Aku Sebagai Seorang Isteri

Ehemm ehemm ehemm. Dah lama menghilang kemudian muncul dengan tajuk entri macam nie. Hahaha. Actually nak bagitau yang itew da kawen gitew. Da selamat menjadi isteri kepada En Luqman pada 2 November yang lalu. Actually nak update entri pasal kawen tapi nanti2 dulu. Panjang cerita kenapa senyap tup tup da kawen. Ha korang jangan pikir yang bukan2 ek. Jauh menyimpang tau. Ingat aku tak tau. Ko da kenapa wani oii emo pulak. Hewhewhew

Ok2 entri kali nie just nak share sikit kehidupan aku after da bergelar sebagai isteri orang nie. 

Well masa mula2 jadi isteri nie memang aku a bit pressure. Yela aku pun tak sangka aku akan kawen secepat ini. Supposedly next year tapi di cepatkan secara drastik. Jadi persediaan fizikal, mental, zahir batin dan suma lah memang takde sangat la. Bukan takde sangat la memang langsung takde kata ko!

Mula2 dulu masa baru2 bertunang dengan Luqman nie (eh da berani sebut nama beliau secara public. Maklum la da jadi laki aku da pun. Hahaha) ada la beliau royak2 dekat aku bahawasanya after kawen tak payah la masak tiap2 hari. Boleh makan kedai. Sebab kesian dekat aku yang keje jugak. Tapi tue kata beliau before kawen. Tapi after kawen. Jeng jeng jeng. Uolls know what? Every weekdays aku bangun seawal 5 am just nak prepare breakfast for him. En Luqman kata if boleh everyday buat kan dia sarap. Boleh jimat katanya. Ok fine. Dulu takde pulak camnie kan. And then tiap kali balik keje kena masak. Walau weiii. Itu satu anjakan paradigma buat diri aku. Mak aku tau ni memang nganjing habis. Sebab dia tau ank dara dia yang sorang nie (masih dara ke? Lalalaa) memang pemalas nak masak. Sedangkan dulu time belajar aku dok umah sewa aku boleh kira berapa hari dalam seminggu aku masak tahu???

Tapi kini segala-galanya sudah berubah. Macam lirik lagu la pulak. Lagu ape ek. Nanti korang tolong la google kan ek. Itu baru sentuh bab masak belum bab-bab lain. Tapi takkan suma nak ceghita kat sini. Biarlah ia menjadi rahsia. Iolls kan kena jaga maruah suami giterw. Hahaha

Tapi disebabkan benda-benda yang remeh ni macam kena masak la, basuh baju yang da berganda-ganda kuantitinya, menghadap perangai suami yang sebelum kawen tak pernah tau tapi after kawen baru tau. Ha macam mama tue? Hahaha. Dan disebabkan benda-benda gini kadang-kadang amat mudah aku jadi emo tak tentu hala macam orang tak tentu arah. Yela da tiba-tiba kena pikul suma ni. Harus la rasa macam nak protes. Macam rasa macam nie ke wei rasa lepas kawen? Hahaha. Jahat sehhh aku pikir macam tue. 

Tapi tapi dan tapi itu masa baru 2 3 minggu baru kawen. Baru sangat kan nak adapt suma nie. Nasib laki aku nie memahami. Perubahan drastik macam nie kena take it slowly tahu. Kalau tak tue yang jadi penceraian tue. Nauzubillah. Mintak di jauhkan la. Sebab lecturer aku pernah bagitau la after kawen nie la bermulanya tempoh suai kenal yang sebenar dengan pasangan dan pada masa yang sama, masa untuk kita belajar menerima benda yang baru dalam hidup kita.

Contoh la kan. Aku bagi contoh. Ko nie seorang yang pengemas. Kalau nak mandi baju kotor terus letak dlm tempat baju kotor ke ape tapi hubby ko sesuka hati campak sana sini. Macam tak nampak pulak orang da sediakn tempat letak baju kotor kan. Kalau ko hangin tak? Tapi nak marah2 pun tak guna. Dah habit dia wei. Korang kena terima. Tak pun bagitau elok2. "Sayang nanti baju kotor letak dalam ni tau." Kalau dia still campak merata jugak harap bersabar la yea. Hahaha

Kadang-kadang aku rasa nak berhenti keje sebab nak fokus dengan rumahtangga je wei. Penat memang tak payah cerita. Tapi macam tak best pulak tak de income. Takut laki aku rasa terbeban pulak dengan karenah isteri dia yang nak itu ini itu ini. Aku akan berhenti keje kalau gaji laki aku sama macam PM kot. Hahaha gitew.

Aku rasa sampai sini je la kot bebelan aku. Nanti aku up entry lagi. Banyak actually nak share tapi masa tue jeles dengan aku. Komitmen pulak da bertambah jadi masa nak bermanja dengan blog kurang yang amat. Ok la cau!

Before  tue meh aku selitkan sekeping gambar time nikah. Taknak la show suma. Malu mak tau. Hehehe

Sje blur kan. Supriseeeee



1

Makan Gaji or Bisnes???

Waktu-waktu yang free nie la aku ada banyak masa nak manja-manja dengan blog aku nie. Well lagi 5 hari aku nak start keje. Nak manfaatkan masa yang ada dengan blog yang tersayang. 

Dan masa yang free nie la aku banyak jadi silent reader baca blog-blog yang terpilih *gaya macam femes sangat aku nak memilih blog kan*. Actually blog-blog yang aku suka singgah nie sebab entri mereka mampu menarik perhatian aku untuk setia membaca entri mereka. Tak perlu lah aku disclose nama mereka. Dah nama pun aku jadi silent reader kan *malas nak menaip mungkin. Kikkikkik*.

Dan dalam banyak-banyak blog yang aku singgah nie, most of them *female tau* menjadi usahawan. Maksud aku ada aje produk yang mereka jual. Produk kecantikan lah, tudung la, baju la etc. Usahawan berjaya pulak tue.

Tetiba aku rasa best pulak kan kalau buat bisnes. Actually dah lama dah aku pikir. Bila aku dah keje nanti memang aku nak buat bisnes jugak. Ala sambil-sambil nak cari income lebih. Tapi masih terpikir-terpikir dan tercari-cari bisnes apakah yang sesuai yang boleh tarik potential customer aku nanti??? Mungkinkah aku patut jual produk kecantikan? Atau pergi amik kelas menjahit semata-mata nak jahit baju peplum banyak2? Atauuuuu?

Dalam kepala hotak aku nie memang aku nak jual produk dan bukannya service. Bagi aku, aku lagi prefer and gemar jual something yang nampak depan mata. Service nie macam susah sikit la. I know la sebab bapak aku buat bisnes in term of service. Tapi dia da lama dalam bidang tue. So da ada ramai regular customer and siap da ada agent dekat bawah dia tau.

Aku nak bisnes nie bukan sebab tamak ke ape. Tapi yeala aku bukan datang dari family senang kaya raya. Tak nak menyusahkan parent aku tapi lebih kepada nak membantu mereka. Dah 24 tahun nie. Tapi aku belum berkesempatan nak membantu mereka. Kalau nak harapkan duit gaji aku nanti aku tau memang tak cukup. Maklum lah aku nanti keje dekat Shah Alam. Kos sara hidup tinggi. Nak tampung aku lagi mereka lagi. Dan masih ada lagi 2 orang adik yang tengah belajar. And semua tue consume a lot of money. So the best way is business. Agree?

