Berani Kerana Benar

Sejak-sejak habis final exam hari ahad yang lalu membuatkan aku aktif untuk update entri. Tapi malas nak blogwalking. Actually ada jugak. Aku just blogwalking dalam followers list aku je. Yang mana rajin update aku pergilah menjengah blog mereka. But usually aku selalu jadi silent reader than give some comment or drop dekat chatbox mereka.

Entri nie ditaip before aku nak masuk tidur. Mengenai tajuk entri aku, "Berani Kerana Benar" nie adalah merujuk kepada diri aku sendiri. Yeala nama pun blog aku so memang almost the entries story pasai aku la dak?

Nak dijadikan cerita, aku nie dilahirkan dengan mengikut perangai abah aku. Perangai mak aku pun ada jugak terkenan dekat aku macam kuat bebel, kuat cakap, kuat gelak. Hehehe. But almost ikut abah like aku punya keberanian untuk bercakap depan public, menyuarakan kehendak hati aku kepada pihak yang tertentu (if ada yang tak puas hati), suka complaint (always), and berani untuk bertanya if tak tahu or tak faham *malu bertanya sesat jalan yea dak?*

Dan disebabkan all those keberanian, aku selalu disuruh untuk lead time presentation, pernah masuk pidato, jadi emcee, and banyak la lagi. And before nie aku ada jugak keje part time as promoter. Lagi la memang kena bercakap je kan nak attract customers beli product kita kan. And what yang buat aku proud is aku berjaya tarik ramai jugak untuk beli produk aku tue. Hehehe. Ada juga bakat eden.

Paling best bila services yang aku subscribe buat hal or problem. Macam p1. Aku da setting baik punya modem but still signal merah (means line tak ok) so nak connect internet slow cam ciput walhal area aku coverage p1 sangat la excellent. Apalagi terus call la buat complaint and mintak dorang fix ASAP. 

Ada lagi satu cerita cam kelakar pun ada. Time tue aku nak order Dominos Pizza. Aku time tue duduk rumah sewa. Lapar malam2 bila buat assignment dengan kawan-kawan then call la Dominos. You know what? Dorang tak dapat trace alamat aku. Bengang la aku. Sebab before this kawan serumah aku order dapat je. Then aku suruh la sambungkan direct dekat branch area Segamat sebab time aku call tue center dia KL rasanya. Seboleh-bolehnya dia tak nak and cakap akan call semula. Aku ape lagi mengamuk la cakap service dorang sangat poor ok. Then tiba-tiba dorang cakap dorang dapat trace location kitaorang. Konon ada kesilapan teknikal. Adoii..takkan la aku duduk dekat tempat yang tak wujud pulak kan? Grrrr.

Kadang-kadang keberanian tue perlu ada jugak dalam diri kita nak-nak lagi dalam urusan jual-beli. Sebab aku pernah terkono. Penjual tue yang salah tapi tak nak mengaku. Apa kau rasa? Sakit hati kan? Time tue aku beli contact lenses and aku tak sure berapa power aku sebab that time baru tukar spec and tak silap aku power sama just silau je naik. Tapi memang aku tk pernah ingat pun power aku. So tiap kali beli contact lenses memang aku suruh orang kedai tue cek power thru spec aku je. Nak dijadikan cerita mamat nie (bajet hensem and poyo) dia yang cek spec aku. Dia bagitau power aku sebelah kiri 350 and kanan 225 with silau both 50. Aku macam pelik sebab setahu ak power aku takde jejak 300 ++. Tapi memang aku unsure and accept je la. Then aku siap call tempat aku buat spec and reconfirm back my power. You know what, my power belah kiri 250 and bukan 350. Nampak tak bapak jauh bezanya? Dah la aku dah terpakai contact lenses tue. Memang hangin la aku. Bila Pergi kedai mamat poyo tak mengaku. Aku siap bergaduh dengan bos dia and finally aku menang! Bos dia guna duit dia sendri ganti ok. Mamat tue sampai sudah tak nak mengaku. Nak usha aku lagi ada la. Pelishhh la. Not my taste!

So kadang-kadang keberanian tue penting untuk defend diri kita kalau korang pernah terkono situasi macam aku cerita tadi la. Tapi jangan la over-berani sampai benda yang memang dah sah-sah salah ko nak jugak cakap betul kan. Ok tue je la aku nak mengarot. Salam Ramadhan!
6

Berakhir Tidak Bererti Merdeka

Hip hip hooray! Hip hip hooray! Alhamdulillah selesai sudah final exam aku yang baru berakhir petang tadi. Walaupun soalannya agak...hmm susah untuk digambarkan. Hehehe. Sejak akhir-akhir nie kemain aku update pasal exam exam dan exam. Mungkin sebab terlalu risau. Tu yang asyik nak meroyan pasal benda yang sama je.

