Pindah Rumah Baru

Macam mane nak cite betapa excited diri ini di kala ini. Tapi memandangkan update entri hanya melalui fon so sumanye menjadi terbatas. Nak on lappy abg aku pinjam. Nak pinjam lappy hubby dia bawak g keje pulak. Nasib la badan -_-

Actually aku da pindah ke rumah baru. Dari flat ke rumah teres. Fuhhh puas hati gua cakap lu. Maklum la kite ni orang kampung. Mana biasa duduk rumah bertingkek-tingkek. Actually ok je if aku still bujang but memandangkan skang da kawen plus ank dlm perut ni lg 4 bulan macam tu nak kuar so nak cari environment yang much better. Lagipun rumah yg dulu kotor. I mean penduduk kat situ kurang pembersih. Tak tahan aku nak dok situ. Tu belum isu parking lagi. Stress je bila pikir.

Tapi nak ikutkan aku n luqman nak cari rumah after aku deliver. Malas nak pikir skang sbb duit banyak nak guna utk preparation anak and time bersalin and jugak time pantang. P tue la..Allah bantu mempermudahkan jln kami plus rezeki anak aku jugak yang la ni kuat benar menendang. Tak penat ke adik baby? Ha nak selit iklan sat. 2weeks ago g scan. Dengan harapan dapat tengok jantina anak aku. Ape y terjadi anak aku main sorok2 plak ngan kami. Asal doc nak fokus kat tut tut je dia p tutup dgn peha dia. Time doc p tengok tempat lain boleh plak dia main lunjur2 kaki (menendang). Saje je tau buat ibu n abah geram. Ase nak pegang je kaki comel tu. Hehehe

Now back to topic. Rumah baru ni ok la sebab masa p tengok rumah baru je dua hari siap dari renovate. So ase macam masuk rumah baru gitu. Harusla kami excited plus kami org first yg call nk tgok rumah. Yg bestnye tgok rumah sabtu, ahad sign agreement + bayar deposit then isnin malam terus pindah. Nampak tak kegelojohan di situ? Bukan aku p suami aku. Tak menyabar giler. Hahaha..aku bukan tak excited tapi memikirkan tengah berbadan dua ni tak larat gua ckp lu. Nak2 lagi da 5bulan da. Makin cepat penat. Nasib si luqman understanding. Dia sorg je y cuci rumah. Aku observe like a ladyboss. Hahaha gitu. Nasib rumah baru renovate so tak seksa zahir nak cuci.

Lepas bayar deposit tu jugak la g cuci rumah. Lepas tur esoknye mntak ihsan abg aku tolong kami pindah. Takkan nak harap laki aku sorg kan. Jenuh nak angkat freezer, washing machine bagai. Nasib jugak abg aku bawak kawan dia sorg. At least cepat sikit kerje nak angkut barang.

Tapi idak la on the same day nak kemas. Memang lunyai keletihan la esoknye nak g keje. Makanya weekend la start beroperasi. Unfortunately, laki aku keje plak arini. So mak buyung ni la ngemas ape y patot. At least tak nampak messy sgt. Now on the way nak kemas bedroom. Ni pun mata da letih n ngantok. Aishhhh. Dugaan dugaan. Ok la nak rehat jap. Daaa

0
Back to Top