Kisah Aku & Istanbul Aku Datang

Dekat twitter ataupun Facebook dok kecoh pasal cerita Istanbul Aku Datang nie. Termasuk laa kakak-kakak dekat office. Semua cakap cerita lakonan Lisa Surihani, Beto dan Tomok best. Aku macam teringin nak tengok tapi nak ajak sape? 

Aku nak ajak Mr. L memang macam tak la. Beliau sangat susah nak ajak ke panggung tengok cite melayu nie. Tapi tak tau la apa yang menyebabkan Mr. L aku layankan aje bila aku ajak-ajak kucing gitu nak layan movie nie. Tue pun last minute sebab tak tau nak pergi mana dah semalam. 

Apa yang boleh aku katakan cerita Istanbul Aku Datang nie ialah well secara keseluruhan best lah...lakonan Lisa Surihani comel-comel gitu. Para kaum Hawa memang suka habis la layan sebab sweet je kan jalan ceritanya. Tapi kalau kaum Adam...hmmm don't know. Hehehe... Mr. L tengok pun disebabkan aku. Kalau tak mesti takdenya dia tengok kn.

Cerita Melayu nie memang tak sah kalau takde adegan cedih-cedih nie kan. Sebab tue la aku memang tak suka nak layan citer Melayu nie kat panggung. Malu tueee meleleh-leleh air mata nie. Huhuhuhu. So before movie start aku da warning kat Mr. L jangan tegur or cakap apa-apa kalau nampak aku menangis tengok movie nie. Sepanjang hampir 2 tahun bersama memang aku rasa nie 1st time kami tengok wayang citer Melayu bersama kot. Yea ke awak? Saya tak ingat...rasanye laaa :D

Aku memang tangkap feeling habis bila tengok part yang si Azad tue curang *opss terstory plak konflik kemuncak movie nie* sebab aku rasa betul-betul terkono kek batang hidung aku. Aku faham giler la perasaan Dian bila orang yang dia sayang giler2 tak setia dengan dia. Dah la curang pas tue boleh pulak tuduh kita yang ada jantan lain, perempuan murahan and bla bla bla. Memang time nie air mata aku mengalir laju macam waterfall. Nak cover punya pasal aku lentok dekat bahu Mr. L. Agaknya baju beliau habis lencun dengan air mata aku. Hehehe

Apa yang aku nak highlight dekat sini ialah...dalam sesuatu hubungan tolong jangan amalkan sikap tidak jujur. Kalau satu hari nanti ditakdirkan kau dah takde perasaan dengan pasangan kau, mintak sangat-sangat berterus-terang than kau cheating on him/her. Berterus terang lagi better kan? Takde la kau kena sorok-sorok kalau nak dating dengan pasangan yang baru. Takde lah kau kena create macam-macam alasan lagi kalau buah hati yang kau dah tak sayang tue ajak jumpa. Betul tak? Please jangan buat something tue  jadi semakin complicated! Mencegah lebih baik dari merawat! *takde kena mengena*

Lagi satu...aku memang tak boleh terima alasan orang yang curang nie sebab dia sunyi. WTF?!! Sunyi sebab cinta jarak jauh? Kalau dah tau kau tak boleh bercinta jarak jauh jangan lah gatai-gatai nak berjauhan dengan pasangan kau! Stupid tahap dewa namanya tue. Tue bukan cinta namanya tapi kearah jadikan pasangan buat spare part di kala sunyi. Jadahnya kan?

Moral of this entri...hargailah pasangan anda :)

p/s: Thanks a lot to Mr. L sebab sudi pinjamkan bahu dan bersama-sama saya di saat susah dan senang dan di saat saya terkapai-kapai mencari kebahagiaan. Terima kasih Ya Allah kerana temukan aku dan Mr. L. Permudahkan perancangan kami. Amin. To Mr. L: Rindu, sayang dan cinta awak sangat2 <3<3<3




1

Kenapa Kena Pakai Handbag Besar?

Wanita sangat sinonim dengan penggunaan handbag. Asal tengok wanita mesti kena ada handbag. Asal ada handbag mestilah ada wanita. Begitu saling memerlukan. Kenapa? Entah sebab aku macam tue jugak. Hewhewhew. Pergi mana-mana mesti nak kena ada handbag. Kalau takde handbag rasa ralat la pulak nak pegang je purse tue kan. Maklumlah purse kite nie kalau boleh nak sebesar-besar alam. Tak gitewww? Ngehhhh

Tapi...saiz handbag aku dan wanita di luar sana tue berbeza-beza. Dan inilah yang membezakan kitaorang kot. Ada yang suka handbag saiz yang sekecik-keciknye yang boleh muat handphone je. Maybe yang spesis nie depa tak suka bawak purse kot. Tapi ada jugak yang spesis suka bawak handbag sebesar-besarnya yang boleh isi baju sekali. Cam luggage? Ohhh over sangat kau jahh..hehehe

Kalau aku tak suka sangat handbag yang besar-besar. Sebab selalu kena perli dengan mereka-mereka yang mulut celupar. Pernah satu ketika tue aku bawa handbag yang aku rasa saiznye sederhana je la. Tak besar dan tak kecik sangat. Just nice lah. Pastue adalah seorang makhluk Allah nie siap perli "Nie nak lari rumah ke balik kampung nie?" Ehhh berbulu pulak telinga aku dengar. Tersentap kau jahh. Lepas tue aku dah tak bawa handbag tue. Kalau beli pun beli saiz yang kecik-kecik je. Kira muat-muat nak masuk purse je la.

Tapi tue kisah aku dulu time sekolah-sekolah lagi. Sekarang nie aku prefer nak beli beg yang gedabak terus. Senang sikit dan malas nak amik pusing ape orang cakap. Bukan ape handbag besar nie senang. Boleh letak segala macam. Macam aku nie...nak letak purse (saiz gedabak), makeup, beg kunci, beg syiling, botol air. See??? Kadang-kadang tue kalau jalan jauh siap handbag isi telekung lagi. Hehehe. Sebab tue wajib ada handbag besar!

Si jejaka-jejaka di luar sana tak payah nak perli sakan la sangat noh. Hangpa kadang-kadang pun tumpang sekali khazanah hangpa dalam beg kami nie. Kira berbaloi lah aku bawak beg besar yea dak?

Kita bawa handbag nie untuk convenience kita...tapi korang kena careful bila bawa handbag tue jangan show off tak hengat dunia. Mata-mata suka memandang. Peragut skang mata helang. Beware tau :)
2

Aku Tak sombong

Entri ini ditujukan khas untuk mereka-mereka di luar sana yang menggelarkan diri aku sombong ataupun mengutuk di belakang atau di hadapan ku dengan mengatakan aku sombong ataupun DM aku dekat twitter dengan menaip SOMBONG ataupun PM aku dekat fb dengan mengatakan SOMBONG lagiii ataupun ermmm eh aku nie sombong ke ek?


