Kursus Asas Penguasa Kastam Gred W41 Siri 4/2015 [Part 1]

Pejam celik pejam celik tup tup lagi dua minggu je tinggal untuk aku habiskan sisa-sisa aku dekat Akmal ni. Tak sabar giler wei even tak tau lagi mana dorang nak campak aku. So far aku redha je la. Yang penting aku boleh habiskan kursus aku nie dengan jayanya!

Actually Kursus Asas nie bermula 19 Oct yang lalu dan akan berakhir 11 Disember nie. Lebih kurang 8 minggu jugak la aku berkampung dekat Akmal nie meninggalkan suami dan ank tercinta demi kerjaya gitewww. Ok so takmo buang masa. Entri kali nie aku nak share sikit la apa aktiviti yang kami da lalui dengan jayanya. Hehehe

Ok as usual kalau minggu pertama macam tu selalunya confirm ada aktiviti LDK. Itu normal. Semua orang sure pernah alaminya kan. Then after LDK dalam empat hari kita kena tempuh aktiviti kawad yang berlangsung lebih kurang 10 hari macam tu. Start KAWAD DAY tu memang habis semua muka rentung weii. Sobs sobs sobs. Walaupun rentung tapi ok la aku enjoy sebab da lama tak berkawad kan bila sekali berkawad tu terasa sakit-sakit satu badan. Nampak sangat aku nie jarang pi exercise. Hahaha. My bad. Time berkawad ni memang rasa time paling hectic sebab always kena on time plus padang kawad tu jauh kot dari hostel aku. Dengan pakai kasut kawad yang berat lagi. Tu tak termasuk lagi dengan kaki yang melecet. Memang menguji minda. Tapi as aku cakap tadi even ade rungutan tapi aku enjoy je. Kita kalau nak lakukan something tu kena always think positive and ikhlas baru la apa yang ko buat tu terasa enjoy giler. Tak silap aku ada la nak dekat 10 hari jugak berkawad.

Time kawad. Hidup Kontinjen 5!!!

Aerobic day!

After kawad pulak kitaorang kena attend kelas. Dengan muka da rentung kita masuk ke kelas pulak. Kelas yang kita datang ni cover almost a part of Customs jugak. Dorang akan brief satu2 skop bidang kerja kat Kastam. Tapi kelas yang paling lama dan panjang harus lah GST. Sakit kepala nok nak paham even aku ni budak akaun. Maybe sebab short class kan. So everything is rushing. So far aku tak suka sangat pi kelas sebab penyakit mengantuk aku akan mai menyerang..serius wei. Time kelas memang aku ase macam pi kedai runcit. Setiap orang sure bawa bekalan jajan ke gula2 ke asam ke punya nak nagi hilang mengantok kan.

Lepas tamatnye sesi kelas kitaorang ada hari kokurikulum selama 4 hari. Aktiviti yang terlibat ialah swimming, menembak dengan taekwando. Swimming ok lagi even kena terjun kat tempat tinggi tu..12 kaki kalau tak silap. Memang seriau. Aku siap pesan kat cikgu2 suh depa pi sambut aku. Hahaha. Tapi korang tak payah risau memang ade cikgu2 yang standby kat bawah. Menembak pulak aku memang takde talent. Tangan aku cikgu panggil kuat rentap. Adoiii tak tau la nak lembut camne lagi. And last taekwando. Aku paling suka sebab dulu2 ade gak join so basic tu sikit2 ade la. HAhaha..so those activities akan ade ujian. Tapi jangan risau sebab cikgu cikgi ni semua baik2 and tak strict.

Taekwando class. Why so serious?
Lepas abis minggu kokurikulum terus kena pi kembara pulak dah dekat Kem Asahan area Jasin. Penat memang tak payah cerita. Tapi sebab kita skang tengah berkursus jadi nak tak nak kena pergi jugak. Actually aku suka je pi kembara sebab zaman sekolah dulu aku rajin join camping bagai. Cuma this time atas faktor penat melampau ikhlas tak ikhlas je pi nok. Hahaha..aktiviti time kembara ni bagi aku semua ok je aku boleh hadam cuma sebab kitaorang pi 3 hari 2 malam so everything suma rushing. Contoh hari Sabtu ade aktiviti kembara sejauh 22km tapi before start pi kembara ada aktiviti kecergasan dan halangan. Aku pilih kecergasan sebab tang halangan semua da pakat amik. Aku no idea aktiviti kecergasan nak buat apa. Join sebab tak mo la digelar passenger kan. Aktiviti halangan pulak kita kena rempuh halangan la yang kena panjat sana panjat sini tu (sorry nama-nama halangan tu aku tak tau but mostly pernah try la time zaman sekolah dulu). Lepas tu misi kembara pulak platun aku berjaya sampai dalam pukul 06:15pm. Lambat 15minit dari waktu yang sepatutunya. Lagipun kitaorang gerak lambat. Rehat sejam lebih je pastu kol 9 da kena get ready nak pi Malam Burung Hantu. Malam yang super tired sebab tidur kat atas tanah merah je. HAhaha..tapi best sebab tidur ramai2. Dalam kol 3 ke 4 am baru balik ke kem semula.