Dan dan tak lama lagi pulak *insya allah doakan yea* aku bakal akhiri zaman bujang aku. So aku tak nak nyusahkan sangat suami aku nak itu ini. Boleh botak laki iolls tahu. Nanti bila dah ada anak-anak lagi lah banyak kena consume duit. So kalau setakat makan gaji je ermmm takut makan nasi + garam je hujung-hujung bulan nanti. Imagine la duit gaji after tolak EPF, loan keta la umah la, duit dapur, duit belajar anak-anak, duit untuk parent, duit minyak and banyak lah lagi. Omaigaddd. Bukan senang bila dah berkeluarga nie. Kalau bujang maybe cukup la kot. Kot la. *ha kemain aku jauh berangan*

Tapi bukan mudah nak bisnes. Cukup la tengok bapak aku je. Kadang-kadang berada di atas dan kadang-kadang berada di bawah. Kita jugak kena pandai pilih bisnes apa yang patut kita buat supaya at least balik modal kan. Dan yang paling penting is MODAL! Aku kena cari modal dulu. Tak boleh cakap kosong tapi habuk pun takde.

Jadi buat masa nie aku masih lagi survey. 17hb nie baru nak start keje. Gaji first pun tak dapat lagi so mampu berangan je la dulu. Kalau dapat first gaji pun ingat terus boleh mula bisnes ke? Gila. Tak mungkin! Orang yang baru start keje nie kan memang awal-awal kena pakai duit banyak sikit. Nak-nak lagi aku di perantauan. Takkan asyik nak call mak mintak duit. Tak pun buat muka comel kenyit-kenyit mata depan Encik Tunang suruh belanja itu ini. Macam tue? Aku cuba hidup berdikari. Insya Allah......

p/s: Wishlist da aku siapkan dah. Hope dapat aku capai setiap wishlist aku tue. And doakan my first day dekat tempat yang baru baik-baik je. AMIN




2

Alhamdulillah...touching sangat!

Alhamdulillah...syukur sangat sebab tak sia-sia Encik Tunang amik cuti teman aku interview dekat KL. Alhamdulillah dapat kerja sebagai account executive. Even kerja yang ditawarkan dalam bentuk kontrak selama 2 tahun tapi aku terima untuk menimba pengalaman. Maklumlah...aku baru je habis belajar. Hanya berbekalkan pengalaman time aku internship je. Ingat employer nak layan sangat ke? Lagikan pulak aku nak keje dalam accounting field rather than auditing.

Even gaji time probation tak se-gah mana tapi ok la. Boleh lah tampung hidup sikit-sikit plus nak cari pengalaman kerja kan before aku boleh demand gaji.

Kali nie terlampau sangat touching dengan pergorbanan yang Encik Tunang buat. Sanggup temankan aku sehari suntuk pergi interview and melayan karenah aku yang kuat lapar nie. Bila dapat offer kerja memang kelam kabut sikit cari rumah. Sebab aku request dekat CFO dia 2 weeks before aku boleh start kerja. And area KL dengan rental yang rendah memang susah sikit nak cari. Laku macam pisang goreng panas.

So dari semalam till hari nie aku dapat cari dua buah rumah di mana hari Jumaat or Sabtu nie aku nak pergi tengok. If ok memang terus bayar deposit. Satu dekat area Bandar Tasik Selatan and another one area Pantai Dalam. 

Hari nie nak update sampai sini je dulu. Nanti nak update entri tentang pengorbanan Encik Tunang. Dia buat saya terkesima, terharu and banyak lagi. Love u sayang!
4

Sekali 5 Interview. Hamik Kauuu

Tue la hari-hari mengadu dekat Encik Tunang cakap takde sape pun call aku panggil interview. Tup tup this week setiap hari ada je orang call panggil interview. Last-last aku ada 5 interview. Hamik kau nak sangat kan. Tapi kesemua interview tu aku tak dapat nak attend. Sebab apa? Sebab masa dan transport. 

First masa. Hari Isnin nie aku da buat appointment untuk dua interview. Belah pagi dekat KL and belah petang dekat area PJ. Then aku dapat lagi call dorang invite interview untuk hari keesokkannya. Masalahnya sampai 3 interview untuk keesokkannya. Dah tue tempat lain-lain. KL la Shah Alam la...

Actually takde masalah pun nak attend untuk ketiga-tiga interview tue. Aku boleh je arrange kan balik timing dia. Sure dorang ok. Yang tak ok nya aku lah. Sebab aku pergi interview ni pun mengharapkan ihsan Encik Tunang aku untuk amik and hantar aku. Aku kan stay kat Johor. Dah tue takde kereta sendiri nak ke mana-mana. So terpaksalah Encik Tunang amik cuti hari Isnin kan. Tapi bila dia da apply cuti, then ada lagi tiga interview. Takkan aku nk suruh dia amik cuti lagi yea dak? Ingat company dia keje tue bapak aku punya ke sesuka hati nak amik cuti.

Jadi terpaksa la aku cancel lagi tiga interview. Takpelah...aku anggap bukan rezeki aku. Mana tahu ada rezeki aku dapat keje dekat salah satu company yang akan aku pergi interview hari Isnin ni. Hopefully la...Amin
0

Pekena Garam Belacan Jommm

Dekat luar rumah aku nie ada pokok mangga epal. Hari-hari dok tengok air liur pun da bertakung gua cakap lu. Eh tapi  korang tau tak mangga epal tue camno rupanya? Silalah google..eden tak sompat nak snap gambar buah dokat pokok tue ha.

Mangga epal nie kalau nak power makan time muda la..kalau dah masak tak sedap (bagi pendapat aku lah). Kalau nak makan yang da masak baik makan pelam biasa tue kan. Rasa mangga epal nie lemak-lemak masam gitu. Nyummmmmy! Oii sambil taip entri nie rasa air liur da meleleh-leleh dekat keyboard laptop nie ha. Selalu mangga epal nie jarang sangat orang jual tau. Yang aku tau banyak di jual dekat belah utara. Sebab kalau aku balik kampung and singgah dekat Tapah, mesti ada mangga epal potong-potong. Sedappp tue. Wajib beli.

Nie ha garam belacan (kiri) dan mangga epal (kanan). Kecuq tak ayaq liuq hangpa???

Tapi kadang-kadang belah Johor nie pun ada jugak jual. Tapi susah nak jumpa la. Pokok mangga epal dekat luar rumah aku nie pun kawan bapak aku yang tanam. Sekarang nie ngah musim pokok tue berbuah. Kalau dekat Johor depa suka makan dengan sambal kicap ja. Uishh rugi habaq hang. Buah da sedap sampai kecuq ayaq liuq tapi makan dengan sambal kicap je. Tak berapa nak umpphhh. So hari ni meh aku share resipi garam belacan. Term 'garam belacan' nie famous dekat belah utara. Dekat tempat lain aku tak tau la depa panggil apa kan.

Garam belacan made by me

Resipi Garam Belacan:

Bahan-bahan:

1. Cili kering (ikut suka nak letak berapa. Nak lagi pedas and banyak pi la letak banyak. Rendam dulu dengan air panas biar lembut)
2. Belacan (harus lah ada. Dah nama pun garam belacan. Letak lebih pun tak pe. Lagi sodap)
3. Gula
4. Kicap (aku pakai kicap lemak)
5. Kacang (ditumbuk)

Cara-cara:

1. Cili kering tue kita basuh dan tumbuk dengan belacan. Tumbuk bagi halus
2. Lepas da halus, campur gula dan tumbuk bagi rata. Korang rasa la dulu. Kalau pedas sangat tambah lagi gula and belacan sikit.
3. Bila rasa dah memuaskan boleh la korang cedok letak dalam mangkuk ke piring ke. Pastu gaul dengan kicap dan kacang. Jangan letak banyak2 kicap sebab kita kan da letak belacan tadi. Kacang tue optional yea..nak letak lagi sodap.
4. Dah boleh hiris buah mangga epal ke, jambu madu ke, jambu batu ke or any buah yang bersesuaian.

