Aku Tak sombong

Entri ini ditujukan khas untuk mereka-mereka di luar sana yang menggelarkan diri aku sombong ataupun mengutuk di belakang atau di hadapan ku dengan mengatakan aku sombong ataupun DM aku dekat twitter dengan menaip SOMBONG ataupun PM aku dekat fb dengan mengatakan SOMBONG lagiii ataupun ermmm eh aku nie sombong ke ek?


Well aku tak rasa aku sombong. Yes definitely tidak! Kalau sombong takkan aku ada kawan? Tak begitu??? Oh yea...aku tak tau dari segi apa aku sombong. Kerek sikit mungkinlah kan. Tapi inilah masalahnye bagi mereka-mereka yang tak kenal aku. Menggelarkan diri aku sombong tanpa selidik dulu. Escpecially LELAKI.

Source
Rakan-rakanku sekalian...kalau ada lelaki yang kau tak kenal mana ceruk dia datang tiba-tiba nak berkenalan dengan kau so apa respons kau? Excited sampai terloncat-loncat ke? Dalam perut ada rama-rama terbang ke? Dalam hati ada taman ke? Ke camne?

Tak tau la orang lain respons dia macam mana. Tapi kalau aku bila ada a guy dekat terminal bas ke train ke mintak contact number atas alasan nak berkawan memang setidak-tidaknya la aku nak bagi. So kalau dia cakap sombong itu hak dia.

Well memang seronok punya ramai kawan tapi aku takde la nak berkawan dengan sebarang orang. Baru terserempak dekat pasar malam dah nak kenal. Ehh manusia zaman sekarang nie kita tak boleh percaya sangat tau. Unless la dia tue kawan kepada kawan kita dekat U ke sekolah ke. Tue pun tak boleh percaya sangat. Senang citer kena always behave and careful la!


Jadi kalau ada lelaki yang kau tak kenal dok buat bunyi "tikus" pas tue acting nak ngorat kau, kau rasa kau nak jantan macam tue? Aku? Please laa..tak suka lelaki suara tikus nie. At last bila tak layan nanti dia stop la kacau. Paling tidak dia cakap "Eh sombong betul minah nie. Macam laa lawa sangat." Eh? Kalau tak lawa apesal kau sibuk usha? Terasa looser la tue kan. So just ignore that kind of person!

Tetapi tapi...ada jugak jenis spesis yang mendesak. Mendesak seperti akan push kau sampai kau bagi contact number...mendesak seperti akan ikut kau ke mana-mana sampai kau bagi. Scary bukan? So apakata kau bagi je nombor sape2 yang kau ingat kat jantan2 tue. Aku selalu bagi nombor lama aku yang sim card entah ke mana...entah masih available lagi or tak. Lepas tue, aku cakap jangan miscall sekarang sebab handphone battery weak. Hohohoho

Lagi satu aku nak bagitau kalau dah suratan kau lalu depan mereka-mereka nie, jangan la kau berlagak comel and manja. Memang confirm la kena usha. Unless kalau kau memang nak di-usha takpe la kan. Kalau tak nak sila tunjuk muka sombong semaximum mungkin. Muka kasi serius tanpa sedikit pun senyuman kat muka kau. Maka mereka nak usha pun tak jadi. Paling kuat mereka kutuk sesama mereka yang kau nie kerek. So do i care?

Source
Tetapi secara lahiriahnya muka aku nie memang orang da cop sombong. Seriously aku tak pandai nak senyum sampai ke telinga kepada orang yang aku tak kenal. And one thing yang aku perasan aku nie muka memang serius sampai orang takut nak tegur. Tapi tue kalau aku bergerak solo lah tak pun bila berdepan dengan orang yang aku tak kenal.

So as conclusion, aku nak tegaskan yang aku nie tak sombong pun. Sebaliknya aku nie friendly, kepala otak gila-gila, mulut memang banyak cakap sampai orang yang kena stopkan aku dari bercakap berterusan dan aku suka ketawa. Ah cakap pun tak guna sebab kau bukan kenal aku pun >.<

p/s: Aku tak memilih untuk berkawan. Tapi once aku rasa kau tak sekepala dengan aku so aku mula laa mengelakkan diri dari kau. Peace :)
10

Self-Confidence Hilang =(


Self-confidence itu penting. Penting bila kita hendak berhadapan dengan public. Especially bila kena  buat presentation. Takde self-confidence maka communication skill kita pun akan turut terjejas sekali. Mulalah time present tergagap-gagap cakap. Audience pun mula rasa bosan nak dengar. Langsung tak interesting. Kira macam kita syok sendiri je la kat depan tue.  


Self-confidence jugak berkait rapat dengan kerja yang kita lakukan. Kalau tak confident makanya hasil kerja pun pasti ke laut. Bila hasil macam tue mulalah aku dengar suara-suara sumbang yang lagi buatkan level self-esteem aku makin jatuh merundum. Mulalah nanti aku dengar "Eh every sem DL pun tak reti nak buat ke?" takpun "Tak guna masuk U kalau benda camnie tak tau buat!" Wahhh enak sungguh kata-kata kamu orang kan. Eh aku nie bukan bodoh sangat cuma confident level tue kurang! See!!! Tue effectnye kalau self-confidence kita kurang. Bagi effect yang besar kau tau!


