New Home Not Sweet Home :(

Hari Ahad yang lepas aku berpindah sudah dari Ehsan Jaya ke Sri Stulang. Aku pun terkejut dengan perpindahan secara mengejut nie. Tapi takpelah at least rumah dekat sangat dengan tempat aku kerja and aku hanya perlu naik satu bas je nak ke Komtar tue. Pheww! Tak perlu nak naik dua bas lagi after this >.<

Source


Rumah yang aku duduk nie actually rumah kawan abang aku tapi dia da sewakan kepada adik angkat abang aku *adik angkat konon. Piirahh* So my first impression bila masuk rumah nie sure la aku dah bayangkan how sweet suasana dia. Yeala dah girl yang duduk. Mesti kemas, bersih then dihiasi dengan perhiasan yang comel-comel kan? Tapi tue laa tidak semua angan-angan bakal menjadi kenyataan.


Aku tak cakap aku nie seorang yang kemas ke or girly sangat sampai tiap pelosok sudut rumah nak letak teddy bear ke or any stuff yang comel even memang aku suka >.<

Tapi yang paling penting aku nie seorang yang pembersih jugak. Pantang aku kalau jalan atas lantai tapak kaki aku jadi hitam. Dan inilah yang terjadi dekat rumah baru aku! Dari ruang tamu sampai ke dapur  and termasuklah bilik aku semuanya kotor and kesat. Memang lantai nie dari first time minah nie pindah dia tak pernah mop kot. Boleh ek survive dalam rumah yang kotor?

Memang dalam hati menyumpah guk. Dah la aku baru sampai. Penat angkat barang tak hilang lagi. Bila tengok lantai kotor Ya Rabbi lagilah aku rasa nak maki-maki je. Bayangkan pukul 1 am aku gagahkan diri cuci toilet. Mula-mula nak bagitau abang aku apa yang aku hadapi nie. Konon-konon nak ngadu la kan tapi bila fikir balik si minah nie kan adiknye angkat abang aku. So tak jadi la nak report. Nanti abang aku cakap aku buat-buat cerita pulak. So aku mengadu je laa dekat Mr. Boyfie.

Tapi esoknya memang Allah nak bagi abang aku tau jugak keadaan yang sebenar. Nak dijadikan cerita abang aku masuk rumah aku tue sebab nak tumpang tandas. Pas tue dia perasan kekotoran kat dalam rumah tue. Memang bising la mulut dia bebel. Aku dengar je la. Sebab kalau dia bising camne pun minah tue takde sebab pergi keje. And kalau dia bising pun memang aku je la yang akan bersihkan semuanya nie T__T

So this weekend memang aku akan laksanakan operasi membersihkan satu rumahlah except bilik dia. Sabtu aku gotong royong dan terpaksa lupakan hasrat nak hangout dengan kawan-kawan untuk pergi makan steamboat T__T 

Ahad aku nak rest! Nak balas dendam sebab my last weekend tak dapat rest very well sebab rushing packing barang nak pindah. So please to my friends or strangers, please do not disturb me on this weekend. Tq and so sorry dekat kawan-kawan sebab tak dapat join steamboat tue...Huhuhu *kempunan*
18

Kerana Cinta



Well kali nie nak cerita mengenai cinta. Yea cinta uolls. Siapa kat sini pernah or sedang bercinta? Mostly angkat tangan kan? Hari ini sesaja nak bercerita sedikit tentang perihal cinta. Mungkin nasihat atau pun peringatan...

Tak salah untuk kita mencintai seseorang kerana itu lumrah bagi manusia. Apatah lagi kalau kita mencintai dan pada masa yang sama dicintai juga. Semestinya indah bukan? Tetapi yang tak berapa indah bila cinta yang bertepuk sebelah tangan. 
179112_392829037421302_229189016_n_large

Bila cinta di-reject dan korang menerimanya dengan redha itu takde masalah. Yang menjadi masalah bila korang tak dapat terima kenyataan yang korang kena reject. Dan lagi menakutkan lagi if korang ambil tindakan like balas dendam kat si dia sebab reject korang. Scary! Sangat scary bila nowadays banyak kes such as simbah asid, rogol even pergi jumpa bomoh nak santaukan si dia laa...ishhh aku hanya mampu menggelengkan kepala dan mengucap. Apalah nak jadi dengan manusia zaman sekarang nie...

Guys lets me advise uolls something...jangan biarkan perasaan amarah, dendam and kecewa menguasai diri bila korang frust because of love! It doesn't make any senses ok! Korang kena ingat kat dunia nie bukan dia seorang  je yang ade ramai lagi yang korang boleh go on. Besides that, we just think positive why kita kena reject. Dan ketahuilah apa yang terjadi ada hikmahnya. Memang kita tak nampak sekarang tetapi akan datang. So bersabarlah dan biarkan si dia bahagia dengan pilihannya.

Then kalau betul-betul kita mencintai si dia tak mungkin kita tergamak nak sakiti dia bagai kan? Jangan pulak kita guna quote 'kalau aku tak dapat memiliki kau, orang lain pun tak akan dapat memiliki kau!'. Amik ko! Disimbahnye asid lepas tue bunuh supaya orang lain pun tak berjaya memiiliki si dia juga. WTF!? Cinta jadahnye tue? Tue cinta ke? Kalau itu yang korang mendefinisikan sebagai cinta maka sekarang jugak korang pergi terjun lombong kasi mam before korang mencederakan orang lain!