After habis kem tu pulak ade public speaking, presentation and exam. Omakkk...sekali lagi mentalku hampir terkoyak. Hahahha. everything memang last minute prepare. Lagi pulak kita ni da lama tinggalkan zaman belajar so kepala otak da berkarat sikit. Tapi bila berjaya habiskan ketiga2 tu aku super lega sebab lepas ni aktiviti da takde sangat. Start next week aku just perlu attend kelas untuk preparation nak amik PTM (ok join government memang takkan terpisah dengan amik exam. Sis redha). Semalam pun just pi gotong royong kat kampung yang terpilih. Tu pun tak heavy sangat sebab ramai yang join so cepat la abis gotong royong tu. Ohoiii tak sabarnya nak abis kursus!

p/s: Esok dinner and dengar kata akan announce penempatan. Doakan aku dapat dekat dengan suami dan anak. Amin






0

Penguasa Kastam W41

Gembira dan sedih itu yg mampu diucapkan sekarang....

Bila dapat email dari SPA dan call dari kastam dengan memberitahu aku dapat tawaran untuk jawatan Penguasa Kastam W41 aku bersyukur tak terkata. Yeala bukan senang nak masuk gomen kan. Meh aku share ceghita pengalaman aku dari exam sampai ke saat aku ditawarkan dengan jawatan ni.

Tahun 2014 (dalam bulan 6 or 7 kot aku tak ingat) Aku dapat berita dari FB, family dan kawan yang kastam ada buka pengambilan untuk jawatan Penguasa Kastam W41 ni. Dia ada la bagi due date sekali kan. Tapi that time aku buat bodoh je sebab aku bukan minat sangat dengan badan beruniform ni. Tapi nak dijadikan cerita time tu aku memang tengah sarat mengandung and that time is last day untuk apply for that position. Masa tu aku kat opis ternampak officemate aku bukak spa. Then aku tegur sambil berseloroh la. "Nak try gomen ke? " Then officemate aku bagitau yang hari ni last date nak apply untuk position tu. So aku pun macam ermmm ok la aku pun nak apply la. Memang time tu suka suki je apply. Bagi aku chances macam tipis la kan. Tapi belum cuba belum tahu. Betul ke idok?

Masa aku tengah dalam pantang aku dapat sms tak silap yang aku terpilih untuk menduduki exam bagi jawatan Penguasa Kastam W41. Time tu memang susah nak study ke ape ke since masih dalam pantang. Dengan letih dengan nak layan kerenah anak sulung aku lagi. Tapi Alhamdulillah that time memang suami and family banyak membantu. And as the result aku berjaya dapat interview. Date of interview pn time tu aku di penghujung2 hari aku berpantang. Tak silap lagi beberapa hari nak genap 44 hari aku kena p interview dekat Putrajaya. That time aku rasa aku paling selekeh dengan tak prepare ape pun. Memang tak sempat wei. Gaya nak search ape yang patut anak da menangis nak susu. Penat menjaga anak buatkan aku tak sempat nak prepare pape pun. Cuma beberapa hari before interview sempat jumpa abg ipar laki aku. Dia pun keje kastam. So dia share la experience dia time pi interview. Then tanya la sikit pasal GST.

Tapi habaq hang bila da kat pejabat spa seram sejuk wei sebab calon2 semua pakat bawak notes. Mulut terkumat-kamit menghafal. Aku? Keluarkan handphone dan tanya org sebelah., "Nak baca ape ek? ". Hahaha... Nampak tak cam nak tak nak je mai. Bukan xnak prepare betul2 tapi masa memang tak mengizinkan. Aku redha dapat ke tak. Dapat pi peringkat interview ni oun aku da bersyukur sangat. Alhamdulillah.

Aku malas nak cerita time interview aku dorang tanya ape. Maybe akan cerita tapi untuk next entri kot.

