just wat pembedahan kecil je so dowg bajet tak payah nk hantar aq kot. Sabar je la...

Kalau korg nak tau ketulan yang dikeluarkan tue aq tak sanggup nak tengok. Yang tengok mak dan adik aq je. Doktor cakap besar gila saiznyer. So Alhamdulillah lah bila da dikeluarkan. I wish pas nie tiada lagi ketumbuhan ok...tak sanggup nak kena operate lagi. Ni pun ngah menahan sakit nie tw. Doktor nasihat aq setiap bulan wt check-up. Benda nie sekali buang tak bererti takkan tumbuh lagi...so aq kena beware lah. Jadinya skang aq di suruh berpantang untuk membolehkan luka akibat dibedah cepat2 sembuh. AMIN

p/s: Kepada kaum Hawa...rajin2kn wt check-up sendiri. Kalau ase ada something or cm ketulan cepat2 g jumpa doktor ok? Kepada para readers yang tak rajin nk tengok entri yang terdahulu...so aq bgtw kat cnie la...actually aq kena operate kt breast sbb ada ketumbuhan. Ini bukan nak buka pekung di dada tetapi nak bg peringatan kt korg. Jgn amik remeh kalau ada ketulan pd breast. Kalau just ketulan biasa takpe p kalau kanser? Lu pikir la sendiri. Chowww...
11

Saya Suka Berblogging

computer, cute, girlie, igottapeenow.tumblr.com, mac, macbook

Sesaje update blog selagi ada mase free. Bila free maka banyaklah idea yang kurang bernas keluar...tapi tak bagi pape manfaat pun bagi yang membaca. Tapi aku tak kisah. Sebab ni blog aku...suka hati maaa nak post apa pun kan? Hehehe...

Ok2...back to the point...first time nak create blog nie aku jenuh buat survey tanyer adik-adik, en Buah Aty and also member2 kat fb...aku tanyer dowg perlu ke aku buat blog? Sebab tengok sana sini depa dok asyik update blog. Macam best je...survey punya survey akhirnya aku create la jugak blog yang tak berapa nak cantik dan tak berapa nak huduh nie...hehehe...

Makin lama makin jatuh cinta plak dengan aktiviti nie (tapi tak tau la sampai bila in love tue sebab aku nie jenis cepat boring dengan sesuatu benda. Huhuhu)...jom check it out nape aku jatuh cinta sama ini blog!

  1. Best edit2 blog - Hahaha...untuk new blogger cam aku nie...memang wajib lah kalau suke edit2 nie. Kejap2 tukar header la, shoutbox la, background la. Pas tue ader je gadget baru yang nak tempek kat dalam blog nie. Tapi aku ase banyak guk benefit yang aku dapat tau dari edit2 nie. Antaranya aku sikit2 da pro gune photoshop, photoscape, gimp dll (pro ke?). Kira tak la bengap cam dolu2...maklumlah as student accounting, aku cuma cerdik guna software accounting je. Huhuhu...
  2. Kenalan baru - Yeszaaaa! Nie sewajib2nya lah semua para new blogger akan merasainya kan? Sikit2 mesti ada orang follow ko takpun ko yang follow dowg. So dari situ dapatlah kenalan baru tak kira usia. Boleh tambah stok kawan, skandal, bf/gf...hahaha (niat dah lain tue)...
  3. Knowledge updated - Nak tau kenapa updated? Kalau korg rajin blogwalking dekat blog orang, sure korg akan jumpa 1001 macam entri tau. Ada yang post pasal isu2 semasa, tips2 yang berguna and ada guk yang meluahkan perasaan marah, happy dll. So secara automatik knowledge makin bertambah. Nie bagus nie untuk dak2 Form 6. Korg amik Pengajian Am kan? Apa lagi...gi terjah blog2 yang banyak selitkan pasal isu2 semasa. Hehehe.
  4. Masa lapang terisi - Macam yang korg da tw...skang dak2 degree di seluruh Malaysia tengah baek punyer cuti panjang kan. Aku pun terlebih2 cuti nie...kalau cuti then kite bekerja ok la kan tapi kalau cuti dok habiskan boras kat rumah cam aku nie makanya korg akan mengalami penyakit KEBOSANAN tahap gaban la. So dengan adernye blog nie blh la isi mse sikit...blh edit2...blogwalking...berkenalan...macam2 la lg...
  5. Dapat hadiah - Nie paling best! Aku memang suka kalau dapat hadiah nie. Macam dapat duit dari langit la. Hehehe. Aku nie memang rajin blogwalking pas 2 follow blog y comel2...disebabkan tue la aku selalu dapat lucky draw. Contoh aku follower ke-333. Nnti tuan blog 2 bg la hadiah ke, promote blog ke...seronok tw! Tapi para readers aku jgn isau tau. Aku pun nak buat guk...aku bagi hadiah untuk pengikut yang ke-888. Hahaha. Jenuh nak tunggu.
  6. Ada income - Hohoho...walaupun aku tak keje tapi by berblogging nie ku mampu gain income la...y otai2 mesti dh tau kan? Y x tau xpe aku tolong bagitau...aku jana income melalu Nuffnang dan Heartbeat...so far ok la aku da dapat sikit walaupun tak banyak. Maklumlah aku still baru lagi kan. Kira ok pe dok ngadap laptop 24 jam sambil masyuk sikit2...kira lepaslah nak wat side income sementara cuti sem nie kan. Hehehe...

