Mimi Kena Cirit birit

Kalau orang dewasa ke yang kena cirit birit aku tak berapa kisah sangat. Tapi ni anak aku yang masih kecik yang baru nak masuk 4 bulan. Kelam kabut hidup aku dan suami di buatnya.

Alkisah hari Selasa lepas after abis waktu keja aku dan suami amik Mimi as usual kat nursery. Then sampai je Kak Lin (the owner) bagitau Mimi cirit birit. So Kak Lin tanya aku ape yang aku makan since aku fully breastfeed Mimi kan. So ape yang aku makan itulah yang Mimi makan kan. Aku dan suami pun dok pikir ape yang aku makan ek? Then balik rumah macam biasa. Malam tu Mimi tak la berak kerap. Just dalam kol 12am before aku nak tido aku cek Mimi berak so aku tukar la kan. Then tido macam biasa. Time Mimi terjaga nak susu tu aku sempat jugak la google why baby boleh cirit kan. Padahal just minum susu je. Adakah disebabkan faktor pemakanan aku yang bedal ape saje? Or susu yang aku pam tu tercemar??? 1001 soalan bermain di pikiran gitu. Google punya google aku jumpa one of the factor is pengambilan antibiotik. What? Aku baru teringat yang last weekend Mimi demam. Then bawk gi klinik. Doc yan rawat tanya nak antibiotik tak. Aku yeakan je la as long as Mimi sembuh kan. Hmmm

Pagi esoknya pulak Baba dia yang tukarkan pamper and Mimi berak lagi ok. Aku da macam tak sedap hati. Warna taik dia pun bukan gold coklat sangat. Quite cair. Tapi hantar jugak Mimi ke nursery. Dah pesan awal2 da dekat akak2 yang jaga tu suh monitor berapa kali Mimi berak and warna najis dia. Aku guk tak lupa bekalkan lebih sikit pamper. Then pergi keje macam biasa.

Dekat opis pulak keja berlambak-lambak. Tapi aku sempat whatsapp Kak Lin tanya susu Mimi ada berapa sebab aku target susu yang aku bekalkan tak cukup sebab semalamnya aku so sleepy so time pump susu tak berapa efficient la kan production nya tu. Then after call suami tetiba Kak Lin call. Pelik jugak di situ why Kak Lin call tetiba kan. Tak pernah pulak selama ni dia call kan. Just reply whatsapp je lau aku tanya pape pun. Kak Lin inform yang Mimi kena cirit teruk arini. Asal minum je berak asal minum je muntah pastu berak sampai bontot dia da merah sikit. So dia suruh aku bawak Mimi gi klinik takut jadi pape kan. Da la dia baby lagikan lau da besar aku suh je sumbat pil cek kit taun. Hehehe.

 Tapi that time aku risau giler. Yela sebab anak sendiri kan. Terus aku call laki aku nak bincang. Mula-mula aku macam nak suruh laki aku je bawak Mimi gi. Tapi bila pikir balik buatnya Mimi meragam acamno? Ke buatnya Mimi nak susu acamno? At last mintak half day kat manager.

Time amik Mimi tu nampak la dia da tak larat. Mata kuyu. Yeala asyik buang je tenaga pun takde. Pastu nangis2. TIme aku amik tu pengasuh tengah basuh berak dia. Adoii..risau gila. Aku ngan suami decide nak gi klinik kerajaan je. 

Kat klinik doc yang rawat tu kemain tekun jugak dia cek Mimi. Doc suh Mimi amik gas sebab time yang Mimi demam tu dia kena btuk and selesema sekali. So amik gas untuk cairkan kahak. Pastu doc cek lagi dia bagitau paru-paru Mimi kot sebelah kanan da bunyi silent but belah kiri still bunyi kasar sikit. So dia buat surat refer ke hospital immediately sebab takut ada infection pulak dah. Bunyi macam takde kena mengena dengan cirit birit dia kan. Tapi aku bawak jugak Mimi gi hosp Serdang.

Kat hospital Serdang aku tunggu dari pukul 6pm ke 2:30 am uolls baru settle. Memang after this tobat tak nak gi Serdang da. Menangis tunggu. Taik anak aku sampai d tukar kuning nak kehijauan sikit. Risau aku tau. Tapi tak boleh nak buat ape sebab pesakit overload. Doc pulak underload. Dekat hospital Mimi kena amik darah and buat x-ray.

Setelah lama menunggu akhirnya tiba jugak turn Mimi. Sepanjang tunggu tu aku ase da bape kali Mimi bangun tido bangun tido tahu. Doktor cakapcirit birit memang takde ubat kecuali air garam tapi since Mimi baru dua hari macam tu kena cirit so dia tak recommend amik air garam. Jadi aku mintak doc tolong masuk air ke dalam badan Mimi since air da banyak hilang akibat cirit kan. Almost 3 jam jugak la masuk air. Aku sampai tertido2 pangku Mimi sebab wad semua penuh. Lau kosong pun ko hengat Mimi nak ke tido kat katil? Hahaha.

