Sekali 5 Interview. Hamik Kauuu

Tue la hari-hari mengadu dekat Encik Tunang cakap takde sape pun call aku panggil interview. Tup tup this week setiap hari ada je orang call panggil interview. Last-last aku ada 5 interview. Hamik kau nak sangat kan. Tapi kesemua interview tu aku tak dapat nak attend. Sebab apa? Sebab masa dan transport. 

First masa. Hari Isnin nie aku da buat appointment untuk dua interview. Belah pagi dekat KL and belah petang dekat area PJ. Then aku dapat lagi call dorang invite interview untuk hari keesokkannya. Masalahnya sampai 3 interview untuk keesokkannya. Dah tue tempat lain-lain. KL la Shah Alam la...

Actually takde masalah pun nak attend untuk ketiga-tiga interview tue. Aku boleh je arrange kan balik timing dia. Sure dorang ok. Yang tak ok nya aku lah. Sebab aku pergi interview ni pun mengharapkan ihsan Encik Tunang aku untuk amik and hantar aku. Aku kan stay kat Johor. Dah tue takde kereta sendiri nak ke mana-mana. So terpaksalah Encik Tunang amik cuti hari Isnin kan. Tapi bila dia da apply cuti, then ada lagi tiga interview. Takkan aku nk suruh dia amik cuti lagi yea dak? Ingat company dia keje tue bapak aku punya ke sesuka hati nak amik cuti.

Jadi terpaksa la aku cancel lagi tiga interview. Takpelah...aku anggap bukan rezeki aku. Mana tahu ada rezeki aku dapat keje dekat salah satu company yang akan aku pergi interview hari Isnin ni. Hopefully la...Amin
0

Pekena Garam Belacan Jommm

Dekat luar rumah aku nie ada pokok mangga epal. Hari-hari dok tengok air liur pun da bertakung gua cakap lu. Eh tapi  korang tau tak mangga epal tue camno rupanya? Silalah google..eden tak sompat nak snap gambar buah dokat pokok tue ha.

Mangga epal nie kalau nak power makan time muda la..kalau dah masak tak sedap (bagi pendapat aku lah). Kalau nak makan yang da masak baik makan pelam biasa tue kan. Rasa mangga epal nie lemak-lemak masam gitu. Nyummmmmy! Oii sambil taip entri nie rasa air liur da meleleh-leleh dekat keyboard laptop nie ha. Selalu mangga epal nie jarang sangat orang jual tau. Yang aku tau banyak di jual dekat belah utara. Sebab kalau aku balik kampung and singgah dekat Tapah, mesti ada mangga epal potong-potong. Sedappp tue. Wajib beli.

Nie ha garam belacan (kiri) dan mangga epal (kanan). Kecuq tak ayaq liuq hangpa???

Tapi kadang-kadang belah Johor nie pun ada jugak jual. Tapi susah nak jumpa la. Pokok mangga epal dekat luar rumah aku nie pun kawan bapak aku yang tanam. Sekarang nie ngah musim pokok tue berbuah. Kalau dekat Johor depa suka makan dengan sambal kicap ja. Uishh rugi habaq hang. Buah da sedap sampai kecuq ayaq liuq tapi makan dengan sambal kicap je. Tak berapa nak umpphhh. So hari ni meh aku share resipi garam belacan. Term 'garam belacan' nie famous dekat belah utara. Dekat tempat lain aku tak tau la depa panggil apa kan.

Garam belacan made by me

Resipi Garam Belacan:

Bahan-bahan:

1. Cili kering (ikut suka nak letak berapa. Nak lagi pedas and banyak pi la letak banyak. Rendam dulu dengan air panas biar lembut)
2. Belacan (harus lah ada. Dah nama pun garam belacan. Letak lebih pun tak pe. Lagi sodap)
3. Gula
4. Kicap (aku pakai kicap lemak)
5. Kacang (ditumbuk)

Cara-cara:

1. Cili kering tue kita basuh dan tumbuk dengan belacan. Tumbuk bagi halus
2. Lepas da halus, campur gula dan tumbuk bagi rata. Korang rasa la dulu. Kalau pedas sangat tambah lagi gula and belacan sikit.
3. Bila rasa dah memuaskan boleh la korang cedok letak dalam mangkuk ke piring ke. Pastu gaul dengan kicap dan kacang. Jangan letak banyak2 kicap sebab kita kan da letak belacan tadi. Kacang tue optional yea..nak letak lagi sodap.
4. Dah boleh hiris buah mangga epal ke, jambu madu ke, jambu batu ke or any buah yang bersesuaian.