So I guess 6 reasons da cukup kot nak describe nape aku suka berblogging nie. Lagipun time2 nie je la aku akan rajin update blog. Bila sem baru da bukak balik maybe jarang kot. Tue pun kalau broadband celcom aku tue tak slow macam siput. Sekarang ni syok la sebab dekat rumah pakai streamyx. Hehehe. Selamat membaca yawww!
12

Aku & Mamat Korea - Part 11

       
           Lagi seminggu semua pelajar UiTM di seluruh Malaysia akan menghadapi peperiksaan akhir semester. Ini juga menandakan lebih kurang sebulan lebih sahaja lagi yang tinggal sebelum kontrak antara aku dan Ika akan tamat. Kenapa aku begitu gundah gulana di saat ini? Sepatutnya kau perlu merasa gembira sebab rancangan kau nie sudah berjaya membuatkan si Nina tue berjauhan dengan kau Khai! Aku mengaku sejak menjalinkan hubungan cinta plastik bersama Ika, Nina sudah tidak mengekori aku 24 jam lagi. Seakan-akan lakonan kami berdua menjadi. Semua orang percaya gila yang kami betul-betul dilamun cinta. Bahkan parent aku begitu menyukai Ika. Sebulan sekali pasti akan turun KL semata-mata untuk berjumpa kami berdua dan pastinya akan menyuruh Ika buatkan kek coklat. Kata ibu air tangan Ika sedap. Dah boleh buat menantu...aishhhh! Kenapa asyik terfikir tentang Ika je nie? Aku jatuh cinta ke?
           Hmmm...kalau betul aku jatuh cinta pada Ika...dia pula bagaimana? Kalau dia reject aku macammana? Dah lah aku nie selalu menyakat dia macam Ali Setan dah gayanya. Tak ke annoying dia kalau dia tahu aku sudah jatuh hati padanya? Ishhhhh! Belum cuba belum tahu. Kau jangan cepat mengalah Khai! Wake up and express your feeling to her! Aku masih ada masa nie. Aku perlu settlekan masalah yang membelenggu dekat dalam kepala otak nie! 