Esoknya aku dengan laki aku EL lagi sebab nak monitor Mimi. Nak tengok progress makin baik or sebaliknya. Alhamdulillah la Mimi da tak berat sekerap semalam. And warna taik dia pun da back to normal. Mimi pulak makin aktif dan riang sebab dah sihat. Siang dia tido main2. Malam pulak taak reti nak tido. Ajak kita main ngan borak T_T

So moral of value after this aku taknak bagi antibiotik lagi kat anak aku. Not all antibiotic sesuai untuk baby so better langsung tak payah bagi. Aku yakin dengan susu aku ni yang lagi powerful penuh dengan antibodi gitu kan. Nasib my baby da sihat and masa yang diperlukan untuk pulih sekejap je. Alhamdulillah :)
0

#1 Pengalaman Beranak

Alhamdulillah tanggal 28 Aug 2014 aku selamat lahirkan puteri sulung kami pada pukul 10:37am. Allahuakbar! Macam tak percaya sangat aku da ada anak. Rasa tempoh 9 bulan lebih tu sekejap sangatkan. Bila diingat-ingatkan balik time nak beranak Allahuakbar...seram, gerun dan sejuk semua ada.

Nak ikutkan due aku 27/08/2014. Tapi still takde tanda-tanda nak bersalin yang 3 tu: pecah air ketuban atau keluar darah atau kontraksi. Aku risau jugak kalau-kalau overdue. Tak nak la kena induce. Lagikan pulak laki aku cuti tak lama. Takut aku beranak time dia keje :(

So nak dijadikan cerita seminggu before due aku da selamat sampai kat kampung dah. Saja cuti awal. Da takde mood nak keje sebab dok pikir nak beranak je. Hehehe. Jadinya bila 27/08 tue takde tanda-tanda nak beranak aku pun pergi la klinik kesihatan buat check up macam biasa. Doktor agak bising sebab aku tak terus pergi hospital. Hahaha. Mana la aku tau. Klinik Puchong cakap lau tak beranak lagi pergi check up macam biasa. So nak salahkan siapa???

Ok then pas da check up bagai aku pun pergi la hospital. Suami iolls adalah orang yang paling excited. Sebabnya aku tau lau da pergi hospital confirm doktor akan cek kat tut tut sama ada da bukak ke belum kan. Jadinya laki aku da berangan la kot-kot bukaan aku da 4cm ke ha kan terus kena admit gitu. Hmm sukati je laki aku kan. Pape jela..

Da sampai hospital ramai pulak orang yang tengah tunggu turn nak check up.
Macam2 kes la yang aku jumpa. Yg akk sebelah aku tu air ketuban dia pecah tapi belum due lagi. yg kes aku pulak da due tapi takde kuar pape tanda.

Bila sampai turn aku nurse interview sikit pastu suh g buat urine test then nak tengok gerakan baby. lastly baru jumpa doc. as i predicted memang doc tu seluk la kat bawah nak tau bukaan bape kan. ase nak jerit pun ade. hahaha. well doc cakap baru bukak 1cm. aq macam a bit frust sikit sebab nak tunggu lagi 9cm maybe take time. doc pun cakap anak first memang lambat sikit nak bukak. so dia bagi masa 1 week. if takde tanda nak beranak jugak aku kena admit and induce. maka aku dan suami pulang dengan perasaan hampa.

Bila sampai rumah aku story la dekat parent aku sekian sekian dan sekian. Pastu bapak aku cakap silap2 malam ni beranak sebab da bukak 1cm. Dalam hati aku amin kan je la kan. Tak sabar kot nak tungu. Hehe. Pastu aku cakap dekat laki aku petang ni nak jalan-jalan kat taman biar cepat sikit bukak kan and at the same time aku belasah minum air selusuh dekat setengah botol one shot terus sebab stress baru bukak sikit. Hahaha. Sangat entah ape2 kan.

So aku continue my day as usual. Petang pergi jalan-jalan. Balik sempat singgah mamak pekena roti canai. Malam layan movie dengan laki aku. Cita LEGO. Kartun pun kartun la kan. Layan punya layan pai la laki bini tertido. Dalam kol 1 am macam tu aku terjaga sebab aku rasa sakit macam senggugut tapi the feeling lain sikit. 1st thing yang terdetik dalam hati is "aku nak beranak ke?" Tapi aku buat dunno je sebab tak sakit sangat. So aku gi toilet kot la nak u'uk kan. After membuang ape yang patut aku pun try tido balik. Laki aku pulak tetiba terjaga. Terjaga and tanya "sakit nak beranak ke?" Adoyai suami. Sejak2 aku da nak due ni sensitivity dia makin menjadi2. Kalau idok tido mati aje. Hahaha. Aku pun tak tau nak respond camne sebab sakit contraction tu aku sendri not sure how is it. Then aku decide nak sambung tido je. Pastu laki aku decide lau dalam 15min sekali sakit datang balik dia ajak gi hospital. Then aku angguk je la.