Actually almost seminggu aku demam. Just imagine bila kita tengah busy dengan final exam time tue pulak lah nak demam kan. Dah la aku ni jenis kalau demam memang take time nak lega. Mahu seminggu kau tahu? Jadi aku terpaksa paksakan diri makan ubat, take a nap kejap then study. Sampai satu tahap rasa nak give up and nangis. Yela nie last final exam aku before aku grade tau. So ingat nak pulun betul-betul :'( 

Sedih memang sedih. Nak-nak lagi bila tengok kawan-kawan yang lain boleh study sampai stay up ke subuh tapi aku? Tidur tidur dan tidur. Aku syak demam aku lambat sembuh sebab aku kurang rehat and kurang tidur. Every time I got fever mesti time aku study. Macam tadi time exam, kepala aku da sakit, badan da start panas. Time exam tue. Memang tak boleh fokus sangat. Tapi aku gagahi juga. Buat sehabis baik dan buat yang termampu. Mudah-mudahan nasib menyebelahi aku lah. 

Tadi lepas pengawas collect answer booklet and announce semua student boleh tinggalkan dewan, almost semua student menjerit happy sebab dah habis exam and some of them pun budak final year macam aku jugak. Tapi budak akaun? Senyap je wei. Yeay takde. Hooray takde. Kitaorang menonong keluar and salam la kawan-kawan sebab lepas nie tak tahu lagi bila boleh jumpa kan.

The main reason why aku dan budak akaun tak menjerit keriangan macam kanak-kanak riang sebab kitaorang belum rasa lega and merdeka lagi even da habis exam. Sebabnya ialah RESULT! As I mentioned in my previous entry, ada beberapa paper sem ni yang aku amik yang boleh consider as killer paper. Bukan killer lagi dah tapi killest kot. Before, during and after exam memang still rasa nervous and takut. Aku and my classmates harap lulus je wei. Dah tak kisah dah lagi dengan pointer. Janji grade on time!

Aku lagilah. Agak frust time jawap tadi sebab condition tak ok kan. Tadi sampai rumah je abah dah tanya boleh score tak this semester? Aku terus-terang je jawab memang susah nak score dengan paper yang memang sedia susah and aku pulak demam. Tapi aku cuba study and jawab sehabis baik. Jadi now apa yang boleh aku lakukan ialah berdoa dan bertawakal. Mudah-mudahan doaku dimakbulkan. Aku nak sangat grade this sem. AMIN

p/s: Nak cari keje sambilan la while waiting the result. Nak kumpul duit raya. Hehehe. Salam Ramadhan :)
0

1 More Paper to Go But......

Alhamdulillah petang tadi baru jawab exam untuk second-last paper. The next aka last paper Ahad nie. Tak sabar nak habiskan semuanya habaq hang. Mood study nie pun terumbang ambing macam bot di tengah lautan di saat air laut deras. Fuhhhh ayat aku. Hahaha

By the way nak up with one short entry je sebab mata da kuyu, kepala makin pening ting tong sebab tadi makan ubat. Effect ubat nie da rasa nie. Ok kalau tengok tajuk entri nie means ada lagi satu paper je yang aku perlu tempuh iaitu paper MAF635 aka Management Accounting kot *da nak habis 1 sem pun tak ingat :p* Aku try buat yang terbaik even calculation on transfer pricing memang out sangat T__T Camno nie nak score A?

Hati memang girang gemilang dan terbilang *takde kena mengena I guess* memandangkan just a few days je lagi nak habiskan final exam untuk final sem aku nie. Tak sabar sangat. Even tak sabar tapi ada beberapa perkara yang merunsingkan kepala hotak aku nie. Perkara-perkara nie menyebabkan adakalanya aku stress+sedih = moody. Tak seronok la kan macam tu?

So first thing yang buat aku tak tentu arah is result final exam aku. Well memang excited bangat nak menghabiskan segala final exam nie. Sebab dah tak larat and penat sangat pun. Study pun bukan tak beriya. Beriya la jugak but not really2 beriya *apa ayat aku nie?* Tapi soalan...mak ai...tak tau nak cakap apa. Nak cakap senang tak confident jugak aku jawab...less confident la..nak kata susah..yea la kot sebab jawapan pun tak berapa panjang. Hehehe. So tak tau la macam mana result aku nanti. Takut sangat. Aku nak lulus je wei. Nak grade this semester. 

GRADE ON TIME pleaseeeeee. Sepanjang umur hidup jadi student U nie, this is my first time rasa sangat nervous, cuak, takut segala bagai nak tunggu result. Sebabnya, aku kalau boleh nak maintain CGPA and Dean's List status. Every sem aku DL..and this is last semester left to determined whether aku qualified nak pegang status ANC or not. But if tak DL pun this semester, mampu tak aku nak maintainkan CGPA aku 3.5 above??? See? See? Mau tak stress aku bila pikir hal ni?