Well aku tak rasa aku sombong. Yes definitely tidak! Kalau sombong takkan aku ada kawan? Tak begitu??? Oh yea...aku tak tau dari segi apa aku sombong. Kerek sikit mungkinlah kan. Tapi inilah masalahnye bagi mereka-mereka yang tak kenal aku. Menggelarkan diri aku sombong tanpa selidik dulu. Escpecially LELAKI.

Source
Rakan-rakanku sekalian...kalau ada lelaki yang kau tak kenal mana ceruk dia datang tiba-tiba nak berkenalan dengan kau so apa respons kau? Excited sampai terloncat-loncat ke? Dalam perut ada rama-rama terbang ke? Dalam hati ada taman ke? Ke camne?

Tak tau la orang lain respons dia macam mana. Tapi kalau aku bila ada a guy dekat terminal bas ke train ke mintak contact number atas alasan nak berkawan memang setidak-tidaknya la aku nak bagi. So kalau dia cakap sombong itu hak dia.

Well memang seronok punya ramai kawan tapi aku takde la nak berkawan dengan sebarang orang. Baru terserempak dekat pasar malam dah nak kenal. Ehh manusia zaman sekarang nie kita tak boleh percaya sangat tau. Unless la dia tue kawan kepada kawan kita dekat U ke sekolah ke. Tue pun tak boleh percaya sangat. Senang citer kena always behave and careful la!


Jadi kalau ada lelaki yang kau tak kenal dok buat bunyi "tikus" pas tue acting nak ngorat kau, kau rasa kau nak jantan macam tue? Aku? Please laa..tak suka lelaki suara tikus nie. At last bila tak layan nanti dia stop la kacau. Paling tidak dia cakap "Eh sombong betul minah nie. Macam laa lawa sangat." Eh? Kalau tak lawa apesal kau sibuk usha? Terasa looser la tue kan. So just ignore that kind of person!

Tetapi tapi...ada jugak jenis spesis yang mendesak. Mendesak seperti akan push kau sampai kau bagi contact number...mendesak seperti akan ikut kau ke mana-mana sampai kau bagi. Scary bukan? So apakata kau bagi je nombor sape2 yang kau ingat kat jantan2 tue. Aku selalu bagi nombor lama aku yang sim card entah ke mana...entah masih available lagi or tak. Lepas tue, aku cakap jangan miscall sekarang sebab handphone battery weak. Hohohoho

Lagi satu aku nak bagitau kalau dah suratan kau lalu depan mereka-mereka nie, jangan la kau berlagak comel and manja. Memang confirm la kena usha. Unless kalau kau memang nak di-usha takpe la kan. Kalau tak nak sila tunjuk muka sombong semaximum mungkin. Muka kasi serius tanpa sedikit pun senyuman kat muka kau. Maka mereka nak usha pun tak jadi. Paling kuat mereka kutuk sesama mereka yang kau nie kerek. So do i care?

Source
Tetapi secara lahiriahnya muka aku nie memang orang da cop sombong. Seriously aku tak pandai nak senyum sampai ke telinga kepada orang yang aku tak kenal. And one thing yang aku perasan aku nie muka memang serius sampai orang takut nak tegur. Tapi tue kalau aku bergerak solo lah tak pun bila berdepan dengan orang yang aku tak kenal.

So as conclusion, aku nak tegaskan yang aku nie tak sombong pun. Sebaliknya aku nie friendly, kepala otak gila-gila, mulut memang banyak cakap sampai orang yang kena stopkan aku dari bercakap berterusan dan aku suka ketawa. Ah cakap pun tak guna sebab kau bukan kenal aku pun >.<

p/s: Aku tak memilih untuk berkawan. Tapi once aku rasa kau tak sekepala dengan aku so aku mula laa mengelakkan diri dari kau. Peace :)
10

Self-Confidence Hilang =(


Self-confidence itu penting. Penting bila kita hendak berhadapan dengan public. Especially bila kena  buat presentation. Takde self-confidence maka communication skill kita pun akan turut terjejas sekali. Mulalah time present tergagap-gagap cakap. Audience pun mula rasa bosan nak dengar. Langsung tak interesting. Kira macam kita syok sendiri je la kat depan tue.  


Self-confidence jugak berkait rapat dengan kerja yang kita lakukan. Kalau tak confident makanya hasil kerja pun pasti ke laut. Bila hasil macam tue mulalah aku dengar suara-suara sumbang yang lagi buatkan level self-esteem aku makin jatuh merundum. Mulalah nanti aku dengar "Eh every sem DL pun tak reti nak buat ke?" takpun "Tak guna masuk U kalau benda camnie tak tau buat!" Wahhh enak sungguh kata-kata kamu orang kan. Eh aku nie bukan bodoh sangat cuma confident level tue kurang! See!!! Tue effectnye kalau self-confidence kita kurang. Bagi effect yang besar kau tau!


Macam kes kelmarin. Aku kena buat tax untuk satu company nie yang involved dalam property investment. Aku pun amik laa last year punye file nak kaji balik how they calculate the tax kan. Kaji punya kaji aku rasa pelik apesal kena compute macam nie ek? Aku pun pergi search dekat google. Sebab aku rasa time belajar takde pulak buat tax untuk company macamnie. Rupa-rupanya company yang principal activity dia ialah property investment memang tax computation dia lain. Kena ikut Section 60F laa. Siap kena guna formula laa. Tapi dek kerana self-confidence level aku da capai ke negative sign aku pun tanya member aku. Response dia as like usual, cara aku salah bagai. Aku da bagitau da company nie tak payah bayar tax sebab aku dah kira ikut apa yang aku google tadi. Tapi dia tak percaya. At last dia pergi tanya manager aku. Uolls know what happened? Manager aku cakap cara aku betul! See???

Ok di sini aku nak tegaskan. Self-confidence level kita boleh kurang disebabkan rakan-rakan yang tak percaya kredibiliti kita jugak. Ok memang aku ni slow learner. Take time nak faham. Tapi tak bererti aku nie bodoh betul tak? Abis korang ingat dulu aku belajar semata-mata nak DL je ke??? Ingat dulu...ada seorang hamba Allah nie tanya aku soalan akaun. Aku pun jawab la. Pas tue dia tak yakin dia tanye budak yang konon-konon lagi daebak la dari aku. Then she got the same answer too. So??? Terasa kau tau! Kita punya beriya explain lepas tue dia pandang rendah dengan kita? Baik kau tak payah tanya aku kan?