So sesiapa yang dah berbaldi-baldi tadah ayaq liuq bolehlah salin resipi garam belacan aku nie laju-laju and pi buat sana tau. Resipi nie mak aku yang bagi. Selamat mencuba!

Apa tunggu lagi? Jom menyicah oiiiiiii!


0

Di Mana Hendak Ku Cari Keyakinan Diri?

Wahhh kelasss gitu tajuk entri aku. Dah macam lagu P. Ramlee sudah. Dah lama meninggalkan zaman sekolah. Adalah nak dekat 7 tahun. Makanya dah lama tak mengarang karangan. Nak buat mukadimah untuk entri pun aku terkial-kial. Gasaklah yea.

Sekarang nie aku masih menanam anggur. Hari nie ada interview di Kepong tapi terpaksa aku cancel sebab takde siapa nak bawa. Esok alhamdulillah. Ada lagi interview dekat Proton. Jawatan kerani akaun je. Tapi dekat Segamat je. So agak semangat di situ. Hopefully ada rezeki. Dah bosan sangat duduk rumah walaupun aku baru nak sebulan menganggur. Sekarang pikir nak simpan duit sikit and nak cari pengalaman kerja. Maka the best way kita mula dari bawah la yea.

Bapak aku selalu suruh aku apply dekat big company. Contoh macam Petronas ke Sime Darby ke. Tapi masalahnya aku nie ada masalah. Masalah aku ialah takde keyakinan diri. Keyakinan diri untuk di-interview. Walaupun result aku atas 3.5 tapi aku percaya competitors aku lagi hebat dari aku. Sekali dorang speaking aku dah tertinggal jauh ke belakang. Aku nie speaking pun biasa-biasa je. Terasa kecil sangat. Sebab tue aku macam takut-takut nak apply. Lagikan pulak aku takde pengalaman bekerja. Lagi terasa kerdil.

Walaupun diri ini terasa kerdil macam smurf tapi aku still apply jugak. Mana tahu ada rezeki kan. Belum cuba belum tahu kan?

Nota Kecil: Tak tahu nak prepare apa untuk interview esok. Wish me luck :)
2

Kerja Kerja Kerja!

Hai hai hai semuaaaa! Nak bagitau nie. Itew dah abis belajar. Sekarang itew ngah tanam anggur nie ha. *mohon tampar laju-laju* Masih tidak tahu sampai kapan aku harus tanam anggur nie. Bukan sebab aku malas nak keje sebab semata-mata nak ternak lemak dengan mengadap Running Man beserta cerita Korea hari-hari. Bukan kerana hendak bangun lambat setiap hari (walaupun itu adalah hobi) dan bukanlah kerana aku ini anak manja yang hanya harapkan duit mak bapak untuk menyara hidup aku. Ohoiii aku dari family yang biasa-biasa saje. Bukan anak tan sri dan bukan jugak anak datuk. Anak kepada bakal datuk yang akan mempunyai cucu-cucu itu adalah pasti.

Zaman serba moden nie makin ramai yang bijak pandai. Maka makin susah lah nak cari kerja tahu. Bila bakal perkeja yang berpotensi makin ramai sehingga melebihi tawaran kerja, maka terjadilah istilah ramai yang menganggur termasuk aku nie. Konsepnya seperti supply and demand. Bila demand melebihi supply, mulalah supplier letak harga kemain tinggi sehingga buyer tak mampu nak beli. Paham ke idak apa yang aku mengarut nie? Memang aku nie. Bila malam makin menganjak ke lewat malam, mulalah start melalut kan. 

Siapa yang tak nak gaji besar. Tapi bila sedar diri ni langsung takde pengalaman, aku memilih untuk tidak memilih dalam bekerja. Maksud aku kalau gaji dia dalam lingkungan RM1,500 lagi and aku berminat aku grab je. Tue pun kalau dalam Segamat lah. Kalau aku merantau aku terpaksa demand sikit dek kerana kos sara diri yang tinggi.

Kadang-kadang rasa geram sangat. Semua iklan dalam jobstreets perlukan yang berpengalaman. Habis orang yang macam kami yang betul-betul fresh dari ladang ni macam mana? Kami tak mintak la jawatan manager. Cuma kalau account executive ke kasi lah chance kat kami yang baru graduate nie..sedih tahu. Tapi bila dah di panggil interview, dugaan lain pula yang menimpa. Isnin nie aku ada interview dekat Kepong. Tapi tak dapat nak pergi sebab Encik Tunang tak sempat nak apply cuti untuk teman aku. Dia pun busy sangat. Jadi terpaksa la aku let go je interview tue. Mungkin takde rezeki di situ. 

Tadi pulak pergi interview dekat Easy RHB. Aku ter-apply pulak dekat jobstreets. Tak perasan. Sebab randomly apply kan. Janji based dekat Segamat. Potensi untuk dapat keje tue memang besar tapi positionnye as Sales Executive. Kerja kena cari customer. Adoiii...aku tak minat tahu. Dah la kita nie takde own transport. Harapkan parent je yang hantar. Jadi susah sikit aku nak laksanakan kerja nie. Bagi aku baik aku tolong abah je. Lebih kurang je kejenye.

Then tadi post dekat FB bahagian page Segamat. Tanya pasal kerja kosong. Maklumlah, Segamat daerah kecik. Employer jarang nak post iklan secara online sangat. So susah bagi aku nak update pasal keje kosong. So post dekat page Segamat je senang. And ada someone yang bagitau kedai Proton nak pakai kerani akaun. Yea kerani. Dengar macam tak match dengan qualification aku. Tapi aku nak try apply jugak. Mana tahu dapat and gaji dia dalam RM1,400 ke RM1,500 ke kan. Boleh la simpan duit nak merantau and nak bawa keluar keta sebijik. Hehehe. Jadi esok jugak aku serbu Proton. Encik Tunang memang nak ke sana sebab nak tengok kereta Proton yang baru tue. So alang-alang tue baik aku tanya pasal kerja tue sekali kan. Yea dak? Mana tahu ada rezeki. Wish me luck!

Nota Kecil: Hope esok soto KJ bukak. Kempunan nak makan soto wei. Dah sebulan lebih tak pekena soto...nyummmy!

3

Finally! Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) Kelas Pertama

Yeahhh! Kepada pelajar-pelajar ijazah UiTM mesti da boleh tarik nafas lega selepas keputusan final exam diumumkan 3 August yang lepas. Ada yang gembira dan ada yang sedih. Itu lumrah. Rezeki masing-masing berdasarkan sejauh mana usaha kita kan.

