Jumpa Pakar HTAR

Scan di private clinic. Doktor Azlini yang detect air ketuban aku terlebih. AFI = 256mm

Berikutan masalah aku iaitu mempunyai air ketuban terlebih seperti yang dah aku bebel di entri sebelum ni di mana korang boleh rujuk SINI. Jadi kali ni nak cerita pulak pengalaman pergi jumpa pakar. Aku dapat tarikh appointment dengan pakar bahagian O & G hari Jumaat pada 20 Oktober 2017 di mana nurse di Klinik Desa yang call dan buatkan appointment. Urgent appointment yea sebab aku tinggal a few weeks nak deliver. Sewaktu aku menaip entri ni pun usia kandungan aku dah 38 minggu 4 hari. Minggu depan hari Khamis bersamaan 9 November 2017 EDD aku yea..hahaha. Nervous makcik nok. Jadi tarikh kena jumpa pakar ialah pada 25 Oktober 2017 pukul 8 pagi.
0

Dugaan Sebelum Bersalin: Air Ketuban Terlebih

Di saat entri ini dibuat usia kandungan aku dah mencecah 36 minggu 6 hari. Jadi lebih kurang 3 minggu sebelum aku bersalinkan adik Mimi. Kali kedua mengandung aku diuji dengan pelbagai dugaan. Totally tak sama dengan sewaktu mengandungkan Mimi. Masa 1st pregnancy semuanya ok. Sepanjang mengandung ok kecuali aku takde selera makan dan setiap kali check up baby urine aku problem. Macam kencing kotor je la. Lain-lain masalah takde seingat aku la.

My 2nd pregnancy ni pulak lain pulak ceritanya. Di awal mengandung aku mabuk teruk sampai muntah-muntah, pening kepala dan as usual takde selera makan. Bila da masuk 2nd trimester, HB aku pulak on off. End up 3 kali pi check up makin turun bacaan HB aku. Tak memasal dari sticker putih terus tukaq ke sticker hijau. Tapi selepas aku consume VCO time dah masuk 3rd trimester HB dah cantik balik.
0

Cabaran Sebagai Ibu Bapa




Bila kita dah pegang title sebagai parent, dah ada anak baru terasa perit susah nak membesarkan anak. Bukan mengeluh. Tidak mungkin aku nak mengeluh dengan pinjaman yang Allah bagi.. Amanah dari-Nya. Perit susah yang aku maksudkan bila kita nak membentuk mereka supaya menjadi MANUSIA. Bila anak aku makin membesar disulam pulak dengan berita-berita dekat tv, newspaper, social media tentang perangai anak-anak muda yang masih berumur setahun jagung yang masih bersekolah, aku jadi takut. Macam mana la nak membesarkan anak dengan keadaan dunia yang makin tenat ni???

Berita yang masih hangat, dalang di sebalik kebakaran pusat tahfiz. Tidak ku sangka mereka masih budak-budak lagi. Yang paling otai pun 18 tahun dan paling muda 12 tahun. Tahu tak di usia aku masih 12 tahun aku sibuk duduk rumah sambil tengok cerita Sailormoon dan Dragon Ball yang bersiaran tiap hari Ahad? Itu tak termasuk lagi cerita yang anak pukul emaknya. Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Siapa yang harus dipersalahkan?

0
Back to Top