Ia sangat teruk or worst lagi bila self-confidence kita takde time bercinta. Kalau takde self-confidence mulalah kita rasa mampu ke aku bahagiakan dia nie? Betul ke dia sayangkan aku nie? Betul ke dia setia? Dan kerana tiadanya self-confidence nie la menyebabkan kita selalu rasa curiga dengan hubungan kita dan dia. Mula touching sorang-sorang padahal balak lu takde pun buat pape. Dia punya gila setia tapi kau tak YAKIN! Yes tak yakin! Memang betul orang cakap kalau bercinta atau kawan sekali pun kita tak boleh terover-confident sangat. Takut kecundang...so kita kena relax and cool je. Tapi kalau LANGSUNG takde confident tue boleh retak jugak hubungan kau tau?? I know laa sebab aku rasa jugak. Kalau tak takde la entri nie terhasil.

So what is the conclusion??? How to improve my self-confidence??? Arggghhh aku pun tak tau. Penyakit low self-confidence nie menyerang aku skang!!! 
8

New Experiences!

Last Friday (5th October 2012) aku dengan secara gamblenya pergi ke KL dengan satu tujuan yakni nak jumpa en buah aty pengarang jantung. Tapi tapi entri nie bukan aku nak royak tentang  dating aku hari tu..tak nak la share sini. Tapi aku nak share some my precious experiences while aku on the way and berada di sana.

Firstly, this is my very first time naik train. Hoho excited and nervous bukan kepalang. Aku naik train dari JB Central ke KL Central. Since JB Central tersangat la dekat dengan KOMTAR so aku decide naik train instead of bus sebab Larkin jauh sikit laa. Ticket aku pukul 1135pm. Tapi aku da berkampung dekat terminal dari pukul 900pm. How was really excited I am.. Then tunggu punya tunggu aku pun pergi ke gerabak. Agak membosankan naik train. Sakit badan-badan 6jam dok dalam train. Mula la rasa naik bas lagi worthy. Sampai-sampai KL Central, en buah aty da tunggu. So aku tarik nafas lega sebab berjaya naik train and sampai ke destinasi yang dituju.

Secondly, this is also my very first time naik LRT, komuter and whatsoever yang dorang panggil. Aku pun confuse what is the difference between both things even though mr boyfiee keep already explained to me. Oh very slow learner I am. So dari TBS aku pergi Masjid Jamek sebab nak sangat shopping tudung dekat Jalan TAR. Well tetiba aku fikir kan best kalau JB pun ada LRT...tak payah nak hadap jalan jammed lagi. Aku sampai rumah pun makin cepat kan.

Then malamnya pulak singgah IOI Puchong Mall pulak. And the compulsory place yang wajib singgah haruslah Daiso! Ok jakun sebab tak pernah pergi. Bila masuk aku rasa macam kedai RM2 or MR D.I.Y je. Yang buat it look really attractive sebab barangnya semua kawaii and all the items sell only at RM5! Bila tengok benda tue nanti mesti aku cakap "eh barang macamnie pun ada ek?". That's why aku suka masuk kedai yang jual Japanese or Korean stuff! Sebab barang-barang dorang unik and comel! Tapi aku tak beli apa pun sangat sebab dah malam and mata pun mengantuk. Automatically mood nak shopping hilang.

Lastly, naik bas dekat TBS. Balik ke JB aku prefer naik bas je sebab timing nak balik tue ada banyak optional. Jakun lagi sekali bila sampai TBS. Suasana macam dekat airport dah. Siap ada polis bantuan lagi jaga dekat tempat pelepasan tue. Cuma yang tak bestnye hanya pemegang tiket je boleh pergi ke bas. So family ke, en buah aty ke nak hantar sampai ke dalam bas tak boleh laaa..

Sekian, gambar memang takde nak tunjuk. Tunggu aku beli kamera la yea. Hehe..well entri nie macam menunjukkan aku tersangat jakun. Yesss memang pun! Sebab tue tajuk entri nie New Experiences! Sayonara :)
0

New Home Not Sweet Home :(

Hari Ahad yang lepas aku berpindah sudah dari Ehsan Jaya ke Sri Stulang. Aku pun terkejut dengan perpindahan secara mengejut nie. Tapi takpelah at least rumah dekat sangat dengan tempat aku kerja and aku hanya perlu naik satu bas je nak ke Komtar tue. Pheww! Tak perlu nak naik dua bas lagi after this >.<

Source


Rumah yang aku duduk nie actually rumah kawan abang aku tapi dia da sewakan kepada adik angkat abang aku *adik angkat konon. Piirahh* So my first impression bila masuk rumah nie sure la aku dah bayangkan how sweet suasana dia. Yeala dah girl yang duduk. Mesti kemas, bersih then dihiasi dengan perhiasan yang comel-comel kan? Tapi tue laa tidak semua angan-angan bakal menjadi kenyataan.


Aku tak cakap aku nie seorang yang kemas ke or girly sangat sampai tiap pelosok sudut rumah nak letak teddy bear ke or any stuff yang comel even memang aku suka >.<

Tapi yang paling penting aku nie seorang yang pembersih jugak. Pantang aku kalau jalan atas lantai tapak kaki aku jadi hitam. Dan inilah yang terjadi dekat rumah baru aku! Dari ruang tamu sampai ke dapur  and termasuklah bilik aku semuanya kotor and kesat. Memang lantai nie dari first time minah nie pindah dia tak pernah mop kot. Boleh ek survive dalam rumah yang kotor?

Memang dalam hati menyumpah guk. Dah la aku baru sampai. Penat angkat barang tak hilang lagi. Bila tengok lantai kotor Ya Rabbi lagilah aku rasa nak maki-maki je. Bayangkan pukul 1 am aku gagahkan diri cuci toilet. Mula-mula nak bagitau abang aku apa yang aku hadapi nie. Konon-konon nak ngadu la kan tapi bila fikir balik si minah nie kan adiknye angkat abang aku. So tak jadi la nak report. Nanti abang aku cakap aku buat-buat cerita pulak. So aku mengadu je laa dekat Mr. Boyfie.

Tapi esoknya memang Allah nak bagi abang aku tau jugak keadaan yang sebenar. Nak dijadikan cerita abang aku masuk rumah aku tue sebab nak tumpang tandas. Pas tue dia perasan kekotoran kat dalam rumah tue. Memang bising la mulut dia bebel. Aku dengar je la. Sebab kalau dia bising camne pun minah tue takde sebab pergi keje. And kalau dia bising pun memang aku je la yang akan bersihkan semuanya nie T__T

So this weekend memang aku akan laksanakan operasi membersihkan satu rumahlah except bilik dia. Sabtu aku gotong royong dan terpaksa lupakan hasrat nak hangout dengan kawan-kawan untuk pergi makan steamboat T__T 

Ahad aku nak rest! Nak balas dendam sebab my last weekend tak dapat rest very well sebab rushing packing barang nak pindah. So please to my friends or strangers, please do not disturb me on this weekend. Tq and so sorry dekat kawan-kawan sebab tak dapat join steamboat tue...Huhuhu *kempunan*
18

Kerana Cinta



Well kali nie nak cerita mengenai cinta. Yea cinta uolls. Siapa kat sini pernah or sedang bercinta? Mostly angkat tangan kan? Hari ini sesaja nak bercerita sedikit tentang perihal cinta. Mungkin nasihat atau pun peringatan...