Actually ada la dalam setengah jam sekali sakit tu datang tapi tak sesakit yang aku dengar akak2 opis cita la. So chill la kan. Tapi laki aku yang tak menyabar. Nak jugak gi hospital -_- Aku pulak that time pikir perut masuk angin kot sebab kalau tak silap siang tu aku tak makan nasi. Ha so positif kan iolls. Hahaha. After didesak oleh si suami maka dengan malas aku pergi la jugak.

Ok next entri aku cerita the balance er. Nak siapkan entri yang ni pun semput. Hahaha..chowww



0

Bila Dah Ada Anak Semua Berubah

Mula-mula masa baru lepas lahirkan Mimi aku mengaku memang stress gila wei. Stress dengan anak asyik menangis sebab lapar la sebab that time susu aku belum betul2 keluar. Masih jadi air lagi. So tengah-tengah malam tak boleh tido sebab Mimi menangis. Bila susu da keluar banyak masalah lain pulak timbul. Si Mimi jenis asyik terjaga dari tido. Dan time tu kekerapan dia nak menyusu sangat extreme. Mau sejam sekali bangun nak nyusukan dia. Sampai 1 tahap rasa nak menangis. Dalam hati boleh terdetik "macam ni ke feeling ada anak?" haaa beristighfar aku. Gaya macam tak bersyukur pulak kan. Maklum la orang dalam pantang ni pun sensitiviti kemain tinggi jugak. Dah la suami dekat Puchong aku dekat kampung. 

Tapi now Mimi pun da dua bulan. Alhamdulillah aku sikit-sikit da boleh adapt dengan perubahan after ada anak ni. Setakat bangun tengah-tengah malam dah takde hal. Lagipun sejak2 Mimi da makin membesar ni dia da takde la menyusu kerap sangat. Kalau waktu malam tu kemain lena dia tido sampai kadang-kadang aku yang kejut dia nak nyusukan. Yela takut la pulak kalau perut dia masuk angin ke apa kan. Dari pukul 12am sampai ke subuh adalah dalam dua kali camtu aku bangun.

Dan sejak ada Mimi ni aku memang bangun awal ok. Dah takde la istilah nak bangun pukul 9 ke 10 pagi lagi. Mimi da bertindak menjadi alarm aku da. Dalam pukul 6 macamtu confirm aku da bangun tukar pampers dia susu kan bagai. Anak aku ni pulak kalau waktu subuh camtu dia da tak reti nak tido balik. Puas tido la kot. Sampai 1 tahap aku biar kan aje la dia berkayuh dalam rocker tu sebab nak sambung tido. Hahaha. Nanti dia penat pandai la dia bunyi ek ek ek. Nak susu letew. Nasib ibu dia ni jenis senang terjaga kalau terdengar bunyi.

Kalau waktu siang pulak Mimi suka tido time2 tengah hari. Tapi tido dia tak la selena time malam. Dalam setengah jam ke sejam ke mesti dengar da bunyi ek ek ek dia. Masa mula-mula yela dengar sikit ek ek ek da terkejar-kejar tengok anak. Tapi skang selagi ko tak menangis selagi tu la aku buat bodoh. Kalau tak memang satu keje rumah tak jalan. Ada jugak certain masa Mimi ni susah sikit nak tido siang. Da aku ayun-ayunkan rocker pun tak reti nak tido. Di ajaknya kita borak ada la. Hahaha. Kalau jadi macam tu aku biarkn aje dia berseronok dalam rocker ataupun letak atas tilam. Then aku pergi sambung keje. 

Tapi bit poning kepala kalau Mimi tak sihat. Masa BCG dia nak pecah aritu dia takdela keje menangis manjang. Tak nangis pun just nak berkepit dengan kita je. Tak nak tido asing nak tido atas riba. Macam kelmarin Mimi baru inject untuk 2bulan. So memang kebiasaan baby akan demam. Anak aku ni mula-mula tengok ok tapi semalam badan dia suam2 dannnnnn asyik menangis nak kita dukung dia. Tido pun nak atas kita la. Kalau tinggal kan dia kejap mula da dengar dia nangis simpati tu. Dah takde da bunyi ek ek ek. Nak buat keje pun tak senang. Da la carrier dalam keta Baba dia. Ikut hati nak usung Mimi guna carrier. Senang nak buat keje. At last tunggu Baba dia balik keje baru aku masak. Sepanjang hari sempat basuh baju tu pun sebab guna mesin basuh dan masak nasi. Hari ni Mimi macam ok sikit even aku cek badan dia ada sikit suam la. Tapi tak la merap macam semalam. Hope Mimi cepat sembuh tau sayang. Aku pun takde la bagi ubat kerap. Risau jugak sebab dia baby lagi kan. Semalam bagi makan sekali. Tadi pulak baru makan ubt tu pun sebab badan dia suam sikit. 

Sampai sini je la kot celoteh aku. Actually banyak entri yang still pending. Aku takde masa la. Tapi aku tetap nak buat. Nanti bila Mimi da besar boleh la baca karutan mak ko ni. Hehehe. 