270691_444632215574829_649237909_n_large

Wahai si cantik dan si kacak sekalian, cinta itu bukanlah untuk menyakiti si dia ataupun untuk mengambil kesempatan. Tetapi cinta itu ialah menyayangi si dia dengan tulus dan ikhlas. Jikalau dia bukan untuk kita, lepaskan dia dengan redha walaupun hati berat untuk tanggung. Aku tahu, aku faham kerana aku sendiri pernah merasai situasi sebegitu. Kita cuba berfikir secara waras laa. Kalau kita degil untuk melepaskan si dia walhal dalam hati si dia tiada lagi ruang untuk kita, tak ke kau menyeksa dia untuk bersama dengan orang yang dia sudah tidak sayang lagi? Tidakkah kita telah membuang masa dengan menyayangi orang yang tidak sudi menerimanya lagi? Tidakkah korang pernah berfikir sedemikian?

Tetapi kadangkala si dia tinggalkan kita mungkin kerana perilaku kita sendiri. Mungkin sebab perangai kita yang satu nie sangat mengannoyingkan dia sampai dia tak boleh tahan lagi. Yeala kalau dah tiap-tiap hari merajuk tanpa sebab lelaki  pun naik menyampah jugak kan? Dan kalau si lelaki nie asyik busy dengan kawan-kawan sampai awek diketepikan tak boleh jugak kan?

Jadi tepuk dada tanya selera...yang mana yang buruk cuba kita ubah agar menjadi semakin baik supaya pasangan senang hati. Yang mana sudah pergi meninggalkan kita, buka mata buka hati...REDHA...yang reject kita tue...ingat muka korang hensem or cun sangat laa sampai reject aku? Eh? Kbai :)

0

Cinta Monyet

JB! Sekarang aku berada di JB...menjalani praktikal di sini di sebuah audit firm. Jangan tanya aku what is audit firm...what they're doing and sewaktu dengannya. Silalah google sendiri. JB nie merupakan tempat yang paling excited aku nak pergi...sebab 1001 kenangan yang ada kat sini. Well before aku duduk Segamat, aku dah bermaustatin dekat sini almost 10 years. Pelbagai kenangan dekat sini..dan yang paling best nak ingat ialah cinta monyet! Hehehehe...

Before mai JB nie aku berangan-angan nak jumpa dengan sorang mamat nie sebab dia nie konon-konon 1st love. Ecececehhhh...lagipun almost 6 years aku tunggu dia. Gila tak??? Tapi bila jumpa balik aku mula analyse perasaan aku kat dia. Why aku sanggup tunggu dia begitu lama? Eh betul ke aku cinta kat dia? Cinta??? Damn! I really don't know what is that??? Tapi bila aku pikir-pikirkan balik perasaan aku pada dia selama 10 tahun nie suma disebabkan kenangan kami berdua dulu. Yea kenangan dulu bercinta waktu sekolah aka cinta monyet. Siapa kata cinta monyet itu buang masa? Bagi aku cinta monyet tue seribu kali indah penangannya dari cinta yang konon2 serius nak kekal pai akhir hayat nie..puiii...

Dan selama 10 tahun penantian akhirnya pada 27 Ogos 2012, aku dan dia berjaya mendapatkan kata putus. Tak mungkin aku nak bersama dia hanya kerana kenangan dulu. Bercinta atas dasar kenangan tak mungkin dapat menjamin kebahagiaan yang berpanjangan. Sekadar seronok untuk diingati tapi tidak untuk dipraktikkan lagi.

Bukan kami tidak pernah mencuba untuk bersama..dah pernah tapi takde chemistry antara aku dan dia. Kadang-kadang terasa rindu bila teringat balik kenangan dulu. Tapi perasaan itu hanya rindu semata-mata. Tiada sayang ataupun istilah cinta bagi aku untuk dia. Itu semua kerana kenangan yang sweet yang pernah kami lalui bersama. Fullstop! Untuk mencintainye mungkin tidak. Mustahil sekali! Sebab hati aku untuk en buah aty aku yang banyak bersabar ngan aku...chewaahhh..

Well aku akui kehadiran si dia memang banyak bagi effect dekat hubungan aku dan en buah aty. Goyah! Sebelum nie bukan tak pernah orang tackle aku (bunyi macam hot. Hehehe). Ada je tapi aku tak layan sebab tahap kesetiaan dan cinta aku dekat en buah aty tinggi sangat. Cuma kehadiran ex-cinta monyet nie membuat aku confius. Ini semua kerana penantian aku selama bertahun-tahun tue.

Almost a week aku berfikir...alhamdulillah aku rasa keputusan aku tepat. Aku berjaya analyse perasaan aku dekat en buah aty dan compare dengan perasaan aku pada ex-cinta monyet tue. Ternyata aku lebih lebih lebih and lebih sayangkan my buah aty dari dia!

Kepada ex-cinta monyet..i don't mind bila ko remove aku dari FB kau...menyesal tidak sesekali sebab kau yang datang cari aku. Alang-alang kau da remove aku terus block kau. Fair and square right? And aku da setuju untuk melupakan kau untuk selama-lamanya. Kepada en buah aty...i'm really sorry for that moment. Sangat berserabut time tue. But i guess now da back to normal kan? Really love u!

p/s: Bukan senang aku nak buat entri tentang hati dan perasaan nie. Sila jangan muntah bila baca ;)


8
Back to Top