Tak salah untuk kita mencintai seseorang kerana itu lumrah bagi manusia. Apatah lagi kalau kita mencintai dan pada masa yang sama dicintai juga. Semestinya indah bukan? Tetapi yang tak berapa indah bila cinta yang bertepuk sebelah tangan. 
179112_392829037421302_229189016_n_large

Bila cinta di-reject dan korang menerimanya dengan redha itu takde masalah. Yang menjadi masalah bila korang tak dapat terima kenyataan yang korang kena reject. Dan lagi menakutkan lagi if korang ambil tindakan like balas dendam kat si dia sebab reject korang. Scary! Sangat scary bila nowadays banyak kes such as simbah asid, rogol even pergi jumpa bomoh nak santaukan si dia laa...ishhh aku hanya mampu menggelengkan kepala dan mengucap. Apalah nak jadi dengan manusia zaman sekarang nie...

Guys lets me advise uolls something...jangan biarkan perasaan amarah, dendam and kecewa menguasai diri bila korang frust because of love! It doesn't make any senses ok! Korang kena ingat kat dunia nie bukan dia seorang  je yang ade ramai lagi yang korang boleh go on. Besides that, we just think positive why kita kena reject. Dan ketahuilah apa yang terjadi ada hikmahnya. Memang kita tak nampak sekarang tetapi akan datang. So bersabarlah dan biarkan si dia bahagia dengan pilihannya.

Then kalau betul-betul kita mencintai si dia tak mungkin kita tergamak nak sakiti dia bagai kan? Jangan pulak kita guna quote 'kalau aku tak dapat memiliki kau, orang lain pun tak akan dapat memiliki kau!'. Amik ko! Disimbahnye asid lepas tue bunuh supaya orang lain pun tak berjaya memiiliki si dia juga. WTF!? Cinta jadahnye tue? Tue cinta ke? Kalau itu yang korang mendefinisikan sebagai cinta maka sekarang jugak korang pergi terjun lombong kasi mam before korang mencederakan orang lain!


270691_444632215574829_649237909_n_large

Wahai si cantik dan si kacak sekalian, cinta itu bukanlah untuk menyakiti si dia ataupun untuk mengambil kesempatan. Tetapi cinta itu ialah menyayangi si dia dengan tulus dan ikhlas. Jikalau dia bukan untuk kita, lepaskan dia dengan redha walaupun hati berat untuk tanggung. Aku tahu, aku faham kerana aku sendiri pernah merasai situasi sebegitu. Kita cuba berfikir secara waras laa. Kalau kita degil untuk melepaskan si dia walhal dalam hati si dia tiada lagi ruang untuk kita, tak ke kau menyeksa dia untuk bersama dengan orang yang dia sudah tidak sayang lagi? Tidakkah kita telah membuang masa dengan menyayangi orang yang tidak sudi menerimanya lagi? Tidakkah korang pernah berfikir sedemikian?

Tetapi kadangkala si dia tinggalkan kita mungkin kerana perilaku kita sendiri. Mungkin sebab perangai kita yang satu nie sangat mengannoyingkan dia sampai dia tak boleh tahan lagi. Yeala kalau dah tiap-tiap hari merajuk tanpa sebab lelaki  pun naik menyampah jugak kan? Dan kalau si lelaki nie asyik busy dengan kawan-kawan sampai awek diketepikan tak boleh jugak kan?

Jadi tepuk dada tanya selera...yang mana yang buruk cuba kita ubah agar menjadi semakin baik supaya pasangan senang hati. Yang mana sudah pergi meninggalkan kita, buka mata buka hati...REDHA...yang reject kita tue...ingat muka korang hensem or cun sangat laa sampai reject aku? Eh? Kbai :)

0

Cinta Monyet

JB! Sekarang aku berada di JB...menjalani praktikal di sini di sebuah audit firm. Jangan tanya aku what is audit firm...what they're doing and sewaktu dengannya. Silalah google sendiri. JB nie merupakan tempat yang paling excited aku nak pergi...sebab 1001 kenangan yang ada kat sini. Well before aku duduk Segamat, aku dah bermaustatin dekat sini almost 10 years. Pelbagai kenangan dekat sini..dan yang paling best nak ingat ialah cinta monyet! Hehehehe...

Before mai JB nie aku berangan-angan nak jumpa dengan sorang mamat nie sebab dia nie konon-konon 1st love. Ecececehhhh...lagipun almost 6 years aku tunggu dia. Gila tak??? Tapi bila jumpa balik aku mula analyse perasaan aku kat dia. Why aku sanggup tunggu dia begitu lama? Eh betul ke aku cinta kat dia? Cinta??? Damn! I really don't know what is that??? Tapi bila aku pikir-pikirkan balik perasaan aku pada dia selama 10 tahun nie suma disebabkan kenangan kami berdua dulu. Yea kenangan dulu bercinta waktu sekolah aka cinta monyet. Siapa kata cinta monyet itu buang masa? Bagi aku cinta monyet tue seribu kali indah penangannya dari cinta yang konon2 serius nak kekal pai akhir hayat nie..puiii...

Dan selama 10 tahun penantian akhirnya pada 27 Ogos 2012, aku dan dia berjaya mendapatkan kata putus. Tak mungkin aku nak bersama dia hanya kerana kenangan dulu. Bercinta atas dasar kenangan tak mungkin dapat menjamin kebahagiaan yang berpanjangan. Sekadar seronok untuk diingati tapi tidak untuk dipraktikkan lagi.

Bukan kami tidak pernah mencuba untuk bersama..dah pernah tapi takde chemistry antara aku dan dia. Kadang-kadang terasa rindu bila teringat balik kenangan dulu. Tapi perasaan itu hanya rindu semata-mata. Tiada sayang ataupun istilah cinta bagi aku untuk dia. Itu semua kerana kenangan yang sweet yang pernah kami lalui bersama. Fullstop! Untuk mencintainye mungkin tidak. Mustahil sekali! Sebab hati aku untuk en buah aty aku yang banyak bersabar ngan aku...chewaahhh..

Well aku akui kehadiran si dia memang banyak bagi effect dekat hubungan aku dan en buah aty. Goyah! Sebelum nie bukan tak pernah orang tackle aku (bunyi macam hot. Hehehe). Ada je tapi aku tak layan sebab tahap kesetiaan dan cinta aku dekat en buah aty tinggi sangat. Cuma kehadiran ex-cinta monyet nie membuat aku confius. Ini semua kerana penantian aku selama bertahun-tahun tue.