Another thing is about work. Alahai...aku mengaku zaman sekarang nie susah nak dapat keje. Kalau dapat pun susahlah nak dapat keje with satisfied salary. Kalau nak gaji besar maksudnya kena la apply dekat big firms right? Masalahnya sekarang aku sendiri less confident nie. Aku tak nak menganggur terlalu lama. Well aku ada jugak apply dekat JobStreet tapi baru satu la. Tue pun unsuccessful. Tak tahu kenapa. Maybe employernya nak Chinese or maybe dorang nak hire pekerja urgent kot. Maybe after paper last baru aku agresif apply keje dekat JobStreet kot.

So sekarang yang penting aku nak kasi grade on time. Hmmm this semester aku amik 6 subjects. All those subjects masuk final exam. And dalam banyak-banyak subjek, ada 1 subjek je yang LULUSnya uncertainty. Yakni FAR600. The most killest paper. Hari tue dah study sehabis baik tapi 1 chapter yang aku memang betul-betul tak sempat cover. Nak dijadikan cerita, chapter yang tak sempat cover tue la boleh pulak masuk dalam final. Makanya burn la 20 marks aku. So sekarang aku hanya mampu berdoa and tawakal. Mudah-mudahan aku lulus semua subjek exspecially FAR600...Amin

p/s Kalaulah jawapan time aku jawab exam tadi sepanjang nie. Sure score A :p Salam Ramadhan :)




0

Suka Buat Hal Sendiri. So?

Aku nie dilahirkan suka buat hal sendiri dari mengikut kawan-kawan. Bagi aku benda tue lagi fun dari kau terpaksa follow kawan kau buat benda yang kau sendiri tak suka. Tapi atas dasar nak jaga hati kawan punya pasal kau turuti jua. Macam tue? Come on la. Aku memang bukan jenis yang suka ikut telunjuk orang membabi buta ok.

Yes, I admit zaman bujang nie la kita kena menghabiskan masa dengan rakan-rakan before kita ada commitment dengan kerjaya and keluarga *dah pikir kawen dah..haha*. Tapi bagi aku, aku ada definisi yang tersendiri cara apa and bagaimana nak abiskan masa dengan kawan-kawan tue.

Ada kawan-kawan yang jenis suka ajak keluar enjoy or overnight dekat mana-mana. Maklumlah Segamat nie tempat apa je yang ada untuk aku have fun kan. Dan ada jugak kawan-kawan yang suka ajak tengok wayang after stress dengan study. Yang ajak pergi makan, karaoke shopping...lagi? Kalau perempuan nie memang banyak aje idea nak ke mana and buat apa. Nak list-kan dekat sini memang panjang la jadinya nanti.

Aku memang paham semua orang suka enjoy untuk entertain diri sendiri nie. Nak-nak lagi semua masih berjiwa muda lagi *24 years old still considered young right?*. Tapi aku ada limit untuk diri aku. Reasons? Ok aku pun suka berjimba jugak tapi atas sebab faktor kewangan *the main reason & constraint*. Kadang-kadang bila orang pergi situ sini sinan aku terpaksa pikir 150 juta kali. And at last aku terpaksa reject. Maybe mereka pikir aku tak sporting. Takpe...mulut orang..memang kita tak boleh nak jaga. Lantak la.

Mungkin sebab faktor duit ia membantutkan segala-galanya. Tapi tak jugak. Aku ingat lagi time aku praktikal dulu memng duit elaun gila banyak. Tapi aku jarang ajak kawan-kawan keluar enjoy. Aku prefer balik kampung belanja family. Tak pun keluar dengan tunang aku. Full stop.

Kalau bab shopping pulak aku nie jenis jarang nak shopping. I mean setiap tahun takdelah every month aku shopping. Jarang la babe. Kalau shopping pun takde la barang-barang yang beratus riban. Sayang duit aku. Ade certain barang je pun yang aku akan beli branded macam spec and jam. Tue memang aku invest giler-giler. Sebab tahan lama. Kalau baju ke seluar ke aku relax je kalau beli kat pasar malam sekali pun. Hehe. Bukan takde yang branded tapi boleh kira la. Aku jenis yang tak kisah janji boleh pakai.

Sekarang nie pulak memang musim final exam. So kadang-kadang gap yang ada sementara nak tunggu next paper tue aku lagi prefer duduk rumah online layan movie or tidur. Kadang-kadang kawan ajak keluar aku malas. Again it's not about aku tak sporting tapi aku suka buat hal sendiri.

Jadi maybe akan ada yang menganggap aku nie bosan or anti-social. I'm not...ok. Ade jugak aku habiskan masa dengan kawan-kawan tapi takdelah setiap hari. Mungkin cara hidup kita berbeza. Aku lebih suka habiskan duit dengan family and kesayangan. Aku lebih selesa mungkin. Hmmm susah nak describe pasal diri aku nie. Sebab tue la nama blog nie I am miss complicated.

p/s: Sekadar meluahkan...kalau ada yang mengenali terbaca coretan nie mohon jangan terasa. Sekadar nak meluahkan. Sekian.

0
Back to Top