K daaa
0

Kerisauan: Anak vs Pengasuh

Pejam celik pejam celik lagi seminggu lebih aku dah naik keje selepas bercuti bersalin dua bulan. Bukan sebab dah nak keje yang aku pikirkan even kemalasan tinggi tapi risau nak hantar anak kat pengasuh :'(

Maklumlah anak first kan. Macam2 cross to mind. Boleh ke pengasuh jaga anak aku dengan kerenah anak aku? Ohh before tu biar aku introduce nama anak dulu yakni Syamimi Diana. Actually banyak entri yang pending. Banyak cerita nak story tapi masa tu yang takde. Maybe soon. Aku try la yea.

Ok back to story...Mimi ni (nama manja anak iolls) jenis yang kuat menyusu. Sangat kuat ok! Kadang2 dua kali menyusu baru dapat tido dengan lena. Agak-agak pengasuh layan nafsu anak aku or dorang ada schedule untuk bagi baby susu? Abis takkan nak bagi anak aku melalak lama? Memang orang cakap jangan manja sangat anak tu. Aku takde la sampai tahap Mimi baru bunyi ek ek ek aku dah terhegeh-hegeh angkat dia. Non hado er. Lau lagu tu memang satu keje tak boleh buat tau.

Then aku risau pasal tido. Anak aku ni pesen dia jenis tak boleh tido dengan sendiri. Means ko letak je atas tilam bagi dia berkayuh sampai penat pastu boleh tertido. Itu mustahil. Sejak dari lahir sampai la ni dia jenis kena minum susu dulu baru boleh tido. Tu pun kena tepuk2 dia. Skang bila da balik rumah sendiri aku letak dia atas rocker. Boleh ayun2 kan. Lagi la dia manja2. Takut nanti da sampai rumah pengasuh langsung dia tak tido siang :(

Sekarang ni memang tengah berjuang pam susu banyak2 untuk bawak gi rumah pengasuh. So disebabkan anak aku kuat menyusu aku kena put effort lebih la bagi extra susu. So far sehari dalam dua kali aku pam. Sekali pam boleh cecah 5-7oz. Tapi kalau Mimi baru sangat lepas menyusu dapat la dalam 3oz camtu. Tapi aku tetap bersemangat kental nak pam pam pam dan terus pam. Sebab aku tau penghasilan susu tu sangat2 bergantung kepada mind set dan emosi kita dan bukan faktor breast pump ye anak2.

Ikutkan hati nak aje berhenti keje. Tapi...too much commitment. So aku gagah la keje. Hope Mimi and pengasuh boleh bagi kerjasama dengan baik. Please jangan risaukan ibumu ni.

p/s: Tak sanggup nak berpisah sebenarnya dengan anak even just for 8 hours. Nak pulak skang isu pengasuh buat dajal kat budak. Ya Allah...lindungi sentiasa anak aku yang masih kecil yang masih tidak mengetahui apa2. AMIN
0

Dup Dap Dup Dap: Beranak & SPA

Macam da lama sangat da kan tak update entri nie. Busy sangat aku nie ha. Maklumlah bila da keje, da jadi bini orang, pregnant lagi memang semua tak ketahuan. Hahaha. Penat dia memang susah nak dibayangkan. Mungkin sebab berbadan dua kot.

Ha nak dijadikan citer due aku rabu ni aka 27/08. Tapi tak tau la budak kecik ni nak keluar bila. Macam takde tanda-tanda nak keluar awal. Tak kisah la nak janji jangan lambat sangat. Kami da tak sabaq dah nie nak gomol kamu. Hehehe

Sekarang aku da selamat berada di kampung. Memang plan nak beranak di kampung pantang pun di kampung. Laki aku pulak da selamat pulang ke Puchong sebab kena keje la kan. Takkan dia nak cuti sedangkan budak kecik ni tak kuar-kuar lagi. Berat hati tau nak suh en suami balik sorang. Tau la aku ni jenis yang tak boleh berjauhan sikit dengan laki aku. Kadang-kadang tu lau kat opis pun aku sibuk dok whatsapp beliau. Padahal jumpa je kan kat rumah. Senang citer lau sesaat berjauhan aku da rindu. Boleh gitu? La ni da dok kampung fefeeling macam zaman anak dara la pulak. Asyik dok tertunggu-tunggu si dia call or mesej kita. Hahaha. Parah hang ni wani oi. Tapi takpe la. Esok laki iolls balik nak jumpa iolls. Hopefully budak kecik ni kuar cepat-cepat sikit tau. Kesian baba awak nak ulang-alik sayang. Selagi awak tak keluar selagi tu baba awak tak senang duduk sayang.

Bab preparation kalau barang ibu dan anak semua da complete. Tinggal nak pi hospital je la. Barang untk pantang pun da lama aku beli. Mak mentua pulak da bekalkan aku dengan air selusuh. Akak ipar siap bekalkan VCO time aku 36weeks aritu. Aku pun still continue makan supplement yang klinik bagi. Persediaan nak menghadapi saat nak beranak tu insyallah aku da ready. Sebab sakit itu pasti. Yang penting baby ni selamat dilahirkan. Mak bapak aku pun da tak sabar tahu. Siap offer nak jaga anak aku kalau in case tak jumpa pengasuh lagi. Tapi tu suma da aku settlekan awal-awal lagi. Malas nak pening-pening kepala kan. Skang ni just pening dok pikir bila si tecik ni nak kuar. Hehehe.