Almost a week aku berfikir...alhamdulillah aku rasa keputusan aku tepat. Aku berjaya analyse perasaan aku dekat en buah aty dan compare dengan perasaan aku pada ex-cinta monyet tue. Ternyata aku lebih lebih lebih and lebih sayangkan my buah aty dari dia!

Kepada ex-cinta monyet..i don't mind bila ko remove aku dari FB kau...menyesal tidak sesekali sebab kau yang datang cari aku. Alang-alang kau da remove aku terus block kau. Fair and square right? And aku da setuju untuk melupakan kau untuk selama-lamanya. Kepada en buah aty...i'm really sorry for that moment. Sangat berserabut time tue. But i guess now da back to normal kan? Really love u!

p/s: Bukan senang aku nak buat entri tentang hati dan perasaan nie. Sila jangan muntah bila baca ;)


8

Takde yang Mustahil

Entri kali ini aku nak bercerita tentang seorang gadis yang aku beri nama Anne (bukan nama sebenar)...Anne ialah seorang mahasiswi yang menuntut di UiTM dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian). Nak dijadikan cerita Anne nie mempunyai satu impian dan matlamat iaitu hendak mendapatkan segulung ijazah dengan kelas pertama. Ini kerana beliau telah menyahut cabaran ayahnya yang hendakkan beliau score dengan kelas pertama supaya loan PTPTN beliau nanti boleh convert jadi scholarship. At least dapat la kurangkan beban nak bayar hutangkan...

Anne nie pulak seorang yang slow sikit. Maksud aku slow nak adapt sesuatu especially time belajar dalam kelas.  Sekali lecturer mengajar belum tentu beliau dapat catch up 100%. So solutionnye beliau susah nak score time test or quiz yang menyebabkan carry mark assessment beliau rendah. Di kalangan rakan-rakan pun beliau mendapat ranking rendah.

Walaupun begitu setiap kali peperiksaan akhir semester, beliau berjaya mendapatkan result yang gempak siap Dean List lagi kau...sekaligus mengalahkan rakan-rakan yang lain. Rakan-rakan beliau pun terkejut dengan keputusan beliau itu. Pelbagai respons yang beliau terima seperti: 

" Wahhh Anne...kau yang biasa-biasa pun boleh DL kan?"

" Ehhh Anne DL? Gua salute laaa!"

" Rasanye performance dia biasa-biasa je...tapi dia boleh DL ek...apa rahsia?"

Apa rahsia? Semua orang tertanya-tanya. Tapi betul lah kata pepatah, diam-diam ubi berisi.

Dari kegagalan yang Anne tempuhi kerana gagal menandingi rakan-rakannya, beliau tidak mudah berputus asa malahan semakin bersemangat untuk belajar, belajar dan belajar. Beliau semakin bersemangat bila teringatkan cabaran yang diberikan oleh bapanya itu. 

Anne sedar yang beliau seorang yang slow learner...disebabkan itu beliau tidak pernah malu untuk bertanya rakan-rakan. Baginya bertanya rakan lebih muda untuk faham. Selepas menimba ilmu dengan rakan-rakan dia akan buat revision semula dan akan bertanya rakan-rakan lagi sampai la dia faham. Nasiblah siapa yang berkawan dengan beliau kan ;)

Bagi Anne, peluang beliau untuk memperbaiki kegagalan adalah time final exam. Dan bila menghadapi peperiksaan akhir semester, Anne betul-betul pulun sehabis mungkin. Baru nampak keseriusan dia belajar. Bagi Anne even carry mark dia hanya lah average (e.g dari 40 beliau score la 25) tetapi beliau tetap yakin tiada yang mustahil di dalam dunia nie jika diizinkan oleh ALLAH. Yang penting kita kena berusaha selagi terdaya! Dan hasilnya sudah 3 semester beliau berjaya memperolehi Anugerah Dekan. Sekarang beliau tengah menjalani internship dan masih mempunyai satu semester lagi before grade. Beliau berjanji akan terus dan terus berusaha sehabis mungkin kerana tiada apa yang mustahil dalam dunia ini!

Oleh itu, kita perlu ingat, orang yang miskin juga boleh jadi kaya jika mereka rajin berusaha kerana sesungguhnya ALLAH itu Maha Adil dan Pemurah. Dia sentiasa menolong hamba-Nya yang rajin berusaha di jalan yang diredhai-Nya. Amin

p/s: Dan jangan sesekali lupa menunaikan yang fardhu dan berDOA pada-NYA :)
0

Result Final Examination


Tumblr_m433v3zxy91qgv9ido1_500_large
Inilah yang aku rasa sekarang. Arghhh

Bangun tidur hari ini macam biasa terus on laptop layan movie kejap then bukak fb and twitter. Cek notifications then member bagitau result exam keluar 3 August nie which means next Friday. What next Friday??? Aku terus mengetap bibir then tangan terus type uitm student portal kat GOOGLE. Aku nak cek kesahihan tarikh result tue. 


Ohhhh ini bukan cobaan, ini betul-betul. RESULT boleh cek 3 August nie. Alaahaiii lemahnye kaki dan tangan mendengar dan melihat. Rasa macam cepat la pulak result nie keluar...mula lah dok calculate agak-agak berapa la GPA aku kali nie. Boleh tak aku dapat DL lagi??? Boleh tak aku naikkan CGPA aku??? Dup dap dup dap. Dan satu perkara yang tak best jugak bila result tue akan kuar time aku internship pulak tue. Memang kasi spoil mood keje la nanti kan. Hope result aku ok. AMIN
Tumblr_m2eiwjkj6y1qfnpo0o1_500_large
I'm dying to wait next Friday :(

p/s: Wish me luck buddies! 
0

Internship? Audit?

1st August 2012 nie aku akan start internship dekat sebuat audit firm (Azman Wong Salleh & Co). Ommoooo! Audit firm!!! Uolls know what is audit? Tak semua tau. Mostly akan pending bila aku sebut AUDIT. This term very familiar with accounting students and also those yang already worked at company because every year para auditor akan datang kat that company untuk audit.

Let's me explain briefly of word of AUDIT. Aiseyyy macam lecturer audit pulak >.<
Audit is an examination and verification of a company's financial and accounting records and supporting documents by a professional such as a Certified Public Accountant.
Dah bace? Paham dak? Ayat kat atas nie pun aku mintak tolong Miss Google. Nak suruh aku bukak buku audit setebal kamus dewan tue memang tidak la. Hehehe...