Aku? Alhamdulillah. Aku akhirnya berjaya menamatkan degree aku nie dengan segala kepayahan dan dugaan. Untuk kesemua lima semester yang aku duduki hanya semester terakhir aku gagal untuk dapatkan Anugerah Dekan. Agak frust sedikit tapi at least aku berjaya complete kan degree aku and berjaya jugak grade dengan 1st class degree even last sem aku tak dapat dekan. Alhamdulillah. Syukur sangat. Allah memakbulkan doa aku nak-nak lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Berdasarkan performance aku last semester, aku dapat agak yang aku susah nak maintain dean's list. Last sem memang banyak dugaan aku tempuhi. Dengan mood study hilang terus, demam time final exam, dengan perangai kawan-kawan yang buatkan aku stress and kecik hati dan banyak la lagi. Nak merungut pun tak guna sebab benda dah lepas. Even aku tak dapat ANC tapi aku masih dapat 1st class degree kan. So PTPTN aku boleh la convert to scholarship. Hehehe. Alhamdulillah.

So sekarang nie tengah counting to the convocation's day. And in process mencari kerja. Aku tak nak pegang status penganggur terlalu lama. Aku nie da la jenis cepat bosan kalau duduk rumah lama-lama tanpa ada income. Lain lah duduk rumah goyang kaki tapi income masyuk every month kan? Hehehe.

Aku akui sangat susah nak cari kerja sekarang. So wish me luck ok. Hope bulan September ni aku da ada kerja and hopefully hujung tahun ni aku boleh bawa keluar kereta sebijik. AMIN
6

Berani Kerana Benar

Sejak-sejak habis final exam hari ahad yang lalu membuatkan aku aktif untuk update entri. Tapi malas nak blogwalking. Actually ada jugak. Aku just blogwalking dalam followers list aku je. Yang mana rajin update aku pergilah menjengah blog mereka. But usually aku selalu jadi silent reader than give some comment or drop dekat chatbox mereka.

Entri nie ditaip before aku nak masuk tidur. Mengenai tajuk entri aku, "Berani Kerana Benar" nie adalah merujuk kepada diri aku sendiri. Yeala nama pun blog aku so memang almost the entries story pasai aku la dak?

Nak dijadikan cerita, aku nie dilahirkan dengan mengikut perangai abah aku. Perangai mak aku pun ada jugak terkenan dekat aku macam kuat bebel, kuat cakap, kuat gelak. Hehehe. But almost ikut abah like aku punya keberanian untuk bercakap depan public, menyuarakan kehendak hati aku kepada pihak yang tertentu (if ada yang tak puas hati), suka complaint (always), and berani untuk bertanya if tak tahu or tak faham *malu bertanya sesat jalan yea dak?*

Dan disebabkan all those keberanian, aku selalu disuruh untuk lead time presentation, pernah masuk pidato, jadi emcee, and banyak la lagi. And before nie aku ada jugak keje part time as promoter. Lagi la memang kena bercakap je kan nak attract customers beli product kita kan. And what yang buat aku proud is aku berjaya tarik ramai jugak untuk beli produk aku tue. Hehehe. Ada juga bakat eden.

Paling best bila services yang aku subscribe buat hal or problem. Macam p1. Aku da setting baik punya modem but still signal merah (means line tak ok) so nak connect internet slow cam ciput walhal area aku coverage p1 sangat la excellent. Apalagi terus call la buat complaint and mintak dorang fix ASAP. 

Ada lagi satu cerita cam kelakar pun ada. Time tue aku nak order Dominos Pizza. Aku time tue duduk rumah sewa. Lapar malam2 bila buat assignment dengan kawan-kawan then call la Dominos. You know what? Dorang tak dapat trace alamat aku. Bengang la aku. Sebab before this kawan serumah aku order dapat je. Then aku suruh la sambungkan direct dekat branch area Segamat sebab time aku call tue center dia KL rasanya. Seboleh-bolehnya dia tak nak and cakap akan call semula. Aku ape lagi mengamuk la cakap service dorang sangat poor ok. Then tiba-tiba dorang cakap dorang dapat trace location kitaorang. Konon ada kesilapan teknikal. Adoii..takkan la aku duduk dekat tempat yang tak wujud pulak kan? Grrrr.

Kadang-kadang keberanian tue perlu ada jugak dalam diri kita nak-nak lagi dalam urusan jual-beli. Sebab aku pernah terkono. Penjual tue yang salah tapi tak nak mengaku. Apa kau rasa? Sakit hati kan? Time tue aku beli contact lenses and aku tak sure berapa power aku sebab that time baru tukar spec and tak silap aku power sama just silau je naik. Tapi memang aku tk pernah ingat pun power aku. So tiap kali beli contact lenses memang aku suruh orang kedai tue cek power thru spec aku je. Nak dijadikan cerita mamat nie (bajet hensem and poyo) dia yang cek spec aku. Dia bagitau power aku sebelah kiri 350 and kanan 225 with silau both 50. Aku macam pelik sebab setahu ak power aku takde jejak 300 ++. Tapi memang aku unsure and accept je la. Then aku siap call tempat aku buat spec and reconfirm back my power. You know what, my power belah kiri 250 and bukan 350. Nampak tak bapak jauh bezanya? Dah la aku dah terpakai contact lenses tue. Memang hangin la aku. Bila Pergi kedai mamat poyo tak mengaku. Aku siap bergaduh dengan bos dia and finally aku menang! Bos dia guna duit dia sendri ganti ok. Mamat tue sampai sudah tak nak mengaku. Nak usha aku lagi ada la. Pelishhh la. Not my taste!

So kadang-kadang keberanian tue penting untuk defend diri kita kalau korang pernah terkono situasi macam aku cerita tadi la. Tapi jangan la over-berani sampai benda yang memang dah sah-sah salah ko nak jugak cakap betul kan. Ok tue je la aku nak mengarot. Salam Ramadhan!
6

Berakhir Tidak Bererti Merdeka

Hip hip hooray! Hip hip hooray! Alhamdulillah selesai sudah final exam aku yang baru berakhir petang tadi. Walaupun soalannya agak...hmm susah untuk digambarkan. Hehehe. Sejak akhir-akhir nie kemain aku update pasal exam exam dan exam. Mungkin sebab terlalu risau. Tu yang asyik nak meroyan pasal benda yang sama je.

Actually almost seminggu aku demam. Just imagine bila kita tengah busy dengan final exam time tue pulak lah nak demam kan. Dah la aku ni jenis kalau demam memang take time nak lega. Mahu seminggu kau tahu? Jadi aku terpaksa paksakan diri makan ubat, take a nap kejap then study. Sampai satu tahap rasa nak give up and nangis. Yela nie last final exam aku before aku grade tau. So ingat nak pulun betul-betul :'( 

Sedih memang sedih. Nak-nak lagi bila tengok kawan-kawan yang lain boleh study sampai stay up ke subuh tapi aku? Tidur tidur dan tidur. Aku syak demam aku lambat sembuh sebab aku kurang rehat and kurang tidur. Every time I got fever mesti time aku study. Macam tadi time exam, kepala aku da sakit, badan da start panas. Time exam tue. Memang tak boleh fokus sangat. Tapi aku gagahi juga. Buat sehabis baik dan buat yang termampu. Mudah-mudahan nasib menyebelahi aku lah. 

Tadi lepas pengawas collect answer booklet and announce semua student boleh tinggalkan dewan, almost semua student menjerit happy sebab dah habis exam and some of them pun budak final year macam aku jugak. Tapi budak akaun? Senyap je wei. Yeay takde. Hooray takde. Kitaorang menonong keluar and salam la kawan-kawan sebab lepas nie tak tahu lagi bila boleh jumpa kan.