Di samping itu, wahh ayat karangan BM sangat kan. Tadi bangun-bangun tido ada group whatsapp masuk. Ohh one of my friend dapat offer untuk exam online bagi jawatan Penguatkuasa Kastam. Aku pun pi la cek email. Kot-kot dapat jugak. Bukak-bukak hampa. Takde pun. Da siap refresh pun takde. Spam pun aku cek still takde. So aku assume memang tak dapat kot. Pastuu aku terus whatsapp hubby tanye la kot-kot dia dapat kan. Jawapan dia pun mengecewakan. Laki aku tak cek kat email dia terus buka web spa. Pas hubby aku cakap camtu aku pun macam gatai tangan pi bukak website spa. Konon-konon nak update la kan. Aku pun scroll every position yang aku apply. Suma status: Tidak melepasi syarat. Tapiiiii...bila tengok position Penguatkuasa Kastam, status urusan: Penjadualan Peperiksaan, Tarikh dan Masa Semak Di Portal SPA. Something like that la ayat dia. Aku da confius jap. Ni kira dapat ke idak ni??? Terus call laki aku, tanya member, tunjuk kat bapak aku suma. Dorang pun bagi pendapat yang sama bahawasanya aku dapat la nak jawab exam online tu. Tapi masalahnya mana aku nak cek angka giliran??? Email tak dapat. Mesej pun tak de. Mungkinkah via surat? Da la alamat aku letak kat Puchong. Haishh poning pala eden.

Aku tunggu dan lihat je la. SPA pun aku da call. Operator just bagitau skang sistem tengah down sikit. Tapi adelah direction dia bagi. Aku da buat pi tak jumpa pun tempat nak semak angka giliran ke ape. Hmmm tak pelah...malas nak pikir. For this moment aku lagi fokus kat baby aku ni..doakan aku yea kawan-kawan. Semoga urusan beranak aku dipermudahkan. Ibu dan baby selamat. AMIN
0

Raya Tahun Ini

Raya tahun nie masih beraya di Johor. Masih tak berkesempatan nak balik kampung atas faktor-faktor tertentu. Selalu kalau setakat beraya di Segamat memang tak meriah pun sebab saudara-mara semua dekat belah Kedah. Jadinya beraya dengan keluarga je la. Lepas solat sunat raya, salam-salam, makan, tengok tv, tidur. Aku pulak jenis yang kurang beraya rumah orang. Kecik-kecik dulu yela tapi bila da besar ni malas sokmo. Nak-nak lagi kawan-kawan tak ramai dekat Segamat ni.

Tapi tahun nie memandangkan status aku da bertukar dari bujang ke berkahwin so kena beraya dua rumah la. Nasib la satu kampung dengan suami. Jadi tak payah nak bergaduh bermasam muka nak osom nak balik kampung sapa dulu kan. Kampung tok nenek laki aku plak area Tangkak dan Segamat je. So tak jauh mana. Cumanya raya pertama and kedua aku beraya dekat rumah mentua dulu. Then baru rumah family aku.

Even aku dah duduk lama dekat negeri Johor ni dan pernah je dalam sepanjang 25 tahun hidup ni aku tak balik beraya dekat Kedah tetapi aku tak pernah beraya dengan orang Johor. Maksud aku cara atau adat orang Johor sambut raya memang aku tak tahu and tak amik tahu pun. Sebabnye kalau tak balik kampung kitaorang just dok terperuk je dalam rumah. Dah masuk berapa belas hari raya baru terkedek-kedek pergi rumah jiran ataupun kawan. Jadinya kalau da berapa belas hari Syawal mana la aku nak tau ape juadah wajib dorang time raya kan.

Yang aku tau pagi raya ni kalau orang Johor la mesti ada nasi impit. Ermm ape beza nasi impit dengan ketupat nasi ek? Bukan sama je ke??? Whatever la kan. Lepas tu ada sayur lodeh, kuah kacang. Hmmmm tu je la yang aku selalu dengar. Aku rasa seumur hidup tak pernah lagi makan sayur lodeh. Tak silap aku rupa dia macam sayur-sayur lemak kot. Mungkin aku kurang suka sebab aku jenis kurang makan benda yang bersantan.