Well nak kata aku 100% benci kat audit nie idak la sebab based on apa yang lecturer aku cerita (most of my lecturer nie ex-auditor before dorang jadi lecturer) audit is very interesting sebab we can travel over the world. Yesss aku memang teruja bila dengar TRAVEL. Dari kecik pai besar memang aku kaki jalan. Dulu masa budak-budak hingusan lagi aku memang suka ikut bapak aku pergi keje. Sebab tak suka dok rumah. Even dah besar nie lagi la galak aku berjalan. Hehehe...

Actually nak buat internship nie adalah freedom bagi student nak pilih industry ape untuk dorang involved. Unfortunately, kampus aku dorang strict sikit. We only can choose the firm that very closely related with our course. And of course yang closely related adalah audit firm, accounting firm, taxation or secretarial firm only. 

Mula-mula aku ingat nak amik company yang offers all services yang aku mentioned tadi so that nanti job aku akan rotate. Kira aku boleh merasa la buat semua bidang. But sangat susah giler wei nak cari firm macam tue. Kalau ada pun jauh sesangat-sangat and elaun giler tak berbaloi. Hello even I'm only internship student tapi aku kena guk cari elaun yang cam gempak kan sebab aku merantau dari hometown so banyak duit nak kena pakai. Ingat duit PT tue cukup ke untuk aku survive for 6 months??? Kira ini one of the factor yang membuatkan aku jadi choosy sikit. Hohoho..

Akan menyakitkan kepala sehingga boleh migrain jugak la bila nak cari which firm yang boleh aku pergi kan. Aku mintak advise dari lecturer and also member-member yang tengah buat praktikal skang. And one of my friend suggest aku apply Azman Wong Salleh & Co sebab he and also some my lecturer said that company is good and sedang meningkat namanya. Maybe boleh jadi Big Four in future...and the best part is allowance given quite awesome. Hohohoho...so aku pun apply...and Alhamdulillah dapat..lama tau aku tunggu jawapan dari that company. Nasib baik saya nie penyabar...ececehhh gedik gitu...so aku terus grab je peluang tue. Da malas nak pikir da...

So I'm counting until 1st August to start my internship. And meanwhile aku kena bukak balik buku-buku audit, accounting and maybe also taxation to recall some part. Sebab aku taknak pergi dengan ZERO ok. Nanti malukan UiTM pulak kan sebab belajar dah sampai degree tapi benda basic pun still failed! So wish me luck. Aku cuba perform sehabis mungkin. Mana tau at the end dorang offer aku keje bila aku da grade nantikan...ngeeee

p/s: Lupa aku nak bagitau...actually perempuan tak sesuai sangat jadi auditor as their carrier nanti tak kawen sampai sudah. Lalalala...salam Ramadhan :p




10

Dunia Maju Kita Pun Haruslah Maju!

Semakin maju dunia semakin canggih teknologi semakinlah pandai manusia. Dan kerana kemajuan jugalah cabaran dunia semakin meningkat. Tapi isu yang aku nak bincangkan hari ini adalah mengenai hidup sebagai seorang pelajar. Tidak mudah untuk berjaya kalau kita tak berusaha. Dan kita berusaha bukan lah semata-mata hendak lulus tetapi untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik.

Apa yang aku nak sampaikan ialah mengenai cabaran seorang student selepas mereka grade. Macam aku...aku baru sedar yang betapa susahnya untuk mendapatkan sebuah pekerjaan kelak. Jangan bermegah sangat lah kalau setakat CGPA korang just above 3.00 sebab ada ramai lagi yang lebih dari korang. Dan jangan nak show off sangat setakat dapat CGPA 3.5 plus-plus sebab lagi ramai yang siap dapat 4.00. So korang dapat tangkap tak apa yang aku cuba sampaikan nie? Oleh yang demikian korang kena struggle gila-gila during studies lagi. Berusaha dan berusaha untuk dapatkan result yang baik dan bukannya hanya cukup-cukup makan. Ingat if nak dapatkan better future so silalah berusaha dari sekarang dan bukannya dengan berserah tanpa berperang.

Walaubagaimanapun...tidak semestinya kalau kita berjaya sewaktu belajar then kita ada jaminan akan dapat kerja. Betul tak? Kita kena ingat yang apa yang kita belajar tue hanya lah teorikal semata-mata. Bila kita masuk ke alam pekerjaan mesti lain gila dengan apa yang kita belajar. So kita kena be prepared and flexible untuk adapt sesuatu..be fast learner ok if nak success! One more things kita mesti ada good communication skills...benda alah nie penting untuk tackle interviewer so that mereka interested nak hired kita. Jangan pandai semata-mata tapi tak pandai cakap depan public kan. Memang sampai mati susah nak dapat keje.

Jadi conclusionnye...kita sebagai seorang student kena la well prepared before entering into workplace..baik dari segi fizikal, mental, rohani dan segala-galanya...ingatlah...manusia sekarang semuanya bijak-bijak belaka...jadi kalau korang rasa korang da bijak maka korang kena lagi membijakkan diri korang...sekian :)
4

Perlu Ke Lelaki Bawa Handbag Pasangannya?

Tumblr_lzj3ev2bwq1qho04so1_500_large   
    
vs

Tumblr_lr4tjfm1531r26nwko5_250_large
Buah aty pengarang jantung...Yong Hwa <3<3<3

Tengah sibuk memasak sambil dengar radio Sinar tadi aku terdengar Abby Fana selaku DJ time tue buka topik pasal lelaki pegang beg tangan awek/tunang or bininya. Tersenyum aku bila dengar feedback pendengar tentang topik tue. Ada yang membangkang dan ada yang menyokong.

Even aku sendiri pun tak gemar kalau nak suruh buah aty pegangkan handbag while jalan-jalan dengannya. Nanti  apa kata public pulak kan. 

Tapi ada je yang akan cakap: "Lantaklah dorang nak cakap apa pun. Mulut manusia memang tak boleh tutup kan." 

Itu kata oranglah bukan kata aku. Memang betul mulut manusia tak boleh tutup tapi aku rasa macam menjatuhkan maruah lelaki je kalau aku suruh bawakkan handbag aku. Macam queen control mungkin. Erkkk korang rasa tak macam tue? Hehehe...

Tapi mungkin ada yang akan cakap: "Gentleman ape kalau lelaki bawakkan beg tangan pasangannya."

Owhhh gentleman ka? I don't think so. Banyak benda lain lagi yang kaum Adam boleh buat kalau nak tunjuk keGentlemannya kepada pasangan. Kalau si gadis bawak handbag semata-mata nak suruh encik pakwe tolong bawak baik si gadis tak payah bawak handbag kan. Yea dak? Tak pun suruh je encik pakwe korang bawak beg dorang je. So time dating si gadis just bawak purse je but tumpang kat beg encik pakwe. Awesome tak? Hehehe...