So sesiapa yang dah berbaldi-baldi tadah ayaq liuq bolehlah salin resipi garam belacan aku nie laju-laju and pi buat sana tau. Resipi nie mak aku yang bagi. Selamat mencuba!

Apa tunggu lagi? Jom menyicah oiiiiiii!


0

Di Mana Hendak Ku Cari Keyakinan Diri?

Wahhh kelasss gitu tajuk entri aku. Dah macam lagu P. Ramlee sudah. Dah lama meninggalkan zaman sekolah. Adalah nak dekat 7 tahun. Makanya dah lama tak mengarang karangan. Nak buat mukadimah untuk entri pun aku terkial-kial. Gasaklah yea.

Sekarang nie aku masih menanam anggur. Hari nie ada interview di Kepong tapi terpaksa aku cancel sebab takde siapa nak bawa. Esok alhamdulillah. Ada lagi interview dekat Proton. Jawatan kerani akaun je. Tapi dekat Segamat je. So agak semangat di situ. Hopefully ada rezeki. Dah bosan sangat duduk rumah walaupun aku baru nak sebulan menganggur. Sekarang pikir nak simpan duit sikit and nak cari pengalaman kerja. Maka the best way kita mula dari bawah la yea.

Bapak aku selalu suruh aku apply dekat big company. Contoh macam Petronas ke Sime Darby ke. Tapi masalahnya aku nie ada masalah. Masalah aku ialah takde keyakinan diri. Keyakinan diri untuk di-interview. Walaupun result aku atas 3.5 tapi aku percaya competitors aku lagi hebat dari aku. Sekali dorang speaking aku dah tertinggal jauh ke belakang. Aku nie speaking pun biasa-biasa je. Terasa kecil sangat. Sebab tue aku macam takut-takut nak apply. Lagikan pulak aku takde pengalaman bekerja. Lagi terasa kerdil.

Walaupun diri ini terasa kerdil macam smurf tapi aku still apply jugak. Mana tahu ada rezeki kan. Belum cuba belum tahu kan?

Nota Kecil: Tak tahu nak prepare apa untuk interview esok. Wish me luck :)
2

Kerja Kerja Kerja!

Hai hai hai semuaaaa! Nak bagitau nie. Itew dah abis belajar. Sekarang itew ngah tanam anggur nie ha. *mohon tampar laju-laju* Masih tidak tahu sampai kapan aku harus tanam anggur nie. Bukan sebab aku malas nak keje sebab semata-mata nak ternak lemak dengan mengadap Running Man beserta cerita Korea hari-hari. Bukan kerana hendak bangun lambat setiap hari (walaupun itu adalah hobi) dan bukanlah kerana aku ini anak manja yang hanya harapkan duit mak bapak untuk menyara hidup aku. Ohoiii aku dari family yang biasa-biasa saje. Bukan anak tan sri dan bukan jugak anak datuk. Anak kepada bakal datuk yang akan mempunyai cucu-cucu itu adalah pasti.

Zaman serba moden nie makin ramai yang bijak pandai. Maka makin susah lah nak cari kerja tahu. Bila bakal perkeja yang berpotensi makin ramai sehingga melebihi tawaran kerja, maka terjadilah istilah ramai yang menganggur termasuk aku nie. Konsepnya seperti supply and demand. Bila demand melebihi supply, mulalah supplier letak harga kemain tinggi sehingga buyer tak mampu nak beli. Paham ke idak apa yang aku mengarut nie? Memang aku nie. Bila malam makin menganjak ke lewat malam, mulalah start melalut kan. 

Siapa yang tak nak gaji besar. Tapi bila sedar diri ni langsung takde pengalaman, aku memilih untuk tidak memilih dalam bekerja. Maksud aku kalau gaji dia dalam lingkungan RM1,500 lagi and aku berminat aku grab je. Tue pun kalau dalam Segamat lah. Kalau aku merantau aku terpaksa demand sikit dek kerana kos sara diri yang tinggi.