           Mimpi apa la si Khai nie ajak jumpa. Lagi seminggu kot nak exam. Last week dah discuss tak nak jumpa. Lagipun kontrak pun makin menuju ke tarikh luputnya. Si Nina pun dah tak mengganggu hidup dia lagi kan. Masalah apalah yang melanda si Khai nie. Bukan aku tak tahu...kalau nak jumpa tiba-tiba nie mesti ada something tak kena. Tengah best-best aku study, si Khai boleh message ajak jumpa pulak. Macam-macamlah budak nie. 
             Aku menoleh ke arah pintu masuk Mc D. Manalah budak Khai nie. Dah hampir setengah jam aku tunggu. Batang hidung pun tak nampak. Selalu tak pernah dia lambat macamnie. Suka buang masa aku tau! Hmmm marah-marah pun tapi dalam hati rindu kot dekat dia. Bila kami decide tak nak berjumpa lagi since exam makin menghampiri, riak kekecewaan jelas terpampar di wajah aku yang comel nie. Tapi apakan daya...aku hanya kekasih kontraknya sahaja. Dia mana tau apa yang aku rasakan? Hmmm......after exam aku dan dia tidak akan bergelar sebagai pasangan kekasih lagi. Entah bila pula kami akan berjumpa memandangkan next sem dia praktikal. Tapi selepas nie dia masih ada hati lagi ke nak jumpa aku?
       " Oit! Termenung sakan hang!" omak ko! Terkejut eden! Aku mengucap panjang sambil merenung tajam ke arah suara yang sudah tentunya kepunyaan si Khai!
      " Ali Setan punye budak! Kau nak bagi aku mampus terkejut ke? Kalau iya pun bagilah salam dulu. Sengal!" bentak aku. Khai hanya ketawa mengekek-kekek sahaja. Eeeeee! Geram tapi sayang. Kalaulah dia tau di saat nie aku sangat-sangat rindukan dia......
      " Alololoooo...Sorrylah...saja nak bagi hang release tension. Aku tengok muka hang serius semacam. Hang tengah pikiaq pa sampai berkerut-kerut muka hang. Stress nak exam ka?" Khai bersuara setelah penat ketawakan aku. Cis! Aku hanya mencebikkan muka. Bila masa pulak dia terpacak dekat depan aku pun aku tak perasan. Nampak sangat aku tengah termenung jauhkan. Malunyerrrr......
      " Mana ada fikir pape...cuma tengah bengang sebab kau lambat sangat. Kenapa lambat? Setengah jam aku terbuang macam tue je semata-mata tunggu kau tau! Nie kalau aku study dah half of chapter habis," bebel aku padahal nak cover malu sebab mengelamun jauh tadi. Tapi hakikatnya dia memang bersalah sebab datang lambat! Khai hanya tersengih macam kerang busuk. Tak lama kemudian suasana senyap. Masing-masing mendiamkn diri melayan perasaan. Aku pula yang tak senang duduk. Tadi beriya-iya ajak aku keluar. Dah tercongok dekat sini dia boleh senyap je? Baik aku duduk bilik lagi bagus.
       " Kau ajak aku keluar nie kenapa? Semata-mata nak senyap melayan perasaan je ke? Mesti kau ada masalah kan?" aku menyoalnya bertubi-tubi dan secara automatiknya telah memecahkan suasana yang sunyi-sepi tadi.
        " Hmmm...masalah? Ada kot..." balas Khai sambil menggaru-garukan kepalanya. Agak dah berapa lama tak syampu? Tue yang kutu dok bersarang tue. Nasib baik aku bertudung so kebarangkalian nak kena macam tipis kot. Huhuhu.
       " Ada kot? Story mai kat aku. Cepat settle cepat balik," ujarku sambil memandang ke arahnya. Konon-konon dah bersiap sedia untuk mendengar masalahnya. Akukan pakar kaunseling yang tak bertauliah yang dah diupah oleh Khai. Hehehe. Adoi! Tengok muka dia lama-lama aku pulak yang segan. Segan nak bertentang mata dengan orang yang dah berjaya mencuri hati aku setelah sekian lama pintu hati ini tertutup rapat.
       " Ermmm...Ika...sekarangkan dah nak final examkan..." kata-kata Khai terhenti di situ. Aku memandangnya pelik sambil setia menanti kata-kata yang seterusnya.