Kalau kat Kedah (especially area kampung aku. Kampung orang lain kat Kedah aku tak tau la) pagi-pagi raya selalunya ada rendang ayam cili api ataupun rendang besar. Lepastu wajib ada ketupat palas and lemang. Orang utara ni memang kuat makan pulut mungkin. Aku memang prefer lemang atau ketupat palas rather than ketupat nasi. Ermmm dapnye bila bayangkan. Hehehe. Lepas tue masuk raya kedua or ketiga, kitaorang da sibuk serve tetamu dengan laksa utara takpun bihun sup. Perghhhh meleleh ayaq liuq sambil menaip ni uolls. Aku rasa dua menu ni wajib sebab da jemu makan rendang lemang bagaikan. Kuih raya tu aku rasa satu Malaysia ada. Tapi kalau kerepek-kerepek dekat utara kurang. Orang Johor yang selalu ade. Dulu aku ingat lagi lau balik kampung je mesti kami borong siap-siap kerepek like batang buruk, kerepek bawang, pagoda etc. Sebab kat belah utara takde jual. La ni ada la jual tapi taste tetap tak boleh lawan yang Johor punye. Hehehe

So raya tahun ni aku beraya dekat rumah husband dulu. And tengah curious ni ape la juadah-juadah yang bakal mak mentua aku masak. Hope boleh masuk tekak aku. Aku bukan tak suka try, tapi since pregnant aku agak cerewet sikit bab makan ni ha. Even lagi bape hari nak 36weeks tapi still selera makan aku tak lajak. Makan tak banyak but much better dari earlier stage aku pregnant la. Berat pun da 64kg. Huhuhu.

Dan time aku tengah taip entri ni actually aku da mati akal nak buat ape dekant rumah mentua. Sebab aku ni sah2 tak reti anyam ketupat. Ketupat palas ke nasi ke sama je. Dulu ada jugak belajar dengan kawan nak anyam ketupat nasi tapi da lupa lol. Setahun sekali je kan buat. Memang tak la nak ingat. Senang beli ketupat nona je kan. Lauk pauk lain memang aku tak tau la. Sebab cara orang Johor lain kot. Nampak na aku ni menantu tak boleh harap. Semua tak tau kan. Jadi untuk cover supaya tak dapat tittle macam tu maka aku pun buat la 3 jenis kuih raya even aku tau kuih raya mentua aku lagi banyak. Kalau aku tak bagi pun takpe. Tapi aku tetap buat jugak. Bukan nak bodek tapi aku memang suka buat kuih raya. Nyum3...

Ok now quite tired sebab tadi melayan anak buah husband yang hyper sikit. Nak take a nap kejap. Selamat hari raya uolls. Daaa


0

1st Time Dalam Ramadhan Tahun Nie

Ramadhan kali nie macam berbeza sikit. Bukan sikit la banyak sebenarnya. Sebabnya tahun ni 1st time sambut sebagai isteri. Sambut pulak di perantauan (la sangat). Then this Ramadhan aku tengah sarat mengandung. Tiga hari lagi da genap 8 bulan. Tapi iolls puasa ok hari ni. Da pesan awal-awal dekat baby suh behave. Ibu dia nak try puasa penuh. Hehehe. Oh ya dan jugak 1st time sambut sebagai status orang yang da bekerja. Before ni masih student lagi. So banyak perubahan yang berlaku. 

Since now aku da dikira sarat, kudrat aku memang da tak macam dulu. Boleh buat macam-macam kerja. Dulu balik keje memang masak. Tak larat pun still ada tenaga. Now jangan harap. Tak larat dia terus buat aku tertido sampai esok paginya. Memang tak masak la jawabnya kan. Nasib laki aku understanding. Now pergi balik kerja dia amik. Risau la kan nak harap aku drive. Kang jadi pape tak ke susah. Then masak pun dah jarang. Dah sarat tu satu hal la. Tapi nak dijadikan cerita awal pregnancy aku memang aku ada alahan nak masak. Ngade tak? Asal masuk dapur aku da start loya-loya. Tapi tak muntah. Aku start masak balik pun time da 5 ke 6 bulan aku preggy. Tu pun weekend sebab asyik penat je manjang. Nak diri lama-lama pun tak larat.

Ko bayangkan la asal abis masak je mesti aku mintak ihsan laki aku urut-urut tapak kaki aku. Sakit gila. Tumit pun da pecah teruk. Mungkin sebab pertambahan berat badan kan. Tu lau masak. Kalau tiap kali balik keje memang malamnya before tido laki aku wajib urut badan aku. Kalau tak memang aku tak boleh tido. Kejap bangun kejap ke kiri kejap ke kanan. Tu belum masuk bab kaki aku cramp lagi. Memang tiap wanita yang pregnant akan alami simptom macam nie. Malam-malam je lau aku gaya nak mengeliat sikit confirm kaki iolls cramp yang maha sakit. Makanya tak kira what time pun aku akan kejut laki aku suh urut-urut sikit kaki yang cramp tu. Alahai kalau ikutkan memang kesian kat laki aku. Terpaksa ikutkan kerenah aku kan. Tapi kalau bukan dia sape lagi aku nak susahkan kan? Hekhekhek. Dalam perut ni pun anak dia jugek. So tak boleh la dia nak komplen lebih :p

Ni actually banyak lagi nak taip ni tapi pinggang aku da sakit-sakit duduk ni ha. Nak meniarap sambil menglappy memang tak boleh la. Senak perut tau. Ok la..nak tunggu waktu buka. Salam Ramadhan dan selamat berbuka suma!!! ;) 
0

Pindah Rumah Baru

Macam mane nak cite betapa excited diri ini di kala ini. Tapi memandangkan update entri hanya melalui fon so sumanye menjadi terbatas. Nak on lappy abg aku pinjam. Nak pinjam lappy hubby dia bawak g keje pulak. Nasib la badan -_-

Actually aku da pindah ke rumah baru. Dari flat ke rumah teres. Fuhhh puas hati gua cakap lu. Maklum la kite ni orang kampung. Mana biasa duduk rumah bertingkek-tingkek. Actually ok je if aku still bujang but memandangkan skang da kawen plus ank dlm perut ni lg 4 bulan macam tu nak kuar so nak cari environment yang much better. Lagipun rumah yg dulu kotor. I mean penduduk kat situ kurang pembersih. Tak tahan aku nak dok situ. Tu belum isu parking lagi. Stress je bila pikir.