The main reason why aku dan budak akaun tak menjerit keriangan macam kanak-kanak riang sebab kitaorang belum rasa lega and merdeka lagi even da habis exam. Sebabnya ialah RESULT! As I mentioned in my previous entry, ada beberapa paper sem ni yang aku amik yang boleh consider as killer paper. Bukan killer lagi dah tapi killest kot. Before, during and after exam memang still rasa nervous and takut. Aku and my classmates harap lulus je wei. Dah tak kisah dah lagi dengan pointer. Janji grade on time!

Aku lagilah. Agak frust time jawap tadi sebab condition tak ok kan. Tadi sampai rumah je abah dah tanya boleh score tak this semester? Aku terus-terang je jawab memang susah nak score dengan paper yang memang sedia susah and aku pulak demam. Tapi aku cuba study and jawab sehabis baik. Jadi now apa yang boleh aku lakukan ialah berdoa dan bertawakal. Mudah-mudahan doaku dimakbulkan. Aku nak sangat grade this sem. AMIN

p/s: Nak cari keje sambilan la while waiting the result. Nak kumpul duit raya. Hehehe. Salam Ramadhan :)
0

1 More Paper to Go But......

Alhamdulillah petang tadi baru jawab exam untuk second-last paper. The next aka last paper Ahad nie. Tak sabar nak habiskan semuanya habaq hang. Mood study nie pun terumbang ambing macam bot di tengah lautan di saat air laut deras. Fuhhhh ayat aku. Hahaha

By the way nak up with one short entry je sebab mata da kuyu, kepala makin pening ting tong sebab tadi makan ubat. Effect ubat nie da rasa nie. Ok kalau tengok tajuk entri nie means ada lagi satu paper je yang aku perlu tempuh iaitu paper MAF635 aka Management Accounting kot *da nak habis 1 sem pun tak ingat :p* Aku try buat yang terbaik even calculation on transfer pricing memang out sangat T__T Camno nie nak score A?

Hati memang girang gemilang dan terbilang *takde kena mengena I guess* memandangkan just a few days je lagi nak habiskan final exam untuk final sem aku nie. Tak sabar sangat. Even tak sabar tapi ada beberapa perkara yang merunsingkan kepala hotak aku nie. Perkara-perkara nie menyebabkan adakalanya aku stress+sedih = moody. Tak seronok la kan macam tu?

So first thing yang buat aku tak tentu arah is result final exam aku. Well memang excited bangat nak menghabiskan segala final exam nie. Sebab dah tak larat and penat sangat pun. Study pun bukan tak beriya. Beriya la jugak but not really2 beriya *apa ayat aku nie?* Tapi soalan...mak ai...tak tau nak cakap apa. Nak cakap senang tak confident jugak aku jawab...less confident la..nak kata susah..yea la kot sebab jawapan pun tak berapa panjang. Hehehe. So tak tau la macam mana result aku nanti. Takut sangat. Aku nak lulus je wei. Nak grade this semester. 

GRADE ON TIME pleaseeeeee. Sepanjang umur hidup jadi student U nie, this is my first time rasa sangat nervous, cuak, takut segala bagai nak tunggu result. Sebabnya, aku kalau boleh nak maintain CGPA and Dean's List status. Every sem aku DL..and this is last semester left to determined whether aku qualified nak pegang status ANC or not. But if tak DL pun this semester, mampu tak aku nak maintainkan CGPA aku 3.5 above??? See? See? Mau tak stress aku bila pikir hal ni?

Another thing is about work. Alahai...aku mengaku zaman sekarang nie susah nak dapat keje. Kalau dapat pun susahlah nak dapat keje with satisfied salary. Kalau nak gaji besar maksudnya kena la apply dekat big firms right? Masalahnya sekarang aku sendiri less confident nie. Aku tak nak menganggur terlalu lama. Well aku ada jugak apply dekat JobStreet tapi baru satu la. Tue pun unsuccessful. Tak tahu kenapa. Maybe employernya nak Chinese or maybe dorang nak hire pekerja urgent kot. Maybe after paper last baru aku agresif apply keje dekat JobStreet kot.

So sekarang yang penting aku nak kasi grade on time. Hmmm this semester aku amik 6 subjects. All those subjects masuk final exam. And dalam banyak-banyak subjek, ada 1 subjek je yang LULUSnya uncertainty. Yakni FAR600. The most killest paper. Hari tue dah study sehabis baik tapi 1 chapter yang aku memang betul-betul tak sempat cover. Nak dijadikan cerita, chapter yang tak sempat cover tue la boleh pulak masuk dalam final. Makanya burn la 20 marks aku. So sekarang aku hanya mampu berdoa and tawakal. Mudah-mudahan aku lulus semua subjek exspecially FAR600...Amin

p/s Kalaulah jawapan time aku jawab exam tadi sepanjang nie. Sure score A :p Salam Ramadhan :)




0

Suka Buat Hal Sendiri. So?

Aku nie dilahirkan suka buat hal sendiri dari mengikut kawan-kawan. Bagi aku benda tue lagi fun dari kau terpaksa follow kawan kau buat benda yang kau sendiri tak suka. Tapi atas dasar nak jaga hati kawan punya pasal kau turuti jua. Macam tue? Come on la. Aku memang bukan jenis yang suka ikut telunjuk orang membabi buta ok.

Yes, I admit zaman bujang nie la kita kena menghabiskan masa dengan rakan-rakan before kita ada commitment dengan kerjaya and keluarga *dah pikir kawen dah..haha*. Tapi bagi aku, aku ada definisi yang tersendiri cara apa and bagaimana nak abiskan masa dengan kawan-kawan tue.

Ada kawan-kawan yang jenis suka ajak keluar enjoy or overnight dekat mana-mana. Maklumlah Segamat nie tempat apa je yang ada untuk aku have fun kan. Dan ada jugak kawan-kawan yang suka ajak tengok wayang after stress dengan study. Yang ajak pergi makan, karaoke shopping...lagi? Kalau perempuan nie memang banyak aje idea nak ke mana and buat apa. Nak list-kan dekat sini memang panjang la jadinya nanti.

Aku memang paham semua orang suka enjoy untuk entertain diri sendiri nie. Nak-nak lagi semua masih berjiwa muda lagi *24 years old still considered young right?*. Tapi aku ada limit untuk diri aku. Reasons? Ok aku pun suka berjimba jugak tapi atas sebab faktor kewangan *the main reason & constraint*. Kadang-kadang bila orang pergi situ sini sinan aku terpaksa pikir 150 juta kali. And at last aku terpaksa reject. Maybe mereka pikir aku tak sporting. Takpe...mulut orang..memang kita tak boleh nak jaga. Lantak la.

Mungkin sebab faktor duit ia membantutkan segala-galanya. Tapi tak jugak. Aku ingat lagi time aku praktikal dulu memng duit elaun gila banyak. Tapi aku jarang ajak kawan-kawan keluar enjoy. Aku prefer balik kampung belanja family. Tak pun keluar dengan tunang aku. Full stop.

Kalau bab shopping pulak aku nie jenis jarang nak shopping. I mean setiap tahun takdelah every month aku shopping. Jarang la babe. Kalau shopping pun takde la barang-barang yang beratus riban. Sayang duit aku. Ade certain barang je pun yang aku akan beli branded macam spec and jam. Tue memang aku invest giler-giler. Sebab tahan lama. Kalau baju ke seluar ke aku relax je kalau beli kat pasar malam sekali pun. Hehe. Bukan takde yang branded tapi boleh kira la. Aku jenis yang tak kisah janji boleh pakai.

