#Nervous#Relax#No Feeling

One week to go...oh my god...nervous uolls...yes sangat nervous! Because in my family i'm the first daughter yang akan bertunang. Abang aku sendiri still solo. Kira langkah bendul la nie..Hikhokhikhok...ok2 even this is only an engagement tapi nervousnya sampai ke langit ketujuh...eh? Nak tunjuk betapa nervousnye iolls tau.

First point nak cerita pasai betapa nervousnya iolls nie. Padahal dari intro tadi aku dok royak pasal nervous nie. Hehe...well aku nervous? Normal yea dak? Tapi ke-nervous-an yang melanda nie bukan sebab nak sarung cincin. Eh nervous jugak nak tunggu time sarung cincin nie. Sebab selalu aku beli cincin aku sarung sendiri je. But this time orang lain pulok yang sarungkan aku aka bakal mak mentua kata ko...lalala. Yang buat aku lagi nervous sebab aku sendiri unofficially belum berjumpa dengan bakal mentua aku nie. Pernah berjumpa tapi bukan sebab dirancang. Semuanya kebetulan...first time terjumpa dekat kedai makan la apa lah..but mereka tau la kewujudan aku dalam hidup anak lelaki mereka. Chewaahhh...tapiii..even belum pernah jumpa bakal mentua secara rasmi...tapi kannn...banyak betul tapi aku nie cik kiah...tapi kan (again) aku kerap eh selalu eh banyak kali jugak la berjumpa dengan tok nenek si dia compared to his parent. Kira ok la tue? Ok ke? Hopefully la...yang penting mereka merestui hubungan kami. Alhamdulillah.

Secondly, my engagement nie biasa2 je buat. Takdelah sampai dirikan dua buah khemah berserta pelamin mini dengan kehadiran rakan-rakan taulan. Seriously my engagement day very simple. Kalau ikutkan family aku memang nak buat hantaran as usual macam adat orang Melayu kita la. But memandangkan aku nie busy dengan praktikal aku so memang idak la aku nak buat. Tak sempat dik non nak prepare...so kami decide sediakan hantaran time nikah nanti je. Senang and save cost. Memang buat adat sendiri kata ko. Yang penting cincin tunangnye ada.

And because of my engagement day is simple...so not much preparation yang aku buat. Just kemas rumah secara besar-besaran macam nak raya. Maklumlah orang nak datang rumah. Kalau setakat kawan-kawan adik2 aku je nak mai lantak pi lah kalau rumah bersepah tunggang langgang sikit. Kadang-kadang tilam pun boleh ada depan tv. Kemain santai family aku nie. But this time family bakal mentua nak mai. Jadinya kelam kabut aku and family nak ngemas rumah. But so far...semuanya smooth..aku kemas sikit2 lama-lama jadilah bukit. Makanya memang relax habis la aku sementara menunggu hari pertunangan itu. Gaya macam takde perasaan tapi dalam hati dupdapdupdap ko tahu?
p/s: Mudah-mudahan hari pertunangan aku nanti semuanya berjalan dengan lancar. Amin :)
4

Cerita Baucer Buku 1 Malaysia

Seronok bukan kepalang bila tadi pergi amik baucer buku. Kerajinan encik buah hati untuk menghantar aku ke Uitm disertakan dengan kemalasan tahap melampau sampai nak toleh muka pak guard pun tak sudi kau tahu? Tapi mengenangkan ke-excited-kan nak shopping stationery punya pasal ku gagahi jua.

Lepas mengambil boucher buku serta melantak soto Kampung Jawa yang menjadi santapan wajib kami pabila dating apalagi...dengan kegelojohan pergi serbu bookstore yang ada dekat Segamat yang hanya boleh dikira dengan jari tangan. Sikit je ko. First destination pergi menjengah Popular. Wahhh excited habaq hang...maklumlah Popular baru bukak...

Masuk je Popular ramai orang. Mungkin depa pun dok sibuk nak habiskan baucher macam aku jugak kot. Bahagian yang paling buat aku teruja of course la stationery...tapiiiiiiiiiiiiiiii

Nak guna baucher buku uolls kena belanja 80% untuk buku and 20% untuk stationery!!! 

Iolls rasa frust okkk...sebab kita nie da la malas nak membaca...buku dekat sini pulok ada macam takde. Out of stock...lepas tue banyak buku untuk chinese je. Yang banyak pun novel...erkkk eden tak layan novel-novel nieeee kata koo...jenuh dok pikiaq nak beli buku apa nie...bajet nak guna RM50 je dulu...ke hulur ke hilir...keluar masuk Popular siap singgah tandas bagai baru lah aku decide. Tangan nie dengan keterpaksaan mencapai novel yang mungkin best kot untuk bacaan emak. Then belikan buku latihan umtuk adik aku. This year dia UPSR...then the balance encik buah hati beli notebook untuk kegunaan dia kerja nanti. 

Aku nie kalau bab stationery memang suka menghabiskan duit..nak beli pen la, highlighter la, pencil box la apa la. Padahal yang lama ada lagi. Tapi itu lah aku. Jadi untuk mengubat hati yang lara dek sebab tak dapat shopping dengan sesuka hati dekat Popular, aku pun ajak encik buah hati pergi ke bookstore yang lain. Bookstore yang aku pergi nie besar tapi taklah se-gah macam nama MPH ke Popular ke...but banyak stationery yang kawaii. And the best thing is kita boleh guna baucer buku untuk beli pape pun tanpa ada portion seperti yang ditetapkan oleh Popular tadi. Memang senyuman aku sampai ke telinga lah habaq hang.