Dari sudut persektif yang lain...aku akan menyokong si Adam bawakkan handbag si Hawa bila dalam situasi yang tertentu je. Contohnya kalau bini korang sakit ke sampai nak pegang handbag pun tak larat. Tue mungkin gentleman la kot. Hehehe...

But in reality si Adam ni memang betul-betul ikhlas ke nak tolong bawakkan handbag si Hawa???

p/s: Kalau tolong bawak barang-barang yang aku shopping tue baru gentleman kot...ngehhh >.<

18

Best Ke Shopping Online?


Shopping online...online shopping...kalau buka FB or blog banyak yang mempromosikan pelbagai produk. Sekarang nie semua benda boleh dapat just online je tanpa susah-susah korang bazirkan minyak kereta pergi ke kedai...tanpa susah-susah korang naik bas turun bas semata-mata nak shopping sebab nowadays semua boleh beli secara online. Erkkk ayat aku macam nak promote barang je. Hehehe...


Terpanjang pulak mukadimah aku kan. Well topik hari nie pasai shopping online or online shopping. Gasak la yang mana-mana pun kan. Korang pernah tak beli barang secara online? Korang rasa shopping online nie banyak bagi benefit or sebaliknya??? Then isu itu yang aku nak kupaskan hari ini (gaya macam dalam Edisi Khas ;p)


Aku adalah salah seorang yang suka shopping online. Minat aku nie disebabkan banyak faktor. Antaranya sebab kat Segamat nie lambat sikit nak dapat produk-produk yang terlatest. Lain lah kalau aku dok KL. Benda-benda yang baru mesti orang KL tau dulu. Yea dak? So atas sebab tak mo jadi katak bawah tempurung aku selalu la online bukak website or page yang jual produk-produk yang latest yang kebarangkalian aku nak dapatkan kat tempat aku immediately sangatlah rendah.


Apa yang aku mention tadi tue maybe benefit bagi aku. Tapi dari perspektif lain maybe akan bagi keburukan kat kita pulak. Contohnya tersalah pilih website or page. Maksud aku takut korang tertipu laa dengan penjual tue. Mana la tau da baik punya bank in duit then baru tau penjual tue penipu then produk yang dia jual tue tak pernah wujud pun. Kan rugi namanya tue. So kalau sape-sape yang baru nak belajar shopping online nie should be careful ok? Make sure penjual-penjual nie ada lesen yang sah tau. So far aku masih belum terkena lagi la. Syukrannn...


Then korang kena bijak cari harga tau. Jangan sebab excited sangat tengok sesuatu produk tue terus beli even harga dorang mark up gila-gila. Sebab aku selalu terkono disebabkan nafsu la nie. Padahal ada je distributor yang jual dengan harga yang lagi murah. Hehehehe...contoh aku skang guna produk Narakashiwa iaitu sejenis produk penjagaan muka Made in Korea. Produk nie dibuat khas untuk Daiso Japan. Mean this product available only kat kedai Daiso je. Tempat lain memang takkan jumpa punya. Tapi kat Segamat takde Daiso so alternatif yang aku ada kena beli online. First time beli aku beli Charcoal Facial Mask dengan harga RM20 including postage. Mahalkan? Padahal kat Daiso baru RM5. Huhuhu...mereka betul-betul mark up siot harga. Mentang-mentang kat Segamat takde Daiso. Sob sob sob.

Ni la Charcoal Facial Mask. Best tau pakai :)
This pic aku credit kat Si Chantekkk


Sebagai penutup (macam buat karangan SPM) shopping online sangat menyeronokkan sehingga bapak aku bising sebab dia kata aku membazir. Hehehehe...those yang ada habit macam aku please be careful ok ;)


p/s: Baru lepas makan tapi lapar lagi...aigooo

7

New Semester!!!

Saje nak menghupdate entri sambil tengok cerekarama...neelofa berlakon tuee...hahaha...petang tadi saja-saja je cek timetable kat student portal. Rupa-rupanya da kuar da timetable for next sem even result belum kuar lagi...hehehe. Jom sama-sama check it outtt!
Awesome tak jadual aku? (Klik untuk pembesaran ok?)
p/s: Jadual udah keluar...skang ngah tunggu result final exam je...dup dap dup dap...nervous!!! Tapi sebelum tue jom layan running man sattt! Hohoho
4

Kerdil

Before aku nak sambung layan movie (even mata dah ngantok tahap cipan), aku nak tanya korang, korang pernah tak rasa kerdil bila melihat kejayaan or kebahagiaan seseorang? Especially bila beliau tue orang yang korang sangat-sangat kenai. By the way tadi aku stalk blog cousin aku. Kira nak di jadikan cerita dia nie kira bakal doktor la...tak lama lagi nak fly pi India nak amik medik katanya. So apa yang aku rasa? Ohh terasa kejelesan di situ...nak nak lagi gap umur aku dengan dia tak jauh mana.

Tumblr_lz3rh2oozr1rp7wemo1_500_large
Kadang-kadang terasa kerdil sebab dia amik medik tapi aku? Aku amik accounting. Professional jugak pe kos aku tue tapi awat rasa bila dia amik medik lagi gah bunyinya ek? Pernah tak korang rasa camtue? Well itu yang aku tengah asa la nie.

Then tak lami lagi dia nak fly pi India but aku study local je. Jeles lagi...nak kata apa dah sebab dekat Malaysia nie berlambak-lambak universiti yang boleh tawarkan kos aku tue compare dengan medik. Kalau aku amik ACCA ke CIMA ke dekat Malaysia pun da ada banyak institut yang tawarkan. So? >>> saja nak sedapkan hati :(   


p/s: Malas nak pikir...saje nak share...da jom sambung tengok drama Brain...best tau!!! By the way almost 2 weeks to go before result exam kuar...nervous nyahhhhh ;p
4

Angan-angan Taik Kucing!

Assalamualaikum bloggers!

Lately begitu busy melayan movie ku...dalam melayan movie tue mesti pikiran aku pun melayang sekali...berangan kot-kot la boleh jadi lagu heroin tue no! Hohoho. Korang pun selalu macam tue kan? Tue namanya betul-betul menghayati watak dalam setiap cerita yang korang layan tue. Siap nangis keluar hingus hijau lagi...eeewww

Oraiiitt tanpa membuang masa aku straight terus ke topik aku. Sape kat sini pernah berangan??? Semua orang confirm pernah kan? Aku pun pernah and selalu kot...especially kalau tak boleh tidur...hahaha...tapi tidak lah berlebih-lebihan kan. Cuma angan-angan tue kadang kala boleh menceriakan hidup kita...

Korang nak tau tak apa yang selalu or yang pernah aku berangan??? Hehehehe...Jommm scroll ke bawah yea ;p

1) Aku selalu berangan dapat bercinta dengan artis...hahahaha (blushing). Nie semua pengaruh cerita Full House laa nie...hahaha....macam best je tengok...walaupun possibility sakit hati tengok en BF di kelilingi ngan peminat perempuan dan skandal-skandal serta kontroversi hangit! 