Sekarang nie pulak memang musim final exam. So kadang-kadang gap yang ada sementara nak tunggu next paper tue aku lagi prefer duduk rumah online layan movie or tidur. Kadang-kadang kawan ajak keluar aku malas. Again it's not about aku tak sporting tapi aku suka buat hal sendiri.

Jadi maybe akan ada yang menganggap aku nie bosan or anti-social. I'm not...ok. Ade jugak aku habiskan masa dengan kawan-kawan tapi takdelah setiap hari. Mungkin cara hidup kita berbeza. Aku lebih suka habiskan duit dengan family and kesayangan. Aku lebih selesa mungkin. Hmmm susah nak describe pasal diri aku nie. Sebab tue la nama blog nie I am miss complicated.

p/s: Sekadar meluahkan...kalau ada yang mengenali terbaca coretan nie mohon jangan terasa. Sekadar nak meluahkan. Sekian.

0

Bye Bye Class! Welcome Final Exam!!!

Hik hok hik hok kelas untuk semester nie dengan secara rasminya telah tamat semalam...say hoorayyyy! Kemain aku excited bila kelas dah abis. Wajib la excited + seronok. After nie da tak payah nak hadap lagi dengan presentation, report, test and quiz! Fuhhhh lega sangat! 

Tapi jangan disangka panas sampai ke petang, takut hujan di tengah hari *hentam sajalah peribahasa nie* Next week aku da start final exam. My first paper on the first day exam. Alahai lemah dan ketaq lutut aku rasa. Dah la last paper on the last day untuk semua student di seluruh UiTM. Aku lah yang bukak pagar dan aku jugak la yang tutup pagar kan. Untuk menyedapkan hati aku redha aje la dengan timetable final exam tue. Yang penting gap nya ok. Apa yang aku patut fokus sekarang ialah study, nk DL lagi untuk sem yang terakhir nie and grade on time!

Well sepanjang sem nie aku pun tak sure how my performance. Sem nie sangat busy dengan assessment dari study. Presentation, report bagai berlambak-lambak sampai satu tahap aku focus more on that dari study. Sebab kedua-duanya penting bagi aku. Tapi cenderung more on asssessment sebab dateline tak lama. Semalam pun aku baru je habiskan presentation terakhir aku untuk kelas yang terakhir nie. Alhamdulillah rasa nak sujud syukur je sebab berjaya habiskan segalanya. Now tinggal nak fokus untuk final exam je.

Actually aku sangat sangat sangat sangattt excited nak habiskan final exam nie and nk grade on time for this semester. Tak sabar sangat! Rasa penat sangat belajar sejak dari umur 6 tahun sampai la ke degree nie. Dah tak sabar nak keje nak ada income sendiri.

Memang tak sabar tapi bila pikirkan subjek-subjek yang bakal aku jawab kat final exam nie buat aku ketaq habaq hang. Overall aku amik 6 subjek untuk sem nie and all those subjects masuk final exam. The most killer paper bagi aku ialah FAR600...seriously weh tak tau ape yang aku belajar sepanjang 1 sem nie. Rasa zero input. Aku try buat sehabis baik. Aku try untuk dapatkan at least B. Itu the most killer paper. Aku jugak sangat cuak dengan subjek AUD610 dan MAF635...ada topik yang senang and ada jugak topik yang aku rasa susah. For the rest subjects, insya Allah aku cuba sedaya upaya.

Aku nak struggle untuk maintainkan CGPA aku and nak grade on time sebab aku tak sabar dah nak keja. AMIN
0

Tangan Tak Bedung!!!

Rajin bebenor pulak aku update entri kan. Al maklumlah hari nie last class sebab starting esok aku cuti a week sempena Gawai and Wesak. Baik hati betul Uitm bagi cuti kan. I loikeee tapi assignment...masya Allah...tak cukup kaki tangan nak buat.

Actually hari ni nak share cerita sedih. Sedih sangat-sangat sebab handphone aku yang baru 4 bulan pakai lemas dalam air minggu lepas. Ok handphone iolls biasa-biasa je. Takde la sampai pakai Note 2 ke Notebook ke apa...just Sony Xperia Miro. But ada sentimental value di situ sebab duit beli handphone tue tunang aku yang advance kan dulu then I paid to him back by installment. But kira guna duit aku jugak la kan? 

Time beli handphone nie pun sebab handphone lama aku tiba-tiba rosak. Damn tak? Time tue dah la elaun tak dapat lagi. Memang almost a week tak berhandphone. Elok tunang dapat gaji terus dia dahulukan gajinya suruh aku beli handphone. Kira sentimental value handphone nie tinggi sangat. Penuh onak duri yang perlu aku lalui untuk beli handphone tue...

Then Jumaat lepas di sebabkan perangai aku suka bawa handphone masuk toilet, at last my phone TERJATUH dalam tong air..OMG...handphone iolls mana tau berenang...so skang dia koma and kena tahan dekat kedai. Now its condition very critical...Masih tak sedarkan diri. I'm afraid if its main board rosak teruk. Kira macam encourage aku cari lain right?

Time that thing happen memang aku nyumpah-nyumpah tangan aku nie. Memang tak bedung. Semua benda yang aku pegang nak jatuh especially handphone! Before this semua handphone aku rosak disebabkan aku. I don't know why...setakat jatuh memang perkara biasa. Hahaha...aku memang tak sayang handphone kan. Actually bukan tak sayang. I'm tried my best to protect them but da suratan nak jatuh *alasan*

And parent, sibling plus my fiance dok pakat bebel sebab aku careless. Dah benda nak jadi nak buat camne. Aku pun satu sengal bingai pi bawak masuk toilet pasai apa.. Grrrr...now tengah tunggu result dari doktor handphone tue. If boleh repair and the price affordable aku proceed. If not and its price too expensive so better I try to BODEK abah and tunang to sponsor a new handphone...ermmm nak beli model apa ek? Oppsss...hope sangat handphone aku sihat seperti sediakala. Sayang duit wei nak beli yang baru even teringin. Damn syaiton nie menghasut. Ok baiii


0

Semester 8

Just nak buat short entry untuk menghilangkan rasa bosan membaca artikel dan mencari idea-idea untuk di tumiskan di dalam report aku. Actually sejak aku mula semester baru selepas internship hari tu hidup aku mula rasa ke-stress-an yang melampaui batas. Every week I got assignment, presentation, quiz and what's else? Sampaikan takde masa untuk update blog. Walhal banyak je benda aku nak share dekat sini. 

Oleh kerana kesibukan yang melanda aku sendiri tak punya masa nak fokus untuk study. Mana taknya if almost everyday kena buat assignment. So kena pandai-pandai sendiri nak manage time. But the most thing yang buat aku rasa "eh kau da final sem pun tak sedar-sedar diri lagi ke?" is bila semangat untuk study hilang ditiup angin sampai tidak meninggalkan jejak untuk aku cari. Wahh tinggi gitu metafora aku. 

Ini mungkin faktor praktikal selama 6 bulan hari tue...so membuatkan aku rasa "malasnya nak pergi kelas!". Mau tak malas...dah la kena pergi kelas then balik rumah terus kena bukak buka buku..dulu time praktikal balik rumah terus tidur. Tak payah sibuk nk pikir study ke assignment ke. Awesome tak? Hahaha

And sometimes aku rasa sangat letih belajar...just imagined aku start belajar non-stop dari umur 6 tahun until 24 years. Lama kan? And maybe sebab faktor gatal nak kahwin. Eh? Hahaha. Normal tak? 24 tahun supposedly cannot considered as teenager dah. Tak sabar nak keje pulak. Nak kumpul asset, duit and pahala...and KAHWIN. 