Tapi nak ikutkan aku n luqman nak cari rumah after aku deliver. Malas nak pikir skang sbb duit banyak nak guna utk preparation anak and time bersalin and jugak time pantang. P tue la..Allah bantu mempermudahkan jln kami plus rezeki anak aku jugak yang la ni kuat benar menendang. Tak penat ke adik baby? Ha nak selit iklan sat. 2weeks ago g scan. Dengan harapan dapat tengok jantina anak aku. Ape y terjadi anak aku main sorok2 plak ngan kami. Asal doc nak fokus kat tut tut je dia p tutup dgn peha dia. Time doc p tengok tempat lain boleh plak dia main lunjur2 kaki (menendang). Saje je tau buat ibu n abah geram. Ase nak pegang je kaki comel tu. Hehehe

Now back to topic. Rumah baru ni ok la sebab masa p tengok rumah baru je dua hari siap dari renovate. So ase macam masuk rumah baru gitu. Harusla kami excited plus kami org first yg call nk tgok rumah. Yg bestnye tgok rumah sabtu, ahad sign agreement + bayar deposit then isnin malam terus pindah. Nampak tak kegelojohan di situ? Bukan aku p suami aku. Tak menyabar giler. Hahaha..aku bukan tak excited tapi memikirkan tengah berbadan dua ni tak larat gua ckp lu. Nak2 lagi da 5bulan da. Makin cepat penat. Nasib si luqman understanding. Dia sorg je y cuci rumah. Aku observe like a ladyboss. Hahaha gitu. Nasib rumah baru renovate so tak seksa zahir nak cuci.

Lepas bayar deposit tu jugak la g cuci rumah. Lepas tur esoknye mntak ihsan abg aku tolong kami pindah. Takkan nak harap laki aku sorg kan. Jenuh nak angkat freezer, washing machine bagai. Nasib jugak abg aku bawak kawan dia sorg. At least cepat sikit kerje nak angkut barang.

Tapi idak la on the same day nak kemas. Memang lunyai keletihan la esoknye nak g keje. Makanya weekend la start beroperasi. Unfortunately, laki aku keje plak arini. So mak buyung ni la ngemas ape y patot. At least tak nampak messy sgt. Now on the way nak kemas bedroom. Ni pun mata da letih n ngantok. Aishhhh. Dugaan dugaan. Ok la nak rehat jap. Daaa

0

Aku Pregnant Woiii

Even mood ngah tak stabil but still nk share pasal pregnancy aku. Haha..sedih sedih guk but life still must go on. Tak boleh nak bersedih sepanjang masa..nanti semua keje tak jadi. Huh!
Kejap er aku start disahkan pregnant bila ek. Aku ni memang ada masalah sikit nak ingat time and date. Even nurse tanye last period pun aku da blur2 dengan gigihnya nak ingat. Apatah lagi tarikh due aku. Hahaha..
Maybe atas faktor da bekerja. So tarikh ni payah sikit nak ingat. Everything kna noted kat calendar. Macam YB kan. Nampak bz na je aku ni ha.
Ok ok if im not mistaken in the middle of december aku disahkan pregnant. Actually that time my period lewat dalam 4 hari je but my husband so excited suruh aku g buat pregnancy test. Nak dijadikan cerita aku da seminggu lebih awal beli pregnancy test tu. Dont know why ape motif beli tapi instinct aku kuat mengatakan aku pregnant. Laki aku lagi excited la kan. Memang menggalakkan je aku beli. Hehehe
Bila da sampai tarikh yang suppose aku period husband akan tanya da period ke belum. So aku ngan girang jawab belum. Tapi still tak nak guna pregnancy test lagi sebab i guess too early kan. So aku cakap ngan husband tunggu la seminggu lagi. If tak period guk then aku g la test urine aku. Tapi memang tak sabar nak tau result..cuma takut if memang period kali ni lmbt. Nanti aku yang frust. Time tue memang takde tanda2 awal pregnant. So aku confius. Betul ke pregnant? But at the same time tanda2 nak period pun xde. Selalu seminggu before period pinggang aku da sakit bagai nak rak tau. Ha memang time tue double triple confius la. Hehehe
Aku pun cite kat dak office. Dorang memang suruh je aku g cek urine. Tapi takut frust kan. Sebab aku ade baca kat internet...sometimes if too early test result tak bape accurate sebab benda tu too small kot. Ahh camtu la bunyinye. Nak suh dak akaun explain memang lain la bunyi. Hahaha..maaf la lau tersalah tafsir.
Pikir punye pikir plus husband pun asyik desak tak nyabar nak tau kan. Akhirnya hari ke-4 aku still tak datang period, aku pun buat la urine test. Pukul 5am uolls aku da bangun sebab nak cek urine punye psl. Org cakap time pagi would give the best result. Dengan mamai2 aku bangun g buat. Andddddd the result kemain merah dua2 line tu muncul. Aku time tu macam percaya tak percaya je. Aku pregnant??? Ape lagi terus g terjah husband aku yang ngah tido. Aku pun kejutkan dia. Kemain laju aku goyangkan badan dia. Dia terpinga2 bangun and terus cakap "Awak pregnant ke?" aku yang dengar terus tersengih2. Boleh pulak ko mamai2 tanya soalan tu kan. Aku ape lagi terus tunjuk pregnancy test aku. Senyum lebar dia. Hahaha..pas 2 terus pegang perut aku then ajak aku tido balik. Tu yang tak boleh blah. Tengah mood happy pun dia pikir tdo lagi. Hampagas sangat. Hehe
Next entry nak share pulak alahan aku time 1st trimester...excitednyeeee
0