2) Teringin nak jadi selebriti...wahhhh kelaassss gitu kalau aku dapat jadi selebriti...tak nak jadi penyanyi sebab suara SEDAP sangat..pelakon? Maybe..hahaha...but more too bidang pengacaraan kot...(ok aku perasan)..jeles tengok kembar aku -Neelofa jadi pengacara Nona...hahaha

3) Aku nak bercinta dengan orang kaya! Hehehe...aku materialistik ke? Da nama angan-angan kan. Bila tengok cite Secret Garden lagi la bertambah excited nak cari anak Dato', Tan Sri, Di-Raja...hehehe...nak apa semua dapat...untung laaa...

4) Berangan nak dapat laki yang hensem, pandai, kaya. Complete and perfect! Ada ke? Mesti la tak dapat nyahhh...hahaha



Nak yang jambu and hensem camnie boleh?

p/s: angan-angan korang apa pulak?

6

Single Or Couple?

Assalamualaikum korang...

Tetiba aku terasa rajin nak update entri lagi. Nie pun sebab tetiba terpikir pasai topik nie. Nowadays kalau korang tengok status most people mesti da in a relationship. Betol tak? Budak-budak sekolah rendah pun dah pandai bercinta-cintan nie...hehehe...aku dulu darjah lima ke enam tengok lelaki pun takde nafsu. Hahaha. Tapi budak-budak sekarang dah lain. Pikiran dorang dah macam bebudak remaja dah kan. Very up to date katanya...

couple, couple cute, cute, friendship, guitar


Tetapi persoalannya sekarang adakah couple itu necessary? Ia lumrah kehidupan ke? Yang aku confirm feeling cintan cintun tue memang da lumrah kan. Cuma perlu ke bebudak yang baru umur setahun jagung (termasuk aku ke? Hahaha) bercouple? 

So di atas kerajinan aku yang tersangat extravaganza aku pun buat survey...mostly bila aku tanya bebudak yang umur within 13 till 17 dorang banyak bagi feedback yang macam nie:

" Sis...kite couple sebab kite pun nak guk ada orang caring-caring kat sekolah,"

" Orang couple sebab nak belajar sesama ngan dia, makan sesama ngan dia time rehat, and balik sekolah sesama ngan dia,"

" Saya couple time sekolah sebab muka dia macam Yong Hwa..." Ehhh? Hahaha

Tue survey yang aku buat untuk bebudak yang bawah 18 tahun. Kalau yang berumur 18 tahun ke atas camne? Sebab apa dorang kena couple pulak? Adakah sebab dorang rasa da sampai seru untuk bercinta? Takpun sebab nak tambah skandal berbakul-bakul so that nanti boleh kikis kaw-kaw punye duit dorang?

Memandangkan umur aku tahun nie sepatutnya da 23 tahun tapi yang seExactlynya baru 22 tahun 2 bulan 4 hari, aku terpikir...bercouple dalam usia sebegini keperluan ke? Ikut trend ke? Or da sampai seru? Nak kata benda tue unnecessary aku sendiri pun da ada buah aty. Hakhakhak...

love it, single, text

Bila tengok member-member yang lain yang still single aku rasa macam best guk kan single nie. Kita boleh buat macam-macam and possibility hati nak sakit and kuciwa tue sangat la rendah tapi dari segi perspektif lain orang yang single nie mungkin mempunyai possibility kesunyian yang teramat la tinggi.

Bila tengok member-member yang not available dah like me, bercinta tue macam best la bcoz someone take care on us...tetapi possibility hati aku nak sakit tue tinggi la sangat disebabkan benda-benda yang remeh mungkin macam jealous, BF not understanding etc.

So which one is better? Single or couple is better ek? 

p/s: Yang penting tak nak jadi bujang terlaaaajakkkk...:p

12

Kerana Garam Belacan...

Hoooooolaaaaa...bukan main lama aku menyepikan diri dari menghupdate blog nie kan...hampir seminggu duduk rumah after final exam telah membuatkan tangan aku nie tergedik-gedik nak menghupdate blog. Itu pun sebab aku dah terasa kebosanan yang amat sangat sekarang nie...aigoo memang tak tau bersyukur kan...during final bukan men terkinja-kinja nak balik rumah and now bila dah dok rumah mati akal dan mati kutu aku dok kat rumah tanpa buat kerja...

Back to the topic...tiba-tiba terfikir nak share topik ni kat korang...memandangkan aku nie made from utara so garam belacan dengan diri aku memang tak boleh dipisahkan. Erkk korang tau tak garam belacan tue binatang ape? Ommo tak tau? Mehhh sini aku tunjuk kat korang...garam belacan tue macam kat gambar bawah nie...selalunya orang akan makan garam belacan nie ngan buah cam buah jambu, pelam muda, nam-nam and banyak lagi. Woooahhh kecuq ayaq liuq aku bercerita...nyummmm nyummmm...aktiviti cam nie orang panggil menyicah...nie lau sebulan sekali tak pekena memang mengidam la aku jawabnya.


Nie la garam belacan...aku lupa kat mane aku amik gambar nie...mintak izin ek kat owner pic nie :)


Memandangkan bila kat kampus aku dok rumah sewa so confirm perut aku nie mengidam macam-macam. Nak dijadikan cerita after aku balik dari kelas aku pun singgah la kedai beli buah jambu batu dengan harapan nak menyicah la kan...selalunya aku buat garam belacan guna cili kering tapi bila da sampai rumah baru teringat yang aku takde pun stok untuk cili kering. Disebabkan mengidam sesangat-sangat aku pun capai 10 biji cili api. Aku buat yang simple-simple je...tumbuk cili api plus gula plus belacan and kicap. Bila da siap potong buah and menumbuk garam belacan, aku pun ape lagi start menyicah la...aigooo tak rasa pedas langsung...mana syokkk kan...then aku tambah lagi lima biji cili api...omma tak pedas guk...at last korang tau bape biji aku letak? Almost 40 cili api babe! 


Hahahaha...for the while memang tak de effect aku makan tapi lama-lama perut aku macam nak meletop...kepanasannnn...meleleh-leleh air mata aku babe! Nie la akibatnya makan cili api overdoseee...disebabkan terlalu mengidam sangat kan amik kau semalaman aku tak boleh tidur sebab perut aku meragam...so pengajaran dia...makan tue biar berpada-pada...cili api tak sama dengan cili kering yea...harap mak longgg...


p/s: Skang ngah sibuk abiskan drama Secret Garden...huhuhu...voucher buku RM200 aku belum guna lagi. Nak beli ape ek???
6
Back to Top