Sampai satu tahap aku rasa very exhausted and give up then my fiance selalu advise konon-konon bagi kata-kata semangat. Insya Allah I'm try my best. Nak maintain CGPA...sem ni je tinggal untuk tentukan status aku sama ada ANC or not...aku nak grab 1st class dgree + CGPA 3.5 above. Nie suma untuk convert PTPTN to scholarship and bonus nak dapat keje. AMIN

p/s: Hp aku yang baru 4 bulan beli masuk air...so sad ;(
Jom sambung buat report >___<
Wish me luck..semangat please come to me! Aku nak study betul2 nie..hehe

0

Alahai Sahabat

Manusia di dunia nie memang dilahirkan dengan rambut sama hitam tapi punyai hati lain-lain. Semakin meningkat usia nie semakin aku mengerti istilah sahabat. Yea sahabat! Semua manusia punya sahabat, kawan, member, rakan dan banyak la lagi perkataan yang seangkatan dengannya. Dari kita kecil sampai ke dewasa sure kita akan mempunyai kawan. Yang membezakannya ialah apa itu sahabat bagi aku, dia dan mereka? Adakah kerana hendak suka2? Atau bila susah senang mintak tolong dengan kawan? Atau kerana takut sunyi?

Apa itu sahabat bagi pandangan aku? Entah...aku pun tak tau...perlu ke ada kalau ia hanya menyusahkan lagi hidup aku? Oppsss...bukan niat di hati nak menuding jari pada mana-mana kawan2 aku. Tak terlintas walaupun gua sentap habis dengan KAU...biarlah...jangan runsingkan kepala hotak dengan kawan yang memang tak boleh pakai.

Cuma apa yang boleh aku dapat katakan disini...aku memang perlukan sahabat mengikut keadaan. Contohnya bila di kampus of course aku perlu ada kawan. Nanti senang nak buat assignment, study group dan sebagainya. Di sudut yang lain pula, aku perlukan sahabat bila aku bosan. Nanti boleh aku hang out hilangkan kebosanan. Tapi perlukan sahabat di saat kita kesusahan adalah sangat mustahil. Bukan mustahil...adalah sahabat yang boleh pakai. Tapi dalam 10 orang, mungkin seorang je yang sudi tolong.

Sebab tue la aku rasa selama aku hidup nie memang susah la aku nak ada kawan yang boleh hidup semati bersama. Sanggup berkorban apa saja. Memang haktuihh la nak dapat. Sedangkan aku nak mintak tolong benda yang simple pun banyak sangat alasan yang diberikan. Kalau tak nak tolong cakap terus terangkan senang. Nie tak. Kemain panjang lebar ayat kiasan dia. Memang terasa membuang masa lah disitu. Ha kan da tertaip dekat sini. Mintak maaf lah pada sesiapa yang terasa. Siapa makan cili api dia lah terasa pedas yang meletop punya.

Memang lumrah kan jadi manusia nie. Kita punya lah tolong dia waktu dia susah tapi bila hari kita yang susah? Dan disebabkan dah banyak kali terkono dekat batang hidung aku nie, aku dah tak percaya sangat dengan istilah kawan baik ke kawan kamcing ke BFF ke. Memang takdelah dalam hidup aku. Semua rakan-rakan aku ada function diaorang yang tersendiri. Bukan aku nak amik kesempatan tapi sebagai langkah berjaga-jaga. Biarlah aku susah macam mana pun asalkan tak menyusahkan mereka. Kecuali kalau terdesak lah. Memang aku buat muka tembok la mintak tolong walaupun hati tak rela.

Dan aku nie pula memang dilahirkan dengan hati yang pemurah. Sampai kadang-kadang ada yang amik kesempatan kan. Takpe aku redha...biar Yang Maha Kuasa yang balas. Aku dah tak terdaya nak mengadap manusia yang talam dua muka nie. Makin di ingat makin bertambah pulak dosa aku nanti. Makin di ingat makin aku menyumpah-nyumpah diaorang. Tak ke dosa aku?

p/s: Dah start kelas. Tapi kurang semangat sikit sebab tak dapat PTPTN...:'(




0

#Nervous#Relax#No Feeling

One week to go...oh my god...nervous uolls...yes sangat nervous! Because in my family i'm the first daughter yang akan bertunang. Abang aku sendiri still solo. Kira langkah bendul la nie..Hikhokhikhok...ok2 even this is only an engagement tapi nervousnya sampai ke langit ketujuh...eh? Nak tunjuk betapa nervousnye iolls tau.

First point nak cerita pasai betapa nervousnya iolls nie. Padahal dari intro tadi aku dok royak pasal nervous nie. Hehe...well aku nervous? Normal yea dak? Tapi ke-nervous-an yang melanda nie bukan sebab nak sarung cincin. Eh nervous jugak nak tunggu time sarung cincin nie. Sebab selalu aku beli cincin aku sarung sendiri je. But this time orang lain pulok yang sarungkan aku aka bakal mak mentua kata ko...lalala. Yang buat aku lagi nervous sebab aku sendiri unofficially belum berjumpa dengan bakal mentua aku nie. Pernah berjumpa tapi bukan sebab dirancang. Semuanya kebetulan...first time terjumpa dekat kedai makan la apa lah..but mereka tau la kewujudan aku dalam hidup anak lelaki mereka. Chewaahhh...tapiii..even belum pernah jumpa bakal mentua secara rasmi...tapi kannn...banyak betul tapi aku nie cik kiah...tapi kan (again) aku kerap eh selalu eh banyak kali jugak la berjumpa dengan tok nenek si dia compared to his parent. Kira ok la tue? Ok ke? Hopefully la...yang penting mereka merestui hubungan kami. Alhamdulillah.

Secondly, my engagement nie biasa2 je buat. Takdelah sampai dirikan dua buah khemah berserta pelamin mini dengan kehadiran rakan-rakan taulan. Seriously my engagement day very simple. Kalau ikutkan family aku memang nak buat hantaran as usual macam adat orang Melayu kita la. But memandangkan aku nie busy dengan praktikal aku so memang idak la aku nak buat. Tak sempat dik non nak prepare...so kami decide sediakan hantaran time nikah nanti je. Senang and save cost. Memang buat adat sendiri kata ko. Yang penting cincin tunangnye ada.

And because of my engagement day is simple...so not much preparation yang aku buat. Just kemas rumah secara besar-besaran macam nak raya. Maklumlah orang nak datang rumah. Kalau setakat kawan-kawan adik2 aku je nak mai lantak pi lah kalau rumah bersepah tunggang langgang sikit. Kadang-kadang tilam pun boleh ada depan tv. Kemain santai family aku nie. But this time family bakal mentua nak mai. Jadinya kelam kabut aku and family nak ngemas rumah. But so far...semuanya smooth..aku kemas sikit2 lama-lama jadilah bukit. Makanya memang relax habis la aku sementara menunggu hari pertunangan itu. Gaya macam takde perasaan tapi dalam hati dupdapdupdap ko tahu?
p/s: Mudah-mudahan hari pertunangan aku nanti semuanya berjalan dengan lancar. Amin :)
4

Cerita Baucer Buku 1 Malaysia

Seronok bukan kepalang bila tadi pergi amik baucer buku. Kerajinan encik buah hati untuk menghantar aku ke Uitm disertakan dengan kemalasan tahap melampau sampai nak toleh muka pak guard pun tak sudi kau tahu? Tapi mengenangkan ke-excited-kan nak shopping stationery punya pasal ku gagahi jua.