Macam kes kelmarin. Aku kena buat tax untuk satu company nie yang involved dalam property investment. Aku pun amik laa last year punye file nak kaji balik how they calculate the tax kan. Kaji punya kaji aku rasa pelik apesal kena compute macam nie ek? Aku pun pergi search dekat google. Sebab aku rasa time belajar takde pulak buat tax untuk company macamnie. Rupa-rupanya company yang principal activity dia ialah property investment memang tax computation dia lain. Kena ikut Section 60F laa. Siap kena guna formula laa. Tapi dek kerana self-confidence level aku da capai ke negative sign aku pun tanya member aku. Response dia as like usual, cara aku salah bagai. Aku da bagitau da company nie tak payah bayar tax sebab aku dah kira ikut apa yang aku google tadi. Tapi dia tak percaya. At last dia pergi tanya manager aku. Uolls know what happened? Manager aku cakap cara aku betul! See???

Ok di sini aku nak tegaskan. Self-confidence level kita boleh kurang disebabkan rakan-rakan yang tak percaya kredibiliti kita jugak. Ok memang aku ni slow learner. Take time nak faham. Tapi tak bererti aku nie bodoh betul tak? Abis korang ingat dulu aku belajar semata-mata nak DL je ke??? Ingat dulu...ada seorang hamba Allah nie tanya aku soalan akaun. Aku pun jawab la. Pas tue dia tak yakin dia tanye budak yang konon-konon lagi daebak la dari aku. Then she got the same answer too. So??? Terasa kau tau! Kita punya beriya explain lepas tue dia pandang rendah dengan kita? Baik kau tak payah tanya aku kan?

Ia sangat teruk or worst lagi bila self-confidence kita takde time bercinta. Kalau takde self-confidence mulalah kita rasa mampu ke aku bahagiakan dia nie? Betul ke dia sayangkan aku nie? Betul ke dia setia? Dan kerana tiadanya self-confidence nie la menyebabkan kita selalu rasa curiga dengan hubungan kita dan dia. Mula touching sorang-sorang padahal balak lu takde pun buat pape. Dia punya gila setia tapi kau tak YAKIN! Yes tak yakin! Memang betul orang cakap kalau bercinta atau kawan sekali pun kita tak boleh terover-confident sangat. Takut kecundang...so kita kena relax and cool je. Tapi kalau LANGSUNG takde confident tue boleh retak jugak hubungan kau tau?? I know laa sebab aku rasa jugak. Kalau tak takde la entri nie terhasil.

So what is the conclusion??? How to improve my self-confidence??? Arggghhh aku pun tak tau. Penyakit low self-confidence nie menyerang aku skang!!! 
8

New Experiences!

Last Friday (5th October 2012) aku dengan secara gamblenya pergi ke KL dengan satu tujuan yakni nak jumpa en buah aty pengarang jantung. Tapi tapi entri nie bukan aku nak royak tentang  dating aku hari tu..tak nak la share sini. Tapi aku nak share some my precious experiences while aku on the way and berada di sana.

Firstly, this is my very first time naik train. Hoho excited and nervous bukan kepalang. Aku naik train dari JB Central ke KL Central. Since JB Central tersangat la dekat dengan KOMTAR so aku decide naik train instead of bus sebab Larkin jauh sikit laa. Ticket aku pukul 1135pm. Tapi aku da berkampung dekat terminal dari pukul 900pm. How was really excited I am.. Then tunggu punya tunggu aku pun pergi ke gerabak. Agak membosankan naik train. Sakit badan-badan 6jam dok dalam train. Mula la rasa naik bas lagi worthy. Sampai-sampai KL Central, en buah aty da tunggu. So aku tarik nafas lega sebab berjaya naik train and sampai ke destinasi yang dituju.

Secondly, this is also my very first time naik LRT, komuter and whatsoever yang dorang panggil. Aku pun confuse what is the difference between both things even though mr boyfiee keep already explained to me. Oh very slow learner I am. So dari TBS aku pergi Masjid Jamek sebab nak sangat shopping tudung dekat Jalan TAR. Well tetiba aku fikir kan best kalau JB pun ada LRT...tak payah nak hadap jalan jammed lagi. Aku sampai rumah pun makin cepat kan.

Then malamnya pulak singgah IOI Puchong Mall pulak. And the compulsory place yang wajib singgah haruslah Daiso! Ok jakun sebab tak pernah pergi. Bila masuk aku rasa macam kedai RM2 or MR D.I.Y je. Yang buat it look really attractive sebab barangnya semua kawaii and all the items sell only at RM5! Bila tengok benda tue nanti mesti aku cakap "eh barang macamnie pun ada ek?". That's why aku suka masuk kedai yang jual Japanese or Korean stuff! Sebab barang-barang dorang unik and comel! Tapi aku tak beli apa pun sangat sebab dah malam and mata pun mengantuk. Automatically mood nak shopping hilang.

Lastly, naik bas dekat TBS. Balik ke JB aku prefer naik bas je sebab timing nak balik tue ada banyak optional. Jakun lagi sekali bila sampai TBS. Suasana macam dekat airport dah. Siap ada polis bantuan lagi jaga dekat tempat pelepasan tue. Cuma yang tak bestnye hanya pemegang tiket je boleh pergi ke bas. So family ke, en buah aty ke nak hantar sampai ke dalam bas tak boleh laaa..

Sekian, gambar memang takde nak tunjuk. Tunggu aku beli kamera la yea. Hehe..well entri nie macam menunjukkan aku tersangat jakun. Yesss memang pun! Sebab tue tajuk entri nie New Experiences! Sayonara :)
0
Back to Top