Tak Sangka Kan

 
Hi selamat petang semua. Aku tengah teman Mimi ni tengok Teletubbies. Petang-petang ni boleh la lepak-lepak sikit sebab da siap masak makan semua. So ada la masa untuk diri sendiri kejap sementara anak dagha tak kaco kennn...

Bila da kahwin ni kan rasa macam tak percaya sangat dengan apa yang aku berjaya buat. First buat anak. Eh..hahahaha..next second anak tengah berusaha lagi. Hahaha. Ok actually first yang tak sangka bila boleh bangun awal. Awal aku selalu kalau cuti pukul 6 lebih or depends kat Mimi. Bila tengah datang bulan pun kengkadang tak boleh nak bangun lambat sebab Mimi ni jenis bangun awal. Bila dia da bangun tak mungkin dia tak kaco aku. Hahaha. Nanti ajak keluar tengok tv. Memang tak sangka sangat kan aku boleh bangun awal? Cer compare dengan zaman bujang dulu? Kehkehkeh

0

Kawan

Semua orang ada kawan. Dari zaman kecil sehingga dewasa setiap manusia perlu kawan. Pelbagai definisi kawan yang boleh kita huraikan (berdasarkan perspektif aku la). Ada yang nak kawan sebab tak nak sunyi. Ada yang nak berkawan sebab nak mengena. Ada yang berkawan sebab diri sendiri tak boleh jadi independent. Walau apa jua definisi kawan itu, memang setiap manusia pasti ada kawan. Jangan nak membongak kalau ko cakap tak pernah ada kawan! Sekali pun dalam dunia ni tinggal ko sorang je tapi hakikatnya Allah masih ada menemani. Setuju?

0

Lara Oh Lara

Siapa kat sini anak dia suka tengok Lara Oh Lara? Kalau suka boleh geng dengan anak aku. Suka benor dia tengok si Lara tu. Sampaikan bangun-bangun tido mata tak bukak lagi tapi mulut dok bunyik nak lara nak lara. Mengigau ke ape tu? Motif sangat tau bila all the times nak bukak Lara je. Hahaha

Actually starting Lara Oh Lara bersiaran tu aku la yang tengok. Sebab Lara dengan anak aku ni beza sebulan lebih je. Masa Mimi dalam perut aku suka tengok si Lara ni sampai la Mimi da keluar still suka tengok keletah si Lara ni. Tapi lama kelamaan Mimi pula terjebak tengok Lara Oh Lara ni. Memang 24 jam nak bukak Lara. Adoiyai. 

0
Back to Top