Kadang-kadang rasa geram sangat. Semua iklan dalam jobstreets perlukan yang berpengalaman. Habis orang yang macam kami yang betul-betul fresh dari ladang ni macam mana? Kami tak mintak la jawatan manager. Cuma kalau account executive ke kasi lah chance kat kami yang baru graduate nie..sedih tahu. Tapi bila dah di panggil interview, dugaan lain pula yang menimpa. Isnin nie aku ada interview dekat Kepong. Tapi tak dapat nak pergi sebab Encik Tunang tak sempat nak apply cuti untuk teman aku. Dia pun busy sangat. Jadi terpaksa la aku let go je interview tue. Mungkin takde rezeki di situ. 

Tadi pulak pergi interview dekat Easy RHB. Aku ter-apply pulak dekat jobstreets. Tak perasan. Sebab randomly apply kan. Janji based dekat Segamat. Potensi untuk dapat keje tue memang besar tapi positionnye as Sales Executive. Kerja kena cari customer. Adoiii...aku tak minat tahu. Dah la kita nie takde own transport. Harapkan parent je yang hantar. Jadi susah sikit aku nak laksanakan kerja nie. Bagi aku baik aku tolong abah je. Lebih kurang je kejenye.

Then tadi post dekat FB bahagian page Segamat. Tanya pasal kerja kosong. Maklumlah, Segamat daerah kecik. Employer jarang nak post iklan secara online sangat. So susah bagi aku nak update pasal keje kosong. So post dekat page Segamat je senang. And ada someone yang bagitau kedai Proton nak pakai kerani akaun. Yea kerani. Dengar macam tak match dengan qualification aku. Tapi aku nak try apply jugak. Mana tahu dapat and gaji dia dalam RM1,400 ke RM1,500 ke kan. Boleh la simpan duit nak merantau and nak bawa keluar keta sebijik. Hehehe. Jadi esok jugak aku serbu Proton. Encik Tunang memang nak ke sana sebab nak tengok kereta Proton yang baru tue. So alang-alang tue baik aku tanya pasal kerja tue sekali kan. Yea dak? Mana tahu ada rezeki. Wish me luck!

Nota Kecil: Hope esok soto KJ bukak. Kempunan nak makan soto wei. Dah sebulan lebih tak pekena soto...nyummmy!

3

Finally! Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) Kelas Pertama

Yeahhh! Kepada pelajar-pelajar ijazah UiTM mesti da boleh tarik nafas lega selepas keputusan final exam diumumkan 3 August yang lepas. Ada yang gembira dan ada yang sedih. Itu lumrah. Rezeki masing-masing berdasarkan sejauh mana usaha kita kan.

Aku? Alhamdulillah. Aku akhirnya berjaya menamatkan degree aku nie dengan segala kepayahan dan dugaan. Untuk kesemua lima semester yang aku duduki hanya semester terakhir aku gagal untuk dapatkan Anugerah Dekan. Agak frust sedikit tapi at least aku berjaya complete kan degree aku and berjaya jugak grade dengan 1st class degree even last sem aku tak dapat dekan. Alhamdulillah. Syukur sangat. Allah memakbulkan doa aku nak-nak lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Berdasarkan performance aku last semester, aku dapat agak yang aku susah nak maintain dean's list. Last sem memang banyak dugaan aku tempuhi. Dengan mood study hilang terus, demam time final exam, dengan perangai kawan-kawan yang buatkan aku stress and kecik hati dan banyak la lagi. Nak merungut pun tak guna sebab benda dah lepas. Even aku tak dapat ANC tapi aku masih dapat 1st class degree kan. So PTPTN aku boleh la convert to scholarship. Hehehe. Alhamdulillah.

So sekarang nie tengah counting to the convocation's day. And in process mencari kerja. Aku tak nak pegang status penganggur terlalu lama. Aku nie da la jenis cepat bosan kalau duduk rumah lama-lama tanpa ada income. Lain lah duduk rumah goyang kaki tapi income masyuk every month kan? Hehehe.

Aku akui sangat susah nak cari kerja sekarang. So wish me luck ok. Hope bulan September ni aku da ada kerja and hopefully hujung tahun ni aku boleh bawa keluar kereta sebijik. AMIN
6
Back to Top