Allahuakbar

Alkisah perjalanan aku untuk pergi ke tempat kerja mencabar sebenarnya. Memang tak perlu harungi jem bagai tapi perlu berani harungi lori, trailer yang gedabak-gedabak yang super laju dari pemandu F1. Kerja di pelabuhan so driver-driver lori ni semua nak kejar trip. That's why laju tak hengat!

Aku tak nak cerita pasal environment or any experiences sepanjang ulang alik keluar pelabuhan sebab ia bakal menyakitkan hati nan kerdil ni. Cuma nak share peristiwa time on the way pi kerja tadi. Yea tadi. Masih fresh punya.

Biasa kalau on the way pi kerja highway Kesas tu takdelah jem benar sebab aku keluar dari rumah pun tiap-tiap hari pukul 6:30am  ke 6:40 am camtu sebab aku masuk keje pukul 7:30am. Biasa elok masuk highway memang aku speed je sebab keta tak banyak pun.

Tapi tadi bila tengah dok speed dalam 120 ke 130km/j aku pelik apesal kereta-kereta depan aku ni dok main brake? Apekah kan orang tengah laju nak main brake-brake pulak. Da la gelap aku pun tak berapa nampak menda kat depan tu. Tapi makin aku dekat dengan kereta depan aku nampak ade benda something like component barang yang berterabur kat atas jalan. And aku spotted sekujur badan terbaring betul-betul dekat lane tengah. Aku sempat tengok wajah beliau. Tenang je wei. Tapi ngeri sebab motor dia memang hancur. Allahuakbar. Di sudut kiri bahu jalan aku nampak kereta tersadai kat tepi jalan tapi bonet depan kereta menghadap aku. Means maybe kereta tu yang langgar then berpusing-pusing nak elak motor tu. Kronologi aku la kan. Accident tu betul-betul jadi dekat jalan yang sikit lagi nak masuk pulau. So aku syak mangsa tu kerja area pulau mungkin. Tak sure hidup or mati. Kita doakan je yang terbaik untuk beliau.

After kejadian tu terus aku rasa trauma jap. Terus slowkan kereta. Beristghifar panjang. Insaf kejap. Allahuakbar...bila-bila masa Allah boleh jemput kita. Tiba-tiba aku teringat macam mana la dengan family mangsa tu? Kalau yang ada anak-anak kecil then isteri tak kerja camne? Nampak tak jauh benar aku fikir.

Sometimes tak tau nak salahkan siapa. Adakah motor tu tiba-tiba cilok kereta tu? Or kereta tu yang laju mak tok ang sampai motor dah bagi signal nak cilok dia tak perasan? Walau apa pun baik pakai kereta, motor, mpv or any kenderaan pun please la drive careful jangan sampai susahkan orang. I know sometimes kita da drive sangat berhemah tapi orang lain pulak yang bawak macam 1&%34h. Tu belum masuk bab hamba Allah yang suka mencucuk kita tu. Sakit hati tahu. Buatnya kereta depan kita brake tetiba lagu mana? Takut aku tak hentam orang depang orang yang dok mencucuk yang hentam aku. Memang sesuatu sangat la kan.

Cuma satu je la...kat mana pun kita berada, kenderaan ape pun kita drive tolong ingat orang yang tersayang. Ingat la yang jalan tu bukan kita sorang je yang guna. Jangan bongkak sangat time driving tu. 

Sekian,

p/s: Tetiba loya. Ko da kenapa mama mimi?


0
Back to Top