Lepas mengambil boucher buku serta melantak soto Kampung Jawa yang menjadi santapan wajib kami pabila dating apalagi...dengan kegelojohan pergi serbu bookstore yang ada dekat Segamat yang hanya boleh dikira dengan jari tangan. Sikit je ko. First destination pergi menjengah Popular. Wahhh excited habaq hang...maklumlah Popular baru bukak...

Masuk je Popular ramai orang. Mungkin depa pun dok sibuk nak habiskan baucher macam aku jugak kot. Bahagian yang paling buat aku teruja of course la stationery...tapiiiiiiiiiiiiiiii

Nak guna baucher buku uolls kena belanja 80% untuk buku and 20% untuk stationery!!! 

Iolls rasa frust okkk...sebab kita nie da la malas nak membaca...buku dekat sini pulok ada macam takde. Out of stock...lepas tue banyak buku untuk chinese je. Yang banyak pun novel...erkkk eden tak layan novel-novel nieeee kata koo...jenuh dok pikiaq nak beli buku apa nie...bajet nak guna RM50 je dulu...ke hulur ke hilir...keluar masuk Popular siap singgah tandas bagai baru lah aku decide. Tangan nie dengan keterpaksaan mencapai novel yang mungkin best kot untuk bacaan emak. Then belikan buku latihan umtuk adik aku. This year dia UPSR...then the balance encik buah hati beli notebook untuk kegunaan dia kerja nanti. 

Aku nie kalau bab stationery memang suka menghabiskan duit..nak beli pen la, highlighter la, pencil box la apa la. Padahal yang lama ada lagi. Tapi itu lah aku. Jadi untuk mengubat hati yang lara dek sebab tak dapat shopping dengan sesuka hati dekat Popular, aku pun ajak encik buah hati pergi ke bookstore yang lain. Bookstore yang aku pergi nie besar tapi taklah se-gah macam nama MPH ke Popular ke...but banyak stationery yang kawaii. And the best thing is kita boleh guna baucer buku untuk beli pape pun tanpa ada portion seperti yang ditetapkan oleh Popular tadi. Memang senyuman aku sampai ke telinga lah habaq hang.

But for today aku hanya belanjakan RM100 je..tapi barang-barang aku dalam RM40 je..yang lagi RM60 sendiri pikir la siapa punye..hihihi


Nie je barang2 aku...sikit  kan tapi harge...hahaha



p/s: Yang balance baucer nie nak simpan dulu..tak mo gelojoh habiskan baucer buku. Mana la tau berguna di masa akan datang. Expired date pun lambat lagi...:)




0

#Dating#Ring#Messy

Semalam keluar dengan encik buah hati. Dating kata ko...misi utama nak cari cincin. Hari dah hampir tiba..tapi cincin tak jugak beli. Yang membuatkan kami rushing sebab ahadnye kan raya cina...takut kedai emas seminggu tak bukak pulak. Lagi harunye..kang orang bertunang sarung cincin emas aku bertunang sarung cincin silver je. Tapi kan time kami terkejar-kejar nak beli cincin, time tue la macam-macam benda pulak kena buat.

Nie catatan pada tarikh 9 Februari 2013:

7:00am
Mak dah kejut aku awal-awal semata-mata nak pergi pasar tani. Katanya nak beli stok ikan dan ayam selama seminggu. Susah kan kalau cina cuti. Makanan confirm kena beli stok banyak-banyak. Makanya lama jugak la dekat pasar tani tue walaupun kami datang awal tapi dah ramai orang. 

9:40am
Aku baru sampai rumah. Kelam kabut mandi. Tadi bangun tido just cuci muka gosok gigi je. Hahaha memang teghuk na perangai aku nie.

Encik buah hati dah terpacak depan rumah pukul 10. Kemain sharp seperti yang dijanjikan. Time dia call bagitau dah sampai tue aku baru lepas keluar dari toilet. Bayangkan la kalau perempuan make up amik  masa berapa lama kan? Mau setengah jam jugak la si dia menunggu. Hahaha. Sapa suruh datang awal sangat. Awal ke? Aku yang lambat sebenarnya. Kuikuikui.

10:45am
Supposedly pergi breakfast dekat soto Kampung Jawa as usual. Tapi terpaksa hold dulu. Abah mintak tolong pergi ambilkan surat dekat courier office pulok. Sebab time courier mai rumah kitaorang takde. Ok nasib baik encik buah hati sangat bermurah hati nak tolong bakal bapak mentuanya. Muahaha

11:00am
Pergi post office pulok. Adik aku call kena beli postal order RM10. Alkisahnya adik aku nie accident. Dia discharge hari yang aku dating nie. Nurse pesan suruh beli postal order time nak bawa adik aku balik rumah. Apalagi...lepas pergi amik surat abah, aku dan si dia pecut pergi post office. Semua bukak half day je. Tue pasal suma benda kena buat dengan cepat + pantas = kelam kabut *sighhh* penat ko tau!

11:20am
Dalam dok kelam kabut pergi ke sana sini perut aku dan si dia dah menyanyi pelbagai lagu. Orang sebelah pun boleh dengar. Lepas da settle urusan yang penting kami terus pergi Kampung Jawa. Dalam hati berdoa la kedai soto bukak. Sebab setiap kali aku dan dia keluar dating wajib singgah gerai nie pekena soto. Memang aku dan dia hantu soto. Kalau tak dapat frust macam mati anak kucing.

Alhamdulillah kedai tue bukak. Orang pun tak berapa ramai. Order pun kejap je da sampai. Elok dapat je makanan, dengan rakusnya kami sebat soto tue. Tak toleh kiri kanan da. Yang penting perut yang kosong dah terisi. Baru semangat nak cari cincin. Hehehe

12:00pm
Dalam around at 12 jugak lah kami beredar dari kedai soto tue. Nie main gamble je nie pergi kedai emas..yang aku tau mostly kedai emas dekat segamat nie owned by chinese. Kalau dah esok perayaan mereka for sure lah mereka bukak kedai half day je sebab nak makan besar. Then if semua kedai emas tutup nampaknye kena find other alternative la yang belum terpikir oleh kami lagi.

Perjalanan dari Kampung Jawa ke bandar tak jauh pun. Dalam sepuluh minit je tue pun sebab ada traffic light. Kalau tak 5 minit da sampai kot...tapi memang dah rezeki kitaorang la. Ada 2 3 kedai emas yang still open even time tue dah almost pukul 12:30 camtue. And awal-awal lagi dah warning dekat encik buah hati. Jangan cerewet sangat macam yang before nie...nak dekat 5 6 kedai pergi satu pun dia tak berkenan. Nie da  last-last minute nie suka tak suka dia kena jugak suka..Kuikuikui...but today just pergi 1 kedai je...and finally  berjaya membeli sebentuk cincin belah rotan yawww!

And for the next hours banyak lagi ceritanya but da malas nak taip...i guess these most the important points yang nak share dekat sini...:)

p/s: Harga emas da mahal uollssss..telan ayaq liuq pi beli emas yang tak seberapa tapi harga subhanallah...by the way...this 23rd February 2013...pray for us :)





2
Back to Top