After interview tak silap ade date nak cek result interview. But aku tak ingat bape lama kena tunggu result after interview. Bila cek status aku ialah calon simpanan lantikan. Dalam hati aku.. Ohhh dapat jugak er even simpanan. Aku bersyukur la even sekadar simpanan. Mana tau ade rezeki kn.

So menunggu itu satu penyeksaan. Aku tak berharap sangat sebab my ranking kebelakang jugak. 779 dari 2000 calon simpanan. Ko ghase? Hahahaha. Intake pertama tak silap awal tahun 2015. Selama 3 intake tunggu tapi still tak sampai lagi le ranking aku. Tapi bila group kt fb ade bagitau yang bulan 10 ni ade intake aku pun buat kiraan. Dan kiraan aku mengatakan nama aku tersenarai. And u know what? Alhamdulillah akhirnye kan.. Almost 1 year menunggu. Hehehehe

Esok hari untuk melapor diri ke AKMAL. nervous plus excited plus sedih sebab kena berjauhan dengan suami dan anak selama 7 weeks. Menangis la daku di bucu katil asrama sebab kenangkan anak dan suami. Huhuhu. Ok la jom tido. Esok nak bangun awal.

P/s: Musim2 jerebu ni jangan lupa minum air banyak2 yea. Salam and gudnite...




posted from Bloggeroid

2

FYI - Nappy Rash Cream

Nak dijadikan cerita ada satu hari tu anak aku kena cirit birit yg agak teruk sebab baru aku tau yg anak aku allergic dengan yogurt sebab last time aku belikan dia nestume baby flavor yogurt. Hai sorry syg mama tak tau. Maklum la tiap org allergic lain2. So untuk anak mama ni kira kena try and error la baru tau ape yg allergic ape yg tidak kan.

After mkn dua sesi anak aku merengek. Rupa2nya prut meragam and cirit birit sampai bontot dia merah teruk. Macam terbakar. Kulit merah sampa kering. Kesian aku kat anak dagha aku ni. Usually kalau bontot dia melecet aku apply minyak kelapa dara yang buat sendiri. 2 3 hari insyallah hilang merah tu. Kalau pakai yg kat pasaran punya tak berkesan dekat kulit anak aku. Maybe da campur dengan chemical sikit. Before tu jugak pernah try nappy cream macam drapolene tapi still bontot anak aku tak ok. Bila pakai minyak kelapa dara yg FIL aku buat baru berkesan.

Tapi disebabkan bontot anak aku kali ni kaw2 punya merah dia so pakai minyak kelapa dara pun on off je merah dia hilang. Kejap ok kejap tak. Risau aku dibuatnya. So aku pun mintak pendapat Kak Lin (owner nursery anak aku. Dia pernah keje dekat bahgian ubat kat hospital so kalau anak sakit ke ape dia akan suggest ubat apa yg patut and tak patut bagi). Hari tu panjang lebar Kak Lin story kat aku. Dia cakap kalau bontot anak da teruk macam ni dia suh beli dua jenis nappy rash cream which is Sudocream and daktacort. Sudocream ni korang apply kat belakang which is area bontor baby while daktacort sapu dekat depN bahagian tut tut baby. Dalam 2 hari camtu insyallah hilang. Fyi uolls nappy xream yg berlambak kat pasaran like pureen ke drapolene ke kte still kena beli and apply kat baby even bontot dia tak merah. Dia macam protection la. Tapi kalau terlampau teruk so korang kena pakai la dua jenis cream yg aku sebutkan tadi.

Lepas habis Kak Lin cerita memang gigih la aku dan baba dia mencari. Yela hati parent mana sanggup tengok anak merengek kalau tiap kali kencing pedih kena kulit depa kan. Aku cari dekat Farmasi Caring..alhamdulillah ada. Balik rumah memang terus apply. Tiap kali tukar pampers anak aku akan sapu. Alhamdulillah la dalam 3 4 kali sapu nampak perubahan. Lega sangat. So aku sapu sampai bontot anak aku dah tak merah da. Once da takde aku stadt sapu cream biasa macam drapolene tu. And till now bontot anak aku susah nak merah. Kalau ade pn sikit je la. Syukur sangat uolls. So dalam travel bag anak wajib ada 3 jenis cream ni.







Ni cream yg korang kena beli kalau anak kena nappy rash tahap teruk.  Sudo
cream utk belakang and daktacort utk sapuan depan.




Now aku pakai drapolene after pureen cream da abis
0

Masak ke makan luar?