     " Memanglah. Kalau tak aku taklah kelam kabut bagai. Takkan baru sedar kot?" aku bersuara jua setelah penantian dalam menanti kata-kata Khai yang selanjutnya tiada menemui penghujungnya.
        " Mestilah aku sedar. Cuma...aku nak bincang pasai kita..." ujar Khai. Aku yang mendengar terkejut beruk la juga. Nak bincang pasal kita? Bukan semuanya dah termaktub di dalam kontrak ke? Ada alteration ke? Ishhhh...macam-macam pula yang bermain di fikiran nie.
      " Erkkk...boleh kau describe dengan lebih lanjut? Aku still blur..." aku cuba menyoal untuk mendapatkan maksud yang lebih tepat lagi tentang hasrat Khai yang sebenar-benarnya.
      " Hang kan tau kontrak kita da nak tamat dah kan...tinggal lebih kurang sebulan lebih sebelum exam berakhir. Jadi..." kata-kata Khai terhenti di situ. Adoiii...ni yang menyampah nie. Aku punya beriya menunggu apa yang bakal diucapkan olehnya tapi dia boleh tergantung macam tue pulak!
        " So?" aku menyoalnya. Memaksanya untuk meneruskan kata-kata yang tergantung tadi. Kelihatan Khai menarik nafas dalam-dalam. Macam berat je isu yang bakal diperkatakan olehnya tue.
       " Ok ok. Aku straight forward. Aku pun tak pandai nak karang ayat panjang-panjang dan berbahasa basi nie. Aku...ermmm aku tak rasa...tak rasa nak endingkan kontrak kita," luah Khai akhirnya. Aku yang mendengar terkesima lima saat. Apa maksud dia? Mulalah perasaan di dalam hati nie menjadi kelam-kabut dan tertanya-tanya.
      " Maksud kau...kau nak renew kontrak kita ke?" aku menyoalnya. Dah soalan itu je yang terlintas dalam fikiran aku. Luahan dia bermaksud macam tue la kot.
     " Hmmm...aku tak nak renew...tapi aku nak kita mulakan hubungan nie secara...ermmm serius!" jawab Khai dengan penuh yakin even tergagap-gagap. WHAT? Secara serius? Tiba-tiba jantungku berdegup kencang. Macam nak tercabut je jantung nie. Khai mempunyai perasaan terhadap aku ke?
      " Wei! Kau nie cakap dengan jelas lagi nyata boleh tak? Aku tak faham la..." aku berpura-pura tidak faham. Actually macam faham apa yang dia nak maksudkan tetapi aku mahukan kesahihan. Tapi kalau sahih dia syok kat aku macammana? OMG!
       " Ishhh hang nie...aku dah la sikit punya susah nak susun ayat nak bagitau kat hang. Dia pi tanya macam-macam lagi. Cik Ika...aku berat hati nak end upkan hubungan kita sebab aku rasa aku dah jatuh hati kat hang!" terang Khai satu persatu. Memang jelas habislah niat di hatinya. Kalau aku tanya dan buat-buat tak faham lagi mau kena pelangkung dengan si Khai nie. Erkkk...jadi dia mempunyai perasaan yang sama seperti mana aku mempunyai perasaan terhadapnya? Aku nak rasa apa nie? Gembira ke? Marah ke? Hmmm...
         " Ermmm...ape yang kau merepek nie Khai? Bukan ke kita da setuju dengan apa yang dah tertulis kat kontrak tue," aku bersuara juga bagi menyorokkan rasa gementar di hati. Aku tak nak Khai perasan betapa gelabahnya aku bila dia meluahkan perasaannya terhadap aku secara mendadak sebegini.
         " Aku tau...tapi...perasaan tue datang sendiri...aku tak mintak...hang tak rasa macam aku rasa ka?" soal Khai pula. Amik kau! Soalan cepu emas. Khai! Aku cintakan kau! Luahan di dalam hati sahajalah yang mampu aku luahkan. Lidah aku kelu untuk menjawab soalannya. Aku takut...takut...takut...
       " Khai...aku...aku nak balik dulu," aku segera beredar meninggalkan Khai. Langkahku semakin laju menuju ke motorku apabila aku mendengar suara Khai memanggil-manggil nama aku. Arghhhh! Apa yang aku da lakukan nie?

