Dup Dap Dup Dap: Beranak & SPA

Macam da lama sangat da kan tak update entri nie. Busy sangat aku nie ha. Maklumlah bila da keje, da jadi bini orang, pregnant lagi memang semua tak ketahuan. Hahaha. Penat dia memang susah nak dibayangkan. Mungkin sebab berbadan dua kot.

Ha nak dijadikan citer due aku rabu ni aka 27/08. Tapi tak tau la budak kecik ni nak keluar bila. Macam takde tanda-tanda nak keluar awal. Tak kisah la nak janji jangan lambat sangat. Kami da tak sabaq dah nie nak gomol kamu. Hehehe

Sekarang aku da selamat berada di kampung. Memang plan nak beranak di kampung pantang pun di kampung. Laki aku pulak da selamat pulang ke Puchong sebab kena keje la kan. Takkan dia nak cuti sedangkan budak kecik ni tak kuar-kuar lagi. Berat hati tau nak suh en suami balik sorang. Tau la aku ni jenis yang tak boleh berjauhan sikit dengan laki aku. Kadang-kadang tu lau kat opis pun aku sibuk dok whatsapp beliau. Padahal jumpa je kan kat rumah. Senang citer lau sesaat berjauhan aku da rindu. Boleh gitu? La ni da dok kampung fefeeling macam zaman anak dara la pulak. Asyik dok tertunggu-tunggu si dia call or mesej kita. Hahaha. Parah hang ni wani oi. Tapi takpe la. Esok laki iolls balik nak jumpa iolls. Hopefully budak kecik ni kuar cepat-cepat sikit tau. Kesian baba awak nak ulang-alik sayang. Selagi awak tak keluar selagi tu baba awak tak senang duduk sayang.

Bab preparation kalau barang ibu dan anak semua da complete. Tinggal nak pi hospital je la. Barang untk pantang pun da lama aku beli. Mak mentua pulak da bekalkan aku dengan air selusuh. Akak ipar siap bekalkan VCO time aku 36weeks aritu. Aku pun still continue makan supplement yang klinik bagi. Persediaan nak menghadapi saat nak beranak tu insyallah aku da ready. Sebab sakit itu pasti. Yang penting baby ni selamat dilahirkan. Mak bapak aku pun da tak sabar tahu. Siap offer nak jaga anak aku kalau in case tak jumpa pengasuh lagi. Tapi tu suma da aku settlekan awal-awal lagi. Malas nak pening-pening kepala kan. Skang ni just pening dok pikir bila si tecik ni nak kuar. Hehehe.

Di samping itu, wahh ayat karangan BM sangat kan. Tadi bangun-bangun tido ada group whatsapp masuk. Ohh one of my friend dapat offer untuk exam online bagi jawatan Penguatkuasa Kastam. Aku pun pi la cek email. Kot-kot dapat jugak. Bukak-bukak hampa. Takde pun. Da siap refresh pun takde. Spam pun aku cek still takde. So aku assume memang tak dapat kot. Pastuu aku terus whatsapp hubby tanye la kot-kot dia dapat kan. Jawapan dia pun mengecewakan. Laki aku tak cek kat email dia terus buka web spa. Pas hubby aku cakap camtu aku pun macam gatai tangan pi bukak website spa. Konon-konon nak update la kan. Aku pun scroll every position yang aku apply. Suma status: Tidak melepasi syarat. Tapiiiii...bila tengok position Penguatkuasa Kastam, status urusan: Penjadualan Peperiksaan, Tarikh dan Masa Semak Di Portal SPA. Something like that la ayat dia. Aku da confius jap. Ni kira dapat ke idak ni??? Terus call laki aku, tanya member, tunjuk kat bapak aku suma. Dorang pun bagi pendapat yang sama bahawasanya aku dapat la nak jawab exam online tu. Tapi masalahnya mana aku nak cek angka giliran??? Email tak dapat. Mesej pun tak de. Mungkinkah via surat? Da la alamat aku letak kat Puchong. Haishh poning pala eden.

Aku tunggu dan lihat je la. SPA pun aku da call. Operator just bagitau skang sistem tengah down sikit. Tapi adelah direction dia bagi. Aku da buat pi tak jumpa pun tempat nak semak angka giliran ke ape. Hmmm tak pelah...malas nak pikir. For this moment aku lagi fokus kat baby aku ni..doakan aku yea kawan-kawan. Semoga urusan beranak aku dipermudahkan. Ibu dan baby selamat. AMIN
0
Back to Top