Dulu time bujang boleh la bermalas-malasan nak masak sebab makan untuk sorang je kan. Tapi dulu time study aku rajin masak time cuti sebab malas nak keluar tapau. Hehehe

Masa mula2 kawen dulu laki aku takde la suruh masak sangat tapi iya kita baru kawen konon nak tunjuk skill kata ko. Dari sarapan sampai ke dinner iolls prepare sendiri ok. Punya gigih nak kenyangkan perut si suami kan. Memang jimat duit wa cakap lu. Aku gi kerja pun bawa bekal. Memang berganda jimatnya.

Nak dijadikan cerita aku kan bunting pelamin 😁😁😁 So sebulan lebih kawen aku da disahkan mengandung. Start that moment memang aku dan suami makan luar je sebab aku alah masuk dapur. Asal jejak kaki ke dapur aku mula nak pitam. Memang bau dapur cukup meloyakan aku . Tapi takde la tak masak langsung cuma boleh kira la. Hahahhaha

Cumanye makan luar ni memang duit keluar macam air. Nak lagi bila da ada anak perbelanjaan semakin tinggi. So aku laratkan diri untuk masak. Alaa masak yang simple janji perut kenyang. Boleh saving banyak kot.

Hari-hari makan luar bosan kot sampai tak tau nak makan ape dah. So as conclusion masak je sonang. Cuma rajin tak rajin je kan yg jadi masalahnya? Hehehe

posted from Bloggeroid

0

Cara Ajar Anak Duduk Dalam Carseat

Salam semua da lama tak coret dekat blog ni kan sejak2 jadi emak ni. Eh tapi sebelum jadi mak lagi memang da jarang update da. Hehehehe. Bukan ape aktiviti banyak sangat.

Sejak ada anak kecik ni macam2 benda yg kita nak jaga pasal anak kan. Especially keselematan anak. Tak kira la dekat rumah ke kat luar ke.

Kalau korang keluar naik kereta bawa anak korang prefer pegang atau guna car seat? Tu yang kita nak bincangkan hari nie. Chewaahhh

Ok anak aku sekarang ni nak masuk 9 bulan but honestly aku betul2 fully gunakan carseat for my little princess sejak kes accident dekat highway duke aritu. Macam lambat na je kan aku dapat kesedaran. Walhal before ni bukan takde kes accident baby tercampak keluar tapi since kes kt highway duke tu jadi viral so ia sangat meninggalkan kesan kat aku dgn husband aku. Bukan anak je aku praktikkan letak dalam carseat. Aku duduk belakang pun pakai seat belt tau.

Aku paham bukan senang nak train anak dok dalam carseat. Kang sikit2 nanges sampai kita tak senang duduk. But believe me safety anak is more important.

So how aku train her? Actually bukan tak pernah letak dia dalam carseat tapi sangat la jarang. Guna bila aku gi kerja sendiri atau baba dia terpaksa amik anak dulu sebab aku balik keje lambat sikit. Tapi bila aku naik together dengan suami memang aku pangku je Mimi all the time even i realised bahaya kan.

So starting aku letak Mimi dalam carseat for short distance. Contoh nak hantar dia dekat nursery kan. So aku letak dia jugak even baba dia ada. Mula2 memang Mimi bertahan dalam 15minit gitu pastu da mula ek ek ek. Takpe aku angkat dia nenen kan dia kasi mood dia ok then put her back dekat carseat.Trust me lama2 dia akan biasa.

But normal kalau dia ek ek ek kan. Xuma tempoh dy nak bunyi tu takdela kejap2 nanges. So bila in short distance dy da biasa baru la kita try gi long distance like balik kampung.

Selalu anak aku ni nanges sebab bosan, nak susu, nak kita anje2 kan dia je. So korang angkat la dia kejap and told ur husband yang kita ngah hold anak so that dia boleh tukar lorong kiri sekali and drive slowly. Bila da nenen kan ank or mood dia macam da ok then letak la dia balik dalam car seat. Simple as that.

Cara yg aku explained just now tu cara tg aku dan laki aku praktik kan la. It depends kat parent. da parent yang tak kisah anak dia melalak as long as anak dok dalam caraseat. But for me mendengar tangisan anak tu da bisa menghiris hati ku tau gitu.

Apa pun cara yang penting keselamtan anak. Jangan pulak ada yang mengeluh carseat mahal. So better pangkh je. Pilihan di tangan korang. Nyawa anak atau wang ringgit? Aku tak nafikan memang banyak duit da kami invest untuk anak nak2 lagi anak first kan. Tapi tak kisah janji selamat kan. Hope da besar belikan mama ngan baba rumah banglo er. Eh..hahaha k bai

posted from Bloggeroid

0
Back to Top