Bila Dah Ada Anak Semua Berubah

Mula-mula masa baru lepas lahirkan Mimi aku mengaku memang stress gila wei. Stress dengan anak asyik menangis sebab lapar la sebab that time susu aku belum betul2 keluar. Masih jadi air lagi. So tengah-tengah malam tak boleh tido sebab Mimi menangis. Bila susu da keluar banyak masalah lain pulak timbul. Si Mimi jenis asyik terjaga dari tido. Dan time tu kekerapan dia nak menyusu sangat extreme. Mau sejam sekali bangun nak nyusukan dia. Sampai 1 tahap rasa nak menangis. Dalam hati boleh terdetik "macam ni ke feeling ada anak?" haaa beristighfar aku. Gaya macam tak bersyukur pulak kan. Maklum la orang dalam pantang ni pun sensitiviti kemain tinggi jugak. Dah la suami dekat Puchong aku dekat kampung. 

Tapi now Mimi pun da dua bulan. Alhamdulillah aku sikit-sikit da boleh adapt dengan perubahan after ada anak ni. Setakat bangun tengah-tengah malam dah takde hal. Lagipun sejak2 Mimi da makin membesar ni dia da takde la menyusu kerap sangat. Kalau waktu malam tu kemain lena dia tido sampai kadang-kadang aku yang kejut dia nak nyusukan. Yela takut la pulak kalau perut dia masuk angin ke apa kan. Dari pukul 12am sampai ke subuh adalah dalam dua kali camtu aku bangun.

Dan sejak ada Mimi ni aku memang bangun awal ok. Dah takde la istilah nak bangun pukul 9 ke 10 pagi lagi. Mimi da bertindak menjadi alarm aku da. Dalam pukul 6 macamtu confirm aku da bangun tukar pampers dia susu kan bagai. Anak aku ni pulak kalau waktu subuh camtu dia da tak reti nak tido balik. Puas tido la kot. Sampai 1 tahap aku biar kan aje la dia berkayuh dalam rocker tu sebab nak sambung tido. Hahaha. Nanti dia penat pandai la dia bunyi ek ek ek. Nak susu letew. Nasib ibu dia ni jenis senang terjaga kalau terdengar bunyi.

Kalau waktu siang pulak Mimi suka tido time2 tengah hari. Tapi tido dia tak la selena time malam. Dalam setengah jam ke sejam ke mesti dengar da bunyi ek ek ek dia. Masa mula-mula yela dengar sikit ek ek ek da terkejar-kejar tengok anak. Tapi skang selagi ko tak menangis selagi tu la aku buat bodoh. Kalau tak memang satu keje rumah tak jalan. Ada jugak certain masa Mimi ni susah sikit nak tido siang. Da aku ayun-ayunkan rocker pun tak reti nak tido. Di ajaknya kita borak ada la. Hahaha. Kalau jadi macam tu aku biarkn aje dia berseronok dalam rocker ataupun letak atas tilam. Then aku pergi sambung keje. 

Tapi bit poning kepala kalau Mimi tak sihat. Masa BCG dia nak pecah aritu dia takdela keje menangis manjang. Tak nangis pun just nak berkepit dengan kita je. Tak nak tido asing nak tido atas riba. Macam kelmarin Mimi baru inject untuk 2bulan. So memang kebiasaan baby akan demam. Anak aku ni mula-mula tengok ok tapi semalam badan dia suam2 dannnnnn asyik menangis nak kita dukung dia. Tido pun nak atas kita la. Kalau tinggal kan dia kejap mula da dengar dia nangis simpati tu. Dah takde da bunyi ek ek ek. Nak buat keje pun tak senang. Da la carrier dalam keta Baba dia. Ikut hati nak usung Mimi guna carrier. Senang nak buat keje. At last tunggu Baba dia balik keje baru aku masak. Sepanjang hari sempat basuh baju tu pun sebab guna mesin basuh dan masak nasi. Hari ni Mimi macam ok sikit even aku cek badan dia ada sikit suam la. Tapi tak la merap macam semalam. Hope Mimi cepat sembuh tau sayang. Aku pun takde la bagi ubat kerap. Risau jugak sebab dia baby lagi kan. Semalam bagi makan sekali. Tadi pulak baru makan ubt tu pun sebab badan dia suam sikit. 

Sampai sini je la kot celoteh aku. Actually banyak entri yang still pending. Aku takde masa la. Tapi aku tetap nak buat. Nanti bila Mimi da besar boleh la baca karutan mak ko ni. Hehehe. 

K daaa
0

Kerisauan: Anak vs Pengasuh

Pejam celik pejam celik lagi seminggu lebih aku dah naik keje selepas bercuti bersalin dua bulan. Bukan sebab dah nak keje yang aku pikirkan even kemalasan tinggi tapi risau nak hantar anak kat pengasuh :'(

Maklumlah anak first kan. Macam2 cross to mind. Boleh ke pengasuh jaga anak aku dengan kerenah anak aku? Ohh before tu biar aku introduce nama anak dulu yakni Syamimi Diana. Actually banyak entri yang pending. Banyak cerita nak story tapi masa tu yang takde. Maybe soon. Aku try la yea.

Ok back to story...Mimi ni (nama manja anak iolls) jenis yang kuat menyusu. Sangat kuat ok! Kadang2 dua kali menyusu baru dapat tido dengan lena. Agak-agak pengasuh layan nafsu anak aku or dorang ada schedule untuk bagi baby susu? Abis takkan nak bagi anak aku melalak lama? Memang orang cakap jangan manja sangat anak tu. Aku takde la sampai tahap Mimi baru bunyi ek ek ek aku dah terhegeh-hegeh angkat dia. Non hado er. Lau lagu tu memang satu keje tak boleh buat tau.

Then aku risau pasal tido. Anak aku ni pesen dia jenis tak boleh tido dengan sendiri. Means ko letak je atas tilam bagi dia berkayuh sampai penat pastu boleh tertido. Itu mustahil. Sejak dari lahir sampai la ni dia jenis kena minum susu dulu baru boleh tido. Tu pun kena tepuk2 dia. Skang bila da balik rumah sendiri aku letak dia atas rocker. Boleh ayun2 kan. Lagi la dia manja2. Takut nanti da sampai rumah pengasuh langsung dia tak tido siang :(

Sekarang ni memang tengah berjuang pam susu banyak2 untuk bawak gi rumah pengasuh. So disebabkan anak aku kuat menyusu aku kena put effort lebih la bagi extra susu. So far sehari dalam dua kali aku pam. Sekali pam boleh cecah 5-7oz. Tapi kalau Mimi baru sangat lepas menyusu dapat la dalam 3oz camtu. Tapi aku tetap bersemangat kental nak pam pam pam dan terus pam. Sebab aku tau penghasilan susu tu sangat2 bergantung kepada mind set dan emosi kita dan bukan faktor breast pump ye anak2.

Ikutkan hati nak aje berhenti keje. Tapi...too much commitment. So aku gagah la keje. Hope Mimi and pengasuh boleh bagi kerjasama dengan baik. Please jangan risaukan ibumu ni.

p/s: Tak sanggup nak berpisah sebenarnya dengan anak even just for 8 hours. Nak pulak skang isu pengasuh buat dajal kat budak. Ya Allah...lindungi sentiasa anak aku yang masih kecil yang masih tidak mengetahui apa2. AMIN
0
Back to Top