Sama-sama Buat Sama-sama Tanggung

Salam Aidilfitri semua!!! Beraya mana hari ni? Iolls duduk rumah saja. Mengemas apa yang patut. Maklumlah bercuti di kampung seminggu memang rumah tunggang langgang la jawabnya kan. Bila ada masa sikit ni tangan rasa gatai nak update blog pulak dah.

Menjadi seorang isteri dan ibu yang berkerjaya ni memang super-tired. Tapi aku idok la cakap yang suri rumah kerjanya tak penat. Actually kita sama je. Cuma suri rumah kena hadap kerja dekat rumah 24 jam while orang macam aku ni duduk penat stress pasal kerja dekat opis then balik rumah kena hadap hal dekat rumah hal anak hal suami etc. Kalau tak pandai manage stress memang boleh menyebabkan kemurungan tahu. Tu yang kadang tengok parent manjang nak marah anak-anak depa. Bukan apa depa penat campur stress dekat opis balik rumah hadap kerenah anak pulak. Nak lagi kalau anak yang sedang membesar. Hahaha

Alhamdulillah so far da hampir 3 tahun menggalas title isteri dan almost 2 years menjadi ibu. Kalau throwback tahun-tahun yang sebelum memang aku akui susah nak manage diri sendiri dengan anaknya suaminya rumahnya sebab kita tak biasa lagi. Ingat lagi tahun 2014 Mimi dilahirkan. After pantang balik rumah sendiri dok fokus dekat anak je. Nak buat kerja sikit anak dok ek ek nak susu. Memang peranan aku masa mimi berumur setahun and below sangat mencabar and penting sebabnya Mimi breastfeed. So bapaknya apa la sangat dapat nyumbangkan. Bagi mandi Mimi, tukar pampers, main dengan anak je la. Hahaha. Mimi ni kalau aku cuti memang berkepit 24jam je dengan mamanya.

Tapi aku realised dalam rumah tangga ni memang pasangan kena bertolak ansur antara satu sama lain dan tolong menolong ibarat berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing gitu. Contohnya kau breastfeed anak so laki kau jangan dok ngakang tengok tv je pi la tolong maknya basuh peralatan breastpump ke lipat baju ke buat air ke ape kan. Tapi spesis macam aku ni kadang bukan malas nak minta tolong tapi jenis yang better buat sendiri baru puas hati. Laki aku pulak bukan jenis sayang nak abang tolong pape tak? Memang non hado la. Ko senddiri yang kena cakap kat laki ko tahu. Contoh "abang tolong basuhkan botol Mimi. Abang tolong buatkan air. Abang bla bla bla" 

Tapi kan kau kena faham spesis lelaki ni di mana kalau kita terlalu mintak tolong nanti jauh di sudut hati depa yang actually lagi berhati tisu ni depa ingat bini depa ni jenis yang kuat mengarah tau. Bila da ingat macam tu nanti dorang buat kerja tak ikhlas lepas tu masam muka sentap dengan kita tak tentu pasal. Then kita mesti macam ko da kenapa? Hahaha

So dekat sini kena main psikologi sikit. Aku selalu la berpillow talk kadang xpillow sangat pun dok santai-santai aku explain kat laki aku keadaan aku. Yela aku pun kerja tahu. Bukan dok rumah. If aku suri rumah maybe aku boleh jaga rumah dengan hampir sempurna tapi aku pun turut kerja so kita memang kena fokus dekat banyak benda. Bukan takat rumah tapi kerja melambak dekat opis. Memang keadaan sebegini memang perlukan sokongan 100% dari suami. Cubala ringankan tulang tolong isteri. Ingat yea isteri bukan kuli. Camtu jugak dengan isteri jangan jadi queen control mengarahkan suami itu dan ini like a boss. Kang siapa sebenarnya ketua rumah ni?

And bukan sekali aku bagitahu laki aku. Banyak kali. Hahaha. Mau bernanah dia. Bukan merungut tapi kita mohon dia faham. Lelaki ni memang lain sikit perangai. So kita tak boleh expect bagitau sekali terus suami akan tolong selamanya. Sometimes depa fikir tolon untuk hari ni saja.  So memang kita kena berdrama sikit la dengan suami. Seperti mengeluarkan ayat-ayat yang mampu buat depa serba-salah like "B tolong mandikan anak er. Saya penat sangat hari ni. Kerja dekat opis terlalu banyak" atau "B kita makan luar nak tak? Saya tadi ada kerja luar. Da la panas berejam berjemuq ni". Tapi tak bolehlah selalu bagi alasan nanti kang suami pikir ada bini tapi macam takde. Haa susah pulak kan.

Cuma kat sini yang paling aku nak tegaskan konsep tolong menolong tu. Sekalipun suami tak pandai masak takpe. Jangan kita paksa pulak nanti ko sendiri yang tak lalu makan. Hahaha..tapi tapi bab jaga anak. Jangan pulak suami bagi alasan tak pandai jaga. Habis buat anak pandai pulak kan? Hahaha. So belajar la belajar. Jangan semua letak kat bahu si isteri. Kesian depa tahu. Isteri kalau tengok suami layan anak time dorang sibuk buat kerja rumah pun hati da sejuk tau. Ni tak biarkan anak main sorang-sorang apaknya sibuk main phone. Apa kejadahnya semua ni?

Kesimpulannya pandai buat anak pandai-pandai la bahagikan tugas macam mana nak manage rumahtangga sendiri.

Sekian,

Puan Wany



0
Back to Top