Mimi Nak Masuk Dua Tahun Dah!

Tik tok tik tok lagi berapa jam lagi Mimi nak masuk dua tahun dah. Tapi sekarang Mimi tengah tido sebabnya siang tadi dok pulun keluar pi cari barang-barang nak buat birthday party Mimi kat sekolah. 

Kadang tu teringin jugak nak celebrate birthday anak ni macam orang lain buat like party la. Invite sedara mara kawan semua mai. Tapi ceritanya i is tak berapa rajin nak bermajlis ni. Macam leceh nak pikir tema la makanan la. Lagipun aku tak kreatif and memang malas la. Hahaha. Mungkin sebab family aku pun dulu bukan celebrate sangat birthday ni semua. Lau kena birthday aku dulu rajin la jugak bapak aku belikan kek pasu tiup lilin semua. Tapi zaman kecik la. Bila da makin membesar ni non hado da celebration semua. Cuma kiriman ucapan birthday or mak aku masak yang best-best la sebagai pengganti majlis hari jadi tu.

So sempena hari jadi Mimi esok aku ngan suami takde planning ape pun sangat. Tapi demi anak kesayangan yang sorang ni kami plan nak usung Mimi pi makan secret recipe je kot. Kot la. Tu rancangan terkini. Tapi tak tau la esok camne. Kita kan mampu merancang. Allah yang tentukan. Mana tau esok nak celebrate kat tempat lain pula kan. So kita tunggu dan lihat je.

Dari segi hadiah cukupla kasih sayang mama ko ni nak. Hahaha. Actually tak pikir lagi nak beli apa. Tapi after birthday Mimi yang pertama hari tu memang da pasang niat siap-siap aku nak plan nak beli hadiah apa, nak belikan Mimi kek yang macam mana. Tapi tu la pejam celik pejam celik eh Mimi nak masuk dua tahun da. Aku pun tak dan nak pikir nak bagi apa. Nampak tak sayang betapa busy na na mak kau ni kan. Hahaha. Tapi sesibuk mana pun aku ni otak ligat jugak pikir nak beli ape. End up aku belikan kinetic sand sajo untuk Mimi. Biar kepala hotak dia ligat sikit berkembang kan. Eh da nape semua nak story skang ni walhal esok baru birthday dia. Tak suprise pulak rasa. Hahaha. Tapi citernya lau tak share skang entah bila aku nak bukak blog ni. Baik sementara rajin ni sementara anak tido ni aku curi masa kejap kan. Hehehe.

Untuk celebration kat sekolah dia pulak aku beli beg plastik printed cartoon as goodies bag then isinya aku beli air kotak, biskut and sumi. Tak lupa jugak aku belikan belon puat penyeri dan untuk memeriahkan majlis beserta props macam topeng tu, tempat tiup-tiup tu aku tak tau la ape nama dan juga kek harijadi. Tapi kek aku tak beli lagi. Esok je la pi usha. Niat dulu nak tempah tapi rasa macam ermmm mahal jugak lau tempah nak ikut citarasa ni kan. Hahaha.

So ini sajo la preparation aku untuk majlis harijadi anak dara ni. Kalau sempat aku update la lagi. Nanti kita nantikan pula la yea bila Mimi nak masuk tiga tahun. Apa pulak yang omma Mimi nak buat kan. Ok gudnite semua!

Puan Wany
0
Back to Top