Bye Bye Class! Welcome Final Exam!!!

Hik hok hik hok kelas untuk semester nie dengan secara rasminya telah tamat semalam...say hoorayyyy! Kemain aku excited bila kelas dah abis. Wajib la excited + seronok. After nie da tak payah nak hadap lagi dengan presentation, report, test and quiz! Fuhhhh lega sangat! 

Tapi jangan disangka panas sampai ke petang, takut hujan di tengah hari *hentam sajalah peribahasa nie* Next week aku da start final exam. My first paper on the first day exam. Alahai lemah dan ketaq lutut aku rasa. Dah la last paper on the last day untuk semua student di seluruh UiTM. Aku lah yang bukak pagar dan aku jugak la yang tutup pagar kan. Untuk menyedapkan hati aku redha aje la dengan timetable final exam tue. Yang penting gap nya ok. Apa yang aku patut fokus sekarang ialah study, nk DL lagi untuk sem yang terakhir nie and grade on time!

Well sepanjang sem nie aku pun tak sure how my performance. Sem nie sangat busy dengan assessment dari study. Presentation, report bagai berlambak-lambak sampai satu tahap aku focus more on that dari study. Sebab kedua-duanya penting bagi aku. Tapi cenderung more on asssessment sebab dateline tak lama. Semalam pun aku baru je habiskan presentation terakhir aku untuk kelas yang terakhir nie. Alhamdulillah rasa nak sujud syukur je sebab berjaya habiskan segalanya. Now tinggal nak fokus untuk final exam je.

Actually aku sangat sangat sangat sangattt excited nak habiskan final exam nie and nk grade on time for this semester. Tak sabar sangat! Rasa penat sangat belajar sejak dari umur 6 tahun sampai la ke degree nie. Dah tak sabar nak keje nak ada income sendiri.

Memang tak sabar tapi bila pikirkan subjek-subjek yang bakal aku jawab kat final exam nie buat aku ketaq habaq hang. Overall aku amik 6 subjek untuk sem nie and all those subjects masuk final exam. The most killer paper bagi aku ialah FAR600...seriously weh tak tau ape yang aku belajar sepanjang 1 sem nie. Rasa zero input. Aku try buat sehabis baik. Aku try untuk dapatkan at least B. Itu the most killer paper. Aku jugak sangat cuak dengan subjek AUD610 dan MAF635...ada topik yang senang and ada jugak topik yang aku rasa susah. For the rest subjects, insya Allah aku cuba sedaya upaya.

Aku nak struggle untuk maintainkan CGPA aku and nak grade on time sebab aku tak sabar dah nak keja. AMIN
0
Back to Top