Diskriminasi Yg Melampau

Diskriminasi menjatuhkan aku! Ha emo aku petang2 gini dah kenapa??? Dah la kita preggy pastu nak emo bagai. Not good not good tau. Ni semua patut ko salahkan diaaaa. Ohh myyy nak bayangkan muka dia pun tak sanggup apatah lagi nak taip nama dia?

Ok aku tak nak disclose company yang aku keje because still nak jaga nama co 2. Perlu ke? Aku masih ada belas kasihan lagi ok. Banyak sangat aku pendam dari first masuk till now. Which aku rasa sampai satu tahap memang nak hembus je suma kat muka dia bersama2 dengan tali barut dia y setia aka tukang report y tak bertauliah boleh?

Aku tak paham jenis manusia y suka dengki dengan satu sama lain. Ingatkan keje co y berkaum &%@ ni so diskriminasi tue hanya jelas nampak pada staff &%@. Rupa2nya jangkaan aku meleset. Kaum sejenis dengan aku pun mcm celaka jugak boleh tak? I dont know why those people sanggup jadi tali barut bos y memang sah bukan sekaum and siap nak agung2 kan sangat apesal er?

Kalau benda yang dia sampaikan dekat bos tu betul takpe tpi masalahnya fitnah semata2. Benda y aku tak buat ko cakap aku buat. Curi tulang la kuat borak la. WTF??? Kalau betul tak percaya pasang la cctv beb aku tak kisah pun coz i know who i am. Im very committed person tau x? Maybe korg tak nampak sebab skop keje aku kat situ macam limited giler. Nama je junior account exec tapi my daily task macam kerani? Ko rasa macam mana?

Memang kadang2 tue aku admit la ada borak2 dengan staff hr tue which is memang tempat duduk dia sebelah je dengan aku. Tapi itu pun tengok masa jugak. Bukan whole of time ok. Kadang2 bosan ngadap pc baru la tegur2. Tak pun time dekat2 lunch or balik. If tak memang fokus buat keje je. Mentang2 bilik ceo aku 2 depan meja kitaorang so nampak kitaorg borak sikit da g report kat bos aku aka manager yang kitaorg kaki borak keje tak buat. Heii heloo..better ko jengah sikit kepala and badan ko keluar dari pintu bilik tue and monitor betul2 siapa y sebenarnya more borak than work. Kaum ko tahu? Bullshit boleh? Ha carut lagi. Sorry my baby. Ibu bengang giler skang. Dont ever try these words when u born k?

And yang aku geram tue why manager aku tak direct tegur je? Why should suh orang sampai2kan? Tak berani or what? Aku pantang tol guna cara y tak pro ni. Bila ko just suh org tu y bagitau aku so i dont have a right nak defend myself betul tak? Tue baru skit isu. Banyak lagi yang dah terkena dekat batang hidung aku ni tapi takkan nak citer suma dekat sini? Da la aku taip via fon je ni. Naik berpinar mata.

And y sadisnya u never give me chance nak buat keje exec. What i done now taraf clerk je. No job satisfaction. So many reasons yang buat aku nak cabut. Tapi now aku ada commitment. Nak bayar keta lagi. Bulan 10 ni da la roadtax mati plus bulan 8 aku beranak. So nak resign ke ape? Aku try apply keje lain. Mostly co seeking me to hire as auditor. Aishhh..kalau boleh nak elak sebab aku nak fokus kat family aku. Lau nak resign without any offer aku kesian kat husband. Takkan nak suh dia bear everything?

I dont know. Allah maha mendengar. Aku tau dia da tulis apa akan jadi esok dan seterusnya. Semalam meluahkan dekat husband smpai nanges2. Bukan stress pasal keje tapi sebab mentality staff kat situ. Macam @%?3%.

What should i do now? Ya Allah...

0
Back to Top