To Be Continued......



2

Perasan OR Perasaan?

Entri kali nie just nk buang mase je kot. Hehehe...saje terasa tangan dan jari rajin untuk mengetuk-ngetuk keyboard nie untuk menaip. Tak tau la tajuk pada entri nie related tak dengan ape yang aku nak mengarut nie. Muahahaha...

Ok pendekkan cerita...aku seorang gadis yang gemar memakai shawl. Alaaa trend sekarang kn? Apa nak heran sangat. Tapi bila da selalu sangat pakai shawl...kadang2 terasa gedik plak nk pakai tudung biasa aka tudung bawal ( maaf cik wani tak gemar memakai tudung sarung or tudung Ekin or seangkatan dengannya. Belum terbuke lagi hati ini. Hehehe ). Tetapi bila pakai tudung bawal aku terasa dan kelihatan lain. Nampak muda gitu. Ahaaakkkk...sure korg baca geli-gelimat kan? Do I care? Muahahaha. Kalau korg tak percaya jom usha gambar2 yang aku attached nie...


vs





vs






vs




Sorry la kalau aku tempek pic y ala-ala poyo sampai korang nak muntah pink.  Muahaha. Actually banyak pic aku amik dengan adik aku sebab dia pun giler bergambar cam aku. Kihkihkih. Nak tengok blog adik aku? Klik SINI.


So korg nampak tak perbezaannya? Ke aku je yang perasan? Sebab tue lah entri aku tajuk dia 'Perasan OR Perasaan'...hehehe. Tapi kan...adik2 aku pun cakap muka aku nmpk muda tw...macam budak sekolah menengah kalau pakai tudung bawal nie. Nampak suci je...kihkihkih...( Yes! Cik Wani perasan lagi...sana sini sudah kembang...hahaha)...

So after this cm nak kerap pakai tudung bawal la plak. Awet muda sikit. Hehehe. Tapi tudung bawal mahal siot! Lagi mahal dari shawl. Sebab 2 aku pakai shawl. Murah dan cantik. P aku admit...pakai shawl memang cantik p gaya pemakaiannya boleh mematangkan sikit wajah si pemakai ( Betul ke? Itu pendapat aku la). Tue yang tak best tue. Aku tak nak orang cakap aku lagi tua dari umur yang sebenar...puiii...hehehe

p/s: Dalam proses untuk mengelakkan dari menggunakan shortform supaya para readers senang nak baca. Nak memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu balik. Hehehe...
2

Apa Perlu Saya Buat Kalau Saya Sedih?


Perasan ataupun tidak...sejauh mana pun kita melihat seseorang itu gembira...tetapi jauh di sudut hatinya...kesedihan yang banyak menghiasi. Betul tak? Kadang-kadang kesedihan itu datang bersebab...bila rasa diri ini tersangat kerdil...perasaan merendah diri menguasai diri...lantas membanding-bandingkan diri kita dengan yang lain. Hinanya aku Ya ALLAH! Dan...sebab itulah kesedihan itu muncul menemani...tetapi...kesedihan boleh juga muncul tidak bersebab...sedihnya hati tetapi kenapa? Dan baru aku sedari yang hakikatnya aku seorang gadis yang gemar menitiskan air mata...tanpa bersebab...korang pernah mengalaminya?


Yes! Saya si gadis yang gemar menangis. Tetapi kenapa kau menangis? Semua orang tidak akan mengerti...kadang-kadang mulut tidak mampu untuk menjelaskannya kenapa kita menangis. Oleh sebab itu air mata ini sering mengalir...cuba menghuraikan apa jua yang tersimpan di hati nie... sedar tidak sedar...1001 rahsia telah dihuraikan oleh air mata ini...

RINDU...5 huruf yang selau bermain di hati dan akal bila merindui seseorang...tetapi saya rindukan dia tidak bererti saya mahukan dia sentiasa menemani saya setiap masa...cukuplah sekadar dia akan sentiasa ada jika saya betul-betul memerlukannya...sementara tunggu awak hadir...air mata ini yang akan menemani...tetapi jika awak tidak dapat hadir ketika saya perlukan awak...maka kesedihan yang menguasai diri...



Jadi...bila saya perlukan awak dan awak tidak dapat hadir...saya pasrah je...walaupun dalam hati ALLAH je yang tahu...tetapi saya tidak pernah lupa...yang cinta saya pada ALLAH juga...jadi kesedihan dan kegembiraan saya kongsikan bersama DIA...kerana DIA Maha Mengetahui setiap hambanya...sebab tue walaupun saya rasa sedih...tetapi saya masih mampu mengukirkan senyuman...kerana ALLAH sentiasa bersama kita...

2
Back to Top