But for today aku hanya belanjakan RM100 je..tapi barang-barang aku dalam RM40 je..yang lagi RM60 sendiri pikir la siapa punye..hihihi


Nie je barang2 aku...sikit  kan tapi harge...hahaha



p/s: Yang balance baucer nie nak simpan dulu..tak mo gelojoh habiskan baucer buku. Mana la tau berguna di masa akan datang. Expired date pun lambat lagi...:)




0

#Dating#Ring#Messy

Semalam keluar dengan encik buah hati. Dating kata ko...misi utama nak cari cincin. Hari dah hampir tiba..tapi cincin tak jugak beli. Yang membuatkan kami rushing sebab ahadnye kan raya cina...takut kedai emas seminggu tak bukak pulak. Lagi harunye..kang orang bertunang sarung cincin emas aku bertunang sarung cincin silver je. Tapi kan time kami terkejar-kejar nak beli cincin, time tue la macam-macam benda pulak kena buat.

Nie catatan pada tarikh 9 Februari 2013:

7:00am
Mak dah kejut aku awal-awal semata-mata nak pergi pasar tani. Katanya nak beli stok ikan dan ayam selama seminggu. Susah kan kalau cina cuti. Makanan confirm kena beli stok banyak-banyak. Makanya lama jugak la dekat pasar tani tue walaupun kami datang awal tapi dah ramai orang. 

9:40am
Aku baru sampai rumah. Kelam kabut mandi. Tadi bangun tido just cuci muka gosok gigi je. Hahaha memang teghuk na perangai aku nie.

Encik buah hati dah terpacak depan rumah pukul 10. Kemain sharp seperti yang dijanjikan. Time dia call bagitau dah sampai tue aku baru lepas keluar dari toilet. Bayangkan la kalau perempuan make up amik  masa berapa lama kan? Mau setengah jam jugak la si dia menunggu. Hahaha. Sapa suruh datang awal sangat. Awal ke? Aku yang lambat sebenarnya. Kuikuikui.

10:45am
Supposedly pergi breakfast dekat soto Kampung Jawa as usual. Tapi terpaksa hold dulu. Abah mintak tolong pergi ambilkan surat dekat courier office pulok. Sebab time courier mai rumah kitaorang takde. Ok nasib baik encik buah hati sangat bermurah hati nak tolong bakal bapak mentuanya. Muahaha

11:00am
Pergi post office pulok. Adik aku call kena beli postal order RM10. Alkisahnya adik aku nie accident. Dia discharge hari yang aku dating nie. Nurse pesan suruh beli postal order time nak bawa adik aku balik rumah. Apalagi...lepas pergi amik surat abah, aku dan si dia pecut pergi post office. Semua bukak half day je. Tue pasal suma benda kena buat dengan cepat + pantas = kelam kabut *sighhh* penat ko tau!

11:20am
Dalam dok kelam kabut pergi ke sana sini perut aku dan si dia dah menyanyi pelbagai lagu. Orang sebelah pun boleh dengar. Lepas da settle urusan yang penting kami terus pergi Kampung Jawa. Dalam hati berdoa la kedai soto bukak. Sebab setiap kali aku dan dia keluar dating wajib singgah gerai nie pekena soto. Memang aku dan dia hantu soto. Kalau tak dapat frust macam mati anak kucing.

Alhamdulillah kedai tue bukak. Orang pun tak berapa ramai. Order pun kejap je da sampai. Elok dapat je makanan, dengan rakusnya kami sebat soto tue. Tak toleh kiri kanan da. Yang penting perut yang kosong dah terisi. Baru semangat nak cari cincin. Hehehe

12:00pm
Dalam around at 12 jugak lah kami beredar dari kedai soto tue. Nie main gamble je nie pergi kedai emas..yang aku tau mostly kedai emas dekat segamat nie owned by chinese. Kalau dah esok perayaan mereka for sure lah mereka bukak kedai half day je sebab nak makan besar. Then if semua kedai emas tutup nampaknye kena find other alternative la yang belum terpikir oleh kami lagi.

Perjalanan dari Kampung Jawa ke bandar tak jauh pun. Dalam sepuluh minit je tue pun sebab ada traffic light. Kalau tak 5 minit da sampai kot...tapi memang dah rezeki kitaorang la. Ada 2 3 kedai emas yang still open even time tue dah almost pukul 12:30 camtue. And awal-awal lagi dah warning dekat encik buah hati. Jangan cerewet sangat macam yang before nie...nak dekat 5 6 kedai pergi satu pun dia tak berkenan. Nie da  last-last minute nie suka tak suka dia kena jugak suka..Kuikuikui...but today just pergi 1 kedai je...and finally  berjaya membeli sebentuk cincin belah rotan yawww!

And for the next hours banyak lagi ceritanya but da malas nak taip...i guess these most the important points yang nak share dekat sini...:)

p/s: Harga emas da mahal uollssss..telan ayaq liuq pi beli emas yang tak seberapa tapi harga subhanallah...by the way...this 23rd February 2013...pray for